Balik sahaja Sofia ke katilnya.. Sofia mendengar MP3 dan ikut sekali
bernyanyi sama. Hatinya berbunga keriangan kerana cintanya terhadap Hisham berbalas..
ertinya tangannya tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga terharu kerana Hisham
sanggup menerimanya walaupun tahu status dirinya sebelum ini. Masa dia tengah
galak menyanyi-nyanyi kecil di atas katilnya, seseorang menepuk bahunya, Sofia
terperanjat. Rupanya kak Azilah yang menepuknya tadi;
“Amboi..... seronok
nampak? Baru lepas jumpa pakwe ker?” Sofia tersenyum.
“Takde apa-apa kak”
Azilah ternampak sampul surat di atas meja kecil disisi katil Sofia. Beliau
mencapainya.
“Gambar apa ni?” ringan sahaja
tangannya membuka sampul yang diberikan Hisham tadi kepada Sofia.
“Akak jangan!” belum
sempat Sofia menegah... Azilah membuka dan melihat gambar yang ada di dalam
sampul surat tersebut.
“Gambar kau dengan
Hisham????? kau ada hubungan ke dengan Hisham??? jadi betullah gosip-gosip yang
aku dengar tu yer” kata Azilah kehairanan.
“Syhhhhhhhhh.. jangan cakap
kuat-kuat. Kita bincang di wakaf bawah kak” pinta Sofia.. beliau tidak mahu
rahsianya diketahui oleh orang lain.
“Wah.. macam ada rahsia
kerajaan je ni.... jom” Sofia bangun dan mengekori Azilah ke wakaf yang
terletak di bawah. Wakaf tersebut jauh dari asrama dan membolehkan mereka
berbual tentang perkara-perkara privasi dengan aman. Setelah mereka berdua
duduk ;
“Akak... saya kalau boleh
tak mahu kecoh-kecoh pasal benda ini.”
“Pasal apa ni.. ha..
korang berdua bercinta yek” kata Azilah.
“Bukan bercinta.. kami
sedang mengenali hati budi masing-masing. Abang Hisham dahpun meluahkan isi
hatinya kepada saya tadi.”
“Mengenali hati budi
masing-masing???? Alasan kau ni macam dalam melodi pulak. Ooooooo... patutlah
menyanyi-nyanyi tadi. Rupanya hati tengah berbunga... tahniahlah Sofia. Betul
tak sangkaan akak.. kau sukakan Hisham tu. Sekarang ni Hisham pun suka kau..
apa lagi. Kahwinlah.”
“Bukan semudah itu kak.
Hisham yang sukakan saya.. tapi keluarganya kalau membantah.. macamana pulak
nanti?” Azilah terdiam.. bersetuju dengan pendapat Sofia.
“Betul jugakkan... kalau
keluarga dia tak boleh terima kau. Pun haru juga.... besar juga ujian yang menanti
korang berdua ni yer.”
“Itulah kak.”
“Dah.. jangan sedih...
akak percaya, keluarga Hisham akan bersetuju untuk untuk menerima kau. Hisham
itu beragama orangnya.. tentu dia akan menggunakan pendekatan yang baik dan
lemah lembut untuk menerangkan nanti mengenai kau pada keluarganya. Aku percaya
keluarga Hisham akan menerima kau”
“Saya harap begitulah kak.”
“Sekarang ini.. tugas
kau... mintak.. berdoa kepada Allah. Supaya hubungan ini direstui olehNya.
Berdoa supaya dilembutkan hati ayah dan mak mertua kau untuk menerima kau.
Insya Allah, benda yang baik akan dirahmati Allah.”
“Terimakasih kak. Insya
Allah.... saya akan berdoa setiap kali solat saya.”
“Bila dijangka Hisham nak
meminang kau?”
“Hisham cakap... selepas
sahaja saya tamat jalani hukuman... saya akan terus berkahwin dengannya.”
“Oklah tu. Sempatlah
Hisham nak kumpul duit... lagipun kau baru 20 tahun. Muda lagi.... bolehlah aku
jadi pengapit kau.. hahahahahaa”
“Hahahahahaah... boleh
kak. Akak .... saya nak mintak tolong akak ni”
“Apa dia?”
“Boleh tak akak tolong
rahsiakan perhubungan saya dengan Hisham. saya tak mahu kecoh-kecohlah kak..
terutama kak Janaa tu.. akak tahulahkan dia tu kepoh macamana. Nanti Datin
marah, saya takut Hisham ditukarkan pulak nanti.”
“Insya Allah. Akak janji
simpan rahsia ni” janji Azilah.
“Terimakasih kak.”