Akumengejutkan Encik Faries untuk solat subuh. Semalam hampir 2 pagi Encik Farieske bilikku. Aku memang tidak mengharap Encik Faries ke bilikku semalam. Akutidak mahu menyusahkan dia cuba menyelinap masuk ke bilikku selepas si Ernisatu masuk tidur. Aku tidak menunggu dia pun semalam kerana aku merasa badan akubenar-benar tidak sihat. Semalam selepas makan malam aku meminta diri terus kebilik untuk berehat.
Semasamakan malam aku berkenalan dengan adik tiri Encik Faries, Alisya. Alisya wanitamuda berusia 20 tahun itu seorang wanita yang cantik mewarisi wajah ibunya yangberketurunan Jordan dan ayahnya yang berketurunan Caucasian. Alisya sedangmelanjutkan pelajaran di University of Toronto Faculty of Medicine mengikutjejak ayahnya ingin menjadi seorang doctor perubatan. Alisya tidak sombong danperamah orangnya. Aku senang dan selesa berbicara dengannya. Aku tidakmenyangka Encik Faries rapat dengan adik tirinya itu. Alisya tidak mempunyaiseorang abang manakala Faries tidak mempunyai seorang adik. Sungguhpun merekatinggal berjauhan namun hubungan mereka tidak terputus begitu sahaja. Fariesdan Alisya kerap berhubungan melalui email dan telefon. Mereka kelihatan akrabkerana selepas makan malam tadi mereka duduk berbual bersama dan Ernisa tidakketinggalan. Mahu turut serta apa sahaja yang Faries buat. Dan jika tidakkerana aku letih dan kurang sihat aku mungkin turut serta kerana Alisyainteresting person.
Selepassolat aku duduk mengadap Encik Faries.
“Abang..Nashanak balik Malaysia,” ujarku perlahan. Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba aku rasarindu sangat mahu pulang ke tanahair.
Fariesmemandang wajah isterinya bila Nasha mengatakan dia mahu pulang ke Malaysia.Mereka baru sahaja sampai di Canada semalam. Nasha sudah mahu pulang keMalaysia.
“BalikMalaysia?? Kita kan baru sampai sayang..apa kata mummy nanti,” pujuk Fariesperlahan bila Nasha tiba-tiba mahu balik ke Malaysia. Apa Nasha tidak sukamelancong ke Canada. Dia belum sempat membawa Nasha pergi bersiar-siar diCanada. Honeymoon pun belum sempat dia bawa Nasha pergi. Nasha sudah mahupulang ke Malaysia. Nasha merajuk hatidengan dia kah? Sejak akhir-akhir ini dia perasan Nasha tidak ceria sepertiselalu. Isterinya itu banyak bermenung dan suka menyendiri. Nasha sakitkah?
Akuhanya mampu mendiamkan diri bila Encik Faries berkata demikian. Aku tahupermintaan aku itu akan membuatkan Encik Faries serba salah kerana kami barusahaja sampai di Canada dan aku pula mahu pulang ke Malaysia. Entahlah aku rasamacam tidak betah dan selesa tinggal di sini. Walaupun rumah keluarga EncikFaries cantik dan indah seperti istana tapi hatiku tetap mahu pulang keMalaysia.
“Sayangtak sihat ke?,” soal Faries lalu meletak tapak tangannya di dahi Nasha. Suhubadan Nasha normal. Tidak menunjukkan bahawa dia demam. Faries menjadi risausendiri bila memikirkan tentang Nasha. Adakah Nasha merasa tertekan dengankelakuannya?
“I’mjust tired,” jawabku lalu duduk di birai katil. Itu yang aku rasa. Letih. Penatdan letih dengan semua perkara. Penat menjadi isteri gelap Encik Faries, penatmemikirkan bila Encik Faries akan hentikan lakonannya dan berterus terang padamummy dan ayah tirinya. Penat melayan karenah Ernisa. Penat dan letih. Akubenar-benar letih dan tidak mampu meneruskannya lagi. Kalau Encik Faries mahuteruskan permainannya aku tidak akan larang. I just don’t want to be part of itanymore. I’m just too tired. Enough already. Jika Encik Faries sedar danbersedia untuk kembali kepadaku aku akan terus menantinya di Malaysia. Akutidak larat memainkan sandiwara ini lagi. Dan aku tidak sanggup menghadapinya.
Fariesterdiam bila Nasha mengatakan dia ‘letih’. Faries faham akan maksud Nashadengan ‘letih’. Bukan bererti dia penat dan letih kerana jetlag. Tapi letihkerana terpaksa melayan karenah dan kehendaknya.
“I’msorry sayang..I know I’m a bit selfish asking you to endure all this for mysake..abang minta sayang stay one more night here..after tomorrow if you stillwant to go back to Malaysia abang izinkan..,” ujar Faries. Serba salah Fariesdi buatnya. Hatinya berat untuk membenarkan Nasha pulang ke Malaysia sendirian,namun dia sudah berjanji dengan mummynya untuk tinggal di Canada dalamseminggu.
“Terimakasih abang..,” jawabku perlahan lalu memeluk Encik Faries. Aku juga merasaberat hati hendak meninggalkan Encik Faries di Canada bersama Ernisa. Namunhatiku tidak tahan lagi. Semakin lama aku bertahan semakin sakit hatiku melihatEncik Faries bersama dengan Ernisa. Layanan mummy dan uncle Iqbal terhadapErnisa membuatkan aku merasakan aku tidak di perlukan di sini kerana pada matamummy dan uncle Iqbal aku hanya PA Encik Faries dan Ernisa itu menantunya.
“Youbetter get ready..kita keluar lepas breakfast nanti ok..,” ujar Fariesperlahan. Dia bangun dari katil lalu mencium pipi Nasha. Dia mahu kembali kebiliknya semula sebelum Ernisa bangun.
“Ok,”jawabku ringkas lalu membuahkan senyuman kepada Encik Faries. Aku tahu EncikFaries mahu kembali ke biliknya segera sebelum Ernisa bangun. Aku hanyamengiringi Encik Faries dengan ekor mataku. Sebaik sahaja pintu kamar bilikutertutup rapat. Aku bangkit dan menuju kearah kamar mandi. Sekali lagi aku rasaseperti hendak pitam bila aku bangun dari katil tiba-tba. Aku duduk semulaseketika. Semasa di NZ selama hampir 2 bulan setengah, elok sahaja tak ada demamatau pitam-pitam begini. Tiba-tiba di Canada aku tidak sihat pula.
Akubangun perlahan menuju kearah kamar mandi mahu bersiap untuk turun sarapanpagi. Aku tidak mahu mereka menunggu.
****
“Morning Nasha..eh buatapa si sini??,” tegur Puan Maryam bila PA Faries berada di dapur sedang sibuk menyediakansesuatu kerana sarapan pagi sudah di sediakan pembantu rumahnya dan merekahanya perlu duduk di meja makan yang terdapat ruang luar.
Akutersentak terperanjat bila Puan Maryam menegurku kerana aku tidak sedar diaberada di belakangku sedang aku sibuk menyediakan sarapan pagi buat EncikFaries.
“Morningauntie..Nasha sedang sediakan sarapan pagi buat Encik Faries,” jawabku lalutersenyum.
“Sediakanbreakfast??, eh Faries kan ada wife..he still needs you to prepare for himke?,” soal Puan Maryam. Dia menuang susu di dalam gelas. Tangannya menarikkerusi dari bawah kaunter island dan mengadap Nasha menyediakan sarapan pagibuat anak tunggal kesayangannya.
“Ahya..,” jawabku gugup kerana tidak tahu hendak menjawab soalan Puan Maryam.Takut aku terlepas kata pula nanti. Aku meletak beberapa butir blueberry didalam oats Encik Faries bersama kepingan pisang.
“Fariesstill with his organic diet??,” tegur Puan Maryam lalu meneguk susu yang dituangnya tadi.
“Masih,”jawabku sepatah.
“Morningauntie..,”
Kamiberdua menoleh serentak kearah Ernisa bila wanita itu mengucapkan selamat pagikepada Puan Maryam sahaja.
“Morning..ahNisa..you should learn how to prepare Faries breakfast meal..I’m sure Faries willappreciate if his lovely wife yang sediakan untuknya,” ujar Puan Maryamtersenyum lalu meletak gelas di atas island kaunter.
“Huhprepare meal for Faries?,” soal Ernisa dengan wajah blur. Dia datang mendekatiNasha dan Puan Maryam. Dia menjeling mangkuk oats yang di sediakan Nasha yangsudah di letak di atas tray bersama segelas susu dan sebotol kecil Evian water.
“Selamani Faries tak buat sendiri ke?,” soal Ernisa lalu memandang ke wajah Nasha.
“Selamani Nasha yang uruskan semua dari makan, pakaian and everything..,” jawab PuanMaryam bila Ernisa kelihatan ‘clueless’ akan tugas Nasha sebagai PA Faries.Mustahil Ernisa tidak tahu.
“Haha..luckydia tak minta service lain juga,” sindir Ernisa lalu meneguk susu perlahan.Hendak sediakan sarapan pagi buat Faries? Oh please! Buat sendirilah sedangkanselama ini dia tidak pernah menyediakan sarapan pagi buat dirinya. Semua orangyang sediakan untuknya.
Menyirapdarahku bila Ernisa berkata demikian. Hampir sahaja tanganku hinggap dipipinya. Puan Maryam memandang wajah Nasha bila Ernisa memberi komensedemikian. Dia turut merasa marah dengan kelakuan biadap Ernisa. Namun diacuba mengawal perasaannya kerana dia mahu lihat sejauh mana Ernisa bolehberlagak dengannya dan sejauh mana Faries mahu berahsia dengannya. KenapaFaries tidak mahu menerima Nasha malah memilih Ernisa.
“Deartoday kita jalan-jalan ok..I boringlah duduk rumah,” ujar Ernisa bilaterpandang wajah Faries yang kebetulan lalu di hadapan dapur ingin menujukearah ruang makan luar.
Akumenoleh kearah Encik Faries bila Ernisa mahu dia membawanya keluar hari ini.Bukankah tadi Encik Faries berjanji mahu membawa aku keluar bersama hari ini.Aku tidak mahu ‘Medusa’ ada sama.
“AhFaries..ya bawa Ernisa jalan kesian dia boring duduk rumah..I will bring Nashaout later..you two just enjoy your self..,” ujar Puan Maryam lalu tersenyum.Sengaja dia mahu Faries keluar dengan Ernisa kerana dia mahu berbicara denganNasha. Dia mahu Nasha berterus terang dengannya. Hendak harapkan Faries.Lambatlah.
“Okcome lah dear..auntie dah beri greenlight tunggu apa lagi,” ujar Ernisa excitedlalu merangkul lengan Faries mesra tangannya mencapai handbag yang berada diatas kaunter. Sengaja dia bawa handbagnya kemana dia pergi kerana malas hendakkembali ke biliknya yang berada di tingkat atas.
“Nakpergi sekarang..I belum breakfast lagi..,” ujar Faries lalu menjeling kearahNasha. Serba salah dia di buatnya. Dia sudah berjanji dengan Nasha. Tapimummynya pula mahu dia keluar bersama Ernisa.
“Alakita breakfast di luar sajalah..breakfast you pun boring..oats aje,” ujarErnisa sengaja mahu menyakitkan hati Nasha. Dia menarik lengan Faries untukkeluar dari dapur dan menuju kearah pintu gerbang.
Akuhanya mampu memendam rasa. Sebab itu aku mahu pulang. Kalau aku berada lebihlama di sini aku boleh mendapat nervous breakdown. Dan silap hari bulan bolehmasuk hospital gila kerana terpaksa melayan orang di sekelilingku yangmembuatkan hidupku huru hara.