Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,427
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 16 ; Membantu Azilah

Besoknya pula dalam pukul 11 pagi aku pergi ke sel Azilah..... aku mengambil kerusi dan duduk di depan selnya. Untuk berbual-bual dan seterusnya menjalankan sesi kaunseling secara tidak langsung.

“Sudah makan?” tanyaku.

“Dah..... makan roti jer. Apalah punya makanan kat sini.... tak sedap langsung. Pagi roti kosong dengan teh atau kopi.. kekadang kuih atau nasi lemak. Takde rasa langsung.. tak selera aku.”

“Yeke? Nah ni saya bawakan bekal untuk kamu” aku menghulurkan bekal yang mengandungi nasi goreng yang aku masak pagi tadi sebelum masuk kerja. Ada juga air teh ais yang aku beli di kantin tadi. Azilah mengambil bekalku dan membukanya.

“Wow.. nasi goreng.. kesukaan saya... tima kasih” katanya dan terus duduk di atas simen selnya.

“Sama-sama... saya masak sendiri tu. Air je beli kat kantin.”

“Pandai awak masak yer? Boleh tak aku makan sekarang.. laparlah.”

“Silalah” dengar kata sila jer... Azilah terus mengambil sudu plastik yang ada dan mula menyuap makanan ke dalam mulutnya. Kesian..... lapar agaknya.

“Sedap kau masak..... barulah aku dapat rasa erti makan yang sebenar dalam seminggu aku duduk kat sini” katanya gelojoh.

“Azilah pandai masak?”

“Aku? Aku masak ringkas-ringkas bolehlah.. tapi selalu duduk dengan pakwe aku dulu tu kami makan luar jer. Rumah mat rempit mana ada dapur nak masak.. peti ais pun takde.”

“Sudah baca buku yang aku bagi?”

“Buku? Aku baca Mastika dulu... buku kau nanti esok lusa aku baca... kau faham jelah... pukul 9 malam lampu dah ditutup. Macamana aku nak membaca.”

“Azilah minat buat apa? Menjahit atau memasak ker?” aku perlu tahu minat Azilah.

“Jangan terkejut kalau aku katakan aku ni minat membaca. Tapi memasak aku kurang sikit... menjahit??? Boleh cuba kot. Tapi aku minat pasal motor.. aku boleh membaiki motor tau.... pakwe aku ajar dulu. Nak bikin motor pun aku pandai. Belajar muzik ada ker?”

“Bolehlah bikin motor saya. hahahahaha.. muzik? Ada kot.. tapi kelab kebudayaanlah.”

“Kebudayaan? Bolehlah.. janji aku boleh main muzik. Aku tahu main gitar tau. Dulu aku boring aku main gitar.. nyanyi. Nak bikin motor kau? Kau ni suka ker bawak motor laju-laju. Macam skema jer aku tengok” perghhhh.... tokona den.

“Jangan hakimi sesebuah buku melalui kulit luarannya sahaja. Nampak je saya ni skema... tapi ganas beb bila bawa motor.”

“Owh.. yeke?.”

“Saya pandai masak... kamu sangka tak?”

“A ah. Tak sangka betul.. sedaplak kau masak. Kau belajar dari mana?”

“Saya belajar dari nenek aku. Azilah ada nenek dan atok?”

“Ada.... tapi aku tak tahu diorang hidup ke tidak lagi. Kali terakhir aku keluar dari rumah 14 tahun dulu umur diorang dah 60 tahun. Belah bapak la.. belah mak semua dah meninggal.”

“Kamu taknak ke cari keluarga kamu sendiri?” tiba-tiba Azilah tersedak.. dia mengambil air teh ais dan meminumnya.. setelah lega seketika;

“Aku pun tak tahu samada ayah aku hidup lagi ke tidak.. begitu juga dengan mak aku.. memang 14 tahun dulu aku betul-betul larikan diri dari rumah tak balik-balik atau bertanya khabar berita. Aku pun malas nak balik rumah tu” jawabnya.

“Rumah Azilah dekat mana ha?.”

“Rumah aku kat Kodiang Kedah..... rumah ayah aku. Mak aku asal orang Pahang.”

“Ohhh.. orang utara rupanya. Kodiang dekat mana?” tanyaku lagi.. aku sudah berkira-kira untuk mencari keluarganya.

“Kampung Pasul. Kenapa tanya?” tanya Azilah kehairanan.

“Senang kalau Azilah meninggal” kataku selamba.

“Wah lu! Lebih ni bro.”

“Hahahahahahahahaha. Gurau je lah... kata jiwa keras. Hati kering. Tak takut mati. Sebut pasal mati kecut ker? Kau takde adik-beradik?”

“Siapa tak takut mati beb? Adik beradik? Ada abang aku seorang... adik perempuan bawah aku dua orang. Gua bawa motor hati kering beb.”

“Tak rindukan mereka?” Azilah terdiam. Dia termenung seketika....

“Aku rindu dengan adik bongsu aku.. masa aku tinggalkan dia.. umurnya 2 tahun. Akulah yang menjaganya selepas sekolah apabila emak aku ke kebun mengambil upah memetik sayur atau buah” tiba-tiba matanya bergenang....

“Mesti sekarang dia dah besarkan... dalam 16 tahun mungkin umurnya” Azilah mengesat matanya dengan tisu yang ada dalam bekal aku. Ya! Sesi kaunseling aku telah berjaya.... melembutkan hatinya. Menyingkap kenangan yang dia sayang;

“Bila aku sorang-sorang dalam sel ni.. aku akan ingatkannnya. Teringatkan ibuku... apalah khabar agaknya mereka sekarang ni” Azilah berhenti makan... ku lihat bekal dalam ¾ habis.

“Dah kenyang ker?”

“Sudah.. terimakasih” katanya sambil menutup bekalku.

“Jangan lupa basuh bekal tu”

“Lah... tak boleh ker bagi balik bekal ni kat kau?”

“Banyak cantik muka. Nanti jap lagi keluar sel basuh kat tandas.”

“Kat dalam ni semua kena buat sendiri.. basuh baju, basuh pinggan. Aku dulu makan dekat kedai atau pi dobi basuh”

“Dekat sini lain.. ada peraturan dan disiplin. Kena ikut... anda ikut.. anda selamat dari kena marah” Azilah menarik mukanya.

“Paling tak best pukul 6 pagi kena bangun dan solat.”

“Lah.. baguslah. Habis Azilah tak solat ker? Kamu ni orang Islam ker atau orang kafir? Solat tukan wajib kepada semua orang Islam kecuali orang gila dan cacat otak.”

“Aku berlakon jer.. malas nak tengok akak wadar bising. Lagipun aku mana tahu solat.. Alfatihah je tahu.. yang lain haram” katanya selamba

“Nak suruh ustazah ajar?” tanyaku

“Dia datang sini ker?”

“Ye. Kalau nak.. abang boleh minta tolong ustazah mengajar.”

“Boleh jugak... taklah boring aku duduk dalam ni.”

“Ok.. nanti saya panjangkan.”

“Kau tak boleh ajar aku ker?.”

“Mana boleh.. kat sini ada ustazah... saya sebagai kaunselor sahaja. Bagi nasihat atau kaunseling. Nanti apa pulak kata orang.”

“Habis yang kau lepak-lepak kat sel aku ni?” tanyanya.

“Ini saya tengah buat kerjalah ni.... walaupun nampak seperti kita berbual-bual.. tapi sebenarnya saya sedang jalankan sesi kaunseling terhadap Azilah. Nampaknya kamu sudah berubah sikit.. takdelah selalu marah-marah macam dulu lagi. Kalau tak semua nak mengamuk.” jelasku,

“Aku mengamuk pun siapa nak layan aku. Akak wadar tu asyik marahkan aku jer” kata Azilah menarik muka

“Tahupun. Kalau kamu baik dengan mereka... silap-silap besok kamu jadi adik angkat mereka.”

“Yeke?”

“Iya... percayalah..... mereka semua ini baik. Cuma bila awak berkasar dengan mereka... mereka akan bertegas dengan awak. Oklah.. saya nak blah dulu... ada kerja” aku mula bangun.

“Kau nak balik dah ker?”

“Ye ar.. banyak lagi pesakit yang aku nak rawat ni.. kerja ofis pun banyak yang berlambak. Takkan nak menghadap kamu sahaja”

“Bosanlah aku.”

“Awak baca buku yang saya bagi. Dah habis nanti saya tukarkan dengan buku yang lain.”

“Terpaksalah .. sudah . pi lah kerja” dia seolah-olah tidak mahu aku pergi.

“Assalaimualaikum”

“Waalaikummussalam” aku seterusnya meninggalkan blok sel ke blok vokasional. Sejak dua menjak ni kalau tak jumpa sehari tak bolehlah.. adakah ini dikatakan rindu? Sampai di sana aku terus masuk ke bilik jahitan. Kelihatan Sofia sedang sibuk menjahit bajunya. Aku memberi salam.

“Assalaimualaikum” kataku lembut.

“Waalaikumussalam. Hai bang... pepagi dah datang sini?” balasnya.

“Pagi apanya.. dah masuk tengahari.. dah pukul 12 kan” aku menunjukkan jam di tangan kepada Sofia.

“Astafirullah... leka saya sampai tak ingat masa” Sofia menepuk dahinya.

“Banyak ke tempahan?”

“Banyak bang.. tak menang tangan kami. Kenapa abang datang sini? Ada baju nak jahit ker?”

“Takdelah.... saja kacau Sofia... rindu” kataku bergurau.

“Rindu? Eleh hari-hari jumpa masa makan malam. Tak bosan ker tengok muka kita ni?”

“Takdelah.. awak ayulah... sweeet. Suka kita tengok awak”

“Dah.. jangan nak mengada. Nanti nampak kat puan pengetua abang kena ban dengan masuk sini”

“Abang dengan pengetua beginilah. Takdelah... abang saja jejalan... beku dok dalam ofis. Cari ilham.. kacau pelanggan-pelanggan abang”gurauku

“Yelah tu. Saja jerkan kacau kami” kemudian aku bergerak mengacau penghuni yang lain. Ini semua aku buat untuk merapatkan hubungan aku dengan penghuni wanita yang lain.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.