Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 15

DAH DUA BULAN BERLALU. Kehidupan perluditeruskan. Acecewah, ayat tak boleh blah. Haha!  Tasnim membuka pintu keretanya, sebaik sajasampai kawasan perumahan. Berkerut dahinya, ada kenduri apa pulak ni? Along takbagi tahu aku pun. Ait, baru tinggalkan rumah seminggu dah macam-macam jadi? Alongni memang macam-macam tau. Banyak pulak orang ni. Ada apa pulak ni?Berdetup-detap jantung dibuatnya, dalam kepala otak ni macam-macam sinetroncerita andaian dah ni. Ya Allah, janganlah berita yang buruk. Amin!

            Kelihatanjiran-jiran turut sama membantu ‘kenduri’ tersebut. Ada yang mengemas, memasak,menyanyi? Ini pelik! Apehal pulak berkarok pulak kat sini? Lima buah khemahsudah didirikan dan diletakkan sebaris bersama kerusi-kerusi dan meja-meja.Gaya macam majlis kahwin je, siapa pulak nak kahwin ni? Kenapa pulak nak kahwinkat rumah aku? Tak akanlah Along kot? Mustahil! Tasnim menarik bagasinya menujupintu rumah. Sebaik saja masuk saja kedalam rumah, ternganga mulut Tasnimdibuatnya! Pelamin siapa pulak ni?!

            Semuapasang mata yang sedang menyediakan bunga telur tersengeh dan tersenyum. Merekaberbisik sesama sendiri  sambilmelirik-lirik memandang Tasnim. Mata aku melilau mencari wajah seseorang danakhirnya mataku memandang tepat ke muka Along yang sedang sibuk memasang kainuntuk dililit ditepi tangga.

            Akumencuit bahu Along. “Ish, apehal ni cuit-cuit. Aku sibuk ni. Kau nak cari Nonike? Noni ada kat atas tu, tengah buat sentuhan terakhir  kat bilik Anim. Kau ni dari tadi tercuit-cuitakulah Apeh.. Ada..aa..apa.” Gulp! Sebaik saja dia berpaling, mulutnya secaraspontan tergagap-gagap. Jihan terus tersengeh sebaik saja melihat tubuh tinggilampai dihadapannya itu. Adikku?

            “WahaiAlong ku sayang, apakah ini?” Soal Tasnim sambil berpeluk tubuh.

            ‘Matilahkita noni.. apeh.. kimi..’ Omel Jihan perlahan. Rasa macam nak lari dan hilangkandiri saja diwaktu-waktu yang amat genting ini!

            Tasnimyang dapat menangkap ayat yang terkeluar dari mulut Jihan ternganga. “Kimi?!Noni? Apeh?” Apa kaitan dengan diaorang? Keningku sudah terangkat-angkat, mahu Alongterangkan semuanya. Baru saja nak cepuk leher Alongnya, datang satu suara yangmenyapa dari arah belakang.

            “Jihan,ni hah. Aunty dah bawak bajupengantin. Bete tak dapat nak hantar. Nanti Lin datang tolong Anim apa yangpatut. Eh, Anim..” Hajah Mirah mendekati menantunya.

            Terkebil-kebilkelopak mata Tasnim. “Aunty..” Tasnimmencium tangan Hajah Mirah, hormat. Sementellah sudah dikenali sejak sekolahdulu.

            “BilaAnim balik? Kimi ni, tak bagi tahu pulak kat Aunty. Malam ni majlis berinai tau.. Nanti Aunty bawa Kak Bete, suruh dia inaikan Anim.” Hajah Mirah tersenyummanis sambil menggosok-gosok kepala Tasnim perlahan penuh kasih sayang.

            Tasnimtersenyum sumbing! Berinai?? “Err.. Uncletak datang Aunty?” Cuba disekolahkanwajahnya ketahap paling tabah dan sabar! Apa benda semua ni? Adoi! Sakit pulakkepala aku! Macam mana pulak mak si Kimia da kat sini?

            “Uncle tengah sibuk uruskan khemah katrumah. Aunty datang dengan Kimi ni..Eh, mana Noni? Nak tahu jugak boleh ke dia buat tu? Aunty nak pergi naik atas kejap.” Hajah Mirah laju saja memboloskandiri mendaki tangga naik keatas cuba melarikan diri juga!

            “Aunty, nampaknya Kimi tak bagi tahu dialagi ni. Macam mana? Mampuslah kita Auntyuit..” Bisik Jihan kearah Hajah Mirah yang berlalu ditepinya.

            “Tahutak apa.. Anak bertuah betul si Kimi tu. Hah, biarkan dia selensaikan. Aunty tak nak masuk campur.” Makin lajulangkah Hajah Mirah melangkah mendaki tangga.

            “Along?”Tegas suara Tasnim. Tak betah rasanya asyik buat andaian dari tadi.

            Jihantersengeh. “Errr.. Along tak salah. Anim pergi jumpa Kimi. Okey bye!” Terus saja Jihan memboloskan diri menuju ke dapur.

            Kimi?Apa kaitan dengan dia? Tiba-tiba terdengar suara Kimi diluar rumah! Siapkau!!!! Laju saja Tasnim menuju kearah khemah.

            “Hah!Hati-hati bang, hilang kepala nanti kalau kipas tu jatuh. Hehe!” Kimi yangtengah sedap mengunyah pisang ketawa apabila dia sempat mengusikpekerja-pekerja yang sedang memasang khemah itu.

            “A’ah!Hati-hati bang! Pegang kipas tu kuat-kuat! Sebab saya nak penggal kepala EncikKimi ni dengan kipas tu!” Tasnim sudah bercekak pinggang, sempat lagi diamemerli Kimi.

            “Macampernah dengar je suara itu. Eh, Cik Tasnim.. Dah balik?” Najmi tersengeh! Macamkatak puru sebaik saja matanya memandang Tasnim yang berada dibelakangnya.Nampak, marah benar wajahnya. Matilah nak oii!!

            “Apani? Sejak bila pulak kau ada share kat rumah aku nak langsungkan perkahwinankau kat rumah aku ni? Dah tak ada tempat lain kau nak buat ke?” Soal Tasnimgeram.

            Najmimenggaru-garu kepalanya. “Eh, pulak dah! Mestilah nak kahwin kat rumah awak.Tak akanlah kat umah jiran awak pulak? Saya nak kahwin dengan anak dara rumahbernombor 126 Jalan Imbi 7,poskod 578..”

            “Stop joking Kimi! I’m serious!” laju saja Tasnim memotong. Rasa macam nak tampar jelelaki kat depan aku ni. Kau tak tahu ke, aku tak boleh dengar ayat kahwin darimulut kau? Kau tahu tak Kimi?! Apehal kau nak ber’saya’ ‘awak’ dengan aku ni?

            Najmimenarik nafas dalam. Dan dihembus tenang. Okey, dah sampai waktunya untuk akuakhiri drama sinetron ni.  “Sayaseriuslah ni.. Ada macam saya main-main ke?”

            “Kauingat aku ni apa?! Aku tak sukalah kau bergurau macam ni! Kau  tahukan apa yang kau buat ni boleh guriskanhati banyak pihak!” Tasnim menahan airmatanya yang macam nak menitik je tu..Kecik hati aku! Masa macam ni, sempat lagi kau nak bagi aku harapan Kimi?Sampai hati kau kan?

Previous: BAB14.1
Next: BAB15.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.