Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,975
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 23 ; Tanggungjawab pemimpin

BAB 23

Sabda Rasulullah dalam riwayat Bukhari.... kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu juga diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin dalam keluarganya, dan dia akan bertangungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinya.

Sudah seminggu pengurusan baru bertukar tangan kepada Datin... sudah seminggu juga aku menjalankan sesi kaunseling di dalam bilik sahaja. Sudah seminggu juga aku tidak berjalan-jalan bertanya khabar pesakit jagaanku.. tidak bergurau senda dan berbual dengan penghuni. Sudah seminggu juga aku tidak berjumpa Sofia. Tiba-tiba aku merasa sangat rindu akan Sofia, tapi apakan daya... kalau nampak oleh Datin nanti kena hairy dair pulak aku. Baru-baru seorang staf dimarahi Datin di dalam biliknya kerana staf tersebut tersalah menaip dokumen. Satu pejabat dengar....

Sejak Datin mengambil alih pengurusan... semua mesti ikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Malah siap taip dan fotostat peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pekerjanya ( setiap pekerja telah diberi satu salinan prosedur serta peraturan kerja.. di dalamnya ada senarai apa yang boleh dilakukan.. apa yang tidak boleh). Aku kekadang pelik.. kami ini penghuni pusat perlindungan ini ker? Macam-macam peraturan yang perlu dipatuhi. Penghuni lagilah terseksa kerana semua undang-undang perlu dipatuhi. Sebelum ini wadar agak longgar dalam menguatkuasakan undang-undang. Kini... sesiapa yang melanggar peraturan hukumannya adalah duduk di sel tahanan selama 2-3 hari tanpa kompromi. Ini bukan penjara.. tapi pusat perlindungan!!!!!... pekikku di dalam hati. Sayangnya ketidakpuasan hanya aku luahkan di dalam hati. Tiada siapa yang berani melanggar peraturan atau cuba menyatkan ketidakpuasan hati mereka kepada Datin. Hatta Timbalan Pengetua pun yang aku kenal dulu agak terbuka dalam menerima cara aku memberi kaunseling dulu menyuruhku mengikutkan sahaja kehendak Datin....

Pagi itu aku dipanggil oleh Datin ke biliknya.... aku membaca ayat bagi melembutkan hati Datin. Manalah tahu aku kena sembur pulak nanti. Surah ini diajar oleh arwah atukku dahulu, katanya jika mahu melembutkan hati orang yang sedang marah.. baca surah Taha ayat satu sampai lima. Dimulakan Al-fatihah... nama orang yang kita hendak lembutkan.. kemudian barulah dibaca surah Taha. Maksud surah Taha ; Thaaha. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu untuk menjadi sudah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah). Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (yaitu) Tuhan yang maha pemurah. Yang bersemayam di ‘Arsy. Amin.Kisah penggunaan ayat ini dalam melembutkan hati seseorang bermula Saidina Umar yang dalam keadaan marah membaca ayat yang sedang dibaca oleh adiknya. Bila ayat ini dibaca olehnya.... terus hatinya menjadi lembut untuk memeluk Islam walhal sebelum itu Saidina Umar berada dalam keadaan marah dan berjanji mahu membunuh Nabi kerana mengislamkan adiknya. Setelah duduk apabila berada di dalam bilik Datin.. Datin menghulurkan sekeping surat.. aku membacanya ;

“Jadi... disebabkan itu kerja awak. Saya mahu awak uruskan Haryati keluar dari sini 1 minggu dari sekarang. Siapkan apa-apa dokumen yang patut.. elaunnya. Saya rasa Haryati tidak sepatutnya keluar sekarang. Bagi saya biarlah dia tamatkan tahanannya 8 bulan dari sekarang... kak Badariah mahu dia dapat Parol... jadi awaklah yang uruskan... saya tidak tahu menahu mengenai Parol ini.”

“Baiklah saya akan uruskan” ikutkan hati aku... mahu sahaja aku melawan... tapi sabar... ini untuk kak Haryati... kalau aku meletup sekarang... nanti Datin tandatangan dekri pembatalan arahan lembaga Parol untuk mengeluarkan kak Haryati.

“Nampaknya awak mengikut cakap saya. Bagus.. macamnilah yang saya nak. Ikut prosedur yang saya tetapkan. Budak-budak kita ini tak boleh manjakan sangat. Nanti kepala kita dipijaknya” aku mengangguk... malas hendak layan provokasi Datin. Kemudian aku meminta diri untuk menyambung kerja serta menguruskan dokumen Haryati. Sampai di bilik, aku menelefon ketua wadar keselamatan yang bertugas meminta mereka membawa kak Haryati ke bilikku. Ada perkara yang perlu aku bincangkan dengannya. Dalam setengah jam barulah kak Haryati tiba di bilikku dengan ditemani oleh kak Usmah.... aku memulakan perbualan.

“Kak... ini surat pelepasan akak” aku memberikan surat tadi kepada kak Haryati. Kak Haryati membacanya.

“Alhamdulillah. Akhirnya.... akak bebas jugak Hisham. terima kasih banyak-banyak Hisham.”

“Sama-sama kak” kataku hambar.

“Hisham macam bad mood jer? Ada masalah ker?” ya.. memang aku bad mood sejak keluar dari bilik Datin.

“Biasalah kak. Masalah kerja.. susah dapat bos yang tidak memahami dan terlalu mengikut prosedur” kataku selamba... kak wadar keselamatan ada di luar. Jadi aku agak berani menyuarakan ketidakpuasan hatiku kepada kak Haryati.

“Kenapa?” tanyanya ingin kepastian.

“Saya kena uruskan dokumen untuk akak keluar dari pusat ini. Sedangkan itu kerja Datin. Boleh dia kata sepatutnya akak tak layak keluar dari pusat ini? Akak perlu dihukum lagi. Ini pusat pemulihan.. bukannya penjara. Penjara pun sudah ada sistem parol sekarang ni.” aku melampiaskan ketidakpuasan hatiku.

“Akak menyusahkan Hisham ker?” tanyanya serba salah.

“Saya tak pernah susah tolong akak. malah saya secara sukarela dan gembira untuk menolong akak dan semua penghuni seikhlas hati saya. Tapi saya agak susah menerima cara Datin.. akak jangan bimbang... akak tetap akan keluar seminggu lagi. Saya akan uruskan walau sesusah manapun halangan yang saya akan tempoh” janjiku kepada kak Haryati.

“Sebenarnya.. bukan Hisham sahaja yang tidak puashati. Sudah mula beberapa penghuni yang turut juga mula tidak puashati dengan peraturan dan prosedur baru diperkenalkan oleh Datin. Malah tidak puashati dengan ketua warden yang baru ni.”

“Kenapa kak dengan ketua warden?” aku cuba mengorek cerita dari kak Haryati.

“Kak Hashimah selalu sahaja tiada di asrama... menyusahkan penghuni blok A yang kurang kritikal untuk mendapatkan tandatangan keluar pekan. Waktu malam pun warden tiada di asrama. Memang terus tidur kat rumah. Pernah sekali ada seorang jatuh sakit pepagi buta.. akhirnya penyelia wadar keselamatan pagi tu yang membawa Kiah ke hospital. Ketua warden sudah beri amaran awal-awal lagi supaya jangan ganggu masa waktu dia bersama keluarga. Malah setiap pagi kami juga kena beratur sebelum aktiviti dan malam sebelum tidur untuk dikira. Ini dah macam penjara Hisham.. kami ini banduan ker Hisham?” jelas kak Haryati panjang lebar. Aku mengangguk..

“Itulah.. sayapun hairan kenapa kak Hashimah beria-ia benar mahu menjadi ketua warden. Sudah jadi tidak mahu pula melaksanakan tanggungjawab. Sabda Rasulullah dalam riwayat Bukhari.... kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu juga diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin dalam keluarganya, dan dia akan bertangungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinya. Jadi jelas hadis tadi bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab.. dan tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan tugasnya... semuanya akan ditanya oleh Allah apakah tanggungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak. Masya Allah” kataku... berat sudah kes ini.

“Entahlah Hisham.. tak tahulah penghuni lain boleh tahan ke tidak. Jangan besok ada yang buat protes... kini semua kena ikut prosedur. Hisham pun dah lama tak datang atau berbual dengan penghuni. Mereka lebih sukakah Hisham daripada kak Hashimah. Hashimah tu macam nak buat kami ni musuh pulak. Marah kami tidak tentu pasal... kaunseling pun ala kadar sahaja. Patut sejam sesi kaunseling.. kadang-kadang setengah jam sudah tamat. Alasannya sibuk dengan tugas warden.”

“Sebenarnya kak Hashimah itu marahkan saya.. sebab saya jadi ketua kaunseling. Sepatutnya dia yang berada di tempat saya sekarang ini. Tapi entah macamana sumber manusia lantik saya pulak” aku memberitahu sebenar hubungan aku dengan kak Hashimah sekarang.

“Tapi Hisham memang lebih layak dari Kak Hashimah. Dia tu bagi kaunseling asal ada.... cincai. Menggunakan pendekatan dalam buku. Berbanding Hisham yang menggunakan pendekatan Islamik dan kekeluargaan. Matlamatnya sampai kepada penghuni.”

“Tapi sekarang saya sudah tidak dibenarkan menggunakan pendekatan sebegitu.. tapi takpelah. Saya akan cuba gunakan alternatif lain. Sofia sihat? Lama dah saya tidak jumpa dia... makulmlah.. Datin tidak memberi kebenaran lagi untuk berjumpa dengan Sofia.”

“Sofia sihat... dia rindukan Hisham tu. Dia kata lama dah tak nampak Hisham pergi bilik atau menegurnya”

“Hahahahahahahahahaha.. akak ni ada sahaja. Seperti yang saya katakan tadi. Saya tidak boleh lagi sesuka hati memberi kaunseling atau menegur penghuni. Lelaki tidak dibenarkan masuk blok wanita.. hanya sekitar pejabat sahaja. Kaki tangan saya telah diikat kak. Apa-apa yang saya hendak buat sekarang ini semuanya kena minta kebenaran Datin” jelasku.

“Itulah.. kesian kamu. Niat murni Hisham telah disalah ertikan. Tapi apa yang akak cakap tadi betul... Sofia rindukan kamu.”

“Rindu?”

“Biarlah akak berterus terang... Sofia sebenarnya ada hati dengan kamu... tapi dia pendamkan sahaja di dalam hati.”

“Ada hati dengan saya? tapi saya menganggap Sofia adik saya. tidak lebih dari itu.”

“Itu akak tahu. Tapi percayalah cakap akak.. Sofia memang pendamkan perasaannya terhadap kamu. Dia tahu siapa dirinya. Kamu adalah cinta pertamanya... sebelum ini cintanya hanyalah cinta paksaan. Selalunya cinta pertama cinta dan tulus dan suci. Akak pernah bercinta Hisham.. dan akak tahu penangan cinta pertama.. cinta pertama menyebabkan akak sanggup buat apa sahaja untuk pakwe akak dulu.. termasuklah menjual diri akak.”

“Yang lepas tak payahlah diungkit kak. Akak sekarang Haryati yang baru... yang lama biarlah menjadi sejarah. Akak pun dah nak keluar.”

“Akak tahu Sofia tu mungkin bukan calon yang didambakan oleh Hisham. sebab itu dia pendamkan sahaja perasaannya terhadap Hisham. dia kata dia kotor untuk Hisham. Biarlah Hisham mencari wanita yang lebih sesuai untuk Hisham.. dia doakan Hisham bahagia.”

“Dia kata macamtu. Bagi saya dia tak kotor kak.. dia sudah bertaubat.. di sisi Allah.. dia seperti bayi.. putih bersih. Firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 70 yang bermaksud kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana Allah maha pengampun dan maha penyayang.”

“Hisham tiada perasaan terhadap Sofia? Atau Hisham dah ada calon lain” soalan yang susah dijawab.. akupun tidak tahu samada aku mempunyai perasaan kepada Sofia. Tapi aku mengakui... aku merasa sesuatu apabila aku bersamanya.

“Saya masih belum ada calon kak.. susah saya nak jawab kak. Saya mengakui saya ada rasa sesuatu apabila bersama dengan Sofia. Tetapi masalahnya saya tidak boleh bertindak lebih jauh. Akak tahulah... halangan utama mestilah keluarga. Jadi sebab itulah saya lebih menganggap Sofia seperti adik saya. lagipun saya tiada adik perempuan... jadi saya macam anggap Sofia seperti adik saya sahaja.”

“Betul jugak tu.. mungkin keluarga Hisham tidak boleh terima Sofia sebagai menantu jika tahu kisah silam Sofia.. entahlah. Tapi akak tetap doakan pada suatu hari nanti.. Sofia dan Hisham disatukan. Insya Allah.”

“Kalau ada jodoh.. kalau tiada saya masih menyayanginya sebagai adik” selepas itu aku meminta kak Haryati mengisi beberapa dokumen untuk pembebasannya kelak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.