Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 35

Permandangan indah pulau Waiheke Island yang kelihatanseperti sebuah lukisan itu tidak bisa mengembirakan hatiku. Aku masih bersedihhati dengan kejadian semalam. Sunyi pula hatiku tidak di temani Encik Aliffseperti selalu. Kalau Encik Aliff ada sedikit sebanyak dapat aku melupakanperasaan sedihku buat seketika kerana Encik Aliff suka mengusik, terhibur hatiaku seketika walau kekadang tu Encik Aliff orangnya straight forward. Semua krewtermasuk Encik Faries dan Ehsan sedar aku terlebih diam hari ini tak tidakseperti selalu. Namun tiada siapa pun yang berani bertanya kenapa akuberkeadaan demikian.

 

Hari ini kami ke pulau itu kerana mereka akanmelakonkan beberapa babak di beberapa lokasi yang terdapat di Waiheke Island.Angin laut yang bertiup lembut menyapu wajahku. Hari ini mereka melakonkanbabak di mana ‘Alesya’ heroin dalam cerita iaitu ‘Puteri Ernisa’ itu telahbertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda yang turut bercuti di Pulau ituyang bernama Danial Hakim iaitu ‘Faries’. Perkenalan mereka yang singkat itutelah menyemai bait-bait cinta. Alyesa sedar hatinya hanya untuk Danial.

 

Danial berjalan berpegangan tangan dengan Alyesa dipersisiran pantai sambil berbual mesra. Natural…memang lakonan kedua-dua pelakonitu tampak begitu natural dan begitu menyakinkan seolah-olah kedua-dua pasangan itu sedang dilamun cinta. Sesekali Danial menyelak anak rambut yang menutupi wajah Alesyadan memberi pandangan penuh kasih sayang kepadanya. Dan Alyesa pula akantersenyum manja bila sang kekasih berbuat demikian cukup membuatkan hatikuberbuku. Kenapa aku berperasaan demikian. Sedangkan selama ini Encik Fariesmelakonkan watak sebegitu tidak pernah memberi kesan ke atas diriku. Malahbabak Encik Faries pernah lakonkan dengan Zarina sebagai pasangan suami isteridahulu pun tidak membuatkan aku cemburu sebegini. Tapi kenapa kali ini akumerasa cemburu? Adakah kerana aku dapat merasakan bahawa Encik Faries turut sukakanErnisa maka aku berperasaan begitu?


“Nasha..kenapa you senyap sahaja sejak pagi tadi? Youtak sihat ke?,” tegur Ehsan dengan wajah risau. Dia perasan Nasha tidak banyakbicara dan suka menyendiri hari ini. Wanita tidak sihatkah?

 

Aku menoleh kearah Ehsan bila lelaki itu menegurku.Aku mengelengkan kepala perlahan menidakkan soalannya. Maaf Ehsan, aku tiadamood untuk berbual dengan sesiapa hari ini.

 

Ehsan memandang wajah Nasha dia dapat merasakan adasesuatu yang tidak kena maka Nasha berkelakuan demikian. Nasha yang di kenaliseorang wanita yang ceria dan selalu tersenyum. Hari ini wanita itu kurangmemberi senyuman dan senyuman yang diberikan seperti senyuman paksa. Apa yangmembuatkan wanita itu tidak ceria?

 

Ehsan menyentuh tangan Nasha bila wanita itu memandangkearah krew.

 

Aku tersentak bila terasa tanganku di sentuh. Akusegera menarik tanganku bila menyedari Ehsan yang memegangnya.

 

“I sukakan you Nasha..,” ujar Ehsan. Dia sepatutnyasudah meluahkan perasaannya kepada Nasha sebelum mereka berangkat ke NZ lagi.Dia selalu bertanya kepada Faries tentang pembantunya itu. Faries tidak banyakmembantu. Mungkin kerana dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi pembantunya.Dia hanya mengatakan bahawa Nasha masih belum berpunya itu sahaja.

 

Terperanjat aku bila Ehsan berkata demikian. Ehsanbenar-benar sukakan aku. Jadi kelmarin dia memang tidak bergurau denganku biladia menyatakan bahawa dia tiada peluang untuk memikat hatiku jika aku sukakanFaries? Bagaimana aku boleh tidak sedar bahawa Ehsan sukakan aku selama ini?Aku fikir Ehsan hanya seorang lelaki yang peramah dan tidak kisah dengan siapadia berbual. Maafkan aku Ehsan hatiku sudah di miliki walaupun lelaki itu tidaktahu aku cinta dan sayangkannya.

 

“You tak boleh sukakan I, Ehsan,” jawabku perlahan lalupergi menuju kearah pantai. Sesak nafasku bila Ehsan berkata demikian. KenapaEhsan sukakan aku? Aku hanya wanita biasa. Banyak lagi wanita di luar sana yanglayak untuknya.

 

Ehsan mengejar mendapatkan Nasha bila wanita itu cuba melarikandiri bila dia meluahkan perasaannya. Kenapa Nasha berkata demikian? Adakah hatiNasha sudah di miliki?

 

Aku berjalan perlahan di persisiran pantai sambilmemeluk tubuh. Aku rimas di kelilingi Faries, Ehsan dan juga Rizal. Aku yangsepatutnya melakonkan watak dalam filem ini dan bukannya Ernisa. Keranaketiga-tiga lelaki ini bersangkut paut dalam hidup aku. Rizal bekas tunangku.Faries suamiku dan Ehsan pula mahu memiliki hatiku.

 

“I cintakan you Nasha..berilah I peluang untukmemiliki hati you,” ujar Ehsan berdiri di hadapan Nasha moga wanita ituberhenti melarikan diri darinya.

 

Aku mengelakkan diri bila Ehsan berdiri di hadapanku.Tidak sanggup mendengar luahan hati Ehsan. Sebak hatiku bukan kerana aku tidakdapat membalas cintanya tapi sebak kerana aku tidak dapat memberinya jawapansebab mengapa aku tidak dapat membalas cintanya.

 

“Nasha please stop running away from me!,” ujar Ehsanlalu menarik lengan Nasha agar wanita itu berhenti.

 

Aku memberhentikan langkahku bila Ehsan berbuatdemikian. Wajah Ehsan ku pandang. Ehsan bisa memikat hati mana-mana wanitakerana dia bukan sahaja kacak dia juga lelaki yang baik budi pekertinya diaseharusnya mencari wanita yang sepadan dengannya bukan wanita seperti aku.Ehsan tidak berganjak masih menanti jawapan dariku dan berharap aku dapatmenerima cintanya.

 

“Don’t waste your time Ehsan..carilah wanita lain yangakan mencintai you kembali, I tidak dapat menerima cinta you,” jawabku denganwajah serious lalu meninggalkannya lagi. Jika Ehsan mengatakan aku wanitasombong aku terima kerana ada baiknya Ehsan membenciku dari mencintaiku.

 

“Tapi kenapa Nasha? I tak layak untuk you?,” ujarEhsan kuat kerana wanita itu telah pergi meninggalkannya jauh.

 

Aku tidak menjawab soalan Ehsan malah berjalan jauhdarinya.


 

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.