Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,174
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 2 ; Ani Sofia

BAB 2

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan dari tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah di bahagian atas” riwayat Bukhari dan Muslim.

Isnin, 20 Oktober tahun 2012… aku mendapat kes baru untuk diberi sesi kaunseling, seorang gadis yang dipaksa menjadi pelacur oleh bapanya sejak berumur 16 tahun… kini sudah berusia 20 tahun. Sudah 2 minggu ditangkap oleh pihak polis dan di atas arahan mahkamah, bakal pesakitku ini dibawa ke rumah perlindungan ini selama 3 tahun untuk dipulihkan. Tepat pukul 2 petang, pesalah dibawa ke bilikku untuk sesi suai kenal dan sesi pra-kaunseling. Pesalah dibawa ke bilikku dengan ditemani dengan seorang warden keselamatan wanita. Setelah pesalah itu didudukan di kerusi disediakan berhadapan denganku ;

“Assalaimualaikum Cik. Tak silap saya… nama cik Ani Sofia Bin Abdul Karim?” aku memulakan sesi kaunseling kami. Lebih kepada sesi suai kenal sebenarnya.

“Ya betul… panggil aku Sofia jer… tak yah nak cik-cik sangat. Kau jangan sebut nama bapak aku boleh tak? Benci aku mendengarnya” tak mengejutkan aku. Disebabkan bapaknyalah Sofia terpaksa melacur seawal umur 16 tahun. Sedih! Sepatutnya pada usia sebegitu beliau masih berada di sekolah... bukannya melacur.

“Baiklah Sofia…. Saya panggil Sofia sahaja boleh? lagipun Sofia muda dari saya... saya panggil nama sahaja. Saya Hishamuddin Bin Said… kaunselor yang akan menguruskan fail kes Sofia sepanjang Sofia berada di sini. Juga merangkap sebagai ketua warden asrama. Tentu puan pengetua rumah perlindungan ini dah beritahu tadi mengapa Sofi ditempatkan disinikan?” tanyaku.

“Dah… aku kena dok sini selama 3 tahunkan? Kononnya nak memulihkan semula aku supaya aku insaf dan kembali kepada masyarakatkan? Dahla Cik Hisham…. saya ni dah kotor….. masyarakat nak terima saya ker? Encik Hisham anggap keluarga saya nak terima saya?” hmmmmm... tiba masanya menggunakan pendekatan psikologi.. biasalah.... orang yang baru datang kesini memang kesemuanya bersifat negatif. Tidak percaya kepada diri sendiri.

“Sofia.. Sofia buat semua ni sebab terpaksakan.. Sofia tidak relakan diperlakukan begitu lebih-lebih daging oleh darah daging Sofia sendiri. Jadi tugas saya akan memberi bimbingan kepada Sofia untuk kembali ke pangkal jalan. Menyediakan Sofia untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Memulihkan kembali jiwa dan emosi Sofia supaya lebih positif. Lagipun Sofia masih lagi muda. Masa depan Sofia cerah” aku menjawab dengan pendekatan yang positif.

“Lelaki semuanya lembut lidah dari tulang.... nak nasihat konon. Macam bapak aku.. mula-mula ambil berat dengan aku ... semuanya indah sehinggalah apabila mak aku dah meninggal dunia. Lelaki semua sama sahaja” jawabnya pendek.

“Sofia... hormat sikit dengan siapa kamu bercakap” marah warden Kak Temah ( nama glamer kak Temah disini.. nama sebanarnya Fatimah Ahmad ).

“Takpelah kak.... biasalah.. psikologi negatif membayangi psikologi positif. Mula-mula... biasalah” aku kalau boleh tidak mahu menggunakan pendekatan emosi negatif dalam merawat pesakit. Tapi biasalah warden keselamatan wanita.... penghuni yang baru masuk disini biasanya akan digertak oleh warden. Kononnya supaya penghuni takut kepada mereka.

“Baik Dik. Maafkan akak” di kalangan kakitangan senior aku dipanggil dik. Maklumlah.. aku antara pegawai yang paling junior di sini.

“So..... Sofia... tidak semua lelaki seperti itu. Saya mengakui bahawa hampi 90 % peratus wanita yang berada di rumah ini disebabkan oleh lelaki. Ada yang terpaksa melacur disebabkan lelaki.. ada yang didera juga oleh lelaki atau terlanjur juga disebabkan lelaki. Tapi mereka itu terdiri daripada lelaki yang bangang dan bengong yang tidak menghargai cinta dan perasaan wanita terhadap mereka” aku cuba meningkah tuduhan yang dilemparkan oleh Sofia tadi.

“Yela... yela” jawab Sofia acuh tak acuh.

“Baiklah..... saya terangkan tanggungjawab saya kepada Sofia. Cik Sofia akan menghadiri sesi kaunseling dengan saya 2 kali seminggu secara individu. Sekali seminggu secara berkumpulan seramai 4 orang. 2 kali seminggu sesi kaunseling Islam. Tapi itu tangungjawab ustazah atau ustaz. Selain itu Cik Sofia selama berada disini akan diberi latihan kemahiran. Cik Sofia boleh memilih 2 latihan kemahiran. Antaranya memasak, menjahit, kraftangan, berkebun. Bermain alat muzik dan sebagainya. Selain itu Sofia.. sepanjang Cik Sofia berada disini.. saya akan menjadi pegawai Warden disini. Saya akan bertanggungjawab menjaga kebajikan Cik Sofia.. Kalau Sofia sakit, perlukan barang keperluan atau apa-apa sahaja bantuan... boleh bagitau saya.. kalau segan.. bagitau sahaja warden keselamatan asrama.. kak Temah pun boleh” aku memandang kak Temah.. muka kak temah tegas dengan penghuni.. tapi apabila berjumpa di luar ataupun semasa bertugas.. senyuman manisnya sentiasa di bibir. Cakap pun lemah lembut,

“Tapi kalau kau mengada-ngada.. jangan harap aku nak bagi muka” kata kak Temah tegas... warden asrama wanita bagi blok yang ditahan atas sebab gejala sosial memang diakui tegas. Tapi tegas pada waktu kerja sahaja,,, tapi sebenarnya mereka baik-baik belaka bagi tahanan yang mengikuti peraturan dan cakap warden. Di luar waktu kerja mereka sangat baik sebenarnya, taklah segarang mana.

“Ok” jawab Sofia pendek.

“Baiklah kalau takde apa-apa lagi.. awak boleh balik ke asrama penginapan awak. Jangan segan-segan dengan saya. Anggaplah saya ni abang awak.. kak Temah” kak Temah mengangguk perlahan... dia membawa Sofia balik ke asrama penginapan.

{{{{{{{{{{{{{{{

Warden kak Temah membawa Sofia ke katilnya. Setelah sampai di katilnya....

“Sekarang..ini katil kau. Itu pulak almari baju kau... sepanjang kau duduk di sini... inilah tempat beradu kau. Kalau nak tukar, kami takde masa. Kecualilah kau nak duduk sel tahanan. Itupun dah lama kosong. Tah-tah dah berhantu dah tempat tu.”

“Katil ini jer? Tengok bergoyang-goyang katilnya” kata Sofia sambil mengoyangkan katilnya.

“Kau ingat ini rumah ker? Ini pun dah cukup bagus tau. Kalau dok penjara jangan haraplah nak dapat katil. Tidolah atas simen.”

“Baju takde ker?” tanya Sofia yang menimbulkan perasaan meluat kepada kak warden.

“Ha.. sini baju semuanya seragam. Setiap hari kena pakai baju yang sama... ambil baju kat billik kain. Kat asrama ini tak boleh pakai baju macam nak keluar bandar.. semua sama jer. Kalau kau lari senang nak cam nanti” jawab akak Temah.

“Whatever. Mana semua penghuni yang lain ni... kosong jer asrama ni?” tanya Sofia sambil melihat sekeliling. Menang tiada penghuni..

“Oh! Sekarang pukul tiga. Kawan-kawan awak semua pergi ke bengkel ataupun kelas. Nanti selepas Asar adalah mereka tu. Ok... akak nak ke pejabat balik... buatlah apa yang patut. Jangan bergaduh pulak pada hari pertama.”

“Ok” balas Sofia acuh tak acuh. Selepas warden pergi.... Sofia merebahkan badannya di katil... walaupun tak empuk sangat tapi lebih selesa tempat tidurnya berbanding di Penjara Sungai Buloh yang hanya beralaskan simen. Dia bercadang hendak tidur sebentar.. di penjara tidurnya kurang nyenyak kerana berasa kurang selesa tidur di atas simen. Tidak sampai 5 minit Sofia tidur lena. Dalam 2 jam begitu Sofia tidur sebelum tidurnya diganggu oleh keriuhan penghuni yang baru balik dari surau bersembahyang Asar. Sofia yang terganggu terus bangun dan mengherdik penghuni yang baru masuk;

“Oi... korang ni jangan memekak boleh tak? Tak nampak ke aku tengah tidur ni?” teguran tersebut membuatkan keadaan bilik yang tadinya riuh senyap seketika.

“Wah! Ada freshie barulah. Dahlah tak kenalkan diri... tengking senior pulak tu” kata seorang penghuni yang agak senior.

“Sapa nama kau ha?” tanya seorang dari mereka.

“Sofia” jawab Sofia.

“Umang aiiii.. nama macam orang putih. Sofia.... ke nama masa kau meniaga?” sambil diikuti gelak ketawa penghuni lain.

“Nama aku memang Sofia ok. Ani Sofia” jawab Sofia tegas.

“Lah... aku ingatkan Sofia Jane ke apa. Rupanya Ani Sofia... ada jugak melayunya. Taklah orang putih sangat” makin galak mereka ketawa.

“Wah! Sedap je main orang yer. Nak gaduh ker?” kata Sofia sambil bangun dari katilnya. Beliau mahu mengajar orang yang mempermainkan namanya. Baru sahaja penghuni itu hendak bergerak ke arah Sofia.. seseorang menegur ;

“Ni apa yang riuh rendah ni... sampai dengar dari bawah lagi. Macam ada show raja lawak jer ni?” seorang wanita lewat 20an muncul di sebalik pintu.

“Takde kak.. kitaorang nak buat sesi suai kenal” jawab seorang dari penghuni.

“Sesi suai kenal.. ada penghuni baru ker?” tanya kakak tersebut.

“Tu” tunjuk mereka kepada Sofia.

“Riuh sangat pulak....”

“Kami bukan apa.. budak ni sombong pulak. Herdik kami... kami buat bising sampai kacau dia tidur” jawab seorang penghuni.

“Dahla.. benda kecil... bersurailah” sebaik sahaja akak tersebut berkata begitu.. mereka semua bersurai kembali ke katil masing-masing.

“Kamu penghuni baru? Siapa nama?” tanya akak itu lembut.

“Saya Sofia... juz Sofia” kata Sofia sambil menghampaskan badannya ke katil semula.. ternyata di sangat mengantuk dan hendak tidur lagi.

“Sofia... inikan dah waktu asar.. tak elok tidur waktu ni” nasihat akak tersebut.

“Akak.. boleh tak bagi saya ruang saya nak tidur? Saya memang penat gila ni. Tolong jangan nak jadi baik sangatlah. Akak nak solat akak solatlah yer” jawapan yang boleh menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya. Akak tersebut hanya tersenyum... seperti aku masa mula-mula dulu...katanya dalam hati.

{{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu semasa makan malam.. aku bermesra dengan penghuni. Pada masa inilah aku mengambil kesempatan berbual-bual dengan mereka. Ini adalah antara kaedah pemulihan yang aku gunakan. Berbual-bual dan menjadikan mereka selesa dengan kehadiranku. Pada masa yang sama aku cuba memberi nasihat dan sesi kaunseling. Aku juga menggunakan pendekatan lawak dalam sesi ini... ini mengurangkan tahap kobosanan atau mengurangkan tekanan kepada penghuni.

“Kak... apo sikit sangat makan tu? Diet ker?” kataku kepada seorang penghuni yang dipanggil kak Noni.. seorang penghuni yang didera oleh suaminya 6 bulan dulu. Anaknya seorang yang sulong juga mati didera suaminya... dulu dia mengalami trauma.. alhamdullilah aku berjaya memulihkan semangatnya dan bakal keluar dari sini pada bila-bila masa sahaja.

“Dah 2 kali tambah dik.. berapa kali nak tambah ni. Nanti gemuklah akak” jawabnya.

“Hahahahahahaha... takpelah tambah banyak kali pun.. besok akak dah keluar nanti tentu rindu nak makan kat sini lagi.”

“Hahahahahahahahah” mereka yang berada berhampiran tergelak. aku lalu pergi ke arah pelanggan atau pesakit yang baru aku dapat, Ani Sofia. Kelihatan Sofia tidak berselera menjamah makanan.

“Sofia... tak sedap ke lauk tu?” tanyaku lembut.

“Aku tak seleralah makan ni... macam masakan penjara. Apa ni lauk Kari? Aku dulu masa meniaga.... hari-hari aku makan kat restoran... ini apa? Aku bukannya makan kari ni” katanya sambil menyorongkan pinggan ke tepi.

“Halamak... junior ni dari petang tadi bang Hisham banyak bunyikla.... solat pun malas.. apa lagi nak bantu kami kemas dorm.. membuta jer kejanya. Ikutkan saya bang, saya belasah jer dia ni” kata Haryati.. bekas pelacur yang sudah 2 tahun berada di sini. Dia inilah yang menegur Sofia tadi. Dia juga merupakan ketua aras bagi dorm Sofia... jadi sebagai ketua aras dia akan memantau penghuni dari dalam. Pastikan kebersihan dorm dan semua tanggungjawab penghuni di bawah jagaannya dibuat.. seperti membasuh baju, solat dan sebagainya. Haryati ni tua 2 tahun dari aku... tapi dia tetap panggil aku abang. Dia juga selesa jika aku memanggil sahaja namanya... bukannya akak seperti kelaziman. Hanya aku sahaja yang tetap memanggilnya akak.

“Eh! Aku datang sini terpaksa tau. Korang ingat aku hingin ker dok rumah kebajikan ni. Aku tertangkap tau. Kalau tak sekarang ni aku dah dok umah makan sedap-sedap... ini tah apa rasa tah. Malas aku nak buat kerja kat sini. Aku sini ditahan tau,,, bukan untuk bekerja.”

“Wah kau... kau ingat kau bos kat sini?” kak Haryati mula bangun.

“Eh! Dahla. Haryati... budak baru ni. Biasalah” aku cuba mengurangkan ketegangan antara mereka berdua.

“Nasib baiklah bang Hisham ada.. kalau tak dah biru muka kau ni” Haryati duduk.

“Kenapa tak cakap.. cakap dengan warden. Saya boleh tolong minta tukang masak yang lain” aku tetap menjaga kebajikan Sofia walaupun dia akan menyambut dingin pertolongaku.

“Takpelah. Tak selera aku.”

“ Ok. Haryati... nanti lepas solat jumpa saya sekejap kat wakaf depan guard.. nak cakap kejap.”

“Ai.. ai Chief” kak Haryati memberi tabik hormat... aku berlalu pergi. Selepas solat Isyak... aku tunggu di wakaf berhampiran dengan pondok pengawal keselamatan. Di sini aku berbual secara persendirian dengan penghuni. Lagipun dekat dengan pondok pengawal.. taklah mendatangkan fitnah. Selalunya ada 4 orang pengawal akan bertugas... dua orang lelaki manakala dua lagi perempuan. 5 minit kemudian Haryati datang.

“Ada apa bang nak jumpa saya ni? Ada hal penting ker?”

“Ada.. duduklah. Janganlah panggil abang... berapa kali nak cakap... akak lebih tua dari saya” Haryati duduk berhadapan denganku.

“Haryati..... janganlah berkasar sangat dengan Sofia. Dia baru lagi.”

“Tapi saya anginlah dengan peel dia tu. Saya tadi dah buat baik-baik dengan dia... tapi dia berkasar pulak dengan saya” jawab kak Haryati.

“Iye.. tapi kes Awak dengan Sofia lain.. awak di sebab desakan hidup. Sedangkan dia diperkosa dan dijual oleh bapanya sendiri. Sebab itulah dia berkelakuan seperti itu. Keras kepala dan tidak mendengar kata atau arahan kita. Pengalaman masa lalu sungguh memahitkan... kita perlu perlahan-lahan membentuknya. Tak boleh terus keras membentuknya” kak Haryati mengangguk,

“Kesiankan..... darah daging sendiri yang buat onar.. kalau saya.. saya potong Anu bapaknya itu. Tak guna betul.. anak sendiri sanggup dijual. Kenapalah semua lelaki tidak sebaik bang Hisham? semua nak mengambol kesempatan atas kelemahan wanita.”

“Saya ni bukan baik sangat. Cuma jika semua lelaki menunaikan tangungjawabnya yang diamanahkan Allah, Insya Allah dunia ni akan aman dari lelaki seperti itu.”

“Apa benda yang berbungkus tu Hisham?” tanya kak Haryati tentang bungkusan yang aku bawa yang diletakkan di atas meja.

“Ini ha... akak bagi nasi dengan sambal ikan bilis dan telur goreng kat Sofia. Ini je sempat saya masak petang tadi. Untuk akak pun ada jugak.... roti cicah sambal kesukaan akak” aku menghulurkan bekalan itu ke tangan kak Haryati

“Hisham ni baiklah. Selalu bagi kami makan... ambil berat tugas kami. Kalau harapkan warden lain... yang ado.”

“Dah! Jangan nak puji-pujilah. Bagi tau kat Sofia.. anggaplah dia adik akak. Insya Allah dengan bantuan kita semua dia akan dapat dipulihkan.”

“Baiklah Hisham. Saya akan cuba berbaik-baik dengannya.... dan menganggapnya seperti adik saya sendiri. Hisham jangan risau.”

“Oklah.. kalau takde apa. Saya balik dululah.. dah lewat ni.Assalaimualaikum...” aku bangun dan berlalu pergi. Balik berjalan kaki menuju rumahku yang terdapat di belakang Asrama ini.. aku menghuni kuarters pengetua kerana puan pengurus tidak tinggal di kuarters. Jadi dari biar rumah itu kosong, aku duduklah kat rumah tu.

{{{{{{{{{{{{{{{

Haryati terus memasuki Dorm Ani Sofia.. masuk sahaja kelihatan Ani Sofia keseorangan sedang termenung. Penghuni lain tiada didalam Dorm kerana turun ke bawah menonton televisyen. Haryati menghampiri katil Sofia.

“Assalaimualaikum.. jauh termenung” Ani sofia tersentak.

“Apa yang kau nak?” sabar Haryati,, sabar.

“Boleh tak panggil aku akak? Aku ni tua dari kau 10 tahun? Hormat sikit yer?” walaupun lembut tapi ada nada tegas.

“Yelah. Ada apa akak?”.

“Kau tak lapar ker?”.

“Lapar? Saya tidak ada pilihan lagi. Kalau saya tak kena tangkap.. takdelah saya jadi macamni?”.

“Habis... kau nak salahkan pulak pasal kau ditangkap? kau nak jadi pelacur seumur hidup kau. Sampai dah kerepot masih nak meniaga lagi di jalanan? Taknak kembali ke pangkal jalan?” tanya Haryati bertubi-tubi.

“Ala... dah cukup modal saya meniagalah lain.. saya taubat.”

“Itupun kalau sempat. Kalau tak sempat? Bersyukur... kita ni ditangkap sebab nak pulihkan kita balik kembali ke pangkal jalan. Dah... ni ada makanan sikit. Abang Hisham masakkan untuk kau” Haryati menghulurkan bekalan nasi kepada Sofia. Sofia mengambilnya....

“Nasi.”

“Makanlah.. kau jangan takut. Bang Hisham itu memang baik.. dia selalu masakkan lauk dan bagi kepada kami. Macam kau cakap tadi... kalau makan kat kantin asrama je memang muak. Jadi kadang-kadang dia akan masakkan lauk kepada penghuni. Makanlah” Sofia pergi ke tandas seketika untuk mencuci tangan. Haryati menunggu di situ untuk berbual dengan ani Sofia. Kembali semula Sofia ke Dorm... Sofia membuka bekalan.. wow.. sambil tumis ikan bilis kesukaannya.

“Akak tak makan sama?” ajak Sofia.

“Takpelah... Sofia makanlah dulu” Ani mula makan bekalan Hishamuddin beri.. sedap, persis masakan arwah maknya.

“Sedap abang Hisham masak. Teringat saya pada arwah mak saya. Tiap-tipa hari kalau arwah mak saya ada tentu dia akan masakkan sambal tumis. ” kata Sofia sedih.

“Memang masakan bang Hisham sedap. Lain kali.. kalau ada benda taknak atau tak boleh makan. Cakap dengan akak. Akak boleh bagitau tukang masak. Masakkan yang lain untuk Sofia”

“Saya benci makan kari sebab jika terlihat kari.. saya akan terkenangkan bapak saya yang tak guna tu!” kata Sofia marah.

“Bukan adik sorang sahaja yang pernah dipergunakan oleh lelaki. Kat sini semuanya senasib dik... kita menjadi hamba kepada lelaki. Ada yang diperkosa, dipukul dan ada yang dipergunakan. Cinta dan kasih kita dipergunakan oleh segelintir lelaki. Mereka ambil kesempatan terhadap kita. Kita patut bersyukur ditangkap dan dibantu kembali kepangkal jalan.”

“Akak meniaga jugak ke dulu?” tanya Sofia.

“Ye dik... kakak dipergunakan oleh kekasih akak. Lagipun akak gelap mata masa tu. Akak meniaga untuk golong VVIP. Untungnya banyak. Duit banyak masuk... maklumlah sekali meniaga dapat beratus-ratus ringgit. Pelanggan pun terdiri daripada Dato-dato yang kerepot dan banyak wang. Akak pun ditangkap juga... teman lelaki akak pun ditangkap dan ada kat penjara sekarang ni. Mula-mula akak juga tak suka duduk kat sini. Makan tak sedap... terkurung.. terpenjara.... pagi-pagi pukul 5 sudah kena bangkit solat subuh. Tapi hasil bimbingan dan kaunseling kaunselor di sini banyak yang akak pelajari. Akak pun dah insaf.. tidak mahu terjebak lagi dengan perkara sebegitu” kata Haryati sayu.

“Saya pulak dijual dan dirogol oleh ayah saya pada usia saya 16 tahun” pengakuan Ani Sofia tidak mengejutkan Haryati. Hisham telah memberitahunya tadi.

“Semuda itu? Kenapa?” kata Haryati buat-buat tanya.

“Lepas mak meninggal ayah betul-betul dah berubah. Ayah jadi taik judi.. kaki perempuan.. kaki kelab.. lama-lama ayah diberhentikan kerja. Jadi sebagai jalan penyelesaian masalah kewangan ayah menjual saya pada kawan-kawannya... takpun pada sesiapa sahaja. Janji dapat duit.”

“Kesiannya.. takpelah. Akak harap program yang ada disini Ani ikutlah sepenuhnya. Samada program kaunseling, agama, kemahiran dan sebagainya. Ikuti peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan disini semuanya dibuat adalah untuk mendisiplinkan kita dan sebagai persediaan di luar sana nanti. Kalau ada apa-apa masalah, Sofia bagitahu akak. Apa yang akak yang boleh tolong akak tolong.”

“Terima kasih akak. Maafkan saya atas perlakuan saya petang tadi. Saya berkasar dengan akak” Sofia meminta maaf atas keterlanjurannya.

“Takpe dik. Akak faham.. akak dulu pun macam adik jugak. Malah akak cuba melarikan diri pada genap setahun akak ditempatkan disini. Tapi nasib baik bang Hisham ada... dia yang selamatkan akak. Menginsafkan akak.. menyedarkan akak. Tak guna akak lari dari sini.... nanti kena tahanan di penjara lagi haru. Tambah lagi 3 tahun. Elok-elok 3 tahun jadi 6 tahun.”

“Abang Hisham tu baik ke kak?” tanya Sofia.

“Baik sangat-sangat.. sesi kaunselingnya sangat berkesan. Dia jadikan kita sebagai saudaranya... tak seperti kaunselor yang Hisham gantikan sebelum ini. Semua sesi kaunseling membosankan.. ikut buku. Hisham ambil pendekatan psikologi persaudaraan. Berilah kerjasama kepada Hisham... Insya Allah Hisham akan menolong kita” kedengaran penghuni sudah mula balik ke Dorm masing-masing....

“Oklah Dik.... tidur awal yer.. akak nak balik Dorm dulu. Berbual-buallah dengan teman sedorm adik ni. Kenal-kenallah dengan mereka. Merekalah yang akan menjadi sahabat adik selama 3 tahun adik disini. Merekalah rakan dan saudara adik selama adik disini.”

“Baiklah akak.. saya pun nak mintak maaf atas keterlanjuran saya petang tadi.”

“Baguslah.. akak pergi dulu. Assalaimualaikum.”

“Walalaikumussalam” Sofia bersalaman dan mencium tangan Haryati. Haryati terharu.. dia memeluk Sofia. Selepas itu Haryati balik ke Dormnya.... apabila kawan-kawan sedorm seramai 8 orang balik.. Sofia meminta maaf kepada semua mereka. Mereka memaafkan Haryati.....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.