Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,841
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 38 B : frust menonggeng

Aku berasa sangat gembira kerana pada hari ini adalah sesi aku berjumpa dan seterusnya memberi kaunseling kepada Sofia. Sudah setahun kami bercinta dalam diam... dan kami hanya bertemu hanya sejam setiap minggu pada setiap sesi kaunseling. Jadi selama sejamlah kami melampiaskan rindu dan dendam... malah perjumpaan kami selalu ditemani oleh kakak wadar ( kak wadar begitu sporting apabila hanya menunggu di luar... tapi pintu bilik aku tetap dibuka bagi mengelakkan fitnah );

“Sofia macamana seminggu ini? Sihat?” tanyaku memulakan sesi kaunseling pagi itu.

“Terlebih sihat bang. Makan pun makin selera.. berat badan saya pun dah naik.”

“Syukurlah. Banyak tempahan baju?” tanyaku.

“Banyak bang. Terutama busana muslimah.. memang tak menang tangan. Rasa tak cukup jer masa kami nak siapkan semuanya. Ialah... kami hanya boleh masuk bengkel siang dan petang sahaja. Tapi kadang-kadang kami kena buat aktiviti lain.. berkebun.. kemas... basuh baju. Rasa tak cukup sahaja masa yang ada” adunya.

“Ini ada tudung.. abang beli semalam dekat jalan TAR” aku memberikan satu beg plastik kepada Sofia.

“Kenapalah abang ni selalu beli barang untuk saya. Tudunglah, baju, kainlah, gelang,,, kerongsong. Susah-susah jer.”

“Tak susahlah.. lagipun abang ada operasi semalam.... abang jadi mat gelap. Memantau aktiviti atau gejala tak sihat budak-budak sekarang. Sambil tu tengok ada tudung yang cantik.. abang belilah.”

“Pantau aktiviti tidak sihat? Apa tu?” tanya Sofia.

“Disebabkan kes oleh adik Mira.. JKM pusat ambil tindakan untuk memantau aktiviti pelacuran yang melibatkan remaja sekolah. Kita kurang tenaga kerja.. maka abang telah diarahkan untuk membantu JKM pusat. Sambil-sambil itu, kita juga memantau juga aktiviti pengemis dan meminta sedekah warganegara asing yang kian menjadi-jadi. Sejak sebulan yang lepas... abang telah berjaya menangkap hampir 20 warganegara asing yang menyamar menjadi pengemis. Mereka akan diusir kembali semula ke negara mereka.”

“Iye bang.. selama ini kita tertipulah yer. Jadi pengemis itu semua warga asinglah yer?.”

“Memang... mereka juga menyalahkan kepala surat Jakim atau badan agama. Kononnya badan tersebut memberi mereka kebenaran untuk mengutip derma. Malah menggunakan nama madrasah atau rumah anak yatim.. kononnya mengutip derma bagi pihak asrama. Sedangkan menipu untuk mencari rezeki itu sangat ditegah di dalam Islam..malah tergolong dalam dosa-dosa besar. Sabda Rasullullah dalam satu hadis yang diriwayatkan di dalam satu hadis............. sesiapa yang menipu bukanlah dari golonganku. Dalam riwayat Muttafaq Alaih..... mahukah kamu aku tunjukkan dosa-dosa besar? Kami menjawab.. ya Rasulullah.. Rasullullah menjelaskan; menyekutukan Allah, derhaka kepada ibubapa dan oh ya ( ada satu lagi) iaitu perkataan dusta.

“Masya Allah.. betul ker bang. Macamana kalau orang ada tipu sunat?” tanya Sofia.

“Tiada pengertian tipu sunat dalam Islam.. tapi itu pemahaman abang. Ada ulama kata boleh.. atas sebab kemashalatan. Tapi bagi abang... jujurlah walaupun kejujuran itu pedih.. merugikan kita apabila kita bercakap benar” nasihatku.

“Jadi abang bila pula hendak beritahu keluarga abang tentang kita?” perghhhhhhh... kena aku sedas.. memang.. walaupun aku telah berjanji dengan Sofia untuk memberitahu kedua orang tuaku. Tetapi aku tidak tahu bila mulut aku ini ringan untuk memberitahu mereka. Aku masih belum lagi mendapat kekuatan untuk memberitahu kedua orang tuaku ;

“Abang.... orang tanya mengelamun pulak” Sofia menyedarkan aku.

“Minta maaf Sofia.. abang belum dapat keyakinan lagi Sofia” jawabku jujur.

“Bila nak dapat keyakinannya? Sudah hampir setahun bang kita bercinta.. lagi setahun sahaja lagi say hendak dikeluarkan dari sini. saya tidak mahu cinta saya disia-siakan selama setahun ini. Akhirnya abang tidak boleh menikahi saya disebabkan oleh orang tua. Mahu saya frust menonggeng nanti bang” walaupun tegas diselitkan juga lawak;

“Masalahnya suasana kita ni.. keadaan ita ni Sofia.”

“Abang berdoa kepada Allah,”

“Hari-hari abang berdoa Sofia,”

“Jadi yakinlah kepada Allah.”

“Huhhhhhhhhh” aku melepaskan keluhan... kadang-kadang bercakap lebih senang dari mengotakannya;

“Tolong abang beritahu keluarga abang. Abang sayangkan sayakan.. kalau abang sayangkan saya... tolonglah. Sofia sayangkan abang” aku memandang Sofia.. redup matanya yang penuh pengharapan.

“Insya Allah” aku akan cuba.

“Alhamdullilah.... restu orang yang diperlukan sekarang ini untuk menyatukan kita berdua bang.. semoga perkahwinan kita kelak diredai Allah” aku mengangguk.

“Sebenarnya ada hal lain yang abang ingin sampaikan kepada Sofia.”

“Apa tu bang?”

“Abang telah berjaya dapatkan kebenaran dari pihak Sofia untuk melawat ayah Sofia.”

“Betul ke ni bang? Ya Allah bang... itulah Sofia tunggu-tunggu selama ini. Betul? Abang tak tipu Sofia” tanya mengharap.

“Ya.. betul sofia. Baru sahaja abang dapat surat semalam. Lusa kita boleh tengok ayah Sofia.”

“Alahamdullilah.. bagaimana ayah Sofia bang?”

“Entahlah Sofia... abang pun dah sebulan tak melawatnya.. sibuk sangat Sofia.”

“Harap ayah sihat bang” aku menggangguk.. kemudian diteruskan dengan sesi kaunseling yang perlu dijalankan pada hari tersebut.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.