Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 58

Sebaiksahaja kami berada di dalam rumah dan tiada siapa yang melihat. Fariesmerangkul pinggangku perlahan. Aku semacam tidak merasa teruja lagi bila diaberbuat begitu setiap kali tiada orang melihat kami. Aku tidak tahu kenapa akumerasa emosi bila setiap kali mengenangkan keadaan kami. Aku tidak bebasbermanja dan bermesra dengan Encik Faries seolah-olah aku tidak berhak berbuatdemikian dan aku bukan isterinya.

 

“Sayangtak sihat??..you want me to send you to doctor??,” tegur Faries perlahan. Diasendiri tidak perasan Nasha kelihatan pucat hari ini jika mummynya tidakmemberitahunya tadi, dia tidak tahu kerana terlalu sibuk melayan karenah siErnisa tadi sehingga tidak perasan bahawa isterinya tidak berapa sihat.

 

“Nashapenat sikit je..jet lag barangkali,” jawabku tidak mahu merisaukan hati EncikFaries. Aku terlalu menjaga hati Encik Faries dan sanggup hati ini di sakitibila melihat dia mesra dengan Ernisa. Tidakkah Encik Faries perasan selama ini?Mungkin baginya tiada apa-apa kerana dia pernah berkata bahawa hati dan cintanyahanya untuk aku dan aku tidak seharusnya merasa curiga tentang perasaannyaterhadap diriku. Tapi sampai bila aku harus menelan dan menghadapinya? Akutidak tahu kenapa aku bersetuju dengan cadangan Encik Faries tempoh hari danakan bersabar.

 

“Sayangdah sampai mana ni?,” tegur Faries bila di lihatnya Nasha tidak mengambilperhatian tentang apa yang di katakan tadi malah Nasha kelihatan seperti sedangbermenung.

 

“Takada apa-apa,” jawabku cuba menyembunyikan perasaanku.

 

Fariesmengeluh kecil. Dia tahu Nasha tidak suka dengan caranya dan risau dengan caradia mengendalikan masalahnnya dengan Ernisa. Dia juga sedar, dia hanyamementingkan diri sendiri kerana meminta Nasha bersabar lagi. Mungkin adabenarnya apa yang di katakan Aliff. Fikirannya masih belum matang lagi.

 

Akududuk di atas katil. Bantal ku tepuk perlahan lalu merebahkan diri di ataskatil. Aku benar-benar mahu berehat. Tadi semasa mendaki anak tangga. Akuterasa sedikit mabuk dan pening. Nasib baik Encik Faries menemaniku tadi.

 

Fariesmengantung jaket di tempat khas. Lalu menyertai Nasha. Dia baring di sebelahNasha. Dia menoleh ke arah Nasha. Wajah cantik isterinya di pandang penuh kasihsayang.

 

“Sayangmerajuk dengan abang?,” tegur Faries lalu merapatkan dirinya dengan Nasha.

 

Akutidak menjawab malah mengelengkan kepala perlahan. Aku tidak merajuk denganEncik Faries aku marah dan kecewa dengan sikap Encik Faries. Tapi aku tidakdapat menunjukkannya kepada Encik Faries kerana perasaan cinta dan sayangkukepadanya mengatasi perasaan marahku terhadap dirinya. Aku hanya berharap EncikFaries mengerti dan faham dengan apa yang aku rasa.

 

Fariesmengeluh lagi. Dia tahu Nasha marah dan kecewa dengan sikapnya. Dan keranaterlalu kecewa dan marah Nasha seperti tidak mampu menunjukkan kemarahannyaterhadap dirinya. Biarlah isterinya menangis dan tunjukkan kemarahan padanya.Dia terima. Tapi jangan hanya mendiamkan diri dan pendamkan sahaja keranaFaries tahu jika seorang isteri bersikap begitu maknanya tiada kasih dan sayanglagi yang tinggal hanya hormat terhadap dirinya kerana dia adalah suaminya.

 

“Maafkanabang sayang.., beri abang sedikit masa lagi sahaja, please sayang,” pujukFaries perlahan lalu memeluk Nasha.

 

Airmataku mengalir perlahan bila Encik Faries berkata demikian. Sayu hati akumendengar rayuannya. Ya allah jika aku harus bersabar berikanlah aku kekuatanuntuk terus bersabar kerana aku kasih dan cintakan suamiku. Dan berharap berkatkesabaranku kau akan berikan aku kebahagiaan untuk terus hidup bersamanya.Doaku dalam hati.

 

Akubangkit dari katil kerana terkejut bila terdengar suara Ernisa di luar kamarku.Aku menoleh kearah Encik Faries. Encik Faries menarik tanganku menegah akubangun dari katil.

 

“AbangErnisa cari abang?,” ujarku perlahan lalu menoleh kearahnya.

 

“Biarkan..,”jawab Faries dengan wajah selamba masih berada di posisi yang sama. Terkadangdia sengaja mahu Ernisa melihat mereka bersama. Biar Ernisa tahu akan hubunganmereka. Tapi setiap kali dia mahu berbuat begitu Nasha seperti tidak setujudengan tindakannya. Dia tidak tahu kenapa?

 

“Biarkan??,”soalku lalu menoleh kearah Encik Faries.

 

Fariesmenoleh lalu tersenyum seolah-olah tidak khuatir jika Ernisa tahu dia berada didalam bilik Nasha.

 

Akumerasa tidak selesa bila Encik Faries berkata demikian. Memanglah aku mahuErnisa tahu akan hubungan kami. Dan aku mahu perkara ini berakhir dan aku tidakperlu lagi berlakon dan mahu perkahwinan kami bukan rahsia lagi. Tapi aku tidakselesa dengan cara begini. Seolah-olah seperti ditangkap basah pula. Isskk tak naklah aku. Aku bernikah dengan Encik Faries secara sah di restui keluarga bukankes kena tangkap basah.

 

“Sayangnak kemana?,” ujar Faries bila Nasha berjalan perlahan menuju kearah pintu.

 

Fariesmengelengkan kepalanya perlahan melihat Nasha tidak senang hati selagi Ernisatidak beredar dari luar biliknya. Aku mendekatkan telinga di daun pintu.

 

Walaupunsuara samar-samar aku dapat mendengar butir bicara di antara Ernisa dengan PuanMaryam.

 

“Auntie..younampak Faries tak?? puas I cari dia..dia tak ada di dalam bilik?,” tanya Ernisabila Faries tidak berada di dalam biliknya. Dia merasa tidak puas hati bila diatidak dibenarkan sebilik dengan Faries kerana Faries bertegas tidak mahu.Sudahnya biliknya di tempatkan di sebelah bilik Faries dan bilik Nasha disebelah bilik Faries. Dia tidak tahu kenapa Faries tidak mahu berkongsi bilikwalhal dia sudah memberitahu mummynya mereka sudah berkahwin.


“Faries??auntie rasa dia dah keluar lepas tea tadi,” jawab Puan Maryam lalu tersenyum.

 

“Keluar??Kenapa dia tak tunggu I…habis Nasha?? Is she with him too??,” soal Ernisa tidakpuas hati. Kenapa Faries keluar tidak membawanya bersama? Ernisa mengetap bibirmenahan geram. Benci betul dia dengan Nasha kerana wanita itu tidak henti-hentimenjadi penghalang cintanya dengan Faries.

 

“Nasha??Ya I think she’s with him too..but don’t worry dear..if you nak jalan-jalanaround Ontario ni..Ahmad boleh hantarkan...,” ujar Puan Maryam memberi cadangankepada menantunya. Dia rimas dengan Ernisa asyik hendak berkepit dengan anaknya24 jam seolah-olah dia tidak dapat berfungsi tanpa anaknya. Faries suka wanitayang merimaskan? Satu lagi soalan yang tidak dapat di jawab kerana anaknyaFaries tidak gemar pada wanita yang terlalu merimaskan.

 

“Ohok.., I better get my coat and bag ready,” jawab Ernisa gembira mahu menujukearah biliknya untuk mendapatkan coat dan bag tangannya. Kalau Faries tidakdapat membawanya jalan dia punya pemandu yang boleh membawanya ke sana kemari.

 

“Eh..don’tbother..Nisa tunggu sahaja di bawah..I can get the maids to bring down thestuff for you,” ujar Puan Maryam.

 

“Wow..cool,ok,” jawab Ernisa lalu menuruni anak tangga.

 

Akumenoleh kearah Encik Faries bila lelaki itu sedap baring di atas katilku sedaritadi.

 

“Ernisadatang sini tak??,” ujar Faries perlahan bila Nasha memandang ke arahnya.

 

“Diadah keluar,” jawabku perlahan lalu menuju kearah katil semula.

 

“Wasted!!..Kalaudia masuk tadi bagus,” jawab Faries lalu ketawa.

 

Akumencubit lengan Encik Faries kerana dia tidak merasa cemas bila terdengar suaraErnisa di luar biliknya tadi. Malah dia kelihatan selamba sahaja danbenar-benar mahu Ernisa masuk ke dalam bilikku tadi supaya Ernisa terperanjatmelihat kami berdua di sini.

 

“Sakitsayang..apa salah ke apa yang abang katakan tadi, why you look so puzzle??,”soal Faries bila Nasha kelihatan keliru.

 

“Tadimummy beritahu Nisa yang abang keluar dengan Nasha,” jawabku lalu memandangwajah Encik Faries. Yelah kenapa mummy berkata begitu sedangkan dia tahuanaknya tidak keluar dari rumah. Dan dia juga yang meminta Faries menghantardia ke bilik.

 

“Mummycakap abang keluar dengan Nasha?, Are you sure?? Mungkin sayang salah dengartak?,” soal Faries mungkin isterinya tersalah dengar. Masakan mummynyamemberitahu Ernisa bahawa mereka sudah keluar rumah sedangkan mummynya tahumereka tidak kemana?

 

“MungkinNasha salah dengar..,” jawabku kembali kearah katil lalu baring di sebelahEncik Faries. Aku memeluk badannya lalu baring berbantalkan lengannya.

 

“Doyou think mummy tahu tentang kita?,” soalku lalu memandang wajah Encik Faries.Aku tidak tahu kenapa aku dapat merasakan bahawa Puan Maryam seakan tahu siapadiriku yang sebenar dan siapa pula Ernisa.

 

“Mummytahu tentang kita?? I don’t think so..,” jawab Faries tanpa berfikir panjang.Mummynya tidak menunjukkan wajah curiga ketika dia memperkenalkan Ernisakepadanya seolah-olah dia dapat menerima siapa Ernisa dan tidak mengesyakiapa-apa. Kenapa pula Nasha bertanya soalan begitu padanya.

 


 

Previous: Bab 57
Next: Bab 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.