Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,180
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 48 ; kesian Asari

BAB 48

Surah Al-Nisa ayat 3 yang bermaksud"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

Bulan dua tahun 2014, sudah seminggu pakcik Karim meninggal dunia. Alhamdulillah Sofia sedikit demi sedikit telah pulih semangatnya. Sudah kembali seperti sediakala..jika tidak sebelum ini dia akan menangis hampir setiap hari. Aku menasihatinya supaya membaca Yassin dan berdoa daripada dia menangis sahaja ( hanya melalui mesej yang dihantar kepada Sofia melalui Azilah ataupun wadar.. aku masih lagi tidak dibenarkan menemui Sofia secara berdua ). Puan Pengetua dan ustazah banyak memujuknya.. begitu juga Azilah dan penghuni senior yang lain.

Hujung minggu itu aku balik ke kampung, sebelum itu aku pergi ke kubur pakcik Karim untuk melihat samada tanda nama kuburnya telah dipasang ( memandangnya kubur tersebut kubur wakaf untuk penghuni penjara.. maka banyak kubur yang hanya dicancang dengan kayu ditanda dengan nombor serta nama… maka Sofia mahu aku meletakkan tanda kubur batu biasa dengan kaligrafi rumi dan jawi… aku menurutinya sahaja.... Sofia yang membayarnya). Sampai di sana.. aku lihat batu nisan telah dipacak dan ditulis. Kemudian aku membaca yassin yang diniatkan untuk pak Karim dan semua penghuni kubur yang ada. Kesian.. semuanya seperti pakcik Karim…. Waris tidak mahu menerima.. semuanya tidak mahu menjenguk kubur para banduan yang ditempatkan disini.. suasana sepi sekali. masya Allah.. kenapalah jadi begini.

{{{{{{{{{{{{{{{{

“Lambat kamu balik long.. selalu pagi dah sampai?” tanya mak aku di dapur apabila aku meletakkan barang-barang dapur di atas meja.

“Saya melawat kubur tadi dekat Sungai Buluh… itu yang baru sampai pukul 1 petang ni”

“Kubur siapa? Siapa yang meninggal? Jauh sampai Sungai Buluh?”

“Ayah Sofia.”

“Ayah Sofia? Sakit apa dia? kenapa kamu tidak beritahu mak?”

“Maafkan saya mak. Saya memang tak terkenang untuk memberitahu mak.. baru seminggu lalu pakcik meninggal. Dia sakit hati mak” aku memang tidak ingat memberitahu mak.

“Innalillah.”

“Hari ini saya saja melawat dan tengok samada batu nisan kubur ayahnya sudah dipacak belum. Kemudian saya bacaan Yassin.”

“Baguslah.”

“Ayah mak dah berjaya pujuk ke belum?” tanyaku.. memang kini harapan aku terletak di tangan mak.. mak sahaja yang boleh memujuk ayah untuk menerima Sofia.

“Entahlah.. kamu bawalah mak jumpa Sofia dulu. Mak hendak tengok budaknya macamana.”

“Isnin ini selepas kerja.. mak terus ikut saya kerja. Boleh?”

“Boleh… mak tengok facebook adik kamu… banyak gambar seorang budak perempuan yang comel.. siapa tu long?”

“Itulah anak kak Haryati yang selalu saya cerita itu mak.”

“Kamu jaga-jaga long… dia itu janda… nanti boleh menimbulkan fitnah pula. Kamu selalu sahaja pergi kerumahnya long....”

“Janganlah risau mak.. saya tahu batas saya sebagai seorang muslim. Saya cuma kesiankan anak dia itu.. tiada siapa nak bawa dia jalan-jalan. Lagipun anak dia tu dah rapat benar dengan saya mak.”

“Mak takut anak dia tu pulak sayang dekat kamu sebagai ayahnya.”

“Apa salahnya mak… kitakan boleh kahwin dua” aku mengusik emakku.

“Itulah lelaki ni… bila dicakap benda-benda macamni.. mulalah dikeluarkan pasal kahwin dua. Kamu ingat senang ke kahwin banyak ni. Cuba tengok pak long kamu.. kahwin 3.. apa dah jadi? Hidup tunggang langgang.. duit tidak pernah cukup. Ayah kamu yang jadi mangsa nak damaikan isteri-isteri pak long kamu.. asyik nak bertekak jer siang malam. Tidak boleh sorang lebih sikit... mulalah cemburu.”

“Hahahahahahaah.. sebab itulah Rasulullah bersadba hanya yang mampu dan adil sahaja boleh berkahwin ramai. Kalau mampu tapi jika tidak adil.... pun tak boleh mak. Ini juga dijelaskan di dalam ayat Al-Quran surah Al-Nisa ayat 3 yang bermaksud"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." Mak rasa saya ini boleh berlaku adil tak?”

“Dahlah... kamu nak kahwin seorang pun nak kena mak pujuk ayah kamu. Ini hendak kahwin dua. Kamu bawak apa tu?”

“Biasalah mak.. benda makan… ikan.. ayam... telor.”

“Kamu beli banyak-banyak buat apa.. kami berdua je dalam rumah ni.. bukan makan pun benda ini semua.”

“Saya pun tak beli banyak mak… macam biasalah mak masak kering-kering… nanti saya nak bawak… malasnya nak masak. Mak masaklah rendang ker.... apa-apa jelah yang tahan lama.”

“Dahla.. pergilah mandi.. balik dari kubur mandi dulu. Bersihkan badan.”

“Ok mak” aku mandi dan solat Zuhur.. kemudian makan.. selepas makan aku layan internet kejap.. kemudian aku tertidur. Pukul 4 aku bangun secara automatik... aku mandi dan pergi ke surau. Aku teringin hendak makan mi goreng ala jawa di kedai wak Juki. Aku pergi sendirian kerana ayah masih tidak balik dari kebun lagi.. hari ini hasil kebunnya dituai dan dijual.. selalunya dekat Maghrib dia akan balik. Selepas solat Asar aku terus ke gerai wak bersama sekali dengan wak Juki yang kebetulan sama bersolat berjemaah dengan aku semasa di surau tadi... kelihatan tidak berapa ramai orang.. kelihatan beberapa orang kawan yang seusia ayah sedang leka bermain dam aji ( dan sah-sah tidak solat Asar di surau.. berbanding wak yang bersolat bersama aku tadi.. aku yang menjadi tukang azan.. wak imam... yang lain ada tugas lain kot.. bersangka baik.. seperti ayahku yang sibuk di kebun ).

Setelah memesan makanan... aku menegur seseorang yang aku kenal... kawanku yang bernama Asari yang berjalan melintasi kedai wak Juki.... budak ini penagih dadah.. dengar cerita Asari sudah dibuang keluarga.. kini dia melepak satu rumah tinggal di kampung ini bersama dengan kawan senasibnya yang lain.

“Asari... oi... nak kemana tu?” tanyaku.. semua orang yang bermain dam memandangku dengan pandangan yang kurang senang. Salah ker aku tegur Asari?

“Sham... aku.. aku jejalan...” katanya di luar kedai tanpa masuk.. mungkin takut dengan pandangan orang-orang tua yang memandang semacam. Aku lihat Asari tidak terurus. Kesian... sudahlah dibuang oleh keluarga.. kini orang kampungpun memulaunya.

“Kau dah makan belum? Mailah makan kat sini” pelawaku.

“Hisham.. kamu ni jarang duduk sini... kami semua dah pulaukan Asari ni. Nasib baiklah dia ni orang.. kalu tak dah lama kami perhambat dia keluar dari kampung ni. Dia ni mana makan nasi.. hari-hari makan dadah kot.. dadah jer boleh kenyangkan dia” astafirullah... sampai begitu sekali layanan penduduk kampung ini kepada Asari.

“Takpelah Hisham... aku dah kenyang ni” wak membawakan mi aku.

“Nanti kejap Asari.. wak bungkus mi ni. Buat satu lagi yang baru untuk saya” wak memandangku.

“Wak..... tolong wak. saya tolong kawan saya wak” kataku lembut dan mengharap.. wak mengangguk. Dia masuk ke dalam dapurnya..

“Kejap ye Asari” Asari masih membatu di luar kedai. Aku bangun dan mengambil roti dan kuih yang ada dijual di kedai wak.. kemudian aku membungkusnya. Tak sampai hati nak tengok orang lain lapar.. aku kekenyangan.. kemudian anak wak yang perempuan keluar membawa mi yang dibungkus. Aku mengambil dari tangannya dan pergi ke arah Asari yang duduk di luar.

“Nah.. ada makanan sikit.. air mineral.... roti sikit. Ambillah.. makan” kataku... Asari teragak-agak untuk mengambilnya. Aku mengambil tangan kanannya dan meletakkan bungkusan di genggaman tangannya.

“Ambillah.. asal kau malu-malu ni?” dia memandang ke dalam kedai.. mungkin memandang orang-orang tua tadi.

“Ambiklah... bukan pakai duit diorang pun” akhirnya Asari mengambil bungkusan tersebut.

“Terima kasih” aku mengambil wang 10 ringgit dari kocek seluarku.

“Ni buat belanja” aku meletakkan wang tersebut dalam poket baju Asari yang lusuh.. bau jangan ceritalah.

“Terima kasih” katanya bersalam denganku.. kemudian dia terus berlalu pergi. Aku masuk semula ke dalam kedai.

“Hisham oi.. apalah hang pi bagi duit kat budak tu.. habis dibelinya dadah nanti” kata pak Kemat,,,

“Itu antara dia dengan Allah. Saya ikhlas nak tolong budak Asari tu. Lagipun dia selalu tolong siak kemas surau tu.. malam-malam pun kalau dia sihat selalu jugak turun surau” kataku selamba.

“Hang perli kami ka? Hang ingat Asari tu ikhlas ka turun surau? Di nak upah je dari ayah kamu dengan siak. Tah-tah solat pun dia baca apa” kata pakcik itu.. tak silap aku nama pakcik tu pak Ang... orang utara.. duduk di kampung ini bersama isterinya yang merupakan penduduk jati kampung ini. Baru bersara sebagai pembantu hospital.

“Bergantung kepada diri masing-masing. Sekurang-kurangnya dapatlah duit nak menampung belanjanya. Takkan nak biarkan dia macam tu sahaja. Dia pun manusia juga.. kalau kita terus pulaukan dia.. sampai matilah dia begitu.”

“Kalau hang pandai sangat... hang tolonglah dia. aku dengar hang kaunselorkan. Bagi nasihat kat owang selalu. Tapi kalau nak berceramah dengan kami.. hang tak layak.. hang takdak tauliah dari jabatan agama” anak wak membawakan aku mi baru.....

“Ini Azalia ker?” tanyaku.. sumpah.. inilah pertama kali aku berjumpa dengannya walaupun tiap-tiap minggu aku balik ke kampung.

“A ah” cantik juga anak wak ni.

“Dah habis belajar ker? Jarang nampak?” tanyaku.

“Ada bang.. selalu abang datang saya takde. Ye... baru habis belajar. Sementara nak tunggu dapat kerja.. saya tolong bapak.”

“Baguslah”

“Ehem-ehem ada ulat naik bululah. Patutlah tadi bukan kemain baik dengan Asari tu.... rupanya ada udang sebalik mee” aku melihat siapakah gerangan yang berkata begitu.. Amat rupanya... penganggur terhormat kampung yang sama melepak dengan kumpulan orang tua tadi.

“La... saya bertanya khabarlah. Salah ker? Lagipun saya sudah lama tidak jumpa Azalia ni.. saya tiada niat pun nak mengurat Azalia. Jangan salah sangka Amat, aku tolong Asari ikhlas.. bukannya ada niat lain.”

“Ye la” tiba-tiba wak keluar dari dapur

“Amat.. kamu jangan hendak menyibuk sangat... kacau sahaja pelanggan aku. Dulu kamu kata pak Mustar duda tu syok anak aku bila dia cakap dengan anak aku. Begitu juga anak Shaari.... dia baru nak tegur anak aku.. kamu dah mencelah. Kamu ni takde kerja lain ker? Apa yang jelas sangat kamu dengan orang yang berbual dengan anak aku? Anak aku ni dah 4 tahun duduk Kuala Lumpur.. apa salahnya orang bertanya khabar?”

“Ala wak.... saya tolong jaga jer anak wak.”

“Kamu siapa nak jaga anak aku? Suaminya ker?”

“Bakal wak..hahahahahahah” sambil diikuti oleh orang lain ketawa.

“Jangan mimpilah kamu hendak jadi menantu aku. Apa kerja kamu? Pagi, petang, siang malam asyik melangok sahaja di kedai aku ni.. apa kamu nak beri anak aku makan? Bagi makan dam aji?”

“Wak ni janganlah cakap kuat sangat. Besok kalau saya sudah bertunang.. saya carilah kerja. Lagipun duit ayah saya banyak.. saya pakailah duit dia tu. Mana lagi duit itu nak pergi kalau tidak ke saya” jawab Amat.

“Kamu jangan bermimpi.. banyak duit konon. Itu buku 555 kenapa tak bayar? Dah berkepuk hutang kamu. Hari-hari bila minum kedai aku asyik hutang sahaja.”

“Wak ni... malukan saya sahaja. Diam-diamlah sahaja pasal hutang tu. Bukannya saya tak bayar.” kata Amat.. kurang senang dia diperlekehkan orang.

“Tahu pun kamu marah.... tadi yang kamu kata Asari depan-depan tu takpelah pulak. Dia pun manusia.. apa yang kamu rasa sekarang.. samalah apa yang dia rasa. Kamu ni takde perasan ker?”

“Dia tu lain.. saya lain.”

“Sama sahaja kamu tu... kamu tak solat ker? Dari pagi melangok je kat kedai aku ni?”

“Wak... jangan macam-macam yer.. wah.. ini dah perli dah ni. Islam itu mudah.. kan solat boleh diqada. Jangan ingat kami melepak kat sini, kami tidak solat. Balik rumah kami solatlah” kata Amat.

“Qada? Kamu ini musafir ker? Jauh sangat ke rumah kamu.. aku rasa surau kita tu lagi dekat daripada rumah kamu. Aku taknak nanti besok kat akhirat aku pun terpalit dengan dosa kamu. Siang malam main dam sampai lupa solat” kata wak sambil masuk ke dalam dapurnya. Aku dari tadi semasa mereka berbual aku sibuk melantak mi, memang sedaplah mi wak ni.

“Sedaplah mi wak ni.. kamu belajar tak macamana nak masak mi ni?”

“Azi belajar wak.. tapi tak dapat sesedap mi ayah.”

“Hahahahahahahaha.. lama-lama pandailah.”

“Azi memang kurang sikit masak ni.... tapi kalau menjahit memang pandai” tiba-tiba aku teringat Sofia.. apalah Sofia sedang buat sekarang ini yer? Aku tersenyum. Sejak ayahnya meninggal.. ertinya sudah seminggu aku tidak berjumpa Sofia. Rindu usah cakaplah... bila rindu aku akan menatap gambarnya... macam cinta orang dulu-dulu pulak.. hanya gambar jadi penyeman. Aku tersenyum.

“Aii bang.. tersenyum pulak.... teringat makwe ker?” tegur Azalia.

“Takdelah.”

“Azi.. mari sini kejap.. nak order” tiba-tiba Amat memanggil Azi.

“Nak apa bang.... cakap jelah.. bukan jauh pun” malas Azalia hendak melayan Amat.

“Amboi.. kalau Hisham kemain kau dekat-dekat.. dengan abang taknak berborak ker?”

“Malaslah layan abang... abang menggatal.”

“Gatal dengan Abang apa salahnya.. hahahahahahaha” terhambur ketawa dari meja sebelah sana.

“Kamu ni kalau tak boleh menyakat anak aku tak boleh ker?” tiba-tiba wak Juki keluar sambil membawa pisau.. lagaknya seperti baru mengupas bawang. Amat kecut perut..

“Hari-hari kamu kacau anak wak.... hari-hari dia mengadu dengan maknya. Apa masalah kamu ni?” tanya wak tegas... Amat menelan air liurnya.

“Aku beri amaran pada kau... kalau kau syok dekat anak aku. Kau bawa rombongan meminang.. tapi sebelum itu aku mahu hang kerja... jangan nak menebeng kedai aku jer.. kacau anak dara orang. Diorang ini takpalah.. diorang dah pencen. Kamu tu... ada hati nak kawin dengan anak aku tapi duit takdak.. hutang menimbun. Solat tak tahulah” Amat membisu seribu bahasa.. kan dah kena ceramah. Aku menghabiskan mi aku.. alhamdulillah kenyang.

“Wak kira” kataku.. malas aku duduk lama-lama .. buat sakit hati jer layan orang-orang ni.. takdak faedah.

“Masuk tadi dalam 10 ringgit” aku mengambil wang dari dalam poketku.

“Keep the change” kataku.

“Keep the change apa... bagi cukup-cukup jer. Tapi takpa... janji bayar cash.. nak harapkan duit sana tu.. sampai bilalah aku nak rasa” kata wak mengelengkan kepala. Kumpulan belah sana senyap sahaja tidak terkata... maklumlah.. kena batang hidung sendiri. Aku terus bergerak balik ke rumah.. hanya berjalan kaki sahaja.

“Assalaimualaikum ustaz.. balik baik-baik yer” kata Amat sebaik sahaja aku keluar dari gerai.. aku hanya tersenyum sahaja.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.