Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 43

“Faries you pergi mana tadi? I cari you everywhere youkata nak have lunch with me?,” tegur Ernisa dengan suara manja sebaik sahajaterpandang akan wajah kacak jejaka yang menjad igauannya siang malam. Dia tidaktahu kenapa dengan Faries umpannya selalu tidak mengena. Pelbagai cara dia cubamemikat hati lelaki itu. Namun Faries tidak pernah menunjukkan bahawa diaterpukau dengan kecantikannya dan tergoda dengannya. Sehingga dia tidak tahuapa cara lagi untuk membuatkan lelaki itu benar-benar suka padanya. Hendak kataFaries tidak suka padanya tidak juga. Kerana setiap kali dia mengajak jejakaitu keluar bersama dengannya belum pernah lelaki itu menolak perlawaannya.Mungkin Faries memang suka padanya tapi belum jatuh cinta padanya. Tapibagaimana hendak dia buat lelaki itu jatuh cinta padanya? Kerana pelbagai caradia cuba mengoda lelaki itu Faries tidak pernah memberi tindakbalas.Seolah-olah tidak berperasaan. Mungkin dia boleh mendapat bantuan dari pembantuFaries kerana pembantu Faries tahu akan kehendak Faries.

 

Dia merangkul lengan Faries mesra lalu menarik jejakaitu jauh dari PAnya. Dia tahu Nasha sengaja mahu menjauhkan Faries darinya.Nasha tidak tahu akan perangainya. Dia tidak akan mengalah sehingga dia berjayamendapatkan apa yang di hajati. Dia tahu Faries suka padanya kerana jika Fariestidak suka. Faries tidak akan melayan kehendaknya. Dan jika Faries belummembuat keputusan untuk declare dia sebagai teman wanita barunya. Dia sudah membuatperancangan agar lelaki itu menjadi miliknya.

 

Aku mencebik mengejek bila Ernisa berbual manjabegitu. Eii lelaki suka ke perempuan manja gedik macam tu? Aku memandang wajahEncik Faries. Wajahnya kelihatan bersahaja tak adalah dia teruja sangat bila siMedusa tu manja gitu. Hmm so tactic Medusa yang ni aku tak boleh pakai.

 

Si Medusa bersama Encik Faries menuju kearah make-upartist mereka, wajah harus di touch up dahulu sebelum melakonkan babak yangseterusnya. Aku kembali ke meja tempat yang aku selalu duduk ketika merekasibuk shooting. Aku mengeluarkan buku novel bestseller Sophie Kinsella – TheShopaholic. Seronok membaca karektor Rebecca Bloomwood yang lucu. Rebeccamenjadi seorang journalist majalah kewangan secara terpaksa kerana untukmencapai cita-citanya untuk menjadi journalist untuk majalah fashion dia harusbekerja di majalah kewangan dalam syarikat yang sama. Bekerja di majalahkewangan bertentangan dengan kehidupan seharian Becca yang pantang dengan offerbarangan designer. Akhirnya Becca berhutang dengan bank dan tidak mampu melunaskan.

 

Karektor Becca yang lucu dan mencuit hati itu sepertiada persamaan dengan diri aku. Aku mungkin tidak shopaholic seperti Becca danbekerja di syarikat penerbitan. Becca bekerja dengan seorang lelaki yangakhirnya menjadi suaminya. Seperti aku dengan Encik Faries. Perbezaan karektorkami itu membuatkan kami serasi begitu juga dengan Becca dan Brandon.

 

“So Becca, can I be your Brandon?,”

 

Eh kenapa suara orang yang menegur aku tu macamfamiliar aje. Hmm. Aku menoleh kea rah si empunya suara. Buku novel yang kubacaku letakkan di atas meja. Ehsan!  Eh tadiaku dengar krew-krew cakap Ehsan dan Rizal tak ada? Tapi kenapa tiba-tibamuncul. Aduh bagai hendak gugur jantungku bila lelaki itu menegurku. Ehsanmembuahkan senyuman bila Nasha terperanjat melihatnya. Mungkin Nasha fikir diatidak lagi berusaha untuk mengetuk pintu hatinya. Nasha silap dia bukan lelakiyang akan mengalah sebelum berjuang. Dia akan cuba selagi terdaya.

 

“Ehsan! I've thought today you tak ada scene,” ujarkuserba salah. Aduh selama 2 hari aku tidak bertemu dengan lelaki itu keranaEhsan tidak punya scene dan menziarahi bumi NZ. Aku fikir Ehsan tidak akanmenganggu aku lagi bila aku mengatakan bahawa aku tidak dapat menerimacintanya. Namun lelaki itu seperti tidak berputus asa.

 

“You did not answer my question?? Can I be yourBrandon??,” ulang Ehsan tersenyum matanya tidak lepas dari memandang wajahcantik Nasha.

 

“Ah Brandon..hmm I tak fancy Brandon sebenarnya..I’mmore to Mr. Darcy,” jawabku lalu ketawa secara paksa. Ala please Ehsan..janganganggu aku. Aku tidak tahu kenapa aku merasa tidak sedap hati tiba-tiba. Akuterpaksa berkata demikian kerana mana mungkin Ehsan menjadi Brandon keranaBrandon aku adalah Encik Faries.

 

“Mr. Darcy?? Pride and Prejudice?..hmm I can be Mr.Darcy,” jawab Ehsan tersenyum bila Nasha kelihatan terperanjat bila dia tahusiapa Mr. Darcy itu.

 

Ah sudah! Ehsan tahu siapa Mr. Darcy. Aduh kenapalelaki itu tahu akan karektor novel yang aku baca ni? Apa lagi alasan hendakaku berikan. Aku memandang wajah Ehsan. Lelaki kacak itu turut memandang wajahku tanpa berkedip. Aduh! Ehsan please! Aku tidak boleh menerima kau Ehsan.Hatiku hanya buat suamiku Encik Faries. Maafkan aku.

 

“Nasha..I sukakan you, if you want to take it slow, Isanggup tunggu sehingga you terima I,” ujar Ehsan perlahan. Mungkin Nasha fikirianya terlalu awal untuk dia menerima cinta darinya. Dia beri Nasha masa untukberfikir jika itu yang Nasha mahu. Dia sanggup menunggu seberapa lama keranadia benar-benar sudah jatuh cinta pada Nasha.

 

“Ehsan you tidak faham maksud I tempoh hari..I tidakdapat terima cinta you..you tidak perlu tunggu I,” ujarku seakan merayu agarEhsan mengerti. Aku tidak mahu Ehsan terus berharap aku akan menerima cintanyakerana ianya adalah perkara mustahil. Aku hanya cintakan Encik Faries. Hatikuhanya pada Encik Faries walaupun suamiku itu masih belum dapat menerima cintaku. Aku akan terus setia menunggu sehingga dia dapat menerima cintaku.

 

“Tapi kenapa Nasha? I tidak layak untuk you ke? atauyou sudah punya pilihan hati,” ujar Ehsan lalu memandang wajah Nasha inginpenjelasan dari wanita itu kenapa dia berkata demikian. Adakah Nasha sudahpunya pilihan hati?

 

“Sudahlah Ehsan..Nasha tak hendak kan kau..yang kauterus merayu kenapa?? Hati Nasha hanya ada pada aku,” ujar Rizal dari belakangmereka. Dia terdengar Ehsan merayu pada Nasha agar menerima dirinya. Dia tahukenapa Nasha tidak menerima cinta Ehsan kerana Nasha masih tidak dapatmelupakan dirinya dan Nasha masih cintakannya.

 

Rizal! Entah dari mana datangnya lelaki itu tetibaberada di belakang kami. Dan siapa kata hati aku ada pada dia? Eii dia tahumalu tak? Aduh! Sakit kepalaku mula datang bila kedua-dua lelaki ini ada sama. Masakaku di buatnya.

 

“Nasha seriously?? You sukakan this joker over me?,” ujarEhsan memandang wajah Rizal dengan perasaan berang. Hendak di bandingkan diadengan Rizal. He’s more caring person than Rizal. Rizal might be good lookingtapi perangai seperti jerk. Dan Nasha tidak akan jatuh cinta dengan lelakiseperti Rizal yang attitude. Dia tidak tahu kenapa Rizal seringkali mengangguNasha. Dia tahu Nasha tidak sukakan lelaki itu.

 

“No..it’s not true!! Rizal...there’s no place in my heartada you ok..so please jangan nak buat cerita,” marahku. Sesuka hati dia sahajakata aku masih sukakan dia. Dia sedar tak apa yang dia cakap.

 

“Then kenapa you simpan cincin pertunangan kita, kalauyou sudah dapat lupakan I, Nasha?,” ujar Rizal lalu tersenyum sinis. Kalaubenar Nasha tidak cintakannya lagi kenapa Nasha mahu menyimpan cincin pertunanganmereka. Kalau Nasha benar-benar benci padanya Nasha tidak akan menyimpannya.

 

“Rizal??,” jeritku geram dan tidak percaya mendengarkenyataannya yang tidak berasas sama sekali. Mudah sahaja Rizal memutarbelitkan fakta. Aku fikir Rizal sudah berubah dan menjadi lelaki yang baik.Ternyata Rizal masih tidak berubah. Rizal masih mementingkan dirinya sendiri.Aku menyangka Rizal benar-benar ikhlas. Namun lelaki itu hanya mahu menjeratdiriku.

 

“You masih simpan cincin pertunangan you dengandia..jadi benarlah you masih sayangkan Rizal..jadi selama ini you hanya mainkanperasaan I,” ujar Ehsan marah. Dia baru tahu kenapa Nasha mengelak tidak mahumenerima cintanya kerana Nasha masih sayangkan Rizal. Kenapa Nasha tidakberterus terang bahawa Nasha sudah ada yang punya. Kenapa Nasha harus lead himon?

 

“Astarfirullah Al Azim..bila Ehsan? Bila masa I beriyou harapan? Rizal please stop disturbing my life and leave me alone..,” ujarkudengan linangan air mata tidak sanggup mendengar tuduhan dari kedua-dua lelakiitu. Ya Allah..selamatkan lah aku dari keadaan yang tidak menyenangkan ini. Akutidak mampu menegakkan kebenaran kerana aku sudah berjanji kepada suamiku namunaku tidak sanggup menelan segala tuduhan yang mereka lemparkan ke atas diriku.

 

“Ini semua sebab kau kan..,” ujar Rizal lalu mendekatiEhsan dan menarik bajunya. Dia tidak berpuas hati dengan Ehsan. KeranaEhsan..Nasha tidak mahu menerimanya kembali kerana Nasha memilih Ehsan daridirinya.

 

Aku menjadi panic bila kedua-dua lelaki itu hilang kawalandiri. Aku berdiri di antara kedua-dua lelaki itu agar mereka berhenti bergaduh.Tiada apa yang mereka perolehi dengan cara begitu kerana aku tidak akanmenyebelahi sesiapa.

 

Dalam keadaan gamat begitu tiba-tiba aku di kejutkandengan kehadiran beberapa krew cuba meleraikan perbalahan di antara Rizal danEhsan mereka menarik mereka jauh diantara satu dengan lain. Aku malu berada didalam situasi demikian. Puteri Ernisa turut menyaksikan drama kami tadi. Namunbayang Encik Faries tidak kelihatan.

 

Aku terkejut bila tanganku di tarik seseorang daribelakang. Aku menoleh, wajah Encik Faries kelihatan serious dan dia kelihatantidak senang dengan kejadian tadi. Kecut perutku melihat wajah seriousnya.Tanpa berkata apa dia menarik aku jauh dari tempat itu. Aku hanya menurut biladia berbuat demikian.

 

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.