Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 6.1

TASNIM MELETAKKAN GANGGANG TALIFONrumahnya. Dahinya berkerut seribu. Hairan, kenapa Qila nak jumpa aku tiba-tibani? Tasnim melangkah kembali kebiliknya untuk bersiap.

            RestoranSawo jadi pilihan Aqila untuk berjumpa dengan Tasnim. Dari jauh lagi Tasnimsudah menyedari Aqila yang duduk di hujung restoran. Tasnim melangkah lajusebaik saja Aqila melambai-lambai kearahnya dengan senyuman.

            “Eeii,dah lama tak jumpa kau Nim..” Aqila yang kini sudah bertudung litup kelihatanamat manis sekali.

            “Kaupun..Wah, banyak perubahan kau ek?” Tasnim mencubit sekilas pipi Aqila.

            Aqilatersenyum. “Kau lagi lar banyak berubahnya. Mana perginya rambut kontot kau?”

            Tasnimketawa. “Hello,aku pun nak merasajadi gadis pingitan jugak..” Tasnim mula melabuhkan duduknya, begitu jugaAqila.

            A’ah,kau sekarang pun dah jadi gadis pingitan tunang aku sendiri Nim. Bisik hatikecil Aqila. Aqila menarik nafas perlahan. “Kau nak makan? Minun ke? Aku nakbelanja ni..”

            Tasnimtersenyum. “Minum jelah..” Seketika kemudian Aqila melambai-lambai kearahpelayan lelaki itu.

            Setelahpelayan itu membawa segelas air suam kepada Tasnim, Tasnim memulakan bicara.“Hah, kenapa kau nak jumpa aku tiba-tiba ni? Nak bagi aku kad kahwin erk?”Tasnim sekadar mengusik.

            Aqilatersenyum, dia tahu Tasnim tak akan merampas Nasriq darinya. Sebab dia kenalTasnim siapa, Tasnim tak akan sesekali melukakan hati kawan-kawannya. Tapi hatinyaterlalu cemburu! Kadang-kadang Aqila seolah susah nak percaya yang Tasnim takakan rampas Nasriq darinya.

            “Tadikau jumpa Ariq?” Berat saja Aqila memulakan kata.

            “A’ah,aku dengan Kimi sekali. Noni dengan Apeh pun ada, aku dah suruh si Ariq ajak kausekali. Tapi dia cakap kau ada kerja..” Tasnim yang tak faham apa yang bermaindifikiran Aqila rancak memberitahu.

            Akuada kerja? Nampak sangat kau tak nak aku dekat dengan kau Ariq.. “A’ah, aku adameeting petang tadi. Ariq ada cakap apa-apa kat kau tak?” Resah saja wajahAqila.

            Tasnimyang mula menyedari sesuatu yang lain dari Aqila mula mengerutkan dahinya.Perlahan Tasnim menggenggam erat tangan Aqila. “Kau kenapa ni? Cuba bagi tahuaku..”

            Aqilacuba menyembunyikan riak sedihnya. “Aku tak apa-apalah.. Kenapa?”

            “Kautipu… Aku tahu apa yang kau fikirkan Qila. Aku nak kau tahu, Ariq tunang kau.Aku nak kau percayakan dia. Kalau kau rasa cemburu aku dengan Ariq, aku nak kautahu jugak yang aku tak pernah ada sedikit pun walaupun sebesar zarah sekalipunsuka atau jatuh cinta kat dia. Aku tak pernah simpan perasaan apa-apa pun katdia. Cuma rasa sayang aku je, tapi sayang selaku seorang sahabat. Tak pernahlebih…” Tasnim terdiam seketika.

            Tasnimmakin kuat menggenggam erat tangan Aqila bila ada titik-titik air mata yangsudah mengalir lesu dipipi gadis comel itu. “Percayalah Qila, Ariq milik kau.Tolong janji dengan aku, aku nak hubungan korang ni sampai bila-bila..”

            Akutak tahu Nim!! Yang penting sekarang, Ariq tak pernah anggap aku tunang dia!Tak mahu bagi peluang kat aku untuk mencuba menyintai dia! Walau sebesar zarahsekali pun tak akan pernah ada rasa cinta dia pada aku! Dia lebih cintakan kau!Kau tahu tak!!! Jerit hati Aqila kuat. Namun, ianya tak membawa makna apa-apakerana Tasnim tak mendengarnya..

            “Insyallah…”Lemah saja nada suara Aqila.

            “Macamni lah kawan aku…” Tasnim tersenyum.

Previous: BAB 6
Next: BAB 6.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.