Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 10

AKUmembuahkan senyuman kepada PA Zarinayang turut ikut sama seperti aku ke restaurantmenemani boss masing-masing. PA Zarina tidak membalas senyuman yangaku berikan kepadanya. Uikk! sombongnya. Tak jadilah aku hendak berbualdengannya.


Aku mengeluarkanmini-ipad lalu menekan butang ‘On’. Apa lagi yang boleh aku buat selaindari bermain game atau melungsuri internet sementara menunggu dinner date Encik Faries kita habis.Daripada aku mati kebosanan di sini, ada lebih baiknya aku bermain game.


Aku melirikkearah 4 orang wanita muda sedang berjalan menuju kearah restoren. Dari caripakaian dan bag yang dibawa menunjukkan mereka semuanya anak orang berada.Bilalah aku hendak merasa baju dan bag tangan berjenama seperti mereka. Janganmimpilah ya! kerana walaupun gajiku boleh di katakan besar juga, aku tidakdapat mengunakan duit gaji aku itu untuk diri aku sendiri kerana aku terpaksamelunaskan hutang-hutang Rizal. Itu baru hutang credit card belum hutang loandari bank lagi.


“Eila…FariesSyamri ada sini,” ujar salah seorang dari temannya bila terpandang akan wajahkacak pelakon yang mereka minati turut berada di restaurant tempat mereka makanmalam.


“Fariesmana???,” jawab temannya lalu menoleh ke arah belakang.


“Yelah..oh my goodness..I nak bergambar dengan dia..,” jawab teman yang lagi satu lalumengeluarkan Iphonenya.


“Dia dengansiapa?,” tanya temannya yang lagi satu.


“Macam actress Zarina..ah I don’t care..aku hendak bergambar dengan Faries,” ujar Eila lalumenarik temannya menuju kearah meja Faries bersama Zarina.


Aku tersentakbila tiba-tiba di ganggu oleh suara riuh rendah datang dari arah meja Faries.Aku menoleh ke arah Faries. Ah fans!Faries sedang sibuk melayan peminatnya untuk bergambar dengannya. Farieskelihatan professional dan begitusabar melayan karenah mereka bila mereka mahu bergambar dengannyabermacam-macam pose. Actress Zarina hanya menjeling bilapeminat-peminat Faries kelihatan begitu teruja bila dapat bergambar bersamadengan jejaka kacak itu. Nasib baiklah aku tidak begitu.


Sebaik sahajapeminat-peminat Faries pergi. Faries memandang wajahku memberi isyarat diamemerlukan sesuatu dariku. Aku segera bangun dari tempat dudukku dan berjalanmenuju ke arahnya. Aku mengeluarkan botol kecil hand sanitizer lalu menuangkansedikit di atas telapak tangannya. Aku ingin kembali ke tempat aku semula bilapelayan restaurant datang menyajikan makanan di atas meja mereka. Aku inginmemastikan bahawa air pesanan aku tadi berada di atas meja mereka. Akumembuahkan senyum bila mendapati botol kecil Evian berada di sisi gelas Faries.Steak yang di pesan tidak bersentuhdan aku meminta chef mengasingkan soske dalam bekas kecil. Yes..semuanyateratur. Aku tersenyum puas kerana hari ini tiada perkara yang tidakmenyenangkan Faries berlaku. Syukur, Alhamdullilah.


Zarina mencapaigarfunya lalu mengambil sedikit salad dari pinggan Faries.


Aku membesarkanmata bila Zarina selamba berbuat demikian. OhNo!..Oh No!..Aku memandang kearah Faries. Lelaki itu kelihatan kaget bilamakanannya di sentuh. Tengok dari air mukanya sahaja dia kelihatan sepertihendak pitam bila-bila masa sahaja. Aduh! kenapa pulak Zarina ni harus mengambilsalad dari pinggan dia. Tidak bolehkah dia ordersalad itu sendiri.


“Kenapa takmakan lagi Faries?,” tegur Zarina bila jejaka itu tidak menyentuh apatah lagi makansteak yang di pesan tadi. Malah hanya memandang sahaja.


“Err…sebab steak tu Encik Faries pesankan untuksaya, thank you Encik Faries,” ujarkulalu menarik kerusi dari meja sebelah lalu duduk di antara Zarina denganFaries. Aku mencapai pinggan steak Faries lalu ku letak di hadapanku. Akumelambai kearah pelayan yang melintas meja kami.


“Beri I satu lagi steak yang Encik Faries orderni..Err nak medium ke well done?,” tanyakuselamba lalu menoleh kearah Faries.


Well done,” jawab Faries lalu tersenyum.


“Cakap Chef cepat sikit eh..Encik Faries kitadah lapar,” ujarku dengan wajah selamba. Lantaklah bekerja sebagai PA Fariestidak boleh malu.


“Eh..I cuma hendak dinner dengan Faries sahaja, yang you sebagai PAnya kenapa sibuk joinsama,” sindir Zarina lalu menjeling kearah PA Faries, bila wanita itu tiba-tibamenyibuk menganggu makan malam mereka.


Aku membuahkansenyum kepada Zarina Actress yang‘mengada-ada’ tu. Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Kalau tidak sudah kucakar-cakar wajah cantiknya itu. Apa dia fikir, dia actress senang-senang timingdengan aku. Pegi dah. Actress biasa sahaja,hendak kata popular sangat tutidaklah. Lainlah dia tu Angelina Jolieatau Natalie Portman ke? Hendakmengada begitu aku masih boleh take-it.Boss aku pelakon lelaki popular tidak kata apa, yang dia over pulak kenapa? Panas hati akusekejap.


“Maaf..boss saya ni baik hati orangnya, diatidak sampai hati lihat PA dia tidak makan dinner,jadi dia orderkan makanan untuk sayasekali, tapi memandangkan cik Zarina, tidak merasa selesa saya join sama, saya ‘tapau’ ajelah, selamatmenjamu selera,” jawabku lalu membuahkan senyum.


Macam aku hendaksangat join makan malam mereka, please lah eh. Aku tak hard-up. Aku cuma menjalankan tugasuntuk menyelamatkan boss aku sebelumdia freak-out. Faries hanya tersenyumbila aku berbuat demikian. Pass??Alhamdullilah so far dia tidakbersuara dari tadi maknanya ok lah tu.


Aku bangkit darikerusi lalu mengangkat pinggan steakdan menuju kearah pelayan yang berada di kaunter tempat menyediakan minuman.Aku meminta dia membungkus steak tu. 


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.