AKUtertidur kepenatan di dalam kereta CayenneEncik Faries. Apa tidaknya seharian berada di set. Selepas itu kami terus ke rumah nenek Encik Faries. Hari ini EncikFaries meminta aku bekerja lebih masa, kerana dia perlu ke rumah neneknya untukmakan malam dan dia mahu aku menemaninya.
Aku tidak tahuEncik Faries masih mempunyai seorang nenek. Aku tahu mama dan papa tiri EncikFaries berada di Canada dan Encik Faries merupakan anak tunggal. Sebab itumanjanya lebih. Encik Aliff tidak dapat ikut sama kerana hari ini adalah hariulangtahun perkahwinannya. Dia ingin membawa isterinya keluar makan malambersama. Romantik juga Encik Aliff ni.
“Nasha kita dahsampai,” ujar Faries lalu mengoyangkan lengan Nasha mengejutkan pembantunya.
“Jangan kacaulah…orang tengah tidurkan!,” marahku bila tidurku terganggu. Orang tengahsedap-sedap tidur kacau pulak. Esok nak kerja lagi. Jam loceng belum berbunyilagi.
Nek Yah tercegatdi hadapan pintu bila menyedari kereta cucunya sudah sampai kerumah, namun diamerasa hairan kenapa Faries tidak keluar dari keretanya lagi?
“Nasha…we are here, Nasha..,” ujar Faries mengoyangkanlengan Nasha sekali lagi. Bila pembantunya masih tidak mahu bangun bila dikejutkan tadi. Malah sedap tidur di seatnya.Mana mungkin dia tinggalkan Nasha tidur sendirian di dalam kereta.
Aku memalingkanbadanku kekanan lalu mencapai bantal guling dan memeluknya erat. Eh kenapabantal guling aku ni tak gebu? Keras sahaja. Aku membuka mata perlahan. Akulihat Encik Faries memandang wajahku tepat.
Eh aku bermimpike? Tak kan lah aku boleh sampai termimpikan Encik Faries masa dalam tidur.Aduh! Boring betul lah! Stress tahu tak? Tak kan dalam tidur punnak buatkan aku stress. Akumemejamkan mata sekali lagi dan menarik bantal gulingku lalu ku peluk kejap. Apani??? Bantal guling apa ni tak gebu? Issk. Aku membuka mata sekali lagi. Sekalilagi juga aku lihat Encik Faries memandang wajahku. Ok mana mungkin akumimpikan dia lagi kan. Apsal tilam aku tak empuk eh? Dah lah bantal guling takgebu, tilam aku pula tidak empuk? Aku membuka mata perlahan. Ok lengan siapalahpulak aku sedap peluk ni. Oh fish headcurry!..Aku segera melepaskan tangan ku dari terus memeluk lengan EncikFaries. Patutlah tidak gebu sebab yang aku peluk itu lengan dia. Sesedap rasasahaja aku memeluk lengan dia tadi. Dan Encik Faries pun satu..bukan dia hendakmenarik tangannya bila aku tidak tersengaja berbuat demikian. Apa dia suka keaku buat begitu padanya? Astarfirullah Al Azim! Malu gila aku dibuatnya. Macamanaaku boleh ingat aku tidur di rumah tadi.
Aku segera dudukbila menyedari kesilapanku. Hish nasib baik tidak terleleh air liur masa tidurtadi, kalau tidak mana aku hendak sorok muka daripada Encik Faries. Tentu EncikFaries menyangka aku ni joker kan?Harap sahaja muka lawa tapi perangai sama macam joker. Hehe masuk bakul angkat sendiri pulak aku ni. Dia tidak pernahpuji aku lawa. Aku yang ‘SS’.
“Seronok tidurtadi?,” ujar Faries bila Nasha sudah terjaga dari tidur. Dia tidak menariktangannya tadi kerana kesian pula melihat Nasha sedap tidur sambil memeluklengannya tadi.
“Tak seronok,”jawabku cuba berlagak selamba seolah-olah tiada apa yang hendak aku malukan.Aku menanggalkan tali pinggang keledar lalu membuka pintu untuk keluar.
Aku membuahkansenyuman kepada nenek Faries lalu menuju kearahnya dan bersalaman dengannya.
Nek Yahmenyambut huluran tangan wanita muda yang tidak di kenalinya itu. Siapa wanitamuda ini? Teman wanita cucunya ke? Shiela mana?
“Apa khabarnek?,” tanyaku ramah. Aku cuba mengelak dari rasa malu dari Encik Faries, makadengan muka selamba sahaja aku menegur nenek Encik Faries seolah-olah aku pernahbertemu dengannya sebelum ini.
“Khabarbaik..Alhamdullilah..anak ni siapa nama?,”
“Saya Nashanek..pembantu baru Encik Faries,” jawabku bila di tanya nenek Faries.
“Pembantu baru???..Ehbukan ke Shiela pembantu Ries? Shiela tidak bekerja dengan Ries lagi ke?,” tanyaNek Yah dengan wajah keliru.
Dia menghulurkantangannya bila Faries ingin bersalam dengannya. Dia tahu Shiela pembantu yangbaik dan Faries benar-benar suka cara Shiela bekerja dengannya. Dia tahu, cucukesayangannya itu tidak dapat hidup tanpa pembantu peribadi. Disuruh kahwinkatanya belum bersedia. Setidak-tidaknya ada orang yang menjaga danmenguruskannya.
“Shiela sudahberhenti kerja nek..Nasha pembantu baru,” jawab Faries ringkas lalumenanggalkan kasutnya. Dia menunggu Nasha menanggalkan kasutnya.
“Ohbegitu..jemput masuklah kenapa lama sangat hendak keluar kereta tadi? Pintu jemke?,” tanya Nek Yah lalu memandang wajah Faries.
“Oh tak…sayatertidur dalam kereta tadi..itu yang Encik Faries kejutkan saya,” jawabku lalutersengih malu.
“Lah kesian…penateh?..Meh masuk, Nek Yah ada masak specialuntuk Faries dan kamu juga Nasha..jangan malu-malu,” ujar Nek Yah lalu menariklengan Faries dan Nasha untuk masuk ke dalam rumah. Dia sanggup menunggu Fariesdatang untuk makan malam bersama. Rindu benar dia dengan cucunya kerana Fariessudah lama tidak menjenguknya.
“Wah cantiknyarumah nenek..nenek tinggal seorang sahaja ke dalam rumah ni?,” tanyaku terpegunmelihat keindahan rumah Nek Yah. Konsep rumah Nek Yah di luar kelihatan sepertirumah papan..namun bila berada di dalam. Dekorasinya cantik kerana konsep rumahNek Yah seperti rumah kayu dahulu walhal kayu yang aku lihat itu hanya kayu laminate dan rumahnya di perbuat daribatu.
“Tinggal dengancucu-cucu lain..sepupu Faries, Farhana dan Farhan..tapi mereka tidak ada pergike rumah kawan,” jawab Nek Yah.
“Oh..,” akumenganggukkan kepala tanda faham. Rumah besar begini nenek Yah tinggal seorangbahaya. Nasib baik ada cucu-cucu yang lain tinggal bersama dengannya. KenapaEncik Faries tidak tinggal sama dengan neneknya? Mungkin Encik Faries lebihselesa tinggal di daerah bandar.
Aku mengekori NekYah dan Encik Faries dari belakang. Memberi peluang Nek Yah bermanja dengancucu kesayangannya itu. Faries bukan main manja lagi dengan Nek Yahnya. Memelukdan mencium pipi Nek Yahnya mesra. Aku hanya mampu tersenyum melihat kemesraanmereka berdua. Aku mengalihkan pandangan kearah frame-frame gambar yang terdapat di ruang tamu Nek Yah. Gambaranak-anaknya dan cucu-cucunya. Gambar Faries ketika remaja dan zamankanak-kanak pun terdapat di situ. Bossaku sudah memang ada x-factor sejakkecil lagi. Dari kecil lagi dia sudah pandai bergaya. Tengok sahaja gambar masakecil dan remaja pandai pulak dia posenatural. Aku tersenyum lagi.
Semasa makanmalam. Aku dan Nek Yah cepat mesra. Aku ni memang mesra alam orangnya. Tapipada kaum Adam aku tidak begitu mesra sangat sebab aku sudah pernah tertipudengan kaum Adam sebanyak 2 kali. Bak kata orang putih ‘Once bitten, twice shy’. Aku pula sudah terkena sekali..terkenalagi..jadi aku tidak mahu pisang berbuah berkali-kali. Cukuplah 2 kali rasanya.Seksa jiwa dan raga. Serik untuk bercinta lagi. Aku hanya berserah pada Allahmenentukan jodohku. Tidak adanya aku hendak tercari-cari lagi. Kalau ada jodoh,aku terima. Malas hendak fikir lagi.
“Ni Faries dahlewat..tak baik bawa anak dara orang berjalan hingga ke larut malam,” ujar NekYah bila menyedari jam menunjukkan 11.15 malam. Berbual dengan cucu danpembantunya Nasha hingga tidak sedar hari sudah semakin larut.
Sudah pukulsebelas? Tidak sedar masa berlalu begitu pantas.
“Takut dia tidur lagi nanti susah..Insya Allahbila Ries tidak terlalu sibuk Ries datang jenguk Nek Yah lagi,” ujar Farieslalu menjeling kearah Nasha bila Nek Yah menyindirnya.
“Kali ini saya akantulis appointment dengan Nek Yahsiang hari..jadi saya tak tertidur lagi, betul tak Nek Yah?,” jawabku lalumenjeling kearah Faries.
Ada hati hendakkenakan aku. Aku akan tulis appointmentNek Yah setiap minggu dalam schedulednya.Biar jadi cucu yang baik sikit. Kesian Nek Yah.
“Hmm…Nek Yahrasa kamu berdua ni memang serasi sama seperti Ries dengan Shiela dulu..cumaShiela sudah bersuami..Nasha belum bersuami kan??,” tanya Nek Yah lalutersenyum. Dia sukakan Nasha. Nasha wanita yang baik dan seorang yang jujur.Sekali melihat wajahnya hatinya sudah berkenan.
“Eh Nek Yah sayabelum cukup umur untuk bersuami lagi,” ujarku dengan nada bergurau bila di usikNek Yah. Eii…ada ke Nek Yah tanya soalan begitu di hadapan Encik Faries. Seganaku di buatnya. Nanti dia kata aku anak dara tak laku pulak.
“Dah lewat dahni..nanti saya mengantuk pula hendak memandu ni Nek..kami minta diri dulu,”celah Faries kerana dia tahu jika dia tidak berbuat demikian, Nek Yahnya akanterus menerus menyindirnya yang masih belum mahu berumahtangga.
Bukan dia tidakmahu, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Calon isteri pun masihbelum di temui kerana dia sedar, dia seorang lelaki yang cerewet dan dia jugamengidap penyakit ‘OCD’ hanya Shieladan orang yang rapat dengannya tahu akan penyakitnya. Belum tentu ada wanitayang sanggup bertahan dengannya.