Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,968
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 24 ; pembebasan Kak Haryati

BAB 24

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya” Surah ar-Rad ayat 11

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu, hari pembebasan kak Haryati. Semua penghuni asrama yang rapat dengan kak Haryati bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan kak Haryati bila dia mahu meninggalkan asrama. Bila tiba giliran Sofia.. mereka berdua berpelukan dan menangis ;

“Akak.. jangan lupa jenguk saya disini ye. Lepas ni saya dah takde kawan baik dah”

“Insya Allah Sofia.. akak akan selalu jenguk adik akak ni. Jangan risau.... lah.. kan ramai kawan baik kita di sini. Azilah ada.... Shikin ada.. Effa ada.”

“Mereka tidak sama dengan akak... dengan mereka seganlah saya hendak mengadu hal peribadi. Semoga akak bila keluar nanti akan berjaya mengapai apa yang akak cita-citakan selama ini. Nanti bila saya keluar pula nanti..... saya mahu datang kedai akak... nak rasa semua kek yang akak buat.”

“Insya Allah. Doakan akak agar mendapat apa yang akak hajatkan. Sofia nanti jangan tinggal solat.. baca Al Quran yer. Selalu ingat kepada Allah. Kalau ada masalah tulis surat kepada akak... nanti akak beritahu nombor telefon akak. jangan segan-segan.,,, telefon sahaja akak.... nak gosip-gosip ker. Kita sudah macam adik beradik dah” mereka meleraikan pelukan... Sofia mengesat air matanya.

“Pergilah kak.. keluarga akak dah menunggu lama tu” kata Sofia lemah.. kak Haryati mengangguk.

“Terima kasih semua kawan-kawan. Jumpa lagi. Assalaimualaikum” Haryati memberi salam kepada semua penghuni. Mereka melepaskan Haryati dengan keadaan yang berat... sesungguhnya perpisahan itu sungguh menyedihkan.

{{{{{{{{{{{{{{{

Haryati dibawa ke bilikku untuk tujuan semakan dokumen dan pelepasan keluar... sepatutnya Datin yang melepaskan kak Haryati pergi dan memberi nasihat sebelum dibawa keluar dari pusat pemulihan.. tapi sayangnya Datin lebih suka memerap dalam bilik membuat kerja-kerja pentadbiran. Timbalan pula berkursus di Langkawi. Jadi aku telah diamanahkan oleh puan pengetua untuk melepaskan kak Haryati.

“Macamana perasaan akak? sudah hendak keluar dari sini?” tanyaku.

“Syukur alhamdulillah.. nak melompat pun ada rasanya ni. Tak sabar akak hendak menjaga anak akak. Hendak balas jasa keluarga akak” jawab kak Haryati.

“Hahahahahahahaa... biasalah tu. Nak keluar dari kurungan. Ini dokumen-dokumen yang akak kena tandatangan” aku memberi beberapa dokumen yang hendak ditandatangi oleh kak Haryati.

“Ini pula semua barang-barang akak yang disimpan oleh kami sebelum akak masuk ke asrama 3 tahun dahulu” kak Aishah timbalan ketua wadar dua memberikan satu bungkusan kepada kak Haryati. Kak Haryati mengambilnya dan membuka bungkusan tersebut, kelihatan beberapa helai baju dan seluar yang ada. Juga terdapat barang peribadi seperti dompet dan kad pengenalan. Ada seutus jam tangan dan seutas gelang serta rantai leher. Kak Haryati memakai perhiasannya semula...

“Semua barang lengkap kak?”

“Ya.. semua barang lengkap. Ada.”

“Sila tandatangan di sini” kata kak Aisyah menyuruh Haryati menandatangi borang simpanan barang dan mengesahkan semua barang peribadinya selamat disimpan. Itulah antara prosedur yang perlu diikuti oleh kak Haryati sebelum keluar.

“Ini pula salinan pendapatan dan buku bank akak sepanjang akak bekerja disini. Sila semak kak untuk kepastian.. saya sudah semak. Tapi manalah tahukan.. takut tersalah... ada yang terkurang ker” aku menghulurkan kedua-dua dokumen tersebut. Akak Haryati mengambil dan membeleknya.. ada raut wajah terkejut melihat buku banknya.

“Betul ke apa yang akak tengok ini Hisham?” katanya tidak percaya.

“Betullah kak.. itu duit upah akak membuat biskut. Untung bagi dua antara pusat ini dengan akak. lagipun ini penyata pendapatan akak selama 3 tahun. Lagipun ini bukan penjara kak dimana upahnya 5 ringgit sehari. Ini pusat pemulihan.. kami bayar tinggi sedikit. Lagipun akak punya air tangan menyebabkan pusat ini dapat untung jugak. Tapi untung itu kita kembalikan balik kepada penghuni. Kami tak ambil satu sen pun wang akak.”

“Alhamdulillah.. dengan duit ini dapatlah akak buka kedai kek dan biskut. Buat modal... Lagipun ayah akak pun sudah berjanji hendak bagi modal”

“Syukur kepada Allah.... Allah yang memberikan rezeki... sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib seseorang tanpa seseorang itu berusaha untuk mengubahnya. Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya Surah ar-Rad ayat 11dan percayalah.. perniagaan itu 9 persepuluh dari punca rezeki. Nampaknya semua dokumen telah akak tandatangani… jadi saya dengan ini mengistiharkan akak sudah bebas sepenuhnya ”aku memberi semangat kepada kak Haryati.

“Selepas ini akak boleh baliklah yer? Mungkin keluarga akak sudah menunggu diluar menjemput akak.”

“Anak akakpun ada.. tadi mereka sudah berjumpa dengan saya. Tapi sekarang mereka tunggu di lobi... Saya minta maaf sepanjang saya berkhidmat dengan akak... saya ada buat salah dan silap. Saya terkasar bahasa ker... buat akak terasa.”

“Terimakasih juga kepada Hisham yang sangat-sangat menolong akak. Hisham memang banyak bantu akak. jasa Hisham memang akak tak dapat nak membalasnya. Allah sahaja yang membalasnya. Kalau Hisham takde.. tak tahulah macamana akak ni.. agaknya tak keluar-keluar lagi. Masih seperti dulu” katanya sambil mengesat air matanya.

“Itu sudah tanggungjawab saya kak” kataku sebak... sedih juga hendak berpisah dengan kak Haryati ni.

“Nanti.. senang-senang datanglah yer ke rumah akak.”

“Insya Allah kak.”

“Hisham... Akak nak jumpa Datin... hendak minta maaf juga. Dia ada dalam bilik?” ini yang malas ni.

“Ada rasanya” kataku pendek. Meluat aku tengok feel Datin hari ini.. buat tidak tahu sahaja apabila kak haryati hendak dilepaskan;

“Kenapa dia tak keluar... patutnya tugas ini diserahkan kepadanya kan” tanya kak Aishah.

“Saya pun nak cakap pun susahlah kak. Akak tahulah dia tu kurang mesra sikit.”

“Takpelah. Tapi akak nak jumpa dia. boleh?” kak Haryati penuh mengharap.

“Boleh jer. Kak Aishah boleh temankan kak Haryati ke bilik Datin?”

“Akak ker? Aduh.. malas betul nak masuk bilik Datin tulah.”

“Ala kak.. tolonglah. Demi kak Haryati. Permintaan dia sebelum meninggalkan pusat ni. Pliz” aku merayu.

“Yolah-yolah” kata kak Aisyah.

“Terimakasih Hisham.. assalaimualaikum.”

“Waalaikumussalam” lantas kak Haryati keluar sambil ditemani oleh kak Aisyah ke bilik pengetua di tingkat atas. Aku pula keluar untuk menemui keluarga kak Haryati di bilik tetamu. Sampai disana aku lihat ayah dan mak Haryati ada.. begitu juga dengan anaknya ;

“Assalaimualaikum... aku memberi salam”

“Waalaikumussalam. Ha Hisham.. mana Haryati?” tanya pak Mat.

“Ada,,, kejap lagi sampai. Dia jumpa Pengetua kejap... adik... mama nak balik rumah.. suka tak?” aku tunduk dan berkata kepada anak kak Haryati.

“Cuka.. mana mama pakcik” aduyai.. tua sangat ke aku ni sampai panggil pakcik.

“Mak jap lagi datang,,, tunggu yer. Jap jer.”

“Mak keje lama cangat..... nak tidur dengan mama. Taknak tidur dengan nenek” mak Haryati ketawa.

“Amboi.. dah ada mak adik sombong yer. Taknak tidur dengan nenek.”

“Ete nak tidur ngan mak... kita tak pernah tidu dengan mak. Nanti ete gilir-gilir itu yer. Lepas mak nenek pulak” yela.. kata mak Yam merajuk. Kami hanya tersenyum. Kemudian terdengar orang lembut memberi salam. Kelihatan kak Haryati datang ke bilik itu ditemani oleh kak Aisyah.

“Mama!” anaknya berlari mendapatkan kak Haryati... ni yang touching ni. Mereka berpelukan.

“Anak mama ni bucuklah” kata kak Haryati sambil mencium berkali-kali anaknya itu.

“Pasni mama balik umah” tanya manja.

“Iye.. mama balik umah.”

“Alik terus?”

“Alik terus”

“Yeeeeeeeeee... mama kita dah balik” kata kakak riang.

“Cuka yer?”

“Uka la kakak.. pas ni boleh ido ngan mama” Haryati bersalaman dan mencium tangan kedua orang tuanya.

“Terima kasih Hisham kerana sedarkan kami. Sanggup cari kami... sedarkan kami. Dan membantu Haryati di dalam ni.. pulihkan dia... kami sangat-sangat berterima kasih” kata pak Mat bersalaman denganku.

“Sama-sama pakcik... seperti saya cakap sebelum ini. Ini semua tanggungjawab saya. kepuasan bagi saya apabila pesakit saya sembuh dan kembali kepada masyarakat.itulah nikmat seorang kaunselor”

“Mak... jomla ete alik. Lapar.”

“K jom kita balik... terima kasih Hisham. nanti senang-senang datanglah rumah” aku mengeluarkan sesuatu dari dompet. Aku menghulurkan kad aku kepada kak Haryati...

“Jika ada apa-apa.. nak jemput saya makan ker.. nanti akak kol lah nombor saya. Insya Allah saya datang... kata orang.. rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari” loyarku.

“Amboi... jemput makan kenduri baru nak datang. Eloklah jugak awak bagi nombor telefon.. nanti saya sudah beli telefon bimbit baru.. akak bagi pulak nombor akak. nanti kenduri awak dengan Sofia jangan lupa jemput pulak”

“Hahahahahahahahaha. Kesitu pulak akak ni.”

“Oklah Haryati. Jom kita berangkat sekarang”

“Jom.. terima kasih semua” kak Haryati bersalaman dan memeluk kak Aisyah. Aku mengiringi keluarga Haryati keluar dari bangunan ke tempat kereta. Sebelum kak Haryati memasuki kereta ;

“Jaga adik akak tu baik-baik”

“Insya Allah... assalaimualaikum” salamku berjawab... aku melambai-lambai Haryati dan anaknya... perghhh.. perasaan aku waktu ini memang tidak boleh digambarkan.. gembira semacam. Tapi aku kecewa Datin tidak mengiringi kak Haryati keluar dari pusat ini. Seolah-olah memandang kak Haryati dengan pandangan yang kotor.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.