80%pengambaran filem di NZ berakhir hari ini. Pengambaran dapat di laksana awal darijadual kerana Direktor kami seorang yang benar-benar hardworking. Apa taknyadia mengadakan pengambaran back to back dan tiada peluang untuk krew-krew danpelakon-pelakon untuk rehat dan keluar bersiar-siar di bumi NZ. Aku turutmerasa lega dapat pulang awal kerana sudah rindu pada keluarga di kampung dantekak aku dah tak larat hendak telan makanan barat lagi. Di sini asyik makansalad, fish and chips, sandwich dan vegetarian pizza. Aku rindu hendak makanlaksa, nasi lemak, mee bandung dan lain-lain. Leleh air liur bila membayangkan makanan-makananbegitu. Selepas scene pagi tadi semuanya bersurai dan excited untuk melanjutkanacara mereka untuk pergi bersiar atau shopping di NZ. Tina dan Fika make-upartist kami mengajak aku pergi bersiar di bandar Auckland. Namun aku menolakperlawaan mereka dengan baik kerana aku tidak begitu keluar berjalan hari ini.Lagipun malam ini pihak produksi filem mengadakan dinner di hotel dan kesemuakrew produksi harus berada di sana pada jam 8.00 malam. Aku tidak mahu rush.Ada baiknya aku berehat sahaja di bilik hotel. Lagipun aku tidak cukup tidursemalam.
“Nasha..Inak pergi shopping dengan Faries..you tak payah ikut..your boss beri youtime-off, so you pergilah bersiar-siar ke? SPA ke? Tak pun you keluar denganRizal or Ehsan ke?,” ujar Ernisa sambil tersenyum. Dia sengaja menyebut namaEhsan dan Rizal agar Faries dengar. Dia mahu mengingatkan Faries. Nasha punyadua orang lelaki yang meminatinya. Faries tidak perlu menjadi lelaki ketiga.
Akumenjeling bila Ernisa sengaja menyebut nama Ehsan dan Rizal. Faries pura-puratidak dengar akan komen Ernisa namun matanya tidak lepas dari memandang wajahNasha. Dia ingin tahu apa reaksi Nasha bila Ernisa menyebut nama kedua-dualelaki itu.
“Tak..Inak rest in room..you both enjoy yourself,” jawabku perlahan. Aku tahu Ernisasengaja berbuat begitu. Dan aku tahu juga Encik Faries mahu melihat reaksikubila Ernisa menyebut nama mereka. Apa reaksi yang Encik Faries harapkan dariaku? Bahawa aku merasa teruja bila aku mendengar nama mereka, begitu?
“Restin your room aje..ajaklah Rizal or Ehsan temankan you berbual,” ujar Ernisalalu ketawa kecil. Masakan Nasha mahu menghabiskan masa di bilik Hotel sahaja.Dia bukan berada di Malaysia. Dia berada di bumi New Zealand. Tidakkah Nashamahu keluar bersiar-siar dan shopping di sini.
Tangankuterasa ringan sahaja hendak menampar mulut celupar Ernisa. Namun aku tahankandiri kerana tidak ada gunakan aku berbuat demikian. Kerana suamiku, EncikFaries sendiri tidak percaya pada aku? Namun aku merasa sakit hati dengan Ernisa.Apa tujuan Ernisa sengaja hendak menaikkan kemarahan aku? Apa masalah Ernisa yangsebenarnya? Dia sudah berjaya memiliki hati Encik Faries kerana dari apa yangaku lihat Encik Faries tidak mengendahkan perasaan aku dan dia lebih suka danrela melayan Ernisa. Kenapa dia hendak sakitkan hati aku dengan membabitkannama Rizal dan Ehsan? Apa yang dia tidak puas hati sangat dengan aku.
Akutidak membalas kata-kata Ernisa kerana aku tidak mahu menambah dosa. Sebaliknyaaku hanya mencapai tote bag yang aku bawa selalu dengan wajah selamba akumeninggalkan mereka. Malas aku hendak melayan karenah Ernisa. Biar Encik Fariessahaja yang melayannya.
Walaupunhatiku sebak kerana diperlakukan begitu oleh Encik Faries namun aku redha. Akuisterinya dia buat tidak endah. Ernisa dilayan lebih dari aku. Tak mengapasetiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku memujuk diriku sendiri.
“YourPA attitude I belum habis cakap dia dah blah macam tu aje..,” ngomel Ernisabila Nasha selamba sahaja meninggalkannya. Faries membiarkan sahaja Ernisangomel sendirian kerana dia tidak berminat mendengarnya.
Farieshanya mengiringi Nasha dengan lirikan matanya. Dia tahu Nasha kecewa dan sedihdengan tindakannya. Namun wanita itu cuba cekalkan hati dan hanya menerima danmenelan apa sahaja sindiran dan usikan dari Ernisa demi untuk menjaga maruahdan hatinya. Faries juga tahu Nasha kecewa dengan sikapnya. Faries lakukan inisemua kerana ingin melihat seikhlas mana Nasha mengatakan bahawa dia cintapadanya dan sedalam mana kasih sayang Nasha terhadap dirinya.
“Sayang..jomlah I dah tak sabar nak shopping,” ujar Ernisa teruja. Dia memeluk lenganFaries lalu membawa lelaki itu pergi. Dia sudah buat shopping list apa yanghendak di beli nanti. Dia hendak membeli dress special untuk di pakai malam inikerana malam ini malam special buatnya dan dia mahu kelihatan outstanding. Kalautidak orang tidak akan tahu dia pelakon wanita popular kan.
Akumenoleh ke arah Ernisa dan Encik Faries. Ernisa memeluk lengan Encik Fariesmesra lalu berjalan meninggalkan tempat tadi. Aku hanya mampu memerhatikanmereka dengan perasaan sebak.
Akuberjalan perlahan menuju kearah bilikku dengan perasaan sedih. Sebaik sahajapintu bilik ku buka. Handphoneku berdering nyaring. Aku segera menyeluk bagtangan dan mengeluarkan handphone khuatir Encik Faries yang menelefonku.Mungkin dia perlukan bantuanku. Namun panggilan yang aku terima bukan dariEncik Faries tapi dari Encik Aliff bila namanya terpampang di skrin handphone.Encik Aliff seakan tahu aku perlukan teman bicara. Lebih-lebih lagi dalamkeadaan begini.
“Assalamualaikum..,”ujarku sebaik sahaja menyambut pangilan dari Encik Aliff.
“Waalaikumsalam..,”jawab Aliff bila Nasha memberinya salam. Dari suara Nasha semasa menyambutpanggilannya dia dapat merasakan Nasha sedang bersedih kerana suaranya tadikedengaran seakan menahan tangis.
Taliansenyap. Aku tidak bersuara kerana cuba menahan perasaan sebak. Aku cubamenyembunyikan perasaan sedihku agar Encik Aliff tidak mengesyaki apa-apa. Tapiaku tidak mampu untuk berbuat demikian.
“Nashaare you ok?? Why you sound so sad..,” ujar Aliff bila Nasha tidak bersuaramalah mendiamkan diri.
“Takada apa-apa Encik Aliff..,” jawabku lalu menyeka air mataku perlahan. Aku kalauboleh tidak mahu mengadu masalah rumahtanggaku kepada Encik Aliff.
Aliffmengeluh kecil di hujung talian. Dia tahu kenapa Nasha bersedih dan apapuncanya. Mungkin sebab Faries? Nasha yang di kenali seorang wanita yang kuatsemangat. Dahulu sungguhpun dia terpaksa membayar hutang bekas tunangnya yangbegitu banyak. Nasha masih boleh mengharungi dengan tabah. Tapi kenapa kali iniNasha tidak dapat mengharunginya? Nasha tidak selemah yang disangkakan?
“Nasha..iniujian Allah berikan kepada you…kalau you berusaha, berdoa untuk memeliharahubungan you suami isteri dan bertawakal..In Shaa Allah..semuanya akan baik-baik sahaja,”pujuk Aliff.
“MacamanaEncik Aliff tahu?? Saya tak beritahu Encik Aliff pun..,” jawabku dengan nadaperlahan. Terharu dengan kata-kata Encik Aliff. Aku merasa hairan kerana EncikAliff dapat meneka dengan tepat kenapa aku bersedih.
“Sayabukan kenal awak semalam Nasha.. saya cukup kenal dengan peribadi awak Nasha..inimesti ada kena mengena dengan Faries kan??,”
“EncikFaries dan Ernisa..,” jawabku tanpa mengulas panjang.
“Fariesdan Ernisa?? You don’t have to worry so much..I don’t think their relationshipwould last..Ernisa juga celebrity maybe dia hanya hendak mengejar glamor,”pujuk Aliff agar Nasha tidak merasa sedih atau susah hati akan hubungan Ernisadengan Faries.
“EntahlahEncik Aliff..I tengok Encik Faries macam sukakan Ernisa dan Ernisa pun sukakanEncik Faries,” jawabku perlahan kerana tidak berapa yakin dengan jawapan EncikAliff. Kalau betul sangkaan Encik Aliff tidak mengapa. Tapi kalau merekabenar-benar serious dan suka antara satu dengan lain bagaimana dengan aku.Sudahlah status hubungan kami dirahsiakan. Jika Encik Faries mahu berkahwindengan Ernisa. Adakah dia akan memberitahu Ernisa siapa aku sebenarnya? Akumenjadi gusar sendiri bila memikirkan perkara itu.
“Youdah cuba talk to Faries dan beritahu dia tentang apa yang you rasa?,” soal Aliff ingin tahu.Adakah Faries tahu akan kegusaran hati Nasha mengenai Ernisa. Atau Nasha tidakpernah memberitahu Faries tentang perasaannya terhadap diri Faries.
“Itak berani Encik Aliff..,” jawabku perlahan. Aku tidak berani berhadapan denganEncik Faries dan bertanya kepadanya tentang hubungannya dengan Ernisa. Akutidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
“Youhave to let him know about your feelings Nasha..that’s all I can tell you,”ujar Aliff. Perkara ini hanya Nasha sahaja yang dapat mengatasinya. Nasha harusberani untuk berterus terang pada Faries mengenai perasaannya jika dia tidakmahu Faries memilih Ernisa.