BAB 26
Pukul 4 petang aku dipanggil ke bilik Pengetua oleh setiausaha Datin. Aku
rasa mungkin aku dipanggil disebabkan oleh teguran aku tadi kepada kak
Hashimah. Mungkin kak Hashimah telah mengadu kepada Datin perihal kejadian
tengahari tadi. Aku reda kali ini, biarlah kena marah ke apa.... janji aku
dapat memberikan pendapatku. Ini negara demokrasi.... setiap orang boleh
berikan pandangan. Takut kerana salah, berani kerana benar. Aku mengetuk pintu,
apabila aku masuk sahaja ;
“Wah Hisham.. dengar
cerita kamu tidak puas hati dengan pengurusan saya” belum sempat duduk sudah
kena bambu.
“Saya bukan tidak puas
hati. Saya cuma tidak bersetuju dengan beberapa perkara Datin” aku terus duduk
di kerusi tanpa mempedulikan arahan Datin... kali ini biar aku menunjukkan yang
aku ini dominan pula.. asyik Datin sahaja yang Dominan dalam perhubungan kami.
“Apa yang kamu tidak
setuju??? Cakap dengan saya” tanyanya tegas.
“Pertama..... penahanan
kak Shasha di sel tahanan selama 2 minggu.”
“Shasha salah.. dia
melawan ketua warden. Jadi saya menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk
menahannya” jawab Datin.
“Itu saya tahu. Kita
memang ada undang-undang dan peraturan.. tapi kita tidak boleh ke bertolak
ansur. Sejak bila kita ini semua menjadi warden penjara? Semuanya disekat? Kak
Shasha hanya mahu menelefon anaknya. Salah ker? Lagipun kak Shasha membayar bil
setiap bulan. Lagi satu.. kenapa Datin tidak ikut prosedur penahanan? Sumbat
sahaja kak Shasha di dalam... mesti ada pertuduhan.... perbicaraan ” kataku
masih penuh hemah walaupun agak tegas.
“Mana kamu tahu kami
tidak ikut prosedur? Sofia awek awak mengadu yer??? Kami bukan tidak bagi
langsung kak Shasha telefon anaknya. Hanya dihadkan. seminggu sekali sahaja.”
“Benar... tapi ini telah
memberi tekanan kepada kak Shasha.. Datin. Kita semua tahu kisah beliaukan. Dia
dan anaknya didera oleh suaminya... sekarang ini anak beliau yang seorang
itulah menjadi sumber kekuatannya. Anak beliau sekarang tiada di sisinya...
seorang ibu tentulah bimbang apabila anaknya tiada disisikan. Sebab itulah kak
Shasha menelefon anaknya selang sehari.. bertanya khabar. Puan tentu tahu
naluri ibukan. Seorang ibu kalau tak dapat tengok anak depan mata, dengar suara
pun jadilah. Sebab itulah apabila bila kita tegah dia menelefon anaknya.. dia
jadi emosional.. tertekan sebab merindui anaknya. Akhirnya dia bertindak di
luar batas dan kasar terhadap kak Hashimah. Itulah puncanya.... pasal siapa
yang beritahu biarlah rahsia Datin” Datin terdiam... mungkin memikirkan
kebenaran kata-kataku tadi.
“Baiklah.... saya tarik
balik larangan tersebut. Tapi saya tetap bertegas setiap kali menggunakan
telefon mestilah tidak lebih daripada 10 minit” alhamdulillah.. berjaya tugasan
satu.
“Kak Shasha dilepaskan?”
tanyaku.
“Saya akan suruh ketua
wadar keselamatan melepaskannya sekejap lagi.. kalau tidak sempat.. mungkis
besok” jawabnya acuh tak acuh.
“Alhamdulillah.”
“Lagi.. apa perkara yang
kamu tidak puashati???”
“Bukan tidak puashati..
cuma mahu memberi cadangan kepada Datin. Harap Datin dapat memberikan
pertimbangan di atas cadangan saya ini.”
“Apa dia?”
“Saya harap Datin tarik
balik undang-undang yang bersikap tegas. Atau menilai semula peraturan yang
menyekat kebebasan penghuni.”
“Saya yang perkenalkan.
Hisham, awak perlu faham kini pusat ini di bawah pentadbiran Pengetua baru.
Pengetua lama terlalu berlembut. Mereka naik kepala... saya tidak suka dengan
keadaan begitu hinggakan Pengetua dahulu boleh meminta parol sehingga 100 orang
sepanjang dia bertugas disini. Malah
penghuni kritikal hanya menetap di sel tahanan selama seminggu dua. Sepatutnya...
jika sudah diwartakan selama 3 bulan, maka 3 bulanlah dia perlu duduk di sel
tahanan” Datin mempertahankan tindakannya.
“Itu bukannya berlembut..
tapi tindakan yang berhikmah. Hasilnya berapa peratus yang kembali semula ke
sini? sepanjang pengetahuan saya bertugas di sini.. hanya kak Janaa seorang sahaja
yang berulang kembali semula ke sini. Kita bukan penjara, tapi pusat
perlindungan.. kita memberi perlindungan dan memulihkan mereka. Puan Pengetua
dahulu hanya menggunakan pendekatan manusiawi. Sentuhan yang nampak lembut..
tetapi sesuai dengan jiwa manusia” jawabku.
“Kalau kamu rasa bekas
majikan kamu itu lebih bagus dari saya. kamu boleh minta tukar untuk bersama
dengan Puan Pengarah.. saya akan luluskan pertukaran kamu dengan senang hati.
Tempat kamu boleh digantikan oleh Hashimah. Dia tidak pernah membantah atau
mempertikaikan cara pengurusan saya.. malah dia menyokong saya apa sahaja
keputusan yang saya buat. Malah dia banyak membantu saya... kamu baru sebulan
saya jadi Pengetua disini... kamu sudah mahu melawan saya” ada nada kurang
senang dalam percakapannya.
“Datin, saya bukan
mempertikaikan atau ada niat untuk melawan Datin. Saya tahu... pangkat Datin
lebih besar dari saya. Saya hanya memberi cadangan dan menegur untuk kejayaan
organisasi kita di masa hadapan selain mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku.. Itu sahaja. Saya masih menghormati Datin sebagai ketua saya... saya
masih berminat untuk bertugas disini. Lagipun saya baru naik pangkat... bukan
senang untuk saya minta tukar” kataku membetulkan tanggapan Datin, aku bukan
mempertikaikan cara pengurusan ( tapi memang aku mempertikaikan ) tapi tidak
bersetuju dengan caranya yang agak tegas.
“Kalau awak hormati saya,
ikut sahaja cara pengurusan saya. ada apa-apa lagi.. kalau tidak mahu... saya
mencadangkan awak mengisi borang pertukaran. Ada apa-apa lagi????” baiklah..
cukuplah.
“Tiada apa-apa lagi
Datin.. terimakasih” aku keluar dari bilik Datin dengan kecewa. Nampaknya emosi
sudah menguasai Datin. Datin lebih mendengar kata-kata orang lain dari
kebenaran. Aku dapat rasakan masalah yang lebih besar akan berlaku. Dan masa
itu akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang ;
{{{{{{{{{{{{{{{
Esoknya aku mendapat tahu bahawa akak Shasha telah dibebaskan petang
semalam pada pukul 5.30 petang. Ketua wadar keselamatan berkata semua penghuni
bersorak apabila kak Shasha dilepaskan. Kak Shasha dianggap hero kerana ditahan
sebab memperjuangkan hak mereka. Bibit-bibit pemberontakan di dalam pusat
perlindungan ini sudah mula dirasakan.. itu laporan yang aku terima daripada
timbalan warden kak Aisyah yang aku arahkan secara rahsia untuk mengintip
pergerakan semua penghuni. Sebenarnya wadar keselamatan juga sudah jelik dengan
sikap kak Hashimah. Kak Hashimah pula kini bertindak sebagai ketua wadar
keselamatan... gubah semua peraturan asrama. Cari kesalahan penghuni... beri
hukuman sesuka hati hingga melangkui tugas kak Hasni. Kononnya semua tindakan
yang dilakukan oleh kak Hashimah dipersetujui oleh Datin.... kalau tidak
bersetuju boleh cakap dengan Datin ( akhirnya tiada siapa yang berani bertanya
kepada Datin samada tindakan kak Hashimah itu betul atau tidak kerana mereka
semua tahu Datin akan menyebelahi kak Hashimah walaupun tindakannya itu salah
).
Untuk pengetahuan tugas seorang
ketua warden adalah memastikan segala keperluan penghuni dipenuhi ( makan.
Minum, barang keperluan peribadi ), memantau kesihatan penghuni, menghantar
penghuni ke hospital jika perlu, memastikan kebersihan asrama terpelihara,
memastikan kebajikan penghuni dan membuat kerja-kerja pengurusan asrama (
seperti aduan kerosakan, pengurusan kontrak pembersihan dan dobi ). Jadi tugas
menjaga keselamatan, memantau disiplin atau peraturan, menuduh seseorang itu
adalah bidang tugas wadar keselamatan. Itu yang menimbulkan ketidakpuasan hati
wadar-wadar keselamtan yang ada.
Lagi menjelekkan kak
Hasni dan wadar keselamatan yang lain ialah kak Hashimah selalu tiada di asrama
atau sekurang-kurangnya tinggal berhampiran dengan asrama. Kak Hashimah hanya
memantau dan berada di asrama hanya pada waktu pejabat.. habis lambat pun dia akan
duduk di berada di asrama pada pukul 7 petang. Jadi selepas itu, samada
timbalan ketua warden ( ustazah... pun hanya ada sampai solat Isyak.. katanya
susah sikit seorang wanita yang sudah bekerluarga tinggal di asrama.. suami
tidak bagi ustazah tidur di asrama ). Ini menyebabkan penyelia keselamatan syif
malam mempunyai satu lagi tangungjawab melakukan tugas warden untuk memantau penghuni di asrama. sudahlah rumah
kak Hashimah di Shah Alam... jika berlaku sesuatu di asrama.. kak Hashimah
terlalu jauh untuk sampai segera di asrama.
Tidak seperti aku semasa
menjadi ketua warden dahulu yang memilih untuk tinggal di rumah kerajaan yang berada di dalam pusat
perlindungan ini. Senang untuk aku berulang alik melihat penghuni atau
bertindak dengan cepat jika ada apa-apa hal yang berlaku di asrama. Kini.... jika ada apa-apahal berlaku di asrama, agak
susah untuk wadar mengambil tindakan kerana kuasa sebenarnya terletak di tangan
ketua warden. Jadi penghuni terbiar begitu sahaja. Akhirnya dari pening-pening
kepala memikirkan hal ini, baik aku telefon bekas bos aku tanya pandangan dia
macamana pulak. Aku mencapai fonselku dan menelefon Puan Pengarah.. 2-3 kali
dering telefonku bersambut. Aku memberi salam ;
“Hi Hisham.. baru sebulan
akak pergi sudah rindu dengan akak” perlinya.
“Sebulan akak pergi..
macam-macam yang dah berlaku Puan Pengarah. Boleh ke saya telefon Puan ni...
nanti ganggu kerja Puan pula.. jika Puan sibuk.. saya boleh telefon kembali
pada masa yang sesuai” aku memanggilnya Puan kerana menghormatinya yang kini
menjawat jawatan tertinggi peringkat negeri.
“Hahahahahahahaha... itu
baru sebulan. Belum setahun.. agaknya kalau dah setahun macamana agaknya yer?
Ye... boleh... saya boleh bercakap.”
“Saya rasa rusuhan akan
berlaku dalam ni gamaknya. Mesti kecoh satu Malaysia.. bibit-bibit
ketidakpuasan hati di kalangan penghuni makin dirasakan Puan. Mereka tidak puas
hati dengan cara kak Hashimah dan Datin bertindak.”
“Hahahahahahahahahahaha.
Itu semua cabaran Hisham... lain orang lain stailnya” akak Badariah ini macam
sudah tahu sahaja masalah yang melanda pusat perlindungan ini. Tetapi tidak
menghairankan aku... kak Badariah baik dengan semua pekerja terutama ketua
wadar keselamatan.... dengarnya mereka sama-sama bekerja dahulu di pusat ini.
“Puan tahu ker?” tanyaku.
“Sebenarnya ramai staf
akak yang telefon akak pasal Datin tu. Wadar.. tukang kebun. Kontraktor malah
kak Tasya pun telefon mengadu dengan
akak” kak Tasya merupakan bekas setiausaha Puan Pengetua dulu dan kini beliau menjadi
setiausaha kepada Datin. Memang masaklah jawabnya.
“Apa pulak kak Tasya
mengadu” kataku ingin tahu.
“Dia kan setiausaha.....
so Datin melenting kalau surat ditulis tak betul atau salah sikit. Tegur secara
kasar.. tapi masalah surat itu sendiri ditulis sendiri oleh Datin” hmmmmmmmm.
Kesian kak Tasya....
“Kesian dia.. tapi kak.
Datin ni memang lainlah.... saya rasa beliau menguruskan pusat ini seperti diktaktor.
Masa pembebasan kak Haryati dulu pun saya yang uruskan... terpaksa pula kak
Haryati ke bilik Datin untuk meminta maaf dan mengucapkan terima kasih.
Sepatutnya itu semua tugas Datin.. bukan saya.”
“Salah tu dari segi
prosedur.... kamu bukannya ada kuasa memberi semua dokumen dan membacakan
perintah pembebasan. Kalau orang tahu, pembebasan Haryati boleh dibatalkan.
Tidak ikut prosedur.. memperlekehkan tugas lembaga parol.”
“Entahlah kak... saya
buat jelah apa yang Datin suruh. Nanti kalau saya tidak buat... siap lagi mahu
buat?/ Timbalan pun tiada masa tu. Tapi saya rasa dia memang tidak setuju kak
Haryati dibebaskan. Malah Pesalah atas warta penjara sekarang ini wajib duduk
sel tahanan selama 3 bulan sebelum masuk ke asrama... tidak seperti Puan
dahulu.... hanya seminggu atau 2 minggu sahaja.. malah sel tahanan pernah
kosong selama beberapa bulan kerana penghuni baru terus dimasukkan ke dalam
asrama.”
“Kamu dah mengusulkan
ketidaksetujuan kamu terhadap tindakan Datin?”
“Sudah Puan. Tapi kalau
selalu sangat tidak setuju.. saya akan dituduh sebagai mempertikaikan cara
pengurusannya. Malah Datin pernah berkata kepada saya... jika saya tidak setuju
dengan caranya... adalah lebih baik saya meminta pertukaran dan kerja semula di
bawah Puan.. ada ke cakap macam tu. Jadi saya hanya mampu bersabar.. saya tidak
tahulah boleh bersabar. Takut meletup jer tadi.. mengamuk ker.”
“Entahlah Hisham.. akak
nak masuk campurpun tak boleh sangat. Pusat perlindungan itu ada autoritinya
tersendiri, nanti akak dituduh masih tidak mahu lepaskan kuasa akak ke atas
perlindungan tu. Akak masih gila kuasa pulak nanti.... apa yang boleh akak
buat, akak pantau sajalah. Selagi tak menyalahi undang-undang dan kuasa yang
diberikan kepada Pengetua. Bagi akak Datin tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Nasihat akak kepada kamu dan staf yang lain.. bersabarlah. Ikutlah cara dia...
kalau ada staf yang tak tahan sangat... mintaklah tukar. Buat masa sekarang di
pejabat akak ini tiada lagi jawatan kosong... kalau cleaner tu adalah” aku
terdiam sejenak... nampaknya itulah yang terbaik. Tergelak pula aku mendengar
ayat kak Badariah di penghujungnya itu. Aku tergelak...
“Hahahahahahahahahaha....
jadi cleaner??? Boleh juga Puan.... daripada saya pening kepala kerja bawah
Datin... baik saya jadi cleaner. Oklah kak. Nampaknya saya ikutlah nasihat akak
tu. Saya berharap penghuni yang lain pun bersabar.. kalau tak habislah”
kemudian kami berbual hal-hal yang lain terutama berkaitan dengan kerja.