Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 13

AKUduduk menompang dagu memandang kearah Encik Faries dengan Zarina sedangmelakonkan salah satu scene untukfilem romantic komedi mereka yangterbaru. Memang waktu pertama kali mengikut Encik Faries ke set aku merasa teruja hendak tengok samalakonan dari para pelakon-pelakon yang memainkan watak-watak dalam drama ataufilem tersebut.


Tapi bila sudahselalu ke set terasa boring lah pulak. Encik Aliff pula sibukke sana kemari, kalau tidak sembang di telefon, sembang dengan teman-temanproduksinya sikit pun dia tidak duduk bersembang dengan aku. Apa bersembangdengan aku boring ke? Hissh kalau akuboleh ajak kawan, sudah lama aku heret si Raudah. Dia tu suka benda-benda macamni. Aku pula tidak berapa minat atau ingin tahu akan perkembangan dunia artis.


“Hi boring ke?,”


Aku menolehkekanan kearah suara yang menegurku. Lelaki yang aku rasa seorang artis juga, kerana awal tadi aku nampak diamelakonkan satu babak bersama dengan Encik Faries. Mungkin supporting actor. Aku tidak tahu namanya. Kan ke aku dah cakap akutidak begitu mengikuti perkembangan dunia artis.


Boring plus mengantuk,” jawabku denganwajah bersahaja.


Lelaki itutersenyum bila wanita itu berkata demikian.


“Awak PA Faries kan?,” tanyanya ramah lalududuk di atas kerusi kosong berhadapan dengan wanita itu.


Akumenganggukkan kepala perlahan mengiyakan tekaannya.


“Saya EhsanIskandar,” ujarnya lalu menghulurkan tangan kepadaku.


“Nasha Nordin,”jawabku lalu menyambut tangannya.


“Ok? Bekerjadengan Faries? I dengar-dengar he is not easy to work with, he is fussy,”ujarnya lalu menoleh kearah Faries dan Zarina.


Hai aku fikirkanhanya perempuan sahaja yang suka bergosip lelaki pun suka juga. Kalau dia fikirdengan cara begini aku akan mendedahkan keburukkan majikan aku. Dia silaporang. Aku seorang yang amanah Encik Fries bossaku. Aku akan protect his interest. In my care nobody can touch or insult myboss.


“Siapa kata? He’s nice person, kalau ada pun…cerewetsikit sahaja..dia kan ke pelakon lelaki popular..biasalahtu kan, awak pun kalau suatu hari popularsepertinya mesti cerewet juga kan,” jawabku lalu tersenyum.


“Awak ni PA yangbaik kan..saya suka cara awak bekerja dengan Faries, you betul-betul protectdan jaga keperluannya,” ujar Ehsan memuji pembantu Faries.


Sepanjang haridi set, dia perhatikan PA Faries memangefficient. Segala keperluan Fariesdia sediakan. Faries tidak perlu meminta dia sudah memberi dan menyediakanuntuknya. Seolah-olah PA Faries dapat membaca apa yang di fikirkannya.


Aku tersenyummendengar pujian Ehsan. Dia tidak tahu ke aku buat ‘homework’ dan ‘study’ dirumah untuk memahami dan mengenali Encik Faries. Aku kena ingat semua perkaratentang Encik Faries. Apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka, aku hendakkena tahu semuanya. Sehingga brandmakanan dan jenama yang di gunakan semua aku catatkan di dalam handbook baru.


“Saya hanyamenjalankan tugas,” jawabku tanpa mengulas panjang. Hehe serasa seperti Inspector polis lah pulak guna ayatskema seperti tu.


Senyuman dibibirku tiba-tiba terhenti tatkala terpandang akan wajah seseorang yang lamatidak aku temu atau memang aku tidak mahu bertemu langsung, kerana lelaki ituyang membuatkan hidupku huru hara dan terpaksa menanggung hutang kerana dia.


Apa dia buat disini??? Aku cuba untuk menyembunyikan diri di bawah meja bertujuan agar diatidak nampak aku berada di sini. He isthe last person I want to see.


“Eh..Nashakenapa ni?,” tanya Ehsan bila pembantu Faries tiba-tiba-tiba kelihatan kalutdan tidak tentu arah bila terpandang akan lelaki yang berada di hadapan merekatadi. Lelaki yang berada di hadapan itu datang menuju kearah mereka.


“Nasha..apa you buat di sini?,” tegur Rizal bilabekas teman wanitanya Nasha berada di set,di mana dia dikehendaki berlakon sebagai pelakon lelaki extra.


Fish head currybetul. Mamat tu nampak pulak. Cemuhku dalam hati.


I tunggu my boyfriend habis shooting,”jawabku dengan wajah selamba.


Boyfriendeh? Macamana ayat itu yang boleh terkeluar dari mulut aku ni? Cakaplah akutengah tunggu boss aku habis shooting. Ini tidak boyfriend. Ah pasal lah..lagipun aku hendak si Rizal tu merasa jealous. Dia fikir, aku tidak boleh carilelaki lebih hebat dari dia. Tengok oranglah. Buatnya dia tanya mana satu boyfriend aku. Masak aku di buatnyananti. Aduh! Harap-harap Rizal tidak akan bertanya siapa boyfriend aku.


Ehsan di sebelahmengerutkan keningnya lalu tersenyum bila pembantu Faries memberi jawapansedemikian. Dia pasti lelaki yang tidak di kenali itu, kalau tidak teman, pastiitu bekas teman lelakinya dahulu.


Boyfriend you?? Siapa?? Semua actor yang terlibat dalam filem ini I kenal, so which one is your boyfriend?,”tanyanya lalu tersenyum sinis. Dia tahu Nasha berbohong padanya dan Nashasengaja berbuat begitu untuk membuatkannya rasa cemburu.


Kan dah padan denganmuka aku. Aduh! Ah tak kan aku hendak cakap Ehsan boyfriend aku. Aku baru kenal dia tadi. Bijak kau Nasha..memangbijak. Apa alasan lagi yang hendak kau beri sekarang.


“Nasha my Evian water?,” tegur Faries daribelakang Nasha.


“Ah FariesSyamri boyfriend I, you nak air..eh dear, sekejap eh..,” ujarku membuka penutup botol evian lalumenuang air itu kedalam gelas hingga separuh penuh dan menyerahkan gelas berisiair evian itu kepada Faries.


Faries menyambutgelas yang di hulurkan. Aku tidak berani memandang wajah Faries. Aku tahu dia pastiterperanjat bila aku mengaku mengatakan bahawa dia adalah teman lelakiku.


Tak cukup denganitu..demi untuk meyakinkan bahawa Faries benar-benar teman lelaki aku. Denganselamba kodok sahaja aku merangkul lengan Faries mesra. Faries di sebelah tidakberkata apa malah membiarkan sahaja Nasha memeluk lengannya. Dia tahu adasesuatu yang tidak kena. Namun dia layankan sahaja.


Ehsan di sebelahcuba menahan diri untuk tidak tersenyum bila pembantu Faries berani berbuatdemikian. Dia menoleh kearah Rizal. Lelaki itu kelihatan terperanjat bilamengetahui Faries adalah teman lelaki Nasha. Dia sendiri tidak percaya denganapa yang di lihat.


Aku tidak kisahapa yang akan berlaku nanti! Mungkin Encik Faries akan jerit kat aku atau pecataku kerana sewenang-wenangnya mengaku dia tu boyfriend aku. Aku sudah terdesak. Ini kes darurat. Yang lain belakangcerita. Yang penting aku dapat buatkan Rizal tahu bahawa aku dapat lelaki lebihhebat darinya.


“Faries..temanlelaki Nasha,” ujar Faries dengan wajah selamba lalu menghulurkan tangannyakepada lelaki di hadapannya. Dah alang-alang apa salahnya dia berlakon sama.


Aku menjaditidak keruan bila Faries berkata demikian. Mati aku. Iskk Encik Faries..tak yahberlakon dan buat dialogue. Diam dansenyum sahaja sudah memadai. Aku tahu mamat tu, mesti blah punya bila mendapat tahuFaries itu teman lelaki aku. Malu sebab Faries lebih hebat dari dia yang hanyamodel sambilan dan pelakon extra.


Lagipun aku tidakmahu si Mamat tu nanti heboh pada wartawan, tersebarnya gossip liar mengatakanbahawa Faries punya kekasih iaitu PAnya sendiri. Dah nak kena buat ‘damage control’. Walaupun aku tidakberapa tahu tentang dunia artis, tapi aku terpaksa ambil tahu juga sebabmajikan aku celebrity. And the last thingI want to do ialah membuatkan Encik Faries dan Encik Aliff kecewa denganaku. Tidak semena-mena aku pula di marahi Encik Aliff nanti.


 “Siapa yang tak kenal you Faries?, You are the bestactor,” jawab Rizal merasa segan berhadapan dengan pelakon lelaki popular itu. Faries adalah idolanya. Rizalmenyambut huluran tangan Faries.


Aku tersenyummengejek. Padan muka. Rasakan. Tercengang dia bila Faries memperkenalkan dirisebagai teman lelaki aku. Haha. Puas hati aku.


Apa dia fikir akuakan frust menonggeng bila diatinggalkan aku dahulu. Tak adanya. Cuma aku sakit hati sangat sebab akuterpaksa menanggung beban untuk membayar hutangnya kerana aku pemegang kad principle dan aku di kehendakimembayarnya bila Rizal tidak mahu bertanggungjawab.


I’ve to go..assisstant director dahpanggil,” ujar Rizal serba tidak kena. Jadi benarlah Faries itu kekasih Nasha.


“Ok..good luck bila berlakon tu?,” ujarkulalu melambai kepada Rizal.


Overlah pulak aku ni. Sebaik sahaja Rizal hilang dari pandangan. Aku cepat-cepatmelepaskan tanganku dari terus memeluk lengan Encik Faries.


“Ampun EncikFaries, kes darurat tadi, by the wayterima kasih many-many keranamenyelamatkan saya,” ujarku lalu mengebas lengan kemejanya takut renyuk lahpulak. Encik Faries ni perfectionist.Aku menghulur botol hand sanitizerlalu menuang sedikit ke tangannya. Faries meratakan hand sanitizer di tangannya. Wajah Faries kelihatan bersahaja.


Interesting!,” jawab Faries ringkas lalumenuju kearah kerusinya.


Fuhh! Akumengeluh lega kerana Encik Faries tidak marahkan aku. Maknanya aku selamat.


Ehsan hanyamampu tersenyum melihat kelakuan selamba Nasha dengan bossnya. Faries dan Nasha punya chemistry.Walaupun Faries seorang lelaki yang cerewet dan unpredictable. Nasha masih boleh bertahan dengan perangai Faries.Dan Faries pula kelihatan selesa dengan PAnya Nasha.


You are right..Faries is nice person, by theway..siapa lelaki tu?,” tanya Ehsan ingin tahu. Dia ingin sekali mengenaliNasha dengan lebih dekat lagi. Nasha isinteresting woman. Lucu, cantik dan sweet.


That guy..Rizal?..He’s bad news!,”jawabku lalu tersenyum kerana aku rasa jawapan yang aku berikan kepadanya sudahmemadai.


 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.