BAB 6
“Barangsiapa
di antara kamu yang hadir ( di negeri tempat tinggalnya ) pada bulan itu
(Ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa
(selama bulan itu), dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka wajib
baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan” surah Al-Baqarah ayat 185.
Bulan 7 tahun 2012... genaplah sudah 4 bulan Sofia ditempatkan disini. Harini
bermula kewajipan untuk berpuasa bagi umat Islam. Alhamdullilah.... Sofia
semakin berubah. Daripada seorang gadis yang pemarah dan agak liar perlakuannya
kepada seorang yang santun, berbudi bahasa dan mula beribadah ke Allah. Sofia
juga mula memakai tudung.... dan menjaga auratnya. Sofia juga memasuki kelas
memasak dan menjahit.. malah Sofia juga sangat pandai menjahit dan merekabentuk
baju. Apa yang membanggakan aku hasil kerja Sofia telah ditempah oleh beberapa
butik terkenal terutama baju muslimah untuk raya tahun ini. Sesi kaunseling
juga selama 2-3 bulan ini melihatkan hasil yang positif.. malah Sofia juga
semakin ceria dan periang.. tidak seperti dulu yang bersikap negatif. Sebagai
seorang kaunselor perubahan itu memang membanggakan aku... ibarat seorang
doktor yang melihat seorang pesakit yang dirawatinya sihat dan boleh melakukan
aktiviti seperti biasa. Begitulah juga dengan aku.... kini aku boleh mengfokus
kepada penghuni-penghuni lain atau penghuni baru yang ingin mendapatkan
khidmatku. Lamunanku terhenti apabila aku telefon berdering ;
“Yup kak Hasni.. ada apa
boleh saya bantu?” Kak Hasni merupakan ketua warden kanan rumah perlindungan
ini di talian
“Dik... Haryati nak jumpa
dengan Hisham” jawab kak Hasni.
“Nak jumpa?kenapa?”
tanyaku kehairanan,,, tiba-tiba pulak kak Haryati nak jumpa dengan aku ni.
“Tahla. Dia kata peribadi.
Dia taknak beritahu akak hal apa.”
“Ok.. saya pun takde
kerja nak buat. Bolehlah panggil dia berjumpa dengan saya di bilik saya kak”
kami menamatkan perbualan.. aku menunggu kak Haryati di bilikku... lima belas
minit kemudian pintu aku diketuk.. Haryati datang dengan ditemani oleh seorang
warden.. Kak Usmah.
“Yup kak Haryati. Ada apa
yang boleh saya tolong? Nak ambil tempahan biskut raya ker” Haryati merupakan
ketua membuat biskut Raya.... manalah tahu dia nak ambil tempahan pulak.
“Hahahaahahaha.. itupun
ye jugak. Tapi saya ada hal peribadi nak cakap ni dengan Hisham” aku mengangguk
faham.
“Kak Usmah.. takpe.
Biarkan kami berdua di taman nanti. Saya ada hal nak dibincangkan dengan Haryati”
kak Usmah mengangguk.
“Jom.. taman. Kita
berbual-bual di sana” aku mengajak Haryati ke taman. Bagiku berbincang di taman
adalah lebih santai berbanding jika berbincang di dalam bilik yang. Apabila
sampai ke taman, kami duduk ke wakaf yang disediakan.. aku memilih wakaf yang
terdapat berhampiran koridor supaya takdelah timbul fitnah nanti. Ramai orang
lalu lalang di koridor terutama pekerja pusat perlindungan ini.
“So akak.. apahal yang
akak nak jumpa saya ni?” kataku memulakan bicara.
“Nak mintak tolong
Hashim” nak minta tolong apa pulak?
“Nak mintak tolong apa tu
kak?” kataku.
“Tolong pujuk ayah dan
mak untuk pulangkan anak akak. Saya nak sangat jumpa anak akak.. sejak akak
duduk sini.. mak ayah akak tak pernah hendak membawa anak akak melawat akak.
akak amat merinduinya Hisham.”
“Alhamdullilah.. memang
dari dulu lagi saya menanti kebenaran akak supaya dapat satukan akak dengan
anak akak. Tapi dulu akak mengelak bercerita tentang anak akak” memang dari
mula aku bekerja disini lagi aku dah suruh akak Haryati berjumpa dengan
anaknya. Tapi Haryati enggan
“Sekarang akak dah sedia.
Akak rindukan anak akak.. tapi keluarga akak macam mengasingkan diri daripada
keluarga akak... mereka cuba pisahkan anak akak dengan akak” Haryati mengeluarkan
sesuatu dari koceknya.
“Ini alamat keluarga
akak. Pergilah kau kesana... pujuklah mereka. Tapi kalau mereka taknak.. jangan
paksa mereka” aku mengambil kertas yang diberikan oleh Kak Haryati... Semenyih?
Taklah jauh. Besok aku pergilah. Lagipun esok hari sabtu... hari kedua
berpuasa... boleh aku singgah umah mak kejap.
“Baiklah. Besok saya
pergi.. insya Allah kak.. saya akan cuba memujuk keluarga akak untuk
membenarkan anak aka berjumpa dengan akak.”
“Terimakasih Hisham..
kamu banyak menolong akak”
“Ini kewajipan saya...
tolong menolong sesama Islam. Apatah lagi merapatkan tali silaturahim sesama
manusia.. besar ganjarannya” jelasku.
“Untung sesiapa dapat
Hashim sebagai suami” aku tersipu.. ke situ pulak.
“Hahahahahahahahaha.. ke
situ pulak. Macamana biskut raya? Banyak tempahan?” aku mengubah topik.
“Alhamdullilah.. banyak..
tak menang tangan dibuatnya. Tempahan pasaraya pun banyak.... harap kami dapat
penuhi seminggu sebelum raya. Nak order?” tanya kak Haryati.
“Oklah.... macam biasa.
Almond London dan kek coklat Brownie 2 bungkus. Akak masak kek tu sedaplah.
Kalah beli kat Secret Recipe.”
“Hahahahahahahaha...
besok akak keluar ingat nak bukak kedai keklah.”
“Saya sokong 100 peratus.
Kalau saya beli ada diskaun tak?” kami ketawa. Kemudian kami berbual-bual
hal-hal lain.