Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,555
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 25 ; Pengurusan autokratik

BAB 25

Februari tahun 2013, aku mengadakan sesi kaunseling ulangan dengan Sofia ( dengan kebenaran Datin... ).

“So macamana Sofia? Dah seminggu akak Haryati takde?” tanyaku.

“Boring gila.. tapi nasib baik ada Azilah. Tapi Azilah tu takde naluri keibuan langsung. Kasar jer.... tapi kawan-kawan yang lain ok. Paling stres dengan ketua warden. Kak Hasimah.”

“Kenapa pulak?” aku cuba mengorek hal kak Hashimah dari Sofia... macam-macam perkara aku dengar dari pekerja dan penghuni sejak dua menjak ini berkenaan perihal kak Hashimah....

“Bukan saya sahaja tak puas hati bang. Ramai lagi... hak kami menelefon ditarik balik. Begitu juga hak untuk kami menonton televisyen. Malah kami ini rasa macam tinggal dalam penjara pulak.. semua nak beratur,,, ikut peraturan... hendak ke suraupun kena beratur... jauh berubah berbanding sebelum ini. Pagi-pagi pun sudah ada roll call. Yang lagi menyakitkan hati, duit kami dipegang oleh kak Hasimah. Apa semua ni bang?” Sofia menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Betul ker?” aku ingin kepastian.

“Betullah bang.. bagi yang sudah bekerluarga atau yang ada anak.. mestilah kerap menggunakan telefon. Tapi kini setiap penghuni hanya dibenarkan menggunakan telefon selama sepuluh minit sahaja. Bukan kami tak bayar bang.. semua bayar hasil duit upah bekerja. Abang kenal kak Shasha?” tanyanya;

“Kenal.. yang kena dera tu kan.. kenapa?” aku membayangkan kak Shasha di mindaku.

“Akak Shasha sekarang kena duduk di dalam sel tahanan apabila dia membantah cakap ketua warden.. sebelum ini selang sehari dia telefon anaknya. Bila dia tidak dibenarkan telefon, apa lagi... mengamuklah kak Shasha minggu lepas. Dia tolak kak Hashimah.... mungkin sudah marah sangat... tak terkawal lagi. Terus kak Shasha kena tahan di sel tahanan selama 2 minggu atas arahan Datin.”

“Sampai begitu sekali. Ini sudah lebih... tapi tidak ada pula abang dengar pasal kisah gaduh-gaduh ini.. perbicaraan pasal hendak tahan kak Shashapun abang tak dengarpun?” hariini barulah aku tahu tentang perkara ini.

“Perkara ini disembunyikan dari pengetahuan luar dari asrama... semua penghuni telah diberi amaran untuk tidak membocorkan rahsia ini. Kalau tidak.. Datin akan memasukkan si polan yang membocorkan rahsia ke sel tahanan selama 3 bulan. Takde perbicaraanpun.. terus sahaja disumbat kak Shasha ke dalam sel” ini tidak adil....... tahan tanpa perbicaraan.. apa motif Datin buat begitu....

“Tak adillah begitu... tidak mengikut prosedur” kataku.

“Dan Sofia juga mengetahui ada penghuni yang hendak buat mogok... tidak puashati dengan peraturan baru” katanya berbisik.. takut ada orang lain yang mendengarnya.

“Mana Sofia tahu?”

“Sofia tahu dari Azilah. Azilahkan kawan rapat dengan geng haluan kiri. Mereka memang angin dengan kak Hashimah dan Datin. Kata Azilah... mereka memang sudah mula mempengaruhi penghuni lain untuk melakukan rusuhan” geng haluan kiri adalah penghuni yang suka melanggar peraturan asrama... diketuai oleh kak Janaa. Kak Janaa kira otailah jugak.. sudah 4 tahun berada disini. Rayuan pelepasannya sering ditolak kerana masih bersifat keras hati dan belum bersedia keluar bersama masyarakat ( kak Janaa sudah 2 kali masuk pusat pemulihan.. dulu dia bawah seliaan pengetua lama sebagai kaunselor.. sekarang di bawah seliaan Datin.. buku bertemu ruas kot.. dijangka pada tahun hadapan kak Janaa akan dibebaskan ) Walau bagaimanapun semasa pentadbiran pengetua lama.. kak Janaa sangat menghormatinya dan tidak kerap melakukakan kekacauan. Gaduh-gaduh mulut dengan Wadar atau penghuni biasalah...

“Aduh.. kalau kak Janaa hendak bertindak sampai macam tu sekali parahlah. Abang hendak nasihatkan dia pun tak boleh. Dia tu di bawah jagaan Datin.. masak abang nanti kacau pesakit dia” penghuni yang dianggap sukar dipulihkan akan diselia secara terus oleh Datin.

“Itulah bang.. kak Janaa pengaruhnya kuat sikit.. kalau kak Haryati ada, kak Janaa tak berani nak buat hal. Semua penghuni sokong dan dengar cakap kak Haryati. Kak Janaa pun tak berani nak kacau kak Haryati. Sekarang ni kak Haryati takde.... aduh” Sofia mengeluh.

“Aduyai.. macamana ni yer. Pening kepala abang” aku memicit-micit kepalaku...... jika perkara ini dibiarkan... takut sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Abang jadilah ketua warden macam dulu balik” Sofia memberikan cadangannya.

“Apa? Ketua warden... selagi Datin ada... abang tidak akan dilantik sebagai ketua warden. Lagipun geng Datin kak Hasimah kau.... dia lebih percayakan kak Hasimah dari abang. Semua tindakan yang dibuat sekarang ini abang percaya diluluskan oleh Datin. Hanya ada satu jer yang kita boleh cuba.”

“Apa dia bang?”

“Abang jumpa kak Hasimah supaya dia tarik semula sebahagian dari peraturan baru. Itu sahaja yang abang boleh lakukan..”

“Hendak ke kak Hashimah dengar cadangan abang?”

“Peluang tipis. Tapi sebetulnya kita mencuba.”

“Kalau kak Hashimah enggan juga?”

“Kita ikut jer flow mereka. Nanti apabila berlaku sesuatu, mereka akan salahkan antara satu sama lain” akupun tidak tahu membuat apa lagi.

“Entahlah bang” Sofia melepaskan nafasnya.

“Takper Sofia.. kita berdoa agar semuanya selamat. Insya Allah takde apa-apa” kemudian aku meneruskan sesi kaunseling dengan Sofia.. sambil menyelitkan hal-hal peribadi. Aku ingin lama berada di samping Sofia. Maklumlah sesi aku dengan Sofia ini sekarang hanyalah 2 minggu sekali.. Sofia semakin positif.

{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas berjumpa dengan Sofia, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan kak Hashimah di pejabatnya. Nyata beliau tiada di pejabat kerana beliau melawat asrama. aku balik ke rumah untuk makan tengahari ( masak nasi goreng sahaja... nasi semalam banyak lebih ). Pukul 2 petang aku kembali semula ke pejabat dan aku terus ke bilik kak Hashimah.. mujurlah dia ada. Aku mengetuk pintu biliknya.. selepas dibenarkan masuk dan menjawab salamku. Aku duduk di kerusi berhadapan dengannya ;

“Ada apa Hisham?” keruh betul mukanya... seolah-olah aku menganggunya pada ketika ini;

“Saya nak bincang sikit pasal asrama kak.”

“Kenapa.. ada masalah ker pasal asrama? apa benda yang akak tak tahu pasal asrama... tapi Hisham tahu?” katanya dengan serius.. seolah-olah seperti tidak berpuas hati dengan kata-kata aku.

“Masalah tentang peraturan baru asrama kak” aku masih lagi berlembut.. ya Allah.. berikanlah aku kesabaran untuk berbincang dengan kak Hashimah.

“Peraturan yang mana satu?”

“Banyak... tapi salah satunya pasal penggunaan telefon dan internet,”

“Kenapa?”

“Kenapa akak sekat diorang gunakan internet dan kurangkan penggunaan telefon terutama mereka yang sudah bekeluarga?”

“Akak buat ni bersebablah. Akak sekat guna internet sebab diorang leka dengan Facebook.. ada yang mengatal dengan jantan. Duk depan komputer lama-lama sebab chat dengan jantan.. sampai bil elektrik naik. Sebab tu akak sekat”

“Ok.. tapi kenapa sekat guna telefon?”

“Sebab mereka bergayut lama-lama. Kadang-kadang sampai sejam bergayut. Telefon ada 3 saja... bil makin tinggi” ada jer jawapan akak aku ni.

“Tapi sini bukan penjara kak. Mereka ada hak untuk gunakan telefon tu. Juga pasal internet... kita boleh sekat gunakan Facebook.. juruteknik boleh lakukannya. Sekurang-kurangnya mereka boleh dapat informasi. Merekakan bayar guna telefon. Lagipun mereka telefon anak-anak... keluarga” aku dah mula bengang sebenarnya. Kecik je aku tengok akak ni;

“Akak ketua warden sekarang ni. Akak tahu apa yang akak buat... akak buat untuk kebaikan kita semua.”

“Ye.. saya tahu.. akak ketua warden. Akak ada hak buat semua peraturan itu. Tapi kita ni kaunselor kak. Tangungjawab kita memulihkan... ini bukan penjara kak untuk kita menghukum mereka. Semua tak boleh.. itu tak boleh. Akak kenalah bertolak ansur sikit. Diorang ni manusia kak... bukannya binatang”.

“Apa yang akak buat ni semua atas arahan Datin.. akak mengikut aja. Kamu tahulah Datin tu agak tegas sikit mengenai undang-undang.. diakan lulusan undang-undang. Ini untuk kebaikan kita semua juga. Kalau kamu tidak berpuashati... boleh cakap dengan Datin.”

“Tapi takkanlah sampai nak tahan kak Shasha di sel tahanan selama 2 minggu.”

“Salah dia juga..... siapa suruh melawan akak... meninggikan suara. Akak laporkan kepada Datin.. yang berkuasa menahan adalah Datin. Akak cuma memberi laporan,”

“Tapi akak tidak ikut prosedur tahanan... terus tahan dia dalam sel. Mana boleh... mesti ada perbicaraan. Lagipun kak Shasha cuma menyatakan ketidakpuasan hatinya. Saya pun marah jika saya tidak dapat menghubungi anak saya. saya rasa tidak salahkan? Kita sebagai kaunselor kenalah tahu isihatinya..... anak kak anak.”

“Kau cakap macam kau dah kahwin jer” akak Hashimah mula menggunakan kata diri kau dari aku. Mungkin marah sebab aku menegurnya.

“Saya menegur ini untuk kebaikan kita bersama kak. Sebelum berlakunya sesuatu keadaan yang tidak diingini.”

“Hisham, kamu dengar sini yer. Apa yang akak buat, semua sudah mendapat kebenaran Datin. Jadi kalau Hisham tak puas hati.. sila jumpa dengan Datin. Lagipun akak buat ni ada sebab... bukan sesaja jer. Macam kes Shasha... ini semua sebagai pengajaran kepadanya. Lain orang lain caranya Hisham. Cara akak lain dalam uruskan asrama, cara Hisham lain. Sekarang akak berkuasa terhadap pengurusan asrama. Hisham ketua kaunselor... jadi kita ada tanggungjawab masing-masing.. buat kerja kita ok?”

“Akak berterus-teranglah dengan saya... akak tak puas hatikan sebab saya naik pangkat jadi ketua kaunselor di sini? Sebab itu akak tukar semua peraturan dan prosedur yang saya tetapkan dulu” kataku... aku suka berterus-terang apa yang terpendam dalam hatiku ini. Kak Hashimah terdiam ;

“Akak.. saya tidak minta pun jawat jawatan ni... tapi saya menerimanya kerana ini tanggungjawab saya. orang percaya dengan kebolehan saya... ini jawatan di dunia kak. Saya tak boleh bawa mati pun. Tapi percayalah kak.. saya masih menghormati akak sebagai senior saya. akak banyak menolong saya semasa saya mula-mula ditempatkan di sini. Sekarang ini akak dah lain. Kita sepatutnya mendahului kepentingan penghuni di sini selain daripada kepentingan peribadi kak. Kita mesti mendahului mereka.... bukannya menganiayai mereka.”

“Akak takde masa nak jeles-jeles ni. Sudah! Akak banyak kerja ni.. lepas ni akak nak pergi ke asrama.. jika ada ketidakpuasan hati tentang apa yang akak buat, Hisham boleh luahkan kepada Datin. Semua undang-undang ni Datin yang luluskan” kak Hashimah mengambil fail dan mula membuat kerja.

“Terima kasih banyak-banyak” kataku sambil berlalu pergi keluar dari bilik Kak Hashimah. Kecewa dengan sikap kak Hashimah yang sekarang ini dia tidak lagi menghiraukan pandangan dan teguran aku. Nampak benar dia cemburu denganku.... aku mengagak tentulah dia selama ini yang menjadi batu api mengapi-apikan Datin supaya cara aku memberi kaunseling dihadkan seterusnya membuatkan kaki dan tanganku terikat untuk membuat kerjaku sendiri. Masya Allah, apa aku ni... bersangka baik Hisham.... bersangka baik. Aku beristifar

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.