Aku terkejut bila pintu bilik adjoining room aku diketuk seseorang. Tadi semasa hendak check-in di The Quadrant Hotel & Suitesada major ‘glitch’ kerana sebelum berangkat ke Auckland aku sudah membuattempahan bilik seperti di arahkan oleh Encik Faries. Dia mahukan 2 bedroomApartment untuk penginapan kami selama 3 malam di Auckland. Di sebabkan masalahtechnical bilik yang Encik Faries kehendaki tidak dapat di penuhi oleh pihakHotel kerana bilik sudah di berikan kepada pengunjung lain. Panik aku sekejap keranakhuatir Encik Faries akan naik minyak bila bilik yang di kehendaki tidak dapat.Hendak tak hendak terpaksa aku terangkan kepada Encik Faries dan pihak Hotelmeminta maaf kepada Encik Faries di atas kesilapan mereka. Mereka mahu freeupgrade kan bilik Encik Faries kepada Penthouse sebagai gantirugi namunPenthouse juga tidak diperolehi buat masa sekarang kerana di tempah seseorang.Akhirnya kami di tempatkan di bilik Deluxe dan aku terpaksa meminta ikhsan roomreservation officer agar bilik aku di tempatkan bersebelahan dengan EncikFaries. Setelah berjaya memujuk officer dan manager yang bertugas. Merekamemindahkan bilik aku bersebelahan dengan bilik hotel Encik Faries. Bilikadjoining.
Aku bangkit dari katil lalu membuka pintu adjoiningkami. Encik Faries berdiri tercegat di hadapan pintu bilik. Sejak kejadian akutidur dan terpeluk lengan Ehsan. Encik Faries tidak berbual sangat dengan akudan hanya berbuat demikian bila perlukan assistant dari aku. Aku tahu dia masihmarah padaku lagi. Bukan aku tidak mahu memujuk tapi aku takut di marahi EncikFaries bila aku cuba menegakkan benang yang basah. Terang-terangan dia nampakaku tidur memeluk lengan Ehsan. Apa lagi yang mampu aku katakan selain darimeminta maaf darinya.
Tanpa berkata apa dia berjalan menuju kearah katillalu merebahkan badannya di atas katilku. Di dalam posisi terlentang diamemandang kearah syiling.
“Encik Faries hendak minum??,” tegurku perlahan. Akusedar aku bersalah. Aku bersedia memenuhi apa sahaja permintaan Encik Fariesagar dia memaafkan kesilapan aku. Aku merasa bersalah teramat sangat. Aku telahmelukakan hati suamiku.
“You sukakan Ehsan?,” ujar Faries tiba-tiba lalumenoleh kearah Nasha yang berdiri di sebelahnya.
“Sukakan Ehsan? Apa yang Encik Faries cakapkan ni?,”soalku terperanjat kerana tidak menyangka soalan itu keluar dari mulut EncikFaries. Kenapa Encik Faries bertanya samada aku sukakan Ehsan? Adakah EncikFaries menyangka bahawa aku sukakan Ehsan? Dan soalan itu tidak relevan samasekali kerana aku punya suami.
“Lagi..lagi Encik Faries..pada awak saya ni hanyamajikan awak sahaja kan??..Kalau awak sukakan Ehsan cakap pada saya, sayaboleh-,”
“Encik Faries!!!...,” jeritku sebelum dia menyambungayatnya. Airmataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan. Sebak hatiku, sampaihati Encik Faries. Kalau dia hendak marahkan aku. Aku rela dan aku sediadimarahinya. Tapi janganlah sampai keluar perkataan yang tidak ingin ku dengar.
Faries tersentak bila Nasha menjerit. Faries bangkitdari katil lalu duduk. “Astarfirullah al azim,” istifar Faries perlahan bilamenyedari kesilapannya. Kerana sakit hati hampir sahaja dia melakukan kesilapanyang besar dan terlalu mengikut perasaan. Wajah Nasha di pandang belas kasihan.Nasha kelihatan terperanjat dengan kelakuannya tadi. Dia tidak berniat hendakberbuat demikian. Perasaan kesal mula bersarang di hatinya. Faries bangun darikatil lalu menghampiri Nasha.
“Maafkan abang sayang..,” pujuk Faries perlahan lalumemeluk Nasha erat. Aku menangis perlahan di dalam dakapan Encik Faries. Sedihmemikirkannya. Begitu mudah Encik Faries mahu melepaskan aku. Di hati EncikFaries tiada perasaan sayang pada diri aku kah sehingga dia sanggup berbuatbegitu? Adakah kerana Encik Faries sudah terpaut hati pada Ernisa? Semakin kufikirkan semakin sebak hatiku.
“Saya yang harus minta maaf pada abang..,” jawabkuperlahan lalu meleraikan pelukan Faries. Aku tidak tahu kenapa aku merasa jauhhati dan sedih sangat di atas tindakan Faries tadi. Seolah-olah aku ini tidakbernilai di matanya. Ungkapan sayang yang selalu diucapkannya hanya untukmemujuk hatiku dan bukan datang dari hatinya sendiri. Aku sedar siapalah aku dihati Encik Faries. Hanya wanita biasa yang tidak layak bergandingan dengannya.Kalau Encik Faries sukakan Ernisa aku rela dia berkahwin dengannya. Demi untukmelihat Encik Faries bahagia. Wanita seperti Ernisa memang sesuai dengan EncikFaries. Benarlah kata Encik Aliff dan Ehsan. Encik Faries dan Ernisa memang sepadan.
Aku berjalan menuju kearah meja yang terdapat kotaktisu lalu menarik beberapa helai tisu lalu duduk di hujung katil.
Faries mengeluh kecil merasa bersalah diatasperbuataannya. Selalunya dia dapat mengawal setiap perkataan yang keluar darimulutnya. Dia tidak tahu kenapa kali ini dia tidak dapat mengawalnya. Mungkinkerana perasaan cemburunya terhadap Ehsan membuatkan dia hilang kawalan diri.Dia cemburu melihat Nasha rapat dengan Ehsan. Dia juga tahu Ehsan berminat padaNasha kerana Ehsan seringkali bertanya tentang Nasha kepada dirinya sebelum merekabernikah lagi, Ehsan sudah menunjukkan minatnya. Hanya Ehsan lambat untukmenambat hati Nasha kerana dia terlebih dahulu menikahi wanita itu. PerihalEhsan berkenankan Nasha tidak pernah dia beritahu kepada Nasha sendiri.
Faries duduk di sebelah Nasha. Dia tahu Nasha merajuk hatidengannya. Salah dia juga kerana terlalu mengikut perasaan. Faries merapatkanbahu Nasha dengannya. Lengan Nasha di gosok perlahan bertujuan untukmemujuknya.
“Kalau abang sukakan Puteri Ernisa..saya tidakmenghalang..Puteri Ernisa sesuai dengan abang..kalau Puteri Ernisa dapatbahagiakan abang, saya redha,” jawabku dengan perasaan sebak. Airmatakumengalir lagi. Kalau itu yang di mahukan Faries aku berserah. Aku tidak mahumenjadi penghalang kebahagiaan Faries.
“Nasha…-,”
Aku segera bangun dari katil lalu menuju ke kamarmandi lalu menutup. Tidak sanggup mendengar jawapan Faries. Aku memutar kepalapaip membiarkan air keluar deras bertakung di basin.
Faries hanya mengeluh kecil bila Nasha berkatademikian. Adakah Nasha turut rasa tergugat bila dia rapat dengan Ernisa?Benarkah Nasha cemburu pada Ernisa? Cemburu tandanya sayang. Mungkinkah dia danNasha tidak sedar bahawa mereka telah jatuh cinta?