PuanMaryam duduk di sofa yang berada berdekatan dengan bilik Nasha. Sofa yang didudukinya itu sedikit terlindung kerana terdapat meja perhiasan besar dihadapannya. Jadi tiada siapa yang perasan jika dia duduk di situ. Sengaja diamahu duduk di sofa itu untuk menyambung menganyam crochetnya. Selalunya dialebih selesa menganyam crochetnya di bilik tidurnya. Tapi hari ini diamengambil keputusan untuk buat di situ.
Sedangdia leka menganyam crochetnya. Tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi pintubilik Nasha di buka. Puan Maryam berhenti menganyam lalu melurutkan cerminmatanya perlahan. Matanya tertumpu kearah daun pintu bilik tetamunya itu. Sepertimanayang dia telah jangkakan Faries menjengolkan kepalanya lagak seperti pencuri melihat-lihatjika ada sesiapa berada di luar corridor. Bila pasti tiada sesiapa berada di luar,dia segera keluar lalu menutup pintu bilik Nasha perlahan. Faries tidak perasanbahawa dia ada duduk di sofa kerana sofa yang di dudukinya itu agak terlindung.Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya ingin tahu berapa lama anaknyaberada di dalam bilik Nasha. Dia segera memasukkan crochetnya ke dalam peti kayuyang tersedia di sebelahnya dan bergegas untuk ke bilik study room di manasuaminya berada.
Iqbalmenjeling kearah isterinya Maryam yang kelihatan excited ketika dia masuk kedalam study roomnya.
“See..Iknew it!,” ujar Maryam lalu duduk di kerusi tersedia di hadapan meja tempatsuaminya sibuk membaca tafsiran al-quran. Sudah menjadi kebiasaan Iqbal membacatafsir al-quran selepas solat asar untuk mengisi masa luangnya.
Iqbalmenutup buku tafsiran al-quran lalu memandang wajah excited isterinya denganwajah hairan. Pasti ada sesuatu yang isterinya mahu berkongsi dengannya. Kalautidak Maryam tidak akan ke bilik studynya.
“Tahuapa dear?,” soal Iqbal lalu mengerutkan dahinya bila isterinya mengatakan diatahu sesuatu.
“Igot a feeling Ernisa is not our daughter in law..,” jawab Maryam lalu tersenyummeleret. Hatinya merasa senang bila mendapati perasaan hati nalurinya itu benarbahawa Ernisa bukan isteri Faries.
“Idon’t understand,” ujar Iqbal mengerutkan dahinya kurang faham dengan maksudMaryam bahawa Ernisa itu bukan menantunya. Apa maksud isterinya yang Ernisa itubukan menantunya. Jika Ernisa itu bukan menantunya sepertimana yang isterinyakatakan siapa pula menantunya? Dan apa yang membuatkan isterinya tiba-tiba mahumenyiasat siapa menantunya yang sebenar? Apa yang isterinya tahu yang dia tidaktahu?
“Idon’t think Ernisa is Faries wife,” jawab Maryam.
“IfErnisa is not Faries’s wife..then who is Faries wife??,” soal Iqbal peningdengan andaian isterinya itu. Apa maksud Maryam bahawa Ernisa itu bukanmenantunya. Ernisa yang dilihat bersama Faries ketika mereka tiba siang tadi.Ke sana kemari Faries di kepit Ernisa. Jadi dia pasti bahawa Ernisa itu isteriFaries. Masakan Faries mahu memperkenalkan wanita yang bukan isterinya kepadamereka.
“Nasha..,”jawab Maryam dengan wajah yakin.
“Nasha..hisPA? Are you sure honey? If it is true why in the first place Faries introducedher as his wife?,” ulang Iqbal terperanjat bila isterinya berkata demikian.
“No..no,Faries never introduced his wife to us..Ernisa did,” ujar Maryam lalumengoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kekanan menandakan apa yang dikatakan suaminya itu tidak benar. Faries tidak memperkenalkan isterinya kepadamereka. Ernisa yang memperkenalkan dirinya kepada mereka melalui telefon semasamereka di NZ tempoh hari.
“Howyou know his wife is Nasha?,” soal Iqbal lalu mengerutkan dahinya masih tidakmengerti bagaimana isterinya dapat membuat andaian bahawa isteri Faries adalahNasha. Apa motif yang menyebabkan anak tirinya berbuat demikian? Kenapa diatidak memperkenalkan kepada mereka siapa isterinya? Adakah Faries malu keranaisterinya itu hanya seorang PA dan bukan celebrity? If that is the case. Diatidak menyangka bahawa anak tirinya berperangai begitu.
“Hespent hours in Nasha’s room..,” jawab Maryam lalu tersenyum.
“Idon’t want your son to commit a sin in this house,” ujar Iqbal dengan suarategas. Dia tidak membenarkan sesiapa berbuat perkara yang tidak di senangi didalam rumahnya. Dia tidak mahu bersubahat. Dia lebih takut di murkai Allah.
“Astarfirullah al azim..dear..you think our Faries is like that?? He’s my son..hemight not be pious..but he knows what is right and what is wrong,” bela Maryambila suaminya menyangka Faries seorang yang liberal. Anaknya itu tidak alim danwarak. Namun dia beri pengetahuan agama islam yang secukupnya kepada Faries.Faries dapat membezakan halal dan haram. Pahala dan dosa. Dan dia yakin Fariestidak akan berbuat perkara begitu.
“I’mgod fearing man Maryam..and I don’t tolerate nonsense,” ujar Iqbal lalumemandang wajah isterinya.
“Iknow dear…,” jawab Maryam perlahan. Dia sendiri tidak mahu anaknya itu digelumangi dengan dosa dan noda. Sebab itu dia mahu tahu akan hubungan Nashadengan Faries. Dia tidak tahu sebab mengapa Faries tidak mahu berterus terangdengannya. Tapi dia berjanji akan mendapatkan maklumat yang mahu di perolehinyadan membuktikan kepada suaminya bahawa anaknya tidak seperti yang diasangkakan.
“I’mjust curious why he did what he did?,” soal Iqbal turut ingin tahu sebabmengapa Faries berbuat demikian. Apa yang Faries cuba buktikan pada mereka?
Idon’t know dear? I tak tahu kenapa Faries berbuat demikian..I will find outsoon..,” ujar Maryam lalu melirik kearah telefon bimbit suaminya yang terdapatdi atas meja. Dia mencapai handphone suaminya lalu mendial nombor telefonemaknya di kampung. Hanya emaknya sahaja yang dapat mengesahkan siapa isteriFaries yang sebenarnya.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam..mak..niMaryam, mak apa khabar?,” ujar Maryam sebaik sahaja Nek Yah menyambuttaliannya.
“BaikAlhamdulillah, kamu semua di Canada apa khabar?,”
“Kamisemua alhamdullilah sihat mak..mak Faries dengan isterinya ada disini..merekabaru sampai petang tadi,” ujar Maryam tidak mahu berlengah lagi. Seminggusekali dia akan menghubungi maknya di kampong bertanya khabar berita. Dansetahun sekali dia pulang ke kampong menemui maknya.
“Fariesada di sana?? Ah baguslah memang dia ada kata hendak singgah ke Canada lepasshooting di NZ..berapa hari mereka bercuti di sana?,” soal Nek Yah. Dapat jugaFaries memperkenalkan isterinya kepada Maryam.
“Martak tanya lagi berapa lama mereka akan berada di sini..duduklah selama mana diahendak, bukan rumah orang lain pun..ni Mar nak tanya..isterinya Faries siapanama dia mak??,” soal Maryam ingin tahu lalu menjeling kearah suaminya Iqbalyang turut memasang telinga ingin tahu. Sengaja Maryam meletak speaker agarsuaminya dapat mendengar sama.
“Ehkau ni..tak tanya nama dia sapa ke? kau belum jumpa dia lagi?,” soal Nek Yahpelik bila anaknya bertanya siapa nama isteri Faries. Apa anaknya masih belumberkenalan dan bertemu dengan menantunya?
“Bukanbelum jumpa…dah..cuma Mar nak kepastian aje dari mak..,” jawab Maryamteragak-agak. Dia khuatir maknya akan memarahinya pula bila dia bertanya soalanyang mengakal begini.
“Namadia Nasha..tak kan susah sangat kau nak ingat,” jawab Nek Yah tanpa mengesyakiapa-apa.
“Nasha??Betul nama dia Nasha mak?,” soal Maryam bertubi-tubi. Dia memandang kearahIqbal. Iqbal turut kelihatan terperanjat bila ibu mertuanya memberitahu namasebenar isteri Faries. Jadi benarlah Nasha itu isteri Faries tapi kenapa Fariestidak mahu memperkenalkan mereka bahawa Nasha itu isteri Faries malah membuatkanmereka menyangka bahawa Ernisa itu adalah isterinya? Dia benar-benar tidakfaham akan muslihat Faries. Siapa Ernisa? Isteri keduanya?
“Ehkau ni dah kenapa? Tak kan lah aku nak tipu pulak..kau jangan buli budak Nashatu pulak..dia budak baik..cuba nasihatkan anak kau tu supaya jaga isterinyabaik-baik jangan selalu hendak menyakitkan hati si budak Nasha tu,” bebel NekYah. Dia kenal sangat dengan perangai cucunya Faries. Kalau tidak di nasihatkandia tidak akan dengar. Dia akan ikut caranya sahaja. Kesian dia pada Nasha.
“Fariesada dua isteri ke mak??,” soal Maryam ingin tahu.
“Duaisteri?? Apa tebiat budak tu..satu isteri dia belum tentu dapat jaga..apa dianikah lagi satu ke?? bertuah punya budak..,” marah Nek Yah bila anaknya Maryammengatakan Faries punya 2 isteri. Bila masa Faries bernikah lagi satu? Cucunyatidak memberitahunya pun. Apa benar Faries punya dua isteri sepertimana yanganaknya katakan. Pening kepalanya memikirkan tentang cucu kesayangannya itu.Dulu di suruh kahwin payah banyak sangat alasan. Ini tup-tup dia dapat tahudari anaknya yang cucunya itu sudah bernikah dua.
“Ehmak?? Jangan salah faham..Mar tanya aje tadi,” jawab Maryam serba salah bilamaknya naik angin bila dia katakan kemungkinan Faries punya 2 isteri.