Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,405
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 28 ; amalan bersedekah

BAB 28

firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 215.... “apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalananan”

Sabtu hujung minggu tersebut aku ke rumah kak Haryati untuk menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakannya. Aku bertolak dari rumah keluargaku di Seremban terus ke rumah keluarga kak Haryati di Semenyih. Majlis kenduri kesyukuran itu akan berlangsung selepas solat Isyak iaitu kira-kita pukul 9.00 malam. Aku bertolak dari rumah pada pukul 6.30 petang, sampai Semenyih dalam pukul 7.00 petang dan aku singgah dahulu di Masjid pekan Semenyih untuk bertadarus dan seterusnya solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Sementara hendak menunggu solat Isyak.. ada sesi ceramah agama yang diadakan oleh penceramah jemputan yang juga merupakan imam masjid itu sendiri ( muda lagi... aku rasa imam muda ini merupakan seorang Al-Hafiz.... mungkin graduat dari luar negeri). Tajuk syarahannya pada malam tersebut adalah mengenai amalan bersedekah ;

“Tanggungjawab bersedekah ini adalah amalan sunat yang sangat-sangat dituntut di dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud..... Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana Allah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.Berdasarkan ayat ini... kita digalakkan untuk berbelanja harta benda kita ke jalan Allah.... dan Allah suka orang-orang yang bersedekah” aku khusyuk mendengar mukadimah imam tersebut.

“Tuan-tuan dan puan-puan, bersedekah ini amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam. kita boleh bersedekah apa sahaja. Ramai dalam pemahaman kita mengatakan sedekah adalah dalam bentuk wang. Tapi sebenarnya kita boleh bersedekah dalam bentuk yang lain. Kita boleh sedekah dalam bentuk makanan, kita boleh sedekah pakaian contohnya. Malah kalau kita menderma darah pun.. itupun boleh kita anggap dalam bentuk sedekah. Bukan hanya semata-mata wang sahaja.”

“Apa kelebihan jika kita bersedekah? Allah berjanji dengan kita.... jika kita bersedekah ikhlas kerana Allah SWT, Allah berjanji akan melipat gandakan rezeki kita. Ini selaras dengan janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 245 yang bermaksud..... siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNYa lah kamu dikembalikan” seorang jemaah lelaki mengangkat tangan.

“Ya pakcik.... ada soalan hendak ditanya?” aku melihat ke belakang siapa yang bertanya.. seorang lelaki tua yang aku rasa dalam lingkungan umur 60an yang mengangkat tangan.

“Imam... bagaimana kalau kita bersedekah.. tapi sedekah itu tak sampai ke tempat yang sepatutnya. Contohnya, kita sedekah kononnya untuk kegunaan anak-anak yatim.. tapi sebenarnya orang yang minta sedekah tu menipu kita. Gunakan untuk diri sendiri... wang yang kita sedekah itu digunakan untuk tujuan peribadi peminta. Malah ada peminta sedekah yang pakcik lihat di TV..... mampu beli rumah banglo.. beli kereta mewah” betul juga.... malah sekarang ini hendak pergi bank pun malas.... mesti ada peminta sedekah yang tunggu di luar Bank...

“Terima kasih pakcik menanyakan soalan tersebut.. memang sekarang ni banyak penipuan dilakukan.. tunjuk surat.. minta derma untuk rumah anak yatim ini... bantu ibu tunggal... nak buat rumah anak yatim.. baiki rumah fakir miskin. Tapi sebenarnya orang yang minta derma tu penipu... Jika kita ikhlas dan tidak tahu tujuannya... derma kita itu tetap dianggap sedekah. Tapi jika kita mengetahui bahawa mereka itu menipu... maka di masa depan kita elakkan. Lapor kepada polis. Orang yang menipu itu, berdosa besar.. haram dia makan duit kita. Insya Allah Allah akan membalasnya kelak.”

“Imam.. apa beza di antara sedekah dengan wakaf?” tanya seorang lagi jemaah.

“Bagus soalan tu bang.... terdapat perbezaan dari segi wakaf dan sedekah. Sedekah kita bagi wang atau makanan kepada orang yang memerlukan. Manakala wakaf adalah harta yang kita wakafkan untuk kegunaan umum. Contoh.... saya wakafkan tanah kebun saya jadi kubur.. atau buat Masjid... bina rumah anak-anak yatim. Itu wakaf... semua boleh guna.. tak kiralah miskin atau kaya. Selagi orang guna masjid atau kubur tu atas tanah kita wakafkan.. selagi itulah kita akan mendapat pahala.. hatta kita dah meninggal pun dapat pahala. Masya Allah.”

“Nampaknya.. lagi beberapa minit nak solat Isyak... sebelum saya tutup tazkirah kita ni... saya nak sentuh sikit..... dimana sepatutnya kita besedekah dahulu. Ramai orang kata sedekah anak yatim lebih afdal.. tapi sebenarnya.. bersedekah dengan ahli keluarga kita ataupun orang yang terdekat dengan kita adalah lebih afdal... firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 215.... apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalananan. Amin. Ertinya, kalau ibubapa kita susah... kita bagi nafkah harta kita kepada mereka dulu.. kemudian saudara mara kita. Akhir seklai barulah anak-anak yatim. Oklah.. saya tutup tazkirah kita dengan bacaan doa” aku mengamimkan doa Imam sebelum azan isyak dilaungkan.

{{{{{{{{{{{{{{{

Aku sampai di rumah kak Haryati tepat pukul 9.00 malam. Kelihatan majlis telah bermula..... Imam sudah mula membacakan doa... aku memberi salam dan duduk di luar ( dalam sudah penuh.. luar banyak budak-budak... tapi mereka turut mengamimkan doa yang dibaca oleh Imam ). 20 minit kemudian doa selamat selesai dibaca oleh Imam, hidangan di atas jambar mula diagihkan.. juadahnya nasi beriani. Aku makan bersama-sama budak-budak... melayan teletah mereka

Pukul 10 malam jemaah sudah mula beredar, aku bangun balik. Aku bersalaman dengan mereka... aku bercadang untuk duduk dulu sebentar di sini untuk bertanya khabar kak Haryati dan anaknya. Setelah keadaan mula lengang, aku berjumpa dengan ayah Haryati di dalam rumah.

“Assalaimualaikum Pak Mat” tegurku kepada Pak Mat yang asyik berbual dengan seorang tetamu.

“Waalaikumussalam. Eh Encik Hisham. ingatkan tak datang tadi. Saya pun tercari-carilah dalam rumah ini tengok Cik Hisham takde.”

“Ada.. cuma saya terlewat sikit... solat Isyak dulu di masjid. Datang tadi dah penuh dalam rumah saya duduk di luar rumah.”

“Terima kasih kerana datang. Haryati.. Haryati... ini Encik Hisham datang ni” pak Mat memanggil anaknya di dapur. Sebentar kemudian kak Haryati yang ayu berbaju kurung dan bertudung keluar dari dapur.

“Berbual-buallah dulu yer. Pakcik nak layan orang lain ini” Pak Mat meminta diri untuk memberi ruang kepada aku berjumpa dengan kak Haryati.

“Jom kak.. kita berbual di luar” aku keluar rumah sambil dituruti oleh kak Haryati. Kami duduk di kerusi plastik yang terletak di luar halaman rumah.. aku menjauhkan sedikit dari kak Haryati.

“Macamana akak dah keluar ni?” aku memulakan perbualan.

“Kekok sebenarnya.. maklumlah dah lama duduk dalam. Dulu semua ikut jadual.. sekarang ini semua ikut dan jer. Kadang-kadang kalut tu”

“Hahhahahahahaha... lama-lama oklah tu. Anak akak mana? Tak nampak pun?”

“Anak akak sudah tidur... ada dalam bilik. Anak akak tu biasalah... memang tidur awal. Bangun pun awal.. pukul 6 pagi sudah bangun.”

“Jadi apa rancangan akak selepas ni?” tanyaku.

“Akak ingat nak meniaga buat kek dan roti. Seperti yang akak rpernah cakap dengan Hisham dulu. Ketuhar pun akak dah beli... bahan-bahan nak buat banyak kek dan biskut pun sudah akakbeli. Guna duit upah akak sepanjang akak bekerja kat situ. Kedai biskut dan kek yang banyak ambil pesanan dulu pun mintak akak bekalkan biskut.. begitu juga dengan pasaraya tu.”

“Syukurlah... tengok... baru keluar ramai peniaga cari akak. Nanti sudah mula berniaga.. akak beritahu saya yer. Boleh order nanti.... terutama cek coklat kak... perghhhhhhh... memang mantop. Takde siapa boleh lawan kesedapan kek coklat akak. keluarga saya semua suka.”

“Takdelah Hisham.... semua tu akak belajar dari senior... Cuma akak ubah sikit-sikit supaya bagi sedap. Sofia ada telefon akak semalam. Betul ke Sofia tidak boleh jumpa Hisham lagi?”

“Benar kak.... Datin bagi memo saya tak boleh bagi kaunseling lagi dengan Sofia.”

“Apalah diorang buat Hisham begini....”

“Entahlah kak.... saya menurut arahan sahaja. Tapi ramai yang tidak puashati dengan pentadbiran Datin. Bukan sahaja penghuni..... pekerja pun ramai yang tak puas hati.”

“Bukan Hisham sahaja.. akak pun kecil hati dengan Datin”

“Kecil hati? Kenapa kak?”

“Masa akak keluar dulukan.. kan akak ada jumpa dengan Datin sebelum balik. Datin boleh buat muka acuh tak acuh. Akak minta nak salam minta maaf pun macam dingin jer.. lagi sakit hati bila dengar kata-katanya” akak Haryati mengadu kepadaku.

“Dia kata apa kak?”

“Katanya akak tak layak dapat parol.. habiskan hukuman. Lagi akak sakit hati dia boleh cakap... ikutkan akak tak layak dapat duit banyak tu.... buat apa duit banyak-banyak... akak sabar je lah. Ikukan hati akak, mahu jer tampar mukanya” kata kak Haryati lemah.

“Assatafirullah hal azim. Kenapalah Datin sanggup cakap macam tu” aku mengelengkan kepala. Tak sangka Datin boleh berkata begitu dengan kak Haryati.. apa yang dia marah sangat dengan kak Haryati ni???

“Entahlah. Besar sangat ke dosa akak ini kepadanya Hisham. apa yang akak buat sampai dia cakap macam tu? Itu semua upah yang akak dapat sepanjang akak bekerja dalam tu.”

“Saya tak tahulah kak. Tapi mujurlah akak dah keluar.. kalau tak tentu akak bersama-sama dengan penghuni akan turut sama tertekan dengan peraturan baru sekarang. Kita berdoa sahaja ke Allah supaya melembutkan hati Datin. Supaya tidak bertindak lagi jauh. Eh akak.. dah lewat ni.. saya nak balik dululah”

“Nanti jap.. akak bekalkan lauk.”

“Tak payahlah kak” aku menolaknya dengan baik.. seganlah pulak aku

“Ala.. kejap jer.. lagipun banyak lebih... tak termakan kami 4 beranak. tunggu sat” kak Haryati masuk semula ke dalam rumah... nak membungkus lauk kot. Aku kembali duduk.. dalam 10 minit.. pakcik keluar sambil membawa bungkusan lauk..

“Nak balik dah ker? Ini ada lauk sikit” pak Mat menghulurkan bungkusan plastik ke arahku. Aku mengambilnya

“Susah-susah jer pakcik” aku berbasa basi.

“Pakcik berterima kasih sangat dengan kamu. Disebabkan kamu, kami dah berubah... Haryati pun berubah jugak. Dulu kami terleka... kini kami mula merapatkan diri kepada Allah. Benarlah kata kamu Hisham... sejak pakcik kembali semula ke jalan Allah. Pakcik rasa lebih tenang nak.”

“Alhamdulillah” kataku... syukur kepada Allah... Allah telah memberi hidayah kepada keluarga kak Haryati untuk bertaubat dan kembali ke jalan Mu. Kak Haryati keluar dari rumah dan membawa satu lagi bungkusan

“Lah.. ini apa lagi kak?”

“Ni ha... bungkusan Muffin dan pulut kuning. Akak buat petang tadi untuk orang penanggah”

“Banyak ni.. nasi lagi.....”

“Ala... ada lebih.... nanti boleh bagi keluarga makan” kata kak Haryati.. aku mengambilnya.

“Terima kasihlah pakcik dan Haryati. Saya balik dulu yer.. dah lewat sangat ni... saya nak balik Seremban. ”

“Sama-sama... hati-hati yer” aku bersalaman dengan pak Mat.. kemudian berlalu pergi ke keretaku.

{{{{{{{{{{{{{{{

Setelah Hisham berlalu pergi ,

“Kalau dapat menantu macam Hisham tu kan bagus.. beriman, baik, berbudi bahasa, hormat orang tua, ambil berat.... tahu agama” kata pak Mat kepada Haryati.

“Apalah ayah merepek ni. Saya anggap dia macam adik saya jer. Dia muda daripada saya yah. Lagipun Hisham terlalu baik untuk saya... saya sedar diri saya ayah. Takkanlah dia hendak menerima saya ini. Saya ini janda,”

“Yelah.... nanti Haryati cari jodoh.. carilah seperti Hisham. yang boleh membimbing Haryati dan anak-anak. Bukan macam belas pakwe Haryati yang tak guna tu.”

“Saya belum fikir nak kahwin lagi ayah.. sekarang ini., apa yang penting... Haryati nak besarkan anak Haryati dulu. Buat bisnes.. jodoh tu biarlah dia datang sendiri. Lagipun Haryati nak jaga ayah dan mak kat rumah ni. Sekarang ini yang ada bersama ayah saya sahaja.”

“Terima kasih nak.... iyalah.. pasal bisnes tu.. kalau Haryati tak cukup modal bagitahu bapak. Nanti bapak tolong apa yang patut,”

“Terima kasih pak.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.