Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,181
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 46 ; Keputusan panel siasatan

BAB 46

Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil." (Surah al-Hujurat, ayat 9) .

Seminggu selepas panel siasatan melakukan siasatan., aku telah dipanggil ke dalam bilik Pengetua. Bukan sahaja aku, malah kak Hashimah juga telah dipanggil. En Azlan selaku ketua panel akan membentangkan hasil siasatannya di hadapan Pengetua dan kami berdua. Aku tidak tahu kenapa kak Hashimah turut dipanggil. Tapi aku merasakan tentu Encik Azlan mahu kami berdua berdamai... aku memang hendak berdamai dengan kak Hashimah. Buat apa hendak pening kepala bergaduh dengan kak Hashimah. Malah Allah juga mahu kita sesama Islam ini berdamai.. buat apa bergaduh.. akhirnya orang kafir akan mengambil kesempatan dari pergaduhan kita sesama Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 9 yang bermaksud.Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.".

Tapi masalahnya kak Hashimah yang tidak mahu berdamai dengan aku, malah selalu mengelak berjumpa dengan aku. Aku pun tidak tahu apa yang aku hendak buat lagi. Inilah dia apabila emosi dan nafsu telah menguasai diri....

“Baiklah.. hasil siasatan saya Puan Pengetua.. kami mendapati bahawa semua tuduhan tersebut tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata kecuali percintaan Encik Hisham dengan salah seorang penghuni pusat perlindungan ini yang bernama Ani Sofia. Tidak terdapat pelanggaran mana-mana peraturan ataupun undang-undang yang dilakukan Encik Hisham. saya ulangi lagi, surat layang ini fitnah semata-mata” tegas Encik Azlan.

“Jadi... apa tindakan seterusnya” tanya Puan Pengetua.

“Kami telah berbincang dengan pegawai atasan... malah kami juga telah berbincang dengan pihak lembaga tatatertib di Putrajaya. Maka Encik Hisham dilepas dan dibebaskan dari sebarang tuduhan.. kecuali satu,”

“Apa dia tu cik Azlan” tanyaku;

“Beliau tidak dibenarkan lagi melakukan sesi kaunseling dengan penghuni bernama Ani Sofia. Malah tidak dibenarkan lagi untuk berjumpa dengan penghuni ini untuk tujuan rasmi.. tapi kalau tujuan tidak rasmi boleh... contohnya seperti sambutah Hari Raya ataupun Yang berhormat datang” alamak... nampaknya aku selepas ini mati kerinduanlah aku. Aku tidak dibenarkan lagi berjumpa dengan Sofia.

“Baiklah” kataku lemah. Akak Hashimah ku lihat tersenyum kambing. Puaslah hati dia kot;

“Semasa kami melakukan siasatan tentang kes surat layang Hisham.. kami sudah mengetahui penulisnya.”

“Siapa?” tanya Puan Pengetua.

“Kak Hashimah” kak Hashimah terperanjat.

“Ini satu tuduhan yang tidak berasaskan Encik Azlan.. masa surat itu tersebar... saya bercuti 2 hari. Saya tidak tahu menahu tentang hal ini.. takkanlah semasa saya bercuti.. saya boleh datang kesini untuk mengedarkan surat ini. Tiada sebab untuk saya menulisnya” terang kak Hashimah mempertahankan dirinya.

“Semasa anda bercuti selama dua hari... pegawai teknikal telah membuka komputer kamu. Kami telah berjaya menemui bukti bahawa surat layang ini ditulis oleh kamu.. kami ada bukti bahawa kamu menggunakan komputer tersebut untuk menulisnya” tegas Encik Ghazali.

“Kamu menceroboh hak saya. kamu tidak meminta kebenaran saya!” marah kak Hasimah.

“Kami tidak memerlukan kebenaran.... komputer itu adalah hak kerajaan Malaysia. Jadi saya sebagai pegawai panel siasatan ada hak untuk mengeledeh komputer kamu untuk mendapatkan maklumat. Selain surat layang ini, kami juga menyiasat tentang kes kamu menyalahgunakan wang syarikat.... semuanya ada di dalam komputer kamu.. transaksi-transaksi asal dan yang telah dimanipulasi juga telah kami ambil.”

“Kamu tidak boleh buat itu semua.. kamu tiada hak! Nanti saya minta tolong Datin untuk membatalkan siasatan kamu ini. Saya akan buat laporan Polis” kak Hashimah semakin berang.. tembelangnya kini telah pecah;

“Laporan Polis? Buatlah... kami memang mengalu-alukan kamu membuat laporan Polis. Sebab kami sudah ada bukti yang kukuh untuk mendakwa kamu dan Datin atas tuduhan menyalahgunakan wang asrama. Biar Polis siasat tentang perkara ini.... malah Polis ada kuasa untuk menyiasat akaun kamukan. Lagi mudah kami membuat kerja nanti” gertak Encik Ghazali.

“Puas hati kau Hisham? puas hati kau sebab kau ngadu dengan kak Azah. Ngadu dengan Puan Pengarah aku makan duit asrama. aku tahu kau dari dulu sakit hati dengan akak kan? Kau bodek Puan Pengetua dulu naikkan pangkat kau. Pastu kau balas dendam dengan aku kan?” aik.. tiba-tiba aku pula yang dituduh... ini sudah lebih;

“Siapa yang busuk hati sekarang ni kak? Siapa yang buat surat layang? Siapa nak sangat jadi warden? Siapa yang fitnah saya? siapa? Akak ke saya?” kataku dengan nada sedikit tinggi... sudah lama aku bersabar dengan akak Hashimah.. tak habis-habis menyusahkan aku.

“Betul kata Hisham tu... sebenarnya kamulah yang busuk hati dengan dia. Hisham tidak pernah busuk hati dengan kamu. Apa yang dia buat selama ini semuanya untuk kebaikan pusat jagaan ini. Tapi kamu menganggap seolah-olah Hisham ini musuh kamu pula. Kalau kamu hendak tahu, bukan Hisham yang mengadu kepada pihak atasan atas pengurusan wang asrama.. tetapi sebalik saya yang membuat aduan” kak Hashimah terdiam mendengar kata-kata puan Pengetua.

“Benar.. Puan Pengetua yang membuat aduan rasmi kepada kami. Hisham tidak kena mengena dengan kes puan Hashimah” Encik Azlan menyokong kenyataan Puan Pengetua.

“Saya melihat dan memantau semua fail akaun. Saya lihat selama 6 bulan Datin menjadi Pengetua... ada banyak kesilapan dan pengurangan dalam bajet asrama. Begitu juga banyak duit dan upah penghuni yang dipotong. Saya telah meminta bahagian kewangan untuk menyiasatnya.. memang benar terdapat ketirisan wang asrama. apa yang kamu buat ni Hashimah?” tanya Puan Pengetua.. kak Hashimah tertunduk.

“Jadi saya bertanya sekali lagi.. adakah benar kamu yang menulis surat layang ini” kata Encik Azlan sambil menunjukkan salinan surat layang.

“Ya saya menulisnya” akhirnya kak Hashimah mengaku.

“Astafirullah hal azim.. kenapa kak?”

“Entahlah.. akak rasa, mungkin disebabkan perasaan cemburu kepada Hisham... akak buat semua ini. Akak rasa Hisham menggunakan bomoh sehingga semua orang percayakan Hisham. semua orang sayangkan Hisham. Hisham dinaikkan pangkat melangkui akak. Maafkan akak Hisham.. maafkan akak. akak terlalu mengikut nafsu Hisham. Encik Azlan... saya harap Hisham dilepaskan.. saya yang bersalah.”

“Baiklah.. walau bagaimanapun, penglibatan puan dalam penyelewengan wang asrama tetap akan disiasat dengan lebih lanjut di peringkat pusat. Kami tidak boleh berbuat-buat apa.. ini melibatkan wang penghuni dan rakyat” kak Hashimah mengangguk.

“Hashimah.. Hashimah.. kenapalah kamu buat begini.... tak cukup ker elaun 1500 sebulan yang kami beri” tanya kak Azah.

“Sebenarnya Datin yang mahu saya buat ini semua” aku sudah agak.. mesti ini semua atas arahan Datin.

“Kenapa.”

“Suaminya mengalami masalah dalam perniagaan... terlalu banyak hutang. Perlukan tunai sebagai modal pusingan. Datin meminta pertolongan saya, jadi saya bersetuju untuk menolongnya kerana Datin berjanji akan memulangkannya apabila suaminya mendapat bayaran daripada pihak pemaju. Datin berkata dia akan menolong saya mendapatkan jawatan yang saya idamkan dengan menendang Hisham dari jawatannya sekarang.. saya akan dilantik sebagai ketua kaunselor dalam masa setahun” kak Hashimah berterus terang.

“Assatafirulullah hal Azim.. Datin ketuanya.. berapa banyak wang yang diambil Encik Azlan?”

“Hasil siasatan kami.... Lebih kurang 100,000 dalam masa 6 bulan” perghhhhh.

“Masya Allah... banyaknya” kata kak Azah.. tidak percaya apa yang didengarinya.

“Iya.. satu jumlah yang banyak,”

“Datin sudah disiasat?”

“Sudah... Datin enggan mengakuinya. Katanya Kak Hashimah yang mengambilnya tanpa pengetahuannya. Dia telah diberi maklumat salah oleh puan Hashimah. Katanya semua atas tindakan kak Hashimah... dia tidak tahu menahu. Pengurusan asrama adalah di bawah kak Hashimai.. beliau hanya memantaunya” kata Encik Ghazali... pandai Datin mengelak.

“Apa! Datin kata saya mengambil wang asrama seorang sahaja? Dia tidak mengaku salah! Sampai hati dia cakap macamtu... sedangkan kami sama-sama ambil wang tersebut.. Datin yang suruh saya! sampai hati dia” bentak kak Hashimah.

“Biasalah Hashimah.. orang yang sudah bersalah.. mana dia nak hendak mengaku” kataku.

“Sampai hati dia puan cakap saya seorang sahaja yang mengambil wang asrama. sedangkan Datin yang mengambil semua wang asrama. saya yang berikan wang itu encik.... boleh dikatakan tiap-tiap minggu saya ke biliknya... merancang mana wang kami hendak ambil. Akhirnya ini balasan Datin terhadap saya” kata kak Hashimah kecewa.

“Jadi akak tak mengambil walau satu sen pun?”

“Tidak Hisham.... satu sen pun akak tak ambil. Bijak Datin... menggunakan akak untuk kepentingan dirinya... akhirnya dia terlepas. Akak yang menanggungnya” kesian kak Hashimah.

“Datinkan lulusan undang-undang... dia tidak buta undang-undang. Dia tahu cara macamana dia hendak lepas dari tindakan undang-undang. Iaitu mempergunakan Hashimah... dia juga pandai mengambil kesempatan di atas kemarahan Hashimah dengan Hisham. memang bagus perancangan Datin.”

“Tak guna punya Datin..pandai dia... akak jugak yang kena” kata kak Hashimah menyesal.

“Takpelah kak... kami semua akan tolong akak bagaimana hendak mengheret Datin sama dalam kes ini. Saya ada ramai kawan peguam.. kita boleh selidik dan cari bukti tentang penglibatan Datin. Percayalah saya, sebijak mana pun dia... mesti ada kelemahan atau dia terlepas pandang” aku menghulurkan pertolonganku.

“Walaupun akak buat macam-macam terhadap Hisham.. kamu masih menolong akak?”

“Itu tangungjawab kak.. akak dalam kesusahan atas perbuatan orang lain. Saya mesti menolong akak... lagipun bermaafan itu lebih baik dari bermusuhan. Akak dipergunakan. Saya tidak mahu akak seorang yang kena.. Datin terlepas. Nanti dia buat perangai lagi di tempat lain kak.”

“Akak minta maaf atas segala kesalahan akak Hisham. sesungguhnya kak dikuasai oleh nafsu amarah dan cemburu terhadap kamu. Akan termakan hasutan syaitan dan Datin.. maafkan akak” katanya teresak-esak.

“Saya sudah lama maafkan akak. sudahlah tu kak.”

“Terimakasih Hisham... patutlah kau ini menjadi kesayangan semua orang di pusat ini.. Hisham terlalu baik dan sedia untuk memaafkan orang lain. Kau memang layak berada di kedudukan di mana kau berada sekarang ini Hisham. maafkan akak pasal surat layang tu yer.”

“Ok”

“Jadi Encik Azlan.. bagaimana kedudukan Hashimah?”

“Sementara waktu.. dia akan digantung tugas sehingga siasatan tamat. Mulai besok puan Hashimah tidak akan datang bekerja lagi.. mungkin dalam 2 minggu.. atau sebulan. Kami akan memberitahu bila kak Hashimah akan datang bertugas semula” kak Hashimah mengangguk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.