Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 3

Akuberdiri betul-betul di hadapan pintu nombor 202 seperti yang dikatakan olehlelaki yang bernama Aliff Sofian. Sepanjang perjalanan kemari aku memikirkan mengapatemuduga pembantu peribadi itu diadakan di Marriot hotel? Aku mula merasa tidakenak. Apa sebenarnya pekerjaan yang di tawarkan. Aku mula memikirkan yangbukan-bukan. Sungguhpun begitu aku sudah terpacak di hadapan pintu Bilik Suite202. Aku menekan loceng. Seketika kemudian pintu di buka seseorang. Seoranglelaki tegap berpakaian kemas dalam lingkungan awal 40an menyambutku di hadapanpintu.       

 

“Pleasecome in,” ujarnya bila dilihatnya aku berdiri tercegat tanpa berkata apa. Akumelangkah masuk mengekori lelaki yang tidak kukenali namanya. Tapi aku yakinbahawa lelaki itu adalah Aliff Sofian.

 

“SorryI didn’t get your name?,” ujarnya seraya tersenyum.

 

“Nasha,”jawabku ringkas. Aku mengekori Aliff menuju ke arah bilik yang sedang tertutup.Aliff menolak pintu tersebut. Aku agak terperanjat bila menyedari ada beberapawanita muda atau sebaya denganku sedang duduk di atas sofa yang telahdisediakan. Ada yang sedang sibuk menulis sesuatu dan ada yang sedang sibukmenyelak majalah.

 

“Pleasehave a seat,” ujarnya lalu menuju kearah bilik yang lain dan menutup pintu daribelakang. Aku menuju kearah kerusi kosong yang berdekatan dengan meja dining.Di atas meja dining tersebut terdapat beberapa clipboard dan terdapat borang diatasnya berserta pensil. Sementara menanti giliran aku mengisi borang tersebut.

 

Akumerasa tidak yakin bahawa aku boleh mendapat jawatan sebagai pembantu peribadibila aku mendapati ada beberapa ramai calon yang menghadiri temuduga untukjawatan tersebut kelihatan hebat-hebat belaka. Rata-rata calon yang hadirkelihatan professional dengan memakai suit lengkap dan kelihatan sempurna dari ‘top-to-toe’.Aku bangkit dari sofa lalu menuju kearah wanita yang duduk di hadapan meja yangterdapat clipboard yang aku ambil tadi lalu menyerahkan borang yang sudahlengkap dengan butir peribadi ku. Aku kembali duduk di sofa menanti giliran akudipanggil untuk di temuduga.


*****



“Howmany candidates left out there?,” ujar Faries sebaik sahaja temuduganya dengan calonyang bernama Rainah berakhir.

 

“Roughlyabout 8,” jawab Aliff lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Faries. Faries mengelengkankepalanya. Tidak sanggup rasanya untuk meneruskan temuduga yang selanjutnya. Diapenat dan mahu berehat. Dan dia rindukan Shiela. Kenapa Shiela sanggupmeninggalkannya begini?

 

“Who’snext?,” ujar Faries tanpa melihat fail yang berisi borang di hadapannya. Peningkepala. Kalaulah tidak kerana Shiela berhenti dia tidak perlu menghabiskanmasanya untuk mencari pembantu peribadi lagi. Aliff pula sengaja tidak mahumengendalikan temuduga tersebut kerana katanya dia amat cerewet orangnya.

 

“Nasha,”jawab Aliff.

 

“Callher in, I want to end this interview now,” jawab Faries lalu meneguk gelas berisiair mineral evian.

 

Pintudi ketuk.

 

“Comein,” jawab Faries sambil lewa. Tanpa memandang kearah calon selanjutnya. Diasibuk meneliti majalah di hadapannya.

 

Akuagak terkejut bila menyedari selain dari Aliff ada seorang lelaki lagi yangakan menemuduga aku. Apa yang memeranjatkan lelaki yang berada di sebelahnyaitu tidak lain dan tidak bukan adalah celebrity terkenal iaitu Faries Syamri actorlelaki yang disukai ramai.

 

“Ohhi, I’m Faries Syamri,” ujar Faries lalu menghulurkan tangannya. Sebaik sahajatangan aku melepaskan tangannya. Faries menghulur tangannya kepada Aliff. Aliffmencapai botol kecil ‘hand sanitizer’ lalu menuang sedikit di tapak tanganFaries. Faries meratakan hand sanitizer di kedua belah tangannya.

 

“I’mNasha,” jawabku gugup kerana inilah kali pertama aku berhadapan dengancelebrity lelaki terkenal di serantau asia. Terus terang aku katakan. Faries kelihatanjauh lebih kacak secara peribadi dari di dalam filem mahupun di TV.

 

“Youada pengalaman bekerja sebagai PA?,” soal Faries.

 

“Ada,”

 

“Good..thenyou are hired,” ujar Faries lalu bangun dari tempat duduknya. Dia berjalanmenuju kearah kamar yang memisahkan tempat beradu dan study room.

 

Aliffdi sebelahnya terperanjat bila Faries berkata demikian.

 

Akulebih terperanjat kerana tidak sampai satu minit temuduga aku sudah berakhirdan aku di terima untuk bekerja dengan Faries Syamri. Seperti bermimpi aku biladi terima bekerja dengannya.

 

“Ok,that was fast, you need to report work tomorrow at 8.00 a.m. di residenceFaries, address ada dalam this black diary, oh yes please guard the diary andthe handboook like your life, jangan sampai hilang,” pesan Aliff lalu mendekatiNasha pembantu baru Faries. Diary kulit yang berada di tangannya diserahkan kepadaku.

 

Akumenganggukkan kepala tanda faham.

 

“Fariesada shooting at Central jam 10.00 pagi, make sure you be here by 8.00 a.m., jam7.30 malam ini ‘Denaida’ press conference di sini. Don’t forget to remind himabout that,” terang Aliff panjang lebar.

 

Handbook?Aku mengerutkan dahi. Bila ketika dia pass handbook kepada aku. Blackdiary nike handbook yang di maksudkannya? Aku membuka diary. Isi kandungannya hanyaterdapat schedule Faries. Tiada isi kandungan lain selain dari jadual.

 

“Anyquestions?,” soal Aliff kepada Nasha.

 

“ErmEncik Aliff, you hanya beri I the black diary, no handbook,” jawabku lalumemandang tepat ke wajah Aliff.

 

“Takada handbook? Serious tak ada?,” ujarnya lalu menarik laci meja di hadapannyamencari handbook yang dimaksudkan.

 

“Ohmy goodness,” ujar Aliff terduduk di atas kerusi. Tidak percaya Handbook ituhilang. Tanpa handbook itu PA baru Faries tidak dapat bekerja dengan baikkerana di dalam handbook tersebut adalah panduan untuk PAnya bekerja di bawahFaries Syamri. Dan handbook itu adalah catatan Shiela sepanjang dia bekerjadengan Faries. Tanpa buku panduan itu PA barunya harus mempelajari tentang diriFaries.

 

Akumenelan air liur bila Aliff berkata demikian. Penting sangatkah handbook yangdi maksudkan oleh Aliff itu. Kalau sekadar panduan bekerja sebagai PA biasa.Aku tahu.

 

“Ohdear…, ok dengar pesanan saya betul-betul, disebabkan handbook itu tak ada,kerja awak tidak sesenang yang awak sangka, Faries banyak perkara yang diatidak sukai and I don’t remember all, make sure setiap kali keluar bersamadengannya bring along hand sanitizer, what else…?? oh gosh I can’t reallyremember, sorry dear, good luck,” jawab Aliff lalu tersenyum simpati kesiandengan nasib pembantu baru Faries.

 

“Bythe way, I’m his agent cum manager, you will see more people tomorrow danliaise directly with them ok, you will be great trust me, Faries cerewet sikitaje,” jawab Aliff lalu menepuk lengan Nasha cuba untuk tidak membuat wanita itumerasa panik.

 

Sekalilagi aku menelan air liur bila Aliff mengatakan Faries cerewet. Dan dari caradia terangkan tadi aku sudah mengagak kerjaku tidak semudah ABC.




 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.