Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,415
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“DARI tadi ibu tengok kamu ni asyik termenung aje? Ada masalah besar ke?” tegur Puan Eliza. Dia kemudian duduk di hujung katil Filia. Filia tidak terus membalas panggilan ibunya, surat tawaran dari politeknik itu di tatapnya lama. Ada rasa terkilan. Ada rasa pahit. Permulaan dunia baru yang teruk. Hampir kesemua rakan sekelas mendapat tempat di universiti. Dia pula? Sekadar politeknik? Filia tertunduk lemah. Surat di tangan, di beri kepada Puan Eliza.

Puan Eliza hela nafas panjang. “Kenapa ni? Ini bukan Filia yang ibu kenal. Cepat sangat berputus asa. Kenapa kalau dapat politeknik pun. Tempat menimba ilmu juga kan?”

Filia mengumam perlahan, “Memanglah... tapi pada mulanya Filia minta universiti, tapi tengoklah yang dapat politeknik.”

“Nak buat macam mana lagi. Mungkin rezeki Filia belajar di universiti tidak kesampaian. Ramai lagi yang tidak dapat menyambung pelajaran. Anak ibu antara yang bertuah tahu? Ingat! Tak kira di mana kita belajar, kalau niat kita betul dan tekad serta azam kita kuat, pasti akan berjaya juga.” pujuk Puan Eliza dengan lembut.

AKHIRNYA Filia termakanlah jua dengan pujukan ibunya dan tercampaklah dia di salah sebuah negeri di pantai timur. Hari-hari di sini amat memenatkan. Filia rasa macam mahu menghilangkan diri dan terbang keluar dari daerah yang asing ini. Kuliah pertama sudah pun bermula. Kantuk di mata sudah tidak mampu di tahan lagi.

Rakan sekuliah di sebelahnya menggoncang kuat bahu Filia. “Filia, bangunlah!! Pensyarah panggil kau tu.” Filia tersentak. Panik. Dalam kelam-kabut dan separuh sedar, dia berdiri tegak dan membuat tabik hormat. Seisi kelas ketawa dengan aksi kartunnya itu.

“Nur Filia Haifa, awak kalau hendak tidur sangat, sila keluar dari kelas saya! Kalau tidak, sila tumpukan perhatian.” tempik Puan Nik Sarah, pensyarahnya itu mula memberi kata dua padanya. “Kali ini, saya maafkan awak tetapi lain kali tiada maaf bagimu. Sudah turunkan tangan kamu tu. Sini bukannya markas tentera nak tabik spring segala.” Puan Nik Sarah berlelucon dalam tegasnya. Gamat terus dewan kuliah dengan tawa para pelajar. Filia tertunduk.

MALU gila! Hishh, sakit hati aku. Ini Encik Allan punya pasallah. Bagi kerja punyalah banyak! Sampai tak menang tangan aku jadinya. Filia membebel sendiri. Sesampainya di kantin, beg galas di hentaknya kuat ke atas meja, tanpa menyedari tali begnya itu, terkena seorang pelajar lelaki yang sedang menjamu selera.

“Hoi, perempuan! Kalau iya pun tengah marah, nak melepas geram ke hapa. Mata tu tolong pandang belakanglah! Itu pun nak kena ajar ke hah?” jerit pelajar lelaki itu.

Filia sedar memang salah dia. Tapi apahal yang mamat ni kerek sangat pula ni? Filia memaniskan muka sebaik mungkin walhal kalau ikut hati. Makan penampar mamat ni jadinya. “Maaf, saya tak sengaja. Saya tak sedar awak ada di belakang.”

“Kepala otak kau tak perasan. Aku tak kira kau bayar balik air aku yang dah tumpah ni,”

Filia mula bercakap kasar, “Aku dah pun minta maaf yang kau ni, angin sangat kenapa? Nak kata datang bulan. Dah memang jelas kau ni lelaki. Tapi tak tahulah pula aku, kalau kau ni normal ke tidak!”

Pelajar itu terkebil-kebil matanya. “Boleh tahan laser juga mulut kau. Tapi lantaklah aku kira apa. Kau bayar juga kat aku. Sekarang!!”

Bangang gila mamat ni. Air seciput macam itu pun nak berkira. Memang dasar haji bakhil, tangkai jering, kedekut.

“Ambil dua ringgit ni, cukup tak? Kalau masih tak cukup aku tambah lagi.” sindir Filia.

Pelajar lelaki itu kemudian tersenyum nakal. “Barulah betul begini. By the way, aku lelaki yang normal tau. Nama aku Imzi Farhan. Panggil sahaja aku Farhan.” Mata kirinya di kenyitkan dan senyumnya semakin meleret.

Ini yang aku malas ni, Filia menggumam perlahan, beg terus di sangkutkannya ke bahu. Selera makannya terus mati.

“La... dah nak pergi? Tak nak makan dulu kasihan perut tu nanti.”

“Perut aku bukannya perut kau. Lagipun, aku dah tak ada mood nak makan. Tambah-tambah nampak muka kau, mamat skema!!” Filia terus beredar.

Farhan terus balun ketawa. Memang tak makan godaan minah ni.

Teman Farhan yang baru sahaja duduk itu menggeleng kepala. Faham sangat dia dengan sikap Farhan yang gemar menyakat pelajar baru. “Kau ni tak habis-habis hendak menyakat. Dengan budak junior pun nak cari gaduh, dari jauh aku dengar suara kau memekik.”

Farhan ketawa lagi. Cermin mata yang hampir jatuh ditarik naik ke atas. “Tapi kan Fikri, dia ni memang lasaklah. Habis tumpah air aku hanya sebab dia hentak beg dia tu. Jiwa pun kental. Aku tengking, langsung mata dia tak berkelip. Nampak macam tenang tapi sekali dia bercakap ternganga aku.”

Fikri turut ketawa. “Aku tengok budak ni boleh tahan comel juga. Agak-agaknya kan kalau akutackle dapat tak?” Fikri angkat kening dua kali.

“Banyaklah kau punya agak, spesis macam dia tu, sipi pun belum tentu tau,” Mereka berdua terus tergelak besar.

Fikri menduga Farhan, “Aku tengok dari cara kau sakat budak tadi tu bukan main lagi. Lain macam sahaja entah-entah kau pun ada hati nak pikat dia?”

“Tak inginlah aku dengan perempuan yang tak macam perempuan. Jalan pun sudah macam king-kong.”

“Banyaklah kau punya king- kong. Tersangkut nanti baru tahu.”

“Kalau betul tersangkut, bergegar bumi ni.” kata-kata Farhan mengundang tawa Fikri. Farhan juga ikut ketawa.

PUNAT volume di radio dikuatkan. Mulutnya mula membebel, “Sakitnya hati aku. Sudahlah kena dengan Puan Nik, terjumpa pula dengan makhluk asing yang sawan. Memang hari yang teruk.” Dalam tengah membebel, tanpa sedar Filia terus terlelap.

Teman sebilik Filia yang baharu sahaja balik terus menggeleng kepala.“Apalah nak jadi dengan perempuan ni.” Dia lalu memperlahankan volume radio. Badan Filia di goyangnya perlahan. “Filia, bangunlah. Sudah Asar ni. Kau dah solat ke belum?” Filia masih lagi di bawah sedar. Mata di bukanya separuh. “Tira aku periodlah.” Tira angguk. Patutlah… angin semacam.

SORAKAN dari para peminat mula menggamatkan suasana. Kelihatan Ariel berjalan perlahan-lahan menaiki pentas, petikan gitar dan alunan piano sayup-sayup mengiringi langkahnya. Sepi. Seakan peminatnya bertafakur seketika, menunggu lantunan suara Ariel. Ariel senyum. Nafas di hela lembut. Gemersik suara Ariel mula bergema memenuhi stadium.

Tiupan sang bayu menyapa dirimu

Terpana diriku diulit cinta

Agungnya kasih dari-Nya

Menyatukan hati kita

Oh sayang,

Haruman kasihmu membelai jiwaku

Tika malam berlabuh

Engkaulah Nur dihatiku

Peminat-peminat Ariel turut serta menyanyikan lagu ‘Nur Dihatiku’. Stadium semakin hangat dan riuh apabila Ariel berjalan mendekati peminatnya. Bila sahaja dia berhenti dan mengambil gambar bersama, jeritan mula kedengaran. Mungkin sahaja ada yang cemburu dengan peminat bertuah itu.

Fikri di sebalik tirai pentas hanya mampu tersenyum melihat telatah Ariel.

“Sayang korang semua. Korang memang terbaiklah.” laung Ariel sebagai tanda terima kasih, lalu di sambut dengan, “We love you!!” mula bergema menyelubungi stadium.

“Thanks again, jumpa di konsert yang akan datang.” akhiri Ariel sebelum menghilangkan diri di sebalik tirai besar.

FIKRI menepuk bahu Ariel yang sedang termenung jauh di atas pentas. “Hei bro, keep up the good work!” puji Fikri.

Ariel senyum. “Thanks bro, ini pun berkat bantuan dan sokongan kau juga kalau tidak impian aku ni hanya tinggal impian.”

“That’s what friend are for right? Apa yang penting sekarang, mari kita raikan kejayaan konsert kau ni. Orang lain dah berkurun tunggu kau. Kasihan dia orang,”

Fikri faham sangat tabiat pelik Ariel yang satu ini. Selesai sahaja konsert dia pasti akan ‘bertafakur’ di pentas konsert kononnya hendak mengambil aura untuk konsert yang seterusnya.

Ariel lantas ketawa mendengar seloroh Fikri. “Yalah, sahabatku.”

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa