Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 65

Akumemusingkan badanku ke kanan. Tadi selepas isyak mata terasa kelat danmengantuk. Bila dah baring atas katil mata tidak boleh lelap pulak. Aku melirikkearah handphone yang terdapat di meja sisi lalu mencapainya. Menekan password.Aku megerutkan dahi tiada ‘Miss Call’ mahupun pesanan ringkas yang aku terimasejak aku berada di kampong. Hai Encik Faries dah lupakan aku ke? Sampai hatiEncik Faries. Hatiku menjadi resah dan tidak keruan bila memikirkan tentangEncik Faries dan Ernisa. Bukan aku tidak cuba hubungi Encik Faries. Aku cubatapi tidak dapat kerana handphonenya tutup.

 

                        Aku bangun dari katilpintu bilik ku buka dan menuju kea rah ruang tamu. Aisyah dan Liana sibukmengadap peti televisyen sambil mengunyah rempeyek yang di beli kedai Pak Ajisiang tadi.

 

                        “Hai kak long..tadi katamengantuk nak tidur..ingatkan tadi dah selamat,” tegur Liana bila kak Longnyatiba-tiba duduk menyelit di antara mereka. Balang berisi rempeyek di ambil daritangan Liana. Dia mencapai sekeping rempeyek lalu di suapkan ke dalam mulutnya.

 

                        “Ntah tak ngantukpulak,” jawabku dengan wajah bosan. Bukan bosan aje tengah darah up ni. Isskklaki aku ni tak reti nak call aku tanya khabar samada aku sudah selamat sampaike? Sihat ke tidak? Ini langsung tidak di kisahnya. Benci. Tulah siapa suruhpandai sangat tinggalkan laki awak tu Nasha? Siapa yang cari penyakit sendiri.Aku ingatkan bila aku tak ada tu Encik Faries akan rindu pada aku. Rindu ke apakalau dia bersenang-senang dengan si snake hair tu.

 

                        “Kak long..makan tu slowsikit karang tercekik lak..,” tegur Aisyah bila di lihat Kak longnya makanmacam tu sekali.


                        “Biar tercekik bukan adaorang kisah pun kalau kak long tak ada nanti,” jawabku geram.

 

                        “Astarfirullah alazim..apa kena dengan kak long ni..marah pada siapa sampai cakap macam tusekali..tak kesian pada baby kak long ke? cuba istifar jangan terlalu ikutkanperasaan tu sangat,” pujuk Aisyah. Balang dari tangan kak longnya di ambil laludi tutup.

 

                        “Yelah..yelahastarfirullah al azim..ni kau orang tengok cerita apa ni?,” tanyaku ingin tahu.Nak kata cerita bukan. Macam anugerah planet music aje. Ramaipengacara-pengacara hiburan dan penyanyi hadir.

 

                        “Kita sedang tengokanugerah filem..kak long abang Faries pun di calonkan dalam banyak kategoritau? Mintak-mintak abang Faries menang anugerah pelakon paling popular,” ujarLiana dengan wajah bersungguh-sungguh. Dia merasa teruja. Yelah dia minat padalakonan abang iparnya. Natural dan berkesan. Abang Fariesnya layak menerimaanugerah pelakon paling popular.

 

                        “Anugerahfilem??..serious Encik Aliff tak beritahu pun..Encik Faries tak attend anugerahke?,” ujarku lalu mencapai remote control membesarkan suara peti televisyen turutingin tahu siapa yang menang anugerah terbanyak tahun ini.

 

                        “Ah abang Faries takpergi ke kak long?,” soal Liana lalu memandang tepat ke wajah kak longnya.

 

                        Aku menjungkitkan bahumenandakan aku tidak tahu. Nak tahu bagaimana kalau hendak hubungi Encik Fariespun tidak dapat. Entah-entah dia masih berseronok bercuti dengan Ernisa diCanada. Ala apalah sangat dengan anugerah filem Malaysia bukan grand macamanugerah Oscar.

 

                        “Kak long kan PA abangFaries tak kan kak long tak tahu?,” ujar Liana tidak puas hati. Setahunya abangFaries selalu hadiri majlis anugerah filem setiap tahun. Dia tidak pernah‘Miss’. Bagaimana dia tahu kerana dia sendiri tidak pernah miss menontonanugerah filem.

 

                        “Dah pencen jadi PAEncik Faries..akak dah resign..,” jawabku dengan wajah selamba. Aku mencapaibantal kecil lalu memeluknya erat. Mataku tertumpu ke kaca televisyen.Teman-teman artis Encik Faries semuanya hadir. Ada yang datang berpasangandengan celebrity lain tak kurang juga datang bersendirian. Semuanya berpakaianindah seperti pelakon-pelakon Hollywood. Yang perempuan memakai evening gown.Manakala yang lelaki memakai tuxedo atau suit hitam.

 

                        Mataku tertumpu kearahartis wanita yang di temuramah di carpet merah. ‘Ernisa’. Wanita itu kelihatananggun dan cantik memakai baju merah yang di beli semasa di NZ dahulu. Ernisakelihatan ghairah di temuduga para wartawan yang mahu mengikutiperkembangannya. Ernisa sedang mempromosi filem lakonan terbarunya ‘Cinta, kaudan aku’. Namun pelakon lelaki utama dalam cerita tersebut tidak kelihatanbersama dengannya.

 

                        “Eh kak long itu PuteriErnisa kan?? Dia dah balik? Kalau dia ada mesti abang Faries juga ada kan?,”ujar Aisyah lalu memandang wajah kak longnya.


                        “Shhh…,” ujarku bilawartawan jelita bernama Farah bertanya soalan kepada Ernisa tentangpengumumannya di NZ tempoh hari mengenai hubungannya dengan Faries Syamri.

 

                        “What Ernisa hendakkahwin dengan abang Faries???,” ujar Aisyah dengan wajah tidak percaya.

 

                        “Shhhhh,” ujar Nasha danLiana serentak bila Aisyah berkata demikian kerana mereka mahu mendengar komenErnisa.

 

                        “Ernisa..semua orang dahtahu yang you dah Faries bercinta dan you pernah umumkan di NZ dahulu bahawayou dah Faries akan berkahwin..so bila tarikhnya tu?,” tanya Farah wartawan Oh!Media.

 

                        Jantungkuberdebar-debar bagaikan hendak terlucut rasanya menanti komen dari Ernisamengenai perkara itu. Ernisa kelihatan kaget bila Farah mengajukan soalandemikian.

 

                        “Oh tentang announcementtu..I dan Faries tidak jadi berkahwin..we are not meant to be together..we aregood friends only..the announcement it just a gimmick to promote our Newfilm..,” jawab Ernisa lalu tersenyum.

 

                        Jantungku bagai berhentiberdegup sebaik sahaja mendengar komen Ernisa. Apa betul aku tidak tersalahdengar yang Ernisa katakan bahawa mereka tidak akan berkahwin. Ini bermaknaEncik Faries berjaya membuatkan Ernisa menarik sendiri kenyataannya tempohhari. Encik Faries menepati janjinya. Aku yang bersalah kerana tidak sabar danpercaya pada suamiku. Abang ampunkan Nasha. Tiba-tiba rinduku pada Encik Fariessemakin mendalam. Aku cuba mendial handphone Encik Faries. Namun handphonenyadi matikan. Mana Encik Faries. Tidak nampak bayangnya di anugerah filem. Hatikumenjadi tidak tentu arah. Khuatir jika terjadi perkara yang tidak diinginiberlaku ke atas diri Encik Faries.

 

                        “What..eii Puteri Ernisani suka buat publicity murah..suka-suka aje cakap abang Faries hendak berkahwindengan dia..,” komen Liana tidak puas hati bila artis itu membabitkan abangiparnya untuk mempromosi filem.

 

 

****

 

 

                        Aliff memberhentikanenjin kereta. Dia keluar dari kereta lalu menuju kearah bootnya. Bonet keretadi buka lalu mencapai bag laptop yang di bawa bersama. Seketika kemudian pintupenumpang belakang di buka perlahan. Faries keluar dari kereta. Diamembutangkan suit hitam ‘Savile Row’ tailored yang di pakainya. Farieskelihatan kacak dan segak malam ini. He wants to look good for special night.Mood Faries malam ini baik sekali. Sebelum dia menaiki pesawat untuk terbang keMalaysia dia sudah membuat beberapa perancangan dengan Aliff. Ernisa menaikipesawat yang sama dengannya namun mereka tidak dapat duduk bersama keranaflight full. Faries tidak kisah kerana dia lebih suka kerana tidak perlumelayan celoteh Ernisa dan mengizinkan dia berehat sepanjang journey. Setibanyadi KL dia meminta Aliff memberitahu penganjur dan host anugerah filem mengenaiperancangan Faries. Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancangkankerana Aliff dan Faries mempunyai hubungan yang baik dengan pihak penganjur,wartawan dan juga rakan artis. Sebab itu Faries selalu menjaga resputasinya danhubungannya dengan rakan artis.

 

                        “Shall we go?,” tegurAliff bila Faries masih berdiri tercegat dan tidak berganjak.

 

                        “Yes,” jawabnya perlahandan berjalan mengekori Aliff dari belakang.

 

 

****

 

 

                        “Pemenang bagi kategoripelakon lelaki terbaik..jatuh kepada…Faries Syamri..tahniah!!,” ujar pelakonSiti Nuraishah pelakon baru sambil menepuk tangan.

 

                        “YES!!,” Aku, Aisyah danLiana melonjak kesukaan bila Encik Faries memenangi anugerah pelakon lelakiterbaik. Tumpang bangga lah juga sebab dia suami aku. Hehehe.

 

                        “Eh mana abangFaries..dia tak datang ke?,” tanya Aisyah bila bayang abang iparnya tidakkelihatan. Dia tidak naik ke pentas untuk menyambut anugerah malah wakilnyasahaja yang mengambil anugerah itu dari tangan pelakon Siti Nuraishah.

 

                        Aku mengerutkan dahimerasa hairan bila Encik Faries tidak menerima anugerah tersebut. Dia masih diCanada? Mustahil sebab Ernisa sudah balik dan hadiri majlis anugerah. MasakanEncik Faries tidak hadir? Aku gelisah sendiri. Aku mencapai handphone lalumendial nombor handphone Encik Faries. Sekali lagi hampa kerana handphonenya ditutup. Kemana Encik Faries?

 

                        Kami di kejutkan denganketukan pintu dan salam dari seseorang. Aku mencuit bahu Aisyah perlahan.Aisyah menoleh bila bahunya di cuit.

 

                        “Shah pergilah bukapintu tu tengok siapa datang?,” ujarku tanpa mengalihkan pandangan kearahAisyah kerana sibuk memasang telinga dan menumpukan perhatianku ke kaca tv.Yelah selama ini aku tidak pernah berminat hendak duduk melangguk depan tvuntuk menonton apa-apa anugerah kerana aku sememangnya tidak berminat. Tapioleh kerana suami aku itu seorang artis terkenal dan menurut adik-adik akuAisyah dan Liana suami aku itu di calonkan dalam banyak kategori hendak jugaaku memberinya moral support. Hehehe.

 

                        “Kak long..shah nak tahujuga siapa menang..,” rungut Aisyah kerana dia tidak mahu terlepas peluanguntuk mengetahui siapa yang menang dalam kategori filem terbaik tahun ini.

 

                        “Ala nanti kak longberitahulah..pergilah tengok buatnya Hasrul yang menghantar makanan kenduritadi..kau juga yang untung..,” usikku kerana aku tahu Aisyah menaruh hati padaanak Ustaz Ibrahim jiran sebelah rumah. Maklumlah Hasrul boleh di kategorikanimam muda. Dan imam muda memang hot demand. Insyallah terjamin hidup di duniadan akhirat.


                        “Mana kak long tahutentang abang Hasrul ni?? Issk ni mesti si montel ni beritahu kan,” ujar Aisyahgeram lalu mencubit Liana yang duduk di sebelahnya. Dia tahu tiada orang lainlagi yang akan pecahkan rahsianya selain Liana.

 

                        “Eh orang pulak,” jawabLiana lalu mengosok lengannya yang di cubit kak ngahnya.

 

                        Aisyah bangun membukapintu rumah ingin tahu siapa datang bertandang. Abah dan maknya masih belumbalik kenduri.

 

Previous: Bab 64
Next: Bab 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.