Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,245
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 45 ; Pakcik.. kahwinlah dengan mak kita

BAB 45

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Surah al-Alaq atay satu hingga 5.

3 hari yang panjang...... bosan betul aku kena soal siasat. Petang Jumaat aku duduk macam orang bodoh di dalam pejabat tanpa boleh membuat apa-apa kerja. Jadi untuk menghilangkan kebosananku, aku membeli beberapa buah buku agama ataupun fiksyen. Sekurang-kurangnya dapatlah sedikit ilmu dan sebagai makanan otak aku. Sebut pasal buku, hari pertama siasatan rumah aku digeledah untuk mengambil semua buku-buku yang aku gunakan sebagai rujukan sebelum memberikan tazkirah. Memang aku minat membaca samada buku atau majalah... tidak kiralah yang berbentuk ilmiah ataupun fiksyen. Dalam rumah aku ada satu bilik khas yang menempatkan koleksi buku-buku dan majalah. Terdapat lebih kurang 200 buah buku yang aku beli sejak bekerja... itu belum termasuk majalah. Di rumah keluarga aku di Seremban pula menempatkan koleksi buku adik-beradik yang dibeli sejak zaman persekolahan lagi dan masih baik disimpan. Memang sejak kecil aku diajar oleh ayah untuk membaca buku. Ayah tidak loket membelikan buku untuk kami, tapi amat payah jika kami meminta ayah membeli permainan, gula-gula atau benda-benda yang kanak-kanak seusia kami idamkan.

Setiap kali aku keluar membeli belah, kedai pertama yang aku akan pergi adalah ke kedai buku. Malah aku tidak rasa menyesal jika mengeluarkan wang 100 ringgit setiap kali aku membelanja membeli buku. Malah baginda Nabi Muhammad pun mendapat wahyu pertama mengenai membaca."Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Surah al-Alaq atay satu hingga 5.

Petang itu aku tidak pergi melawat pak Karim... hari ini giliran Sofia melawatnya. Aku bercadang untuk berjumpa dengan kak Haryati. Lagipun hari itu hari gaji, aku bercadang hendak membeli mainan untuk anaknya. Dari rumah kak Haryati terus balik ke rumahku di Seremban. Memang sejak aku tidak jadi warden ini, adalah menjadi kelaziman untuk aku balik ke rumah orang tuaku pada setiap hujung minggu. Adik aku yang ketiga sudah masuk belajar di Universiti Sains Malaysia.. manakala adik bongsu pula sudah memasuki Matriks di Kuala Pilah. Jadi sekarang ini, hanya tinggal ayah dan emak berdua di rumah. Pukul 5 petang balik daripada kerja aku singgah rumahku dulu... ambil apa-apa yang patut.. kemudian terus memecut laju menuju ke Semenyih.

Sampai di Semenyih lebih kurang pukul 6 suku. Aku terus membeli salam. Salamku bersambut oleh anak kak Haryati yang berlari-lari anak membuka pintu pagar.

“Assalaimualaikum” kataku memberi salam.

“Walaikummussalam....” anak kak Haryati membukakan pintu pagar.

“Kakak sudah mandi?”

“Lum.”

“Kenapa kakak belum mandi lagi?”

“Nak tunggu pakcik datang”

“Iye.. sayang pakcik tak?”

“Cayang” jawabnya comel.

“Ala-ala kiutnya. Ni ada hadiah...ambillah” aku menghulurkan satu set kereta permainan kepada kakak.

“Kete... bestnya.. mekacih acik” kakak memelukku.. nyata budak ini dah sayang benar dengan aku.. salah aku ker manjakan anak kak Haryati ini.

“Acik cayang caya cangat.... acik kawinla ngan mak caya. Nanti acik dok umah eta.. eta oleh main cama-cama” bijak budak ni.. apa yang aku nak jawab ni. Tak betul jawab nanti mahu dia merajuk pula

“Ala. Makcik tidak boleh kahwin dengan mama kakak. Pakcik dah ada bakal isteri pakcik” anak kak Haryati merajuk.. tiba-tiba dia berlari masuk ke dalam rumah. Ah sudah... merajuk ke budak ini. Aku masuk ke dalam, mana pulak pak Mat ni.. takkan kak Haryati dengan anaknya di dalam rumah.. selalunya pak Mat akan menyambutku. Aku bergerak ke muka pintu.. aku memberikan salam... seketika kemudian Haryati turun dari tingkat atas.. anaknya duduk di atas sofa runag tamu membuat muka merajuk.

“Waalaikumussalam.. maaflah. Akak baru lepas mandi.. anak akak berdua je ada dalam rumah ni... ayah dan emak pergi gotong royong di surau. Malam ini ada kenduri sikit di surau” patutlah pak Mat tiada di rumah;

“Oh.. yeke? Anak akak merajuk tu” sambil aku memuncungkan mulut ke arah anak akak Haryati yang comel membuat muka merajuk. Aku tidak akan masuk ke dalam rumah jika hanya ada kak Haryati dan anaknya dalam rumah.. takut mendatangkan fitnah. Kak Haryati duduk di sebelah anaknya untuk memujuk.

“Ini kenapa anak mama ni? Tiba-tiba merajuk pulak?” tanya kak Haryati lembut.

“Taknak awan ngan acik.”

“Kenapa sayang?”

“Ete nak acik awin ngan mama... dok umah ni. Acik anak.. ia kata ia dah ada owang ain” kak Haryati memandangku.. aku cuma membuat isyarat badan meminta maaf.. aku salah jawab ker?

“Akak.. tak baik tau buat pakcik macam tu. Pakcik tiap-tipa bulan bawa akak mainan.. bawak akak jalan-jalan.. makan-makan. Dia sayang kakak tau.’

“Betul kata mak... pakcik sayang kakak sangat” kataku.

“Etul acik sayang kita?”

“Sayang sangat... besok kalau pakcik dah kahwin... kakak jadi flower girls kita nak? Pakcik dah kahwin nanti pun, tiap-tiap bulan pakcik bawak kakak jalan-jalan.. belikan mainan.”

“Anji yek”

“Janji.. tepuk sikit tangan pakcik.. give me five” anak kak Haryati bangun dan berlari ke arahku. Kami bertepuk tangan.. kemudian aku memeluknya.

“Jom kita duduk luar.. kita buka hadiah pakcik.”

“Jom” kami berdua bergerak ke arah sofa buruk yang berada di luar rumah. Kak Haryati pula masuk ke dalam dapur.. seperti biasa buat airlah kot. Dalam 10 minit begitu, mak dan ayah Haryati balik dari surau menaiki motor. Haryati pula membawa sedulang air dan sedikit kuih muih. Seketika kemudian, ayah Haryati dan maknya meminta untuk masuk ke dalam untuk mandi. Setelah mereka berdua masuk ke dalam rumah;

“Kamu jangan pulak ambil kisah apa anak akak cakap tadi. Bebudak.... lagipun kamu yang terlalu ambil berat tentang dirinya. Dia sudah menggangap kamu seperti bapanya.”

“Eh.. takdelah kak. Saya biasa jer.. saya paham. Sedaplah karipap ni. Akak beli kat mana?”

“Akak buat tu.”

“Akak buat? Akak dah buat frozen food ker? Sedap betul akak buat ni. Lembut... pedas sikit dan intinya pun sedap.”

“Ini cuba-cuba sahaja... nak tengok orang suka ke tidak. Mungkin sebulan lagi bila akak dah berpindah ke kedai.. baru akak serius buat benda ini”

“Iya akak... alhamdulillah. Jadi juga akak berpindah kat Saujana Prima tu yer?”

“Situ strategik sikit.. ramai orang melayu. Bagaimana Sofia?”

“Sihat sahaja... tapi ada masalah sedikitlah.”

“Masalah... masalah apa?”

“Saya kena siasat dengan panel siasatan hubungan saya dengan Sofia. Ada orang yang menfitnah saya bahawa saya melakukan maksiat dengan Sofia. Siap buat surat layang bagi kepada Pengarah Negeri dengan Pengarah di Putrajaya.. malunya saya.”

“Astafirullah hal azim. Siapalah yang busuk hati fitnahkan kamu berdua ini. Kesian kamu.. sejak dua menjak ini sahaja hal yang berkaitan dengan kamu.”

“Biasalah kak.. siapa lagi”

“Kak Hashimah? Biar betul kau ni?”

“Hanya dia seorang yang menganggap saya musuh kak. Yang lain mana ada.. semua baik dengan saya. Sejak saya pegang jawatan ketua kaunselor ini.... dia seolah-oleh cuba memusuhi saya... dia tidak senang dengan cara saya. sedangkan dulu dia baik betul dengan saya. tapi sebenarnya dia buat semua ini hendak lari dari siasatan kesnya sendiri.”

“Kes apa?” aku menceritakan apa kes yang sedang dihadapi oleh kak Hashimah.

“Patutlah.... tapi dia tidak boleh larilah. Pasal duit ini senang sikit hendak jejak. Lama-lama kenalah dia tu. Tapi dia tidak macam tukan? Takkanlah dia sanggup hendak makan duit penghuni. Akak rasa dia itu orangnya berduit... tengoklah pakaiannya... emas.. semuanya ada.”

“Saya pun tidak sangka kak Hashimah yang mengambil wang penghuni. Tapi saya rasa Datin yang menyuruhnya ambil wang asrama. ini kerana suami atin mempunyai masalah dalam perniagaan.. jadi wang asrama banyak dan yang menguruskannya adalah kak Hashimah kawan baiknya. Janji hendak bayar apabila perniagaan suaminya pulih.. tapi yanga ado. Jadi perkara ini telah berjaya dikesan oleh Pengetua baru... siasatan sudah mula dilakukan. Jadi untuk meneglak dirinya disiasat.. maka timbullah isu surat layang ini. Tapi masalahnya sekarang dia sudah memburukkan nama saya kak. Dari tak tahu saya ada hubungan dengan Sofia.. saya rasa dah kecoh satu pusat. Kemungkinan besar saya akan ditukarkan ke tempat kerja kak. Yelah.. untuk mengelakkan saya berjumpa dengan Sofia.. dari segi etika kerja salah tu kak. ”

“Macam-macam cobaan percintaan kamu ini.. kesian kamu. Kalah cerita hindustan.. hahahahahaha” aku turut tergelak;

“Nak buat macamana kak... ini semua dugaan Allah. Bak kata P Ramlee.. ini semua cobaan.”

“Hahahahahahahahaha” aku melihat jam tangan..

“Alamak kak.. sudah pukul 7 petang ini.. dah lewat dah.. saya balik dulula yer. Nanti bising pulak mak saya” tak elok pula duduk rumah orang Maghrib-maghrib ini.

“Dah nak balik dah.. kejap ya.. akak Haryati masuk ke dalam rumah” mesti hendak bagi buah tangan kepadaku... ada sahaja buah tangan yang ingin diberikan oleh kak Haryati kepada aku setiap kali aku datang ke sini.. naik segan pula aku;

“Acik nak alik ker?” tanya anak kak Haryati.

“Ye kakak. Acik nak balik”.

“Bila nak awak ete alan-alan lagi.”

“Minggu depan ye sayang.. minggu ini pakcik ada hal”

“Ok.. anji tau.”

“Janji” anak kak Haryati duduk di ribaku. Seketika kemudian kak Haryati datang dengan membawa sebungkusan plastik.

“Apa ni kak?” tanyaku

“Ada karipap sejuk beku... samosa.. kamu rasalah. Selepas itu kamu komen.. apa yang kurang. Nanti akak baikilah sebelum akak jual.”

“Berapa semua?”

“Ala.. kamu ambiklah.. ini uji rasa.”

“Uji rasa? Dah macam masterchef bunyinya. Hahahahahahahaah.... Oklah.. terima kasih. Pakcik mana? Saya hendak balik” panjang umur orang tua ni. Dan-dan pakcik keluar dari rumahnya.

“Kamu dah nak balik dah?”

“Ye pakcik.. saya sudah nak balik.. lewat sangat dah ni. Sudah pukul 7 petang.. nak Maghrib.. saya balik kerja terus datang sini pakcik.”

“Taknak makan sini dulu ker?”

“Takpelah pakcik... lagipun saya belum mandi lagi ni. Mak saya pun dah tunggu kat rumah.. nanti bising pulak jika saya tak balik makan. Dia masak lebih.”

“Kalau begitu takpelah.. nanti kirim salam dengan keluarga kamu yer”

“Insya Allah.. saya minta diri dulu yer”

“Yelah” aku bersalaman dengan pak Mat. Kemudian aku bersalaman dengan anak kak Haryati.. dia mencium tanganku. Kemudian aku keluar dan melambai-lambai anaknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.