Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 20

Akumencuit bahu Aisyah dan Liana bila kedua-dua nya sibuk mengendap tetamu yangberada di ruang tamu sambil berbisik sesama sendiri dan sesekali ketawa kecil.Teruja dengan tetamu istimewa yang bertandang di rumah hari ini. Tetamu specialkerana tetamu itu adalah seorang celebrity terkenal.

 

“Hahapa yang seronok sangat?,” usikku bila mereka tidak henti-hentiterhendap-hendap dari dapur sedari tadi.

 

“Kaklong..abang Faries tu handsome gila eh kak Long..untung kak long dapat bekerjadengan dia..kak long..angah dan adik nak bergambar dengan dia nanti, nakautograph juga,” ujar Aisyah dengan wajah teruja. Liana di sebelah menganggukkan kepala tandasependapat dengan kak Ngahnya.

 

“Untukadik-adik kak long sudah tentu boleh..tapi kena bantu kak long dulu..ni pergihantar air dan kuih ni ke ruang tamu,” ujarku lalu menyerahkan dulang berisi tekodan sepiring kuih bakar yang dibuat mak pagi tadi.

 

“Ok,”jawab Aisyah lalu menyambut dulang yang di beri.

 

“Dulangni untuk abang Faries kita ok..,” ujarku kepada Liana. Dulang kecil itu berisigelas dan sebotol kecil air evian. Diet Encik Faries kita. Dia tak akan minumair lain jika di rumah itu tidak ada tea jenama yang di sukai iaitu TWG. Jangantanya kenapa dia tu up sangat. Dah itu jenama teh yang di sukanya. Jadi dia takminum jenama teh yang lain. Nasib baik aku tergerak hati membawa setengah dozenair eviannya.

 

“Evianwater je?,” tanya Liana dengan wajah hairan.

 

“AbangFaries tengah diet..,” jawabku ringkas senang tidak perlu hendak menerangkankepada mereka kenapa Faries tidak minum air lain. Akan aku terangkan kepadamereka bila aku berpeluang untuk berbuat demikian nanti.

 

“Ohok..,” jawab Liana lalu menuju ke ruang tamu mengekori kak ngahnya. Aku mencucitangan lalu mengelap tanganku kering. Apa mimpi Encik Aliff dan Encik Farieshendak datang singgah kampung aku. Ah mungkin mereka mahu menjaga hati akukerana aku seorang pembantu yang baik dan mereka takut aku berhenti kerjananti. Hmm takut juga mereka eh? Ataupun Encik Faries dan Encik Aliff mahumemujuk mak dan abah untuk memberi kebenaran aku untuk menemaninya ke NZ selama3 bulan. Sebab itu mereka beria-ia mahu bertemu dengan keluargaku inginmenambat hati mereka. Walau apa pun alasan mereka. Aku merasa gembira dapatbalik bertemu dengan keluarga tercinta walaupun sekejap cuma.

 

Akumengorak langkah menuju ke ruang tamu. Kedengaran Encik Aliff sedang berbualdengan abahku mesra. Manakala suara Encik Faries tidak kedengaran langsung. Ahmungkin dia malu lah tu. Aku tersenyum sendiri. Apa mimpi Encik Fariesmenjejakkan kakinya ke teratak buruk kami. Kerana hendakkan aku pergi menemaninyake NZ sanggup belikan hadiah mahal dan sanggup datang ke Batu Pahat.

 

“Entahperkara ini hendak tanya pada yang empunya diri dulu,” ujar abah lalu menjelingkearah Nasha yang kebetulan menuju kearah mereka.

 

Semuamata tertumpu kearah aku. Gulp. Apahal pulak semua memandang kearah aku tidaksemena-mena ni. Apa muka aku comot ke? Aisyah dan Liana pakat senyum-senyummemandang aku. Aku memandang kearah mereka agar mereka memberi aku ‘clue’ apayang Encik Aliff dan abah bualkan tadi. Mereka menjungkitkan bahu dan tersenyumlagi. Issk budak berdua ni tidak boleh pakat langsung.

 

“Aisyahdan Liana masuk bilik sekejap..abah dan mak nak bincang dengan kak long kamu,”ujar Pak Nordin lalu memandang kearah kedua-dua anak daranya yang turut adabersama di ruang tamu. Aisyah dan Liana akur lalu bangun dari tempat dudukmereka. Mereka menuju kearah bilik seperti di arahkan abahnya.

 

MelihatkanAisyah dan Liana menuju ke bilik aku yang tiada clue langsung datangmenghampiri mak lalu duduk di sebelah mak. Aku memeluk lengan mak. Aku memangmanja. Apa nak di malukan emak aku dan Encik Faries dan Encik Aliff bukan oranglain pun boss-boss aku. Lagipun mereka tahu aku ni memang manja dan mesraorangnya.

 

“Makdan abah beri Nasha ke NZ bulan 6 nanti?,” soalku dengan wajah selamba. Apa nakformal sangat. Lagipun Encik Faries dan Encik Aliff datang hendak memujuk emakdan abah supaya membenarkan aku pergi. Aku mencapai secawan teh yang berada diatas meja. Dahaga pula tekak ni. Aku mendekatkan cawan ke bibirku.

 

“Bergantung..jikaNasha setuju tak kan mak dan abah nak larang..ikut suami ke NZ,” jawab PakNordin lalu memandang wajah anak sulungnya.

 

Tersemburkeluar air teh dari mulut ku dan terkena tempiasnya pada muka Encik Aliff yangduduk berhadapan dengan aku. Aku meletak cawan teh kembali di atas meja. Segeramencapai tisu yang tersedia lalu menyerahkan tisu itu kepada Encik Aliff.

 

“SorryEncik Aliff..tak sengaja..apa abah..Nasha kurang dengar? Cuba abah ulang sekalilagi?,” ujarku lalu memandang kearah abah dan mak. Tidak faham dengan maksudabah yang tersirat tu.

 

Suami??Siapa pulak yang hendak bersuami ni? Bila pulak aku cakap aku hendak kahwin.Calon pun belum ada lagi. Kalau aku kahwin pun tak kan aku nak angkut laki akusama. Isskk abah ni jangan buat aku suspen boleh tak? Jangan dia terimapinangan dari mana-mana lelaki tanpa pengetahuan aku sudah.

 

“Maksudabah jika Nasha setuju, abah dan mak tak ada alasan hendak melarang Nasha untukpergi ke NZ,”

 

“Setuju??Setuju apa tu abah..Nasha tak faham,” jawabku masih tidak faham akan maksudabah. Apa yang abah cakapkan ni. Cuba jangan cakap berkias-kias andstraight-to-the-point. Tak lah pening kepala aku.

 

Abahmenoleh kearah Encik Faries dan Encik Aliff bila anaknya Nasha masih tidakfaham akan maksudnya.

 

“EncikAliff datang meminang Nasha untuk Encik Faries..Nasha setuju,” ujar Pak Nordinbila anaknya tidak faham akan apa yang di bincangkan mereka tadi. Dia sendiriterperanjat bila majikan Nasha pelakon terkenal itu datang ke rumahnya membawahajat yang besar hendak merisik dan dalam masa yang sama melamar anaknya itu.Yelah anaknya Nasha datang dari keluarga sederhana manakala Encik Faries orangberada dan celebrity pula. Apa yang dia berkenankan pada Nasha. Encik Fariessenang-senang boleh mendapatkan wanita yang sama taraf dengannya. Tapi kenapadia memilih anaknya Nasha?


 

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.