Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,991
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 5 ; tazkirah maghrib

BAB 5

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa” surah Al-Nisa ayat 36

Malam itu selepas solat Maghrib, aku diamanahkan untuk memberi kuliah Maghrib. Ustazah yang sepatutnya diamanahkan pada waktu itu bercuti sakit kerana anaknya demam. Hendak tak nak, akulah yang menjadi bidan terjun memberi kuliah pada malam itu. Aku tidak kisah kerana memang dari rumah orang-orang tua lagi aku sudah mula memberikan kuliah. Yelah.. nak jemput ustaz selalu beri kuliah kami ni mana ada bajet sangat. Sekarang ini hendak panggil ustaz macam hendak panggil artis pula bayarannya. Kadang-kadang kuliah selama setengah jam sudah dicaj seribu ringgit. Jauh berbeza dengan ustaz atau pendakwah dulu-dulu. Aku masih ingat lagi semasa kecil aku pernah mengikut atuk aku memberi kuliah di beberapa kampung atau ke mana-mana sahaja ( atuk aku adalah imam masjid.... dan beliau selalu dijemput untuk memberi kuliah agama )... upahnya kadang-kadang buah-buah... kadang-kadang pulut kuning sahaja.... kadang-kadang diberi kain pelikat.. malah ada yang memberi seberkas telur ataupun seekor ayam kampung betina hidup. Duitpun ada orang bagi... tapi atuk tak pernah tetap berapa bayaran setiap kali dia jemput memberi ceramah. Kadang-kadang 10 ringgitpun ada orang bagi. Tapi atuk aku tidak kisah... katanya itu semua rezeki Allah... kita buat ceramah kerana ikhlas. Berdakwah ke jalan Allah. Janji ilmu yang atuk aku berikan itu sampai kepada orang.

Semua kuliah aku adalah berdasarkan buku-buku yang aku baca. Kalau benda yang rumit-rumit tu tak bolehlah. Beri yang pakar.. selalunya aku bagi kuliah tentang kisah-kisah Nabi yang memberikan pedoman. Setelah mengimamkan solat Maghrib dan berdoa.. aku memulakan kuliahku.

“Assalaimualaikum.. harini ustazah takde. Usatazah ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi saya akan memberi kuliah Maghrib. Tajuk kuliah saya pada malam ini ialah mentaati ibu bapa” aku memandang Sofia. Ayu Sofia bertudung.... aku sengaja pilih tajuk ini untuk menyedarkan Sofia yang aku rasakan seperti derhaka kepada ayahnya.

“Firman Allah subhanallah wa taala dalam Surah Al-Nisa ayat 36..... sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib kepada kita.. anak yang tidak berbakti kepada ibubapa adalah adalah penderhaka dan penderhaka adalah dosa besar.” Aku berhenti sebentar.

“Terdapat 4 dosa besar yang digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran... iaitu menyekutukan Allah, membunuh manusia, menjadi saksi palsu dan menderhaka kepada orang tua. Pengorbanan ibubapa sangat besar, saat kita dilahirkan.. kita dibelai, dijaga, berak kita dibasuh. Dimandikan, diajar bercakap... ayah bertungkus lumus mencari rezeki untuk membiayai perbelanjaan kita. Disekolahkan kita ni. Macam-macam lagi ibubapa buat sehinggalah kita sudah besar panjang. Tapi bila kita dah besar kenapa kita menderhaka kepada ibu bapa. Kita sepatutnya membalas jasa mereka” aku memandang kepada semua penghuni.

“Percayalah cakap saya ini.. apa yang kita buat terhadap ibubapa sekarang.... akan terjadi kepada kita balik apabila anak kita sudah besar.... percayalah cakap saya ni adik-adik dan akak-akak sekelian” Sofia mengangkat tangan.. aku dah memang jangka.

“Tapi kalau bapa yang sanggup menjual anaknya bagaimana bang Hisham?” kedengaran penghuni lain berbisik-bisik apabila mendengar soalan daripada Sofia;

“Pernahkah dengar kisah saudara Umar sahabat Rasullullah yang menanam anak perempuannya hidup-hidup semasa beliau jahiliah dulu. Hingga bila Saidina Umar rasa bersalah yang teramat sangat mengenangkan peristiwa tersebut apabila beliau telah memeluk Islam. Satu hari Nabi melihat Saidina Umar menangis. Kenapakah kamu menangis Umar? Umar menjawab... aku menangis kerana mengenangkan anak perempuanku yang ditanam hidup-hidup oleh tanganku sendiri ya Rasulullah. Rayuan dan rintihannya masih terkenang-kenang di telingaku ini. Aku menyesal ya Rasulullah. Dia mendapat nasihat dari Rasullullah..... masa itu Saidina Umar dalam keadaan Jahilialiah... tidak tahu hukum hakam. Nabi menasihatkan usahlah dikenangkan perkara yang lepas. Begitu juga dengan ayah kita ni.... dia buat kita kerana pada masa itu dia jahil. Tapi Jika ayah anda sudah bertaubat dan sudah menerima hukuman.. maafkanlah dia. sesungguhnya hubungan dengan ayah dan anak tidak akan putus walaupun dunia sudah kiamat” jawabku.

“Kalau ayah tidak mahu bertaubat” tanya Sofia lagi.

“Kita wajib mendoakan supaya pintu hatinya terbuka untuk bertaubat. Jika ayah masih hanyut juga.. menjadi tanggungjawab kita untuk menolak permintaan ayah dengan cara yang baik. Tapi selagi arahan ayah tidak menyekutukan Allah dan membuatkan kita jatuh ke lembah maksiat.. kita wajib mendengar arahannya atau taat kepadanya. Kita tidak boleh terus memutuskan hubungan dengan ayah kita” jawabku. Seorang lagi mengangkat tangan untuk bertanya

“Jika kita tidak sempat meminta maaf dari ibubapa kita ustaz?” tanya seorang penghuni lagi. Ustaz? Perli ke apa?

“Janganlah panggil saya ustaz.. saya tidak layak pun.. cuma saya kongsi sedikit apa yang saya tahu. Maka kita pelu mendoakan kesejahteraan mereka, melawati kubur mereka dan bertaubatlah. Semoga Allah menerima taubat kita” aku menyambung lagi

“Kita jatuh derhaka kepada orang tua pun bukan susah sangatpun... kita cakap ahhh... taknak lagi pi kedai beli barang. Dah jatuh derhaka.. apa lagi jika kita memutuskan hubungan dengan ayah kita sendiri. Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran la Karim dalam surah Al Isra ayat 17... Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah. Dan hendaklah membuat santun kepada orang tuanya. Jika seorang telah lanjut usianya... janganlah sekali-sekali berkata ah terhadap mereka dan janganlah engkau mengertak mereka. Tetapi berkatalah dengan santun dan lemah lembut. Amin.”

“Jika tetap derhaka ustaz?.”

“Kita akan dilaknat oleh Allah.. hidup kita takkan aman jika kita dilaknat oleh Allah. Percayalah cakap saya ni.. saya pernah melihat sendiri dengan mata kepala saya sendiri sesama saya bertugas di rumah orang-orang tua. Ada satu kes, selepas ayahnya meninggal dunia... anaknya tidak mahu menjenguk... selepas 6 bulan dia datang kepada saya untuk menunjukkan dimana kubur ayahnya. Saya tanya kenapa selepas 6 bulan baru datang menjenguk.. dia berkata. Dia sudah kena azab dari Allah akibat perbuatannya, perniagaannya bankrap secara tiba-tiba, anak-anak semua terlibat dalam gejala sosial.. ada jadi bohsia.. penagih dadah. Isterinya ditangkap kerana mempunyai Gigolo. Ini semua adalah akibat laknat Allah kerana mengabaikan ayahnya. Orang tu sudah insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan.. masya Allah. Maha suci Allah” kataku berdasarkan pengalama sebenar yang pernah aku alami semasa berkhidmat di rumah orang-orang tua dahulu..... kulihat ada penghuni yang mengesat air mata.

“Tapi ada juga yang terlepas ye ustaz dari laknat Allah. Tidak diazab” tanya seorang penghuni.

“Walaupun di dunia ni dia terlepas dari hukuman. Mungkin di akhirat kelak Allah akan menghukum.. kan Allah sudah berjanji untuk menghukum sesiapa yang ingkar dengan perintahnya samada di dunia ataupun di akhirat. Itu janji Allah” aku melihat jam... sudah pukul 8.20 .. kejap lagi solat isyak... aku perlu cepat buat rumusan.

“Jadi.. sebab masa mencemburui kita.. saya tutup tazkirah saya ini dengan sepotong hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Tabrani iaitu yang bermaksud bukanlah dari golongan kamu.... sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak mengkasihani anak kecil. Maka saya akhiri, jika ada kesempatan... ambillah peluang dengan menelefon ibu dan bapa kita. Minta ampun ke atas semua dosa-dosa kita. Jika mereka sudah meninggalkan doakanlah mereka dalam solat kita. Bacakanlah yassin untuk mereka. Supaya mereka aman di sana. Amin Rabbilalamin. Ok.. mungkin waktu pun dah masuk.. mari kita solat jemaah sesama. Selepas habis solat aku berdoa kepada Ibubapa aku dan mereka semua....

{{{{{{{{{{{{{{{{


Selepas solat Isyak, Sofia dan kak Haryati berbual-bual di kamar Haryati di dormnya.

“Bagus juga ceramah Hishim tadi.”

“Sebenarnya ceramah itu ditujukan kepada saya kak.”

“Akak dah dapat agak dah. Kau marah lagi dengan ayah kau?”

“Siapa tak marah kak. Saya benci dengan ayah saya... tapi selepas saya mendengar ceramah bang Hisham tadi... kurang sikit rasanya kemarahan saya terhadap ayah saya. Betul kata abang Hisham... mungkin disebabkan kejahilan ayah saya membuatkan dia tergamak membuat saya begini”

“Jadi.. sebagai anak... kau dah bertaubat. Kau doakan pula supaya ayah kau terbuka hati nak bertaubat. Mana tahu dalam penjara tu, ayah kau menyesal akan perbuatan kau pula. Ayah Sofia.. mesti dia sayangkan dan teringatkan anak-anaknya”

“Saya harap pun begitulah kak Haryati. Akak.. saya nak tanya... akak ada anak tak?” Haryati terdiam... seketika kemudian.

“Ada.”

“Mana anak akak sekarang?”

“Ada dengan atuk dan neneknya... umur dia dah 3 tahun.. anak aku dengan bekas teman lelaki aku. Perempuan” air mata Haryati mula bergenang.

“Akak rindu dengan anak akak?”

“Mana tak rindunya. Dah 2 tahun aku tak jumpa... mak dan ayah aku tak kasi jumpa dengan aku. Maklumlah aku ni perempuan sundal. Diorang malu sangat dapat anak macam aku ni” kak Haryati mula mengesat air matanya dengan tisu yang ada.

“Janganlah kak Haryati sedih... tukan kisah lama. Mintaklah bantuan abang Hashim” Sofia memberikan pendapatnya.

“Aku malu Sofia nak jumpa dengan anak aku... takkan anak aku nak jumpa aku kat sini. Dia juga nanti akan malu kerana maknya ini bekas pelacur.. anak haram.”

“Tapi itu anak akak... dia perlu tahu siapa ibunya. Lagipun itu kisah silamlah kak. Akak dah pun bertaubat”

“Takpelah.. bila aku dah sedia nanti aku jumpa anak aku. Kau nak tengok gambar anak aku?”

“Nak.. ada ker?” Haryati bangun membuka almarinya.. dia mengambil beg tangannya. Lalu membuka dan mengambil sesuatu.. kemudian menghulurkan kepada Sofia.

“Ini gambar anak aku. Namanya Arisa Ariani Abdullah.. sekarang ni mungkin dah berumur 3 tahun. Akak panggilnya kakak sahaja” Sofia mengambil dan melihat gambar tersebut.. seorang kanak-kanak perempuan yang comel. Kemudian mereka terus berbual-bual perkara peribadi masing-masing.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.