Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,180
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 31 A ; petunjuk dari Allah

BAB 31

Alhamdullilah... selama 3 hari berturut-turut.. aku mendapat mimpi yang sama. Aku bermimpikan Sofia menjadi suri hidupku. Terima kasih ya Allah atas hidayahmu. Seminggu selepas itu, aku berjumpa Sofia untuk sesi kaunseling mingguan ( kini Sofia berjumpa dengan aku sekali seminggu sahaja ). Kak Usmah dengan sportingnnya duduk di luar menunggu sesi tamat.

“Saya ada benda nak cakap dengan Sofia ni” aku memulakan bicara.

“Ada apa bang?” Sofia tertunduk malu.

“Tentang kata-kata yang abang ungkapkan minggu lepas semasa Sofia hendak keluar dari bilik abang... abang ikhlas melontarkan kata-kata tersebut” Sofia memandangku.

“Tapi Sofia tak layak untuk abang” katanya rendah diri.

“Kenapa Sofia cakap macamtu?”

“Seperti Sofia cakap sebelum ini. Sofia...”

“Sofia kotor... begitu? Kan abang dah jelaskan”

“Sofia tahu... tapi Sofia... macamana nak cakap ye. Sofia memang tak layak untuk abang.”

“Abang terima Sofia walau apapun keadaan Sofia. Sofia sekarang bukan Sofia yang dulu. Abang sebenarnya dah buat solat istikarah. Sudah 3 malam berturut-turut abang mimpikan Sofia.”

“Maha suci Allah... betul ke bang?”

“Betul Sofia.”

“Abang sanggup terima Sofia?” tanya Sofia inginkan kepastian.

“Insya Allah” moga Allah bukakan hati kedua orang tuaku untuk menerima Sofia. Tapi aku rasakan aku bakal menerima tentangan daripada keluargaku.

“Keluarga abang?”

“Itulah masalahnya... keluarga abang. Tapi abang tidak boleh menipu teantang diri Sofia. Tapi abang akan cuba jelaskan kepada mereka. Insya Allah.... mereka akan terima Sofia” aku akan cuba menyakinkan keluargaku untuk menerima Sofia.

“Abang cintakan Sofia?”

“Sebagai manusia... abang cintakan Sofia” airmata Sofia mula bergenang...

“Betullah... lah... ni kenapa menangis ni?”

“Sofia terharu bang. Buat pengetahuan abang... abang cinta hati pertama Sofia sebelum ini, Sofia tidak mencintai lelaki yang Sofia layan. Semuanya terpaksa dan disebabkan wang. Sofia terharu sebab abang sanggup terima diri Sofia” katanya terharu.

“Janganlah bersedih. Ini dikatakan kehendakNya.. lagipun kini Sofia dah jadi yang lebih baik. Benda yang sudah lepas jangan dikenang sangat” aku memberikan tisu di tasa mejaku.. Sofia mengambil dan mengelap airmatanya.

“Ini gambar abang dan kita berdua masa raya tahun lepas. Sofia punya gambar dah kena rampaskan. Sorok sikit yer.. nantikena rampas pula lagi” aku menghulurkan sampul yang mengandungi gambar raya tahun lepas yang aku cuci semula untuk diberikan kepada Sofia.

“Maklumlah kita ni tak boleh Dating selalu.. dalam Islam pun melarang kita berdua-duaan... tapikak Usmah ada di luar. Insya Allah... kalau umur kita panjang... sebaik sahaja Sofia keluar.. abang akan meminang Sofia.”

“Insya Allah. Sanggup ke abang menunggu sofia lagi 2 tahun?”

“Insya Allah.. sanggup.. kalau sudah jodoh tak kemana. Lagipun abang nak simpan duit.. hahahahahahahahahaha.”

“Hahahahahahaha... tak payahlah abang simpan duit banyak sangat. Cukuplah sekadar mas kahwin dengan Al-Quran.”

“Eh. Kenapa pulak?”

“Itu yang dituntut dalam Islam. Lagipun saya ini dah tidak suci lagi.... tiada yang istimewa untuk diberikan kepada abang.”

“Tidak.. anggaplah itu hadiah dari abang” kataku muktamad.

“Tapi”

“Kita bincangkan perkara ini nanti yer”

“Baiklah” aku meneruskan dengan sesi kaunseling dengan Sofia seperti biasa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.