Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 22

Cincinhadiah pemberian Encik Faries ku belek tanpa minat. Cincin berlian itu memangcantik dan indah namun aku belum teringin untuk memakainya kerana aku masihbelum memberi kata putus samada aku akan menerima lamarannya atau tidak. Akutahu cincin itu diberi sebagai cincin tanda pertunangan kami. Mak dan abah serahkankeputusan itu kepada aku, kerana kata mereka ini adalah soal masa depan aku. Yanghendak bernikah aku, bukannya mereka. Mereka hanya mahu aku hidup bahagia, itusahaja. Aku tahu mak dan abah berniat baik, mahu melihat aku bahagia dan hidupselesa. Dan aku juga tahu mak dan abah berkenankan Encik Faries.

 

EncikFaries majikan aku dan aku hormatkan dia. Aku tidak seperti PA lain yang akanteruja mendapat boss yang kacak, popular kerana niat aku berbeza dengan niatorang lain. Aku mahu menjadi pembantu yang baik kepada majikanku dan aku pegangamanah itu dan cuba melakukannya sebaik mungkin. Dan majikan aku perlukanperhatian yang luar biasa kerana dia mengidap penyakit OCD yang tidak semuapembantu yang boleh tahan dengan sikapnya dan perangainya yang pelik. Mak danabah tak tahu tentang Encik Faries kerana aku tidak menceritakan pada mereka.

 

Kalauaku terima lamaran Encik Faries boleh ke aku hidup dengannya? Aku tidak punyaperasaan apa-apa terhadap dirinya begitu juga Encik Faries. Dia hanya perlukanaku untuk menguruskan keperluannya dan tidak sanggup bertukar ganti pembantu.Kalau kami hidup bersama, kami akan menjadi teman serumah atau teman baikkerana kami selesa bersama. Sanggupkah aku korbankan kebahagiaan aku demi untukmemenuhi hasrat Encik Faries? Serba salah aku di buatnya.

 

Akumengangkat telefon bila handphoneku berdering nyaring. Aku mengerling kearahskrin. Nombor tidak ku kenali tertera. Siapa?

 

“Hello,”

 

“Hello..iniNasha??,”

 

“YeNasha bercakap siapa di sana?,” tanyaku ingin tahu siapa nama si pemanggilkerana suaranya tidak kukenali.

 

“SayaTaufiq kawan Rizal…itu hari saya datang ke kampung awak di BP..,”

 

“Sayatak kenal awak kenapa awak cari saya,” ujarku tidak senang dengan lelaki yangmenghubungi aku. Dia berkawan dengan Rizal apa kena mengena dengan aku pula.

 

“Masalahnyasekarang Rizal ada meminjam saya 22 ribu yang masih belum di lunaskan lagi..dandalam kontrak dia meletak nama Cik Nasha sebagai penjamin,” ujarnya lancar.

 

AstarfirullahAl Azim. Istifar ku dalam hati. Aku tidak tahu Rizal ada meminjam wang sebanyakitu dan apa yang menyedihkan dia melibatkan aku dan menjadikan aku sebagaipenjaminnya.

 

“Sayatak percaya..awak mungkin hendak tipu saya..saya tak tahu menahu pun danbagaimana saya hendak percaya jika saya tidak nampak document itu sendiri,”ujarku bila lelaki itu mahu mengugutku.

“Sayaminta secara baik pada cik Nasha..kalau cik Nasha tidak mahu membayar sayaterpaksa gunakan khidmat peguam untuk mendapatkan balik duit saya,” ujarnya.

 

Sesaknafasku mendengar dia menyebut lawyer. Ya Allah buntu aku memikirkan masalahRizal. Rizal tidak sudah-sudah menyusahkan hidup aku.

 

“Awakberi saya tempoh..saya akan cuba bayar duit awak balik..tak perlu gunakankhidmat lawyer,” ujarku berjanji padanya.

 

“Sayaberi tempoh sebulan untuk cik Nasha membayar balik hutang saya..saya akanhubungi cik Nasha dalam masa sebulan nanti,” ujarnya lelaki yang bernama Taufiqitu lalu mematikan talian.

 

Akumeletak handphone di atas meja. Lemah seluruh anggota aku mendengar tempoh yangdiberikan oleh Taufiq tadi. Sebulan?? Mana aku hendak dapatkan wang sebanyakitu dalam masa sebulan? Ya Allah mana hendak aku cari 22k dalam tempohsesingkat itu. Peluh dingin mula membasahi dahiku.

 

“Nasha..kenapadengan awak? Awak sakit ke?,” tegur Aliff bila kehadirannya tidak di sedariNasha walhal dia duduk di hadapan wanita itu. Wanita itu hanya memandang kehadapan dengan wajah pucat.

 

Akumenoleh kearah Encik Aliff bila dia menegur. Hendak sahaja aku menangis dihadapannya dan mengadu padanya tentang nasibku. Selama ini aku tidak pernahberkongsi atau bercerita apa-apa tentang diriku kepada Encik Aliff. Tapi kini akubenar-benar perlukan seseorang untuk ku luahkan rasa hatiku.

 

Are you ok?? You look worried?? You adamasalah ke Nasha?,” tanya Aliff bila Nasha tidak kelihatan ceria sepertiselalu. Wajahnya kelihatan sedih dan risau. Apa yang menganggu fikiran Nasha?Susah untuknya meneka apa masalah Nasha kerana Nasha tidak pernah berkongsiapa-apa dengan dirinya.

 

Airmatakumengalir perlahan bila Encik Aliff bertanya soalan demikian.

 

“Kenapamenangis ni??..You better tell me..apamasalah you sebenarnya..don’t make me worried Nasha..you can share your problem with me andFaries..kita sudah seperti saudara,” ujar Aliff risau bila dia melihat Nasha menangistiba-tiba. Pasti ada sesuatu perkara besar yang membuatkan Nasha benar-benar sedih.Nasha yang kenali seorang wanita yang ceria dan lucu. Sentiasa riang dan sukatersenyum. Inilah kali pertama dia melihat wanita itu bersedih.

 

“IfI setuju berkahwin dengan Encik Faries..boleh tak Encik Faries bantu saya darisegi kewangan?,” ujarku tanpa berfikir panjang. Aku sudah hilang ikhtiar. Itusahaja cara yang terlintas di fikiranku. Mungkin ada benarnya apa yang mak danabah katakan jika aku bersuami sekurang-kurangnya aku tidak mudah di buli olehorang lain dan kebajikan aku terpelihara. Tapi aku tidak mahu Encik Fariesmenyangka aku mengambil kesempatan ke atas dirinya.

 

You ada masalah kewangan?? But how? I tengok you tak spendthrift takgunakan bag berjenama, tidak makan di restaurant-restaurant mewah..don’t tell me your pay 7800 for a month isstill not enough?,” soal Aliff bila Nasha mengatakan dia perlukan bantuankewangan. RM7800 untuk gaji seorang PA sudah di kira lumayan. Nasha tidakmempunyai kenderaan sendiri dan seperti yang di katakan tadi, Nasha tidak borosberbelanja. Dan kadang kala dia membawa bekal makanan dari rumah.

 

“Kalautak boleh bantu tidak mengapa Encik Aliff saya sekadar bertanya sahaja,”jawabku dengan perasaan sebak bila Encik Aliff bertanya banyak soalan bila akumengatakan aku perlukan bantuan kewangan jika aku dikehendaki bernikah denganFaries.

 

It’s not that? You kena beritahu I..kenapa you perlukan bantuan kewangan dan berapa yang you perlukan untuk menyelesaikan masalah you, you have to tell me the reason why? So that I can tell Faries,”ujar Aliff serba salah bila Nasha berkata demikian. Dia bukan tidak mahumembantu. Dia mahu Nasha open up dengan dia agar dia faham.

 

Airmatakumengalir perlahan mengenangkan nasibku. Aku seringkali membuatkan orang risautentang diriku. Mak abah kini Encik Aliff dan Encik Faries. Aku mengambilkeputusan untuk menerima lamaran Encik Faries kerana aku perlukan bantuannya.Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk diriku.


 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.