Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 8

                      Letih aku seharian berada di set menemani Faries. Walaupun bukan banyakkerja yang harus buat selain dari membeli makanan kegemaran Faries dan menjagabarang keperluannya. Namun jangka masa panjang waktu dia berada di setmembuatkan aku bosan dan penat. Boring tiada apa yang boleh aku buat selaindari bermain dengan mini i-padnya.            

 

                        Akumematikan lampu tidur sisi lalu merebahkan badan di atas katil. Nikmat rasanyadapat baring di atas katil empukku. Aku membaca doa sebelum tidur dan ayatulkursi lalu melelapkan mata. Selamat malam dunia.

 

                        Aku bangkitdari katil bila handphoneku berdering-dering minta diangkat. Serasa seperti akubaru melelapkan mata 10 minit yang lalu. Aku menghidupkan lampu sisi, akumengosok mataku perlahan lalu melirik kearah jam di atas meja. 3.15pagi. Siapatelefon pagi-pagi begini? Dengus ku dalam hati. Aku mencapai telefon lalumengamati nama yang terdapat di screen. “Faries”. Apa gila dia call pagi-pagilagi. Entah-entah emergency. Aku menjawab pangilan Faries.

 

                        “Hello..Encik Faries,” jawabku cemas.

 

                        “Nasha…myEvian water dah habis,” ujarnya dengan selamba seolah-olah dia membuat pangilantelefon di waktu siang hari dan tidak menganggu Nasha.

 

Evianwater habis??? Dia call aku pagi-pagi buta sebab Evian water dia dah habis.Hilang akal ke dia ni.

 

                        “EncikFaries, sekarang ni pukul 3.15pagi, esok pagi aje I carikan you Evian waterok,” ujarku cuba mengawal perasaan marah. Mana tak marah call aku jam 3.15pagihanya kerana Evian water dia dah habis. Ingatkan emergency apalah sampai diacall waktu begini.

 

                        “I nak minumsekarang, I’m thirsty,” jawab Faries lagi.

 

                        “Haus???minum aje air tap water, I nak tidurlah Encik Faries, goodnite,” jawabku lalumematikan telefon. Aku memadamkan lampu lalu sambung tidur. Malas aku hendakmelayan karenah Faries.

 

                        Akumemusingkan badanku ke kanan menukar posisi. Tidak selesa aku tukar posisi kekiri pula. Arrghhhh geramnya. Aku dapat melelapkan mata kerana memikirkanFaries. Kenapa aku mesti kesiankan dia?? Aku mencapai telefon lalu mendialnombor handphone Encik Aliff.

 

                        “EncikAliff…I don’t care you must help me,” ujarku sebaik sahaja panggilan telefonkudi sambut Aliff. Kalau Faries menganggu tidurku aku tidak akan membiarkanmanager Faries tidur dengan lenyak. Dia juga yang merayu menyuruh aku terusbekerja dengan Faries.

 

                        “Ah Nasha..kenapacall saya waktu begini, isteri saya bising la, orang nak tidur di ganggupulak,”

 

                        Aku mengetapbibir menahan geram. Senang sahaja dia cakap aku menganggu tidurnya apa diaingat aku suka call orang waktu-waktu begini. Kalau tidak kerana klient diamenyusahkan hidup aku.

 

                        “Eh mudahnyadia berkata-kata…ni Faries cakap Evian dia dah habis,” ujarku memberitahu Aliffakan tujuan aku call dia pagi-pagi ini.

 

                        “Evian habis??Ah beli aje besok,” jawab Aliff ringkas.

 

“Dianak minum sekarang..tahu tak? Sekarangggg…,” ujarku lalu mengetap bibir biarAliff tahu bagaimana perasaan aku tika dan waktu ini.

 

“Alamak…nexttime can you please check his Evian stock.., payah macam ni..so I nak kenapergi rumah dia lah,”

 

“EhEncik Aliff jangan nak salahkan orang..I baru start kerja hari ni mana I tahunak kena buat inventory list rumah Faries pulak..siapa yang suruh you hilangkanhandbook,” ujarku memulangkan paku buah keras. Isskk menyesal pulak aku mintaEncik Aliff terangkan akan apa itu OCD pada aku siang tadi. Kalau aku tak tahulagi bagus tidaklah aku merasa kasihan pada Faries.

 

“Ok…ok…soI fetch you sekarang,” ujar Aliff

 

“Ehapa pulak I nak kena ikut you, you lah hantar air tu sendiri kat rumah EncikFaries,” jawabku bila Aliff mahu aku ikut sama. Gila apa dia. Dah alang-alangpergi rumah Faries. Pergilah seorang nak berteman bagai pulak.

 

“Alaplease…please Nasha..please,” rayu Aliff bila Nasha tidak mahu ikut sama.

 

Akumenarik nafas lalu melepaskannya perlahan. Cuba menenangkan diri. Hissh kalaubegini 5500 pun tak cukup sebab aku kena bekerja lebih masa dan melayan bossyang ada penyakit OCD. Tak kira esok aku nak minta Aliff naikkan gaji aku.

 

“Ok…ok,”jawabku lalu mematikan telefon. Aku bingkas bangun dari katil lalu menujukearah kamar mandi apa lagi untuk mencuci muka supaya aku tidak mengantuk.



                                                                                ******

 


Aliffmenjemputku di rumah. Tanpa menukar baju aku mengikutnya dengan memakaipajamas. Dan Aliff juga hanya dengan singlet putih dengan pants drawstring diapun hanya sempat mencapai sweat shirt semasa keluar tadi. Haha fesyen bajuwaktu pagi-pagi buta. Orang tak pernah buat kami buat ini semua angkara Faries.Aliff mengenakan cermin mata plastic frame Armani. Dah macam ‘Clark and Louis’pulak. Uikk rabun gak Encik Aliff ni kerana dia tidak memakai cermin mata waktusiang.

 

Setibanyadi condo Faries. Kami terus menuju ke penthousenya. Aku membawa 2 buah botol 1litre Evian bersama yang di beli Aliff dari 7-evelen semasa dalam perjalananmenuju ke rumah Faries. Budak yang menjaga 7-Eleven itu merasa pelik melihatkami yang hanya memakai pajamas. Yelah pagi-pagi buta ke 7-Eleven hanya membeli2 botol Evian. Penting sangatkah sehingga tidak boleh menunggu hari esok. Securitydi bawah membenarkan kami naik tanpa banyak bicara kerana dia kenal pada Aliffdan masak benar dengan perangai celebrity kita Encik Faries.

 

Tanpamenekan loceng. Aliff membuka pintu rumah dengan kunci spare yang sentiasa adabersamanya. Penthouse milik Faries kelihatan gelap gelita. Nasib baiklah adacahaya lampu dari luar kalau tidak teraba-raba juga untuk mencari jalan. Kemanaperginya Faries? Aliff mendaki tangga menuju kearah bilik. Manakala aku kedapur untuk menyimpan 2 botol Evian ke dalam peti sejuk Faries.

 

“Nasha!!..Fariestak ada di biliknya,” ujar Aliff kelihatan termengah-mengah turun dari tangga.

 

“Huh..takada?? Mana dia pergi?? Dah cari di toilet?,” soalku panic. Biar betul Faries takada. Mana pulak dia pergi. Dia pergi kilang Evian ke?

 

“Takada, dah puas I cari dia merata rumah..tak ada,” jawab Aliff.

 

Takada? Kemana Faries pergi waktu-waktu begini. Aku menjadi risau sendiri.Menyesal pula kerana berkasar dengan Faries tadi. Aku bukan sengaja pun. Akutidak tahu bahawa penyakit Faries benar-benar serious dan bolehmemudaratkannya.

 

“Tanyasecurity..maybe dia keluar?,” ujarku.

 

“Betuljuga, come let’s go,” ujar Aliff lalu menyarung loafersnya dalam keadaantergesa. Aku menutup pintu rumah Faries dan bergegas ke dalam lif di mana Aliffsedang menungguku. Haiz menyusahkan betul si Faries ni tau.

 

 Setibanya kami di security. Salah seorang darimereka mengatakan dari CCTV mereka dapat melihat kereta Cayenne milik Farieskeluar dari basement. Dan kereta itu di pandu sendiri oleh Faries. Ah sudahkemana pulak dia pergi. Aliff bergegas mengambil kereta manakala akumenunggunya di pondok security di luar. Mataku melirik kearah jam dipergelangan tanganku. 4.50pagi. Aku cuba mendial nombor Faries berkali-kalinamun tidak di jawab. Aku menjadi resah sendiri. Isskk kenapa lak dia tak jawabni? Aku sudah memikirkan perkara buruk yang berlaku ke atas diri Faries. Yelahdia celebrity terkenal. Keluar sendirian tanpa aku dan Encik Aliff entah apa terjadipadanya nanti.

 

Sedangaku memikirkan kemana Faries pergi. Aku dikejutkan dengan bunyi kuat hon darikereta yang mahu masuk ke dalam condo. Aku menoleh kearah kereta yangmembunyikan hon tadi dengan perasaan berang. Aku berdiri di tepi pondok yang diahendak menekan hon berkali-kali apa hal. Eh macam kereta Cayenne Faries sahaja.

 

“Nashaapa awak buat di sini?,” jeritnya dari dalam kereta.

 

Akumengetap bibir menahan geram. Dia boleh tanya apa aku buat di sini lagi. Dah lahperbuatannya itu membuatkan aku risau bagai nak gila. Aku menghampiri keretaFaries. Di kerusi penumpang di bahagian depan terdapat satu carton Evian. Akutidak tahu hendak berfikir apa lagi. Kerana Faries semua orang tidak bolehtidur.

 

“Youpergi mana Encik Faries, semua orang risaukan you?,” ujarku marah betul padaFaries.

 

“Ipergi 7-eleven beli Evian,” jawab Faries dengan wajah selamba.

 

Kalauaku tahu dia boleh keluar beli sendiri tidaklah aku dan Aliff macam orang takbetul sanggup menghantar Eviannya waktu-waktu begini. Eiii..kalau tidakmengenangkan dia tu boss aku sudah lama aku kompangkan dia..apa dia ingat akuni PA yang beri service 24 jam pada dia ke? Aku tak kira esok aku hendakdudukkan manager Faries untuk membincangkan tentang perkara ni. Kalau dia tidakbersetuju aku akan memberinya 24 jam notis untuk meletakkan jawatan.


 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.