Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,413
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

SEBULAN KEMUDIAN...

“FARHAN, dia betul-betul tak cam kau ke?” tanya Fikri. Dia benar-benar risau jika identiti Farhan terbongkar.

“Maksud kau?” Fikri mengangkat kening. Farhan faham apa sebenarnya yang bermain di benak Fikri. “Di library awam pun dia tak cam aku. Inikan pula aku dah jadi kawan dia pun, langsung dia tak syak apa-apa.”

Fikri masih tidak berpuas hati. Zaman sekarang orang yang di sangka baik itulah, musuh dalam selimut. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa Farhan. Apatah lagi di yang dipertangung-jawabkan untuk menjaga keselamatan Farhan.

“Ya, aku tahu korang berdua baru sahaja kenal dan taklah rapat sangat. Mungkin sekarang dia tak syak lagi tapi bila korang dah lama berkawan nanti? Tidakkah Filia akan pelik bila hujung minggu kau akan menghilang? At that time, kau nak tak nak harus beritahu dia, bro! Kau dah sanggup tanggung risiko? Kau yakin Filia boleh dipercayai?”

Farhan menggaru kepala. “Kau rasa patut tak aku beritahu dia?”

Fikri angkat bahu. “The decision is yours.” Fikri tahu, sekali Farhan buat keputusan, pantang dia mengundurkan diri.

“Kalau macam tu... aku patut beritahu Filia”

Fikri terpempan. Apa? “Kau nak beritahu dia apa?”

Farhan buat muka serius. Sebenarnya dia sengaja ingin mengenakan Fikri, dia tahu Fikri berfikir begitu, demi menjaga kepentingan dirinya. “Bahawa aku ni, seorang halimunan yang sekejap ada sekejap tak ada.”

Fikri membaling bantal. “Cabuk punya kawan. Aku serius kau main-main pulak.”

Farhan ketawa. “Baik, aku tak akan cerita perkara yang sebenar. Aku hanya nak jadi normal guy. Aku tak nak persahabatan aku dan Filia terjejas. Bukan sekarang untuk aku beritahu dia,”

Fikri menarik nafas lega. “Aku bukannya apa, aku hanya nak mengingatkan kau, agar tidak terlalu ikutkan hati. Kau pun sedar bukan mudah untuk kau dapat keizinan keluar dari rumah agam kau tu.” Di hujung kata, Fikri seakan ingin membawa Farhan mengimbau kembali kata-kata ayahnya….

“Ayah harap Imzi ingat janji Imzi. Genap sahaja umur Imzi 24 tahun. Imzi harus kembali dan bersedia untuk menjadi pewaris dan juga lupakan terus bidang seni. Ingat, gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Ayah percayakan Imzi…”

Fikri berdehem. Farhan kembali ke realiti. Senyumnya tampak pudar. “Fik, pejam celik dah genap empat tahun, sejak aku tinggalkan rumah…”

Fikri tahu sahabatnya ini amat merindui keluarganya. “Aku ajak kau balik raya tahun lepas, kau tak nak. Sekarang apa cerita?”

Farhan melepaskan keluhan berat. “Bukan aku tak nak. Aku nak balik dengan rasa bangga selepas aku dah diiktiraf. Tak banyak satu anugerah pun dah cukup bermakna. Itu bermakna ada yang menghargai bakat aku.”

Fikri terharu mendengarnya. “Aku kagum dengan kau, sebab kau mula dari zero ke hero. Bukan senang tahu bagi anak orang berpangkat macam kau untuk lalui semua ini.”

Farhan mencebik “Kau kagum dengan aku? Aku pula hormatkan kau.” tutur Farhan jujur.

Fikri terpana. “Apa? Aku mana ada buat apa-apa pun?” sanggah Fikri.

“Memanglah kau tak nampak apa yang kau buat. Kau banyak membantu aku. Kau kawan aku yang sejati. Terkadang aku sendiri tak tahu sama ada kau ni ada masalah atau tak. Sebabnya kau nampak tenang sahaja. Kau nak kena jaga hal aku yang rumit, kesihatan aku yang tidak menentu. Gosip aku dengan polan tu si polan ni.” luah Farhan panjang.

Perbualan mereka berdua tanpa sedar mula bertukar menjadi agak serius apabila Fikri berkata, “Hakikatnya nanti bila kita kembali semula ke Sutrasia. Aku akan kembali menjadi bodyguard kau dan kau akan kembali kepada siapa kau yang sebenarnya, Tuan Putera.”

Itulah kenyataan yang tidak dapat di ubah. Bezanya mereka bagai langit dan bumi. Pada Fikri dia sudah cukup beruntung dapat mengenali sisi Farhan yang ini, yang bebas dan tidak terkongkong oleh pengawasan yang ketat.

“Fik, kau jangan nak bawa melalut pula.” Farhan bangun menutup pintu bilik. Bimbang juga dia jika ada yang terdengar perbualan mereka.

“Melalut? Aku hanya berfikir secara logik. Ulangtahun kau pun dah tak lama kan? Tahun depan kan? Masa berlalu begitu cepat…”

Farhan kelihatan marah. “Fik, kau dah terlebih fikir.No matter what happened in the future. We’ll still be best friend!”

“Aku pun harap begitu tapi Farhan ianya tidak semudah yang di sangkakan. Kau mudah sangat percayakan orang. Jangan begitu. Jangan letak harapan terlalu tinggi. Mana tahu entah aku ini berniat jahat lalu memberitahu media siapa pewaris Sutrasia yang misteri itu?

Apatah lagi tentang keberadaan kau di Malaysia selama ini… mungkin berada dalam genggaman mereka atas bantuan aku?”

Fikri tidak tahu mengapa hari ini dia terlebih bicara mungkin dia hanya ingin meluahkan apa yang bersarang di dalam hatinya selama ini.

“Fikri, kau ni dah kenapa? Buang tabiat? Tak pun kau baru break up dengan awek?”

Farhan mencuba membangkitkan semula susanana yang seakan menyerabutkan mindanya tetapi hampa apabila Fikri terus menyambung.

“Satu perkara lagi, rasanya aku sudah tentu tidak boleh ber`aku` dan ber `kau` dengan kau seperti sekarang bila tiba kelak panggilan itu harus di tukar?!”

Sepi. Sunyi. Hening. Fikri diam. Farhan membisu. Ya. Dirinya bukan dirinya yang sekarang semuanya hanya sementara. Identitinya yang sekarang hanyalah pentas untuk dia merasakan kebebasan. Meskipun sekejapan cuma, baginya itu sudah mencukupi untuk dia merasai hidup seperti manusia biasa. Manusia biasa yang berusaha luar biasa demi mengejar cita-cita dan memenuhi keinginan dan impian dalam hidup ini.

“Fik…” Farhan mula membuka kata. Dia pandang Fikri. “Sampai bila-bila kau tetap sahabat aku dunia dan akhirat” suaranya bergetar menahan rasa sebak yang bertamu. Fikri senyum. Hambar.

“By the way dah lama aku nak tanya kau benda ni. Kenapa kau nak belajar di politeknik?” Kening Farhan terangkat. Fikri begitu bijak, dia pantas menukar topik. Farhan menggeleng perlahan. Fikri mengulang tanya, “Dowh, aku tanya kau ni, kau buat derk je…” Farhan sengih.

“Alasannya sama as why I choose untuk masuk bidang seni. Sebagai pelajar aku nak jadi pelajar yang biasa-biasa sahaja.” Ringkas jawapan dari Farhan.

“Gilalah kau result kau punyalah bagus. Kalau kau minta Harvard gerenti dapat.” Farhan ketawa mendengar kata-kata Fikri. “Kau serius nak rahsiakan hal kau dari pengetahuan Filia?”

Ketawa Farhan mati. Hish Fikri ni mematikan mood aku la…

“Kalau aku beritahu dia pun dia tak akan nak percaya. Orang macam dia aku rasa hal artis ni senarai paling akhir yang dia nak ambil tahu.” tutur Farhan yakin. “Just look at me ‘Farhan budak nerd’ dengan title yang aku sandang ni dengan gaya aku ni. Lagilah dia sukar nak percaya. Aku tak nak bebankan dia dengan menjaga rahsia aku cukuplah hanya kau seorang.”

“Nampaknya ada orang tu macam dah in love with somebody, ” usik Fikri.

Mata Farhan bulat. “Fik, aku kenal dia pun tak sampai sebulan. In love? Lawaklah…”

“Well, jawapan itu hanya ada pada yang tuan punya hati. Cinta bukan kira masa. It just come like that…” Fikri memetik jari.

“Sudahlah aku nak tidur. Mata pun dah mengantuk…” Farhan terus menarik selimut lalu berpura-pura memejamkan mata.

“Pandai iya kau mengelak…” Fikri berkata lagi, “Tuan Putera, jangan lupa mimpikan Tuan Puteri Filia sekali iya, sweet dream.” usik Fikri lagi.

Farhan ketawa bisu di bawah selimutnya. Kelakar… aku dan Filia bercinta? Memang tak masuk akal.

HELAIAN demi helaian majalah itu di bukanya laju. Matanya membulat. “Jumpa pun!!”

Farhan mengintai majalah hiburan yang di pegang Filia. “Kau tengok apa tu? Aku tengok sekali boleh?” Filia geleng. Farhan menjenguk juga sembunyi-sembunyi. Farhan menelan liur. Filia peminat Ariel? Tomboy macam dia pun suka Ariel? Biar betul ni? “Kau suka penyanyi ni?” tanyanya.

“Kenapa ada masalahkah bagi kau?” Seperti biasa Filia tetap dengan sikap dinginnya.

“Tidaklah, maksud aku cara kau tu tidak seperti orang yang suka mengambil tahu tentang dunia hiburan.” ujarnya.

“Mungkin sebab aku ni, tidak terlalu fanatik kot. Tidak seperti sesetengah peminat yang terlalu taksub dengan penyanyi atau pelakon pujaan mereka. Padahal, dia orang ni aku tengok tetap sama macam kita, yang berbezanya, Tuhan mengurniakan bakat dan anugerah yang tidak ternilai bagi mereka. Tapi semua ni tidak akan terjadi jika mereka sendiri tidak menyedari kelebihan yang mereka ada. Sama juga dengan kita-kita yang biasa ni. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Semua orang di lahirkan untuk menjadi juara.”

Farhan senyum penuh makna. Filia kian berubah. Mulutnya juga semakin becok berkongsi cerita.

Filia tersedar, terlalu banyak pula yang di perkatakannya sampai nak melalut pun ada. Dia terus menjamah nasi lemak yang masih berbaki. Air teh di teguk perlahan. “Sorry,banyak pula yang aku cakap… macam pelik aje.”

Farhan geleng. “Ini bermakna kau dah pun buka hati kau. Terima aku sebagai kawan kau! Be yourself then you will be happy.” Bahu Filia di tumbuk perlahan. “Just continue your story about Ariel.”

Entah mengapa apabila berada bersama Farhan dia dengan mudah kembali menjadi seperti dirinya yang dahulu. Jauh di sudut hati dia bersyukur pada-Nya kerana dipertemukan dengan Farhan. Akan tetapi masihkah ada ruang untuknya mencipta memori?

“Maybe next time,” balasnya. Majalah itu di tutup lalu di masukkan ke dalam beg.

Farhan angguk. “Okey! Kau dah habis makan kan? Jom balik. Aku ada hal sikitlah lepas ni,” Farhan dah pun berdiri. Filia pula masih duduk. “Filia, jomlah.” Ajaknya.

“Masa tu tengah malam. Aku stay up for study!.” Filia tiba-tiba membuka cerita. Farhan duduk semula. Filia lantas menyambung, “Mengantuk yang teramatlah sangat. Lagu di radio pula langsung tak membangkitkan mood sehinggalah lagu Ariel di putarkan. Rasa berbeza. Tak tahu kenapa? ‘Nur Dihatiku’ pada akuthe best song ever. The best among the best! Suara Ariel lain dari yang lain. Husky voice. Jarang ada penyanyi lelaki yang bersuara unik macam dia.” cerita Filia panjang lebar.

“Kau jangan ingat aku suka Ariel sebab rupa dia pulak.”

Farhan ketawa. Dia tahu! Kalau tidak takkanlah Filia nak berkawan dengan sinerdyang pelik lagi tak hensem macam dia kan. “Aku tak kata apa pun kau yang cakap.”

Filia turut ketawa. “Aku ni jarang tengok t.v. Surat khabar pun aku tak baca sangat. Aku ni kan ulat buku!! Kalau kau nak tahu kali pertama aku lihat wajah Ariel pun ketika dia di jemput ke program MHI dalam minggu lepas sempena promosi album dan konsert jelajah dia.”

Farhan senyum melebar. Patutlah di perpustakaan awam dia buat derk je, getusnya perlahan. Kalaulah dia boleh menjelma menjadi Ariel di hadapan Filia mahu terkamjat minah ni. Di luar sedar Farhan tersengih macam kerang busuk.

Filia di landa kebinggungan. “Kau ni dah kenapa?”

“Nothing, pada aku kau ni memang peminat yang setialah. Kau tak teringin nak bertemu dengan dia?”

“Jumpa? Entahlah, kalau ditakdirkan aku berjumpa dengan dia satu sahaja aku nak katakan, Keep up your good work and thanks because you have inspired me.”

Perkara yang ingin di jauhinya kini sedang berlaku. Farhan kelihatan gelisah. “ Filia…”

“Ya…”

“Looks like Ariel seem to be your…”

“Idola? Kind of like thatlah. Dia bermula dari bawah, seawal debut walaupun dia kurang menyerlah. Dia tidak pernah putus asa, dia berusaha dan berusaha. Sekarang semuanya berbaloi. Aku pernah mendengar temu ramahnya di radio dan dia berkata, `Jangan lupa siapa diri kita. Ingat ibu bapa. Keep their faith, move on and never give up.` dan aku juga jadikannya motto hidup aku.”

Farhan terdiam agak lama. Serba tidak kena rasanya. Filia mengagumi Ariel, dia terasa seperti ada batu besar diletakkan ke atas bahunya.

“Aku rasa macam tak percaya sahaja boleh cakap benda macam ni dengan kau. Selalunya orang lelaki bukannya layan sangat nak mendengar hal yang begini.” Dia memerhati sejak dari tadi Farhan kelihatan serba tidak kena. “Farhan kau boring dengar aku berceritakah?”

“Tak adalah…”dalihnya. Farhan menarik nafas lega. Di lambainya ke arah Fikri yang tercari dirinya dan Filia di kafe ini. “ Farhan,come on.” ajak Fikri.

“Korang nak ke mana? Macam penting saja.” tanya Filia.

“Kami nak bincang pasal assignment.” bohong Fikri.

Farhan masih tidak berganjak dia seperti memikirkan sesuatu. Farhan bangun lalu ditariknya Fikri agak jauh sedikit dari Filia. “Apa kata kita bawa dia sekali.”

Fikri ternganga. “Kau gila? Sudahlah nanti tak sempat pula. Kau nak reporters tunggu kau? Sidang akhbar ni penting untuk promosi album dan tour concert kau.” bisik Fikri perlahan.

“Abang Murad sudah tiga kali telefon. Dia dah bising sebabnya, batang hidung kau pun dia tak nampak.”

Farhan angguk. “Baiklah tapi lain kali….” Fikri memotong ayat Farhan. “Kita bincang lain hari.”

“Bye Filia, see you later.” lambai mereka berdua.

Filia terpingga-pingga. Apa yang penting sangat? Iyakah pasal exam? Pergidatinglah tu.

“SORRY, abang Murad. Kami lambat.” ujar Farhan.

“Tak apa, ada lagi lebih kurang 10 minit.So take your time.” beritahu Abang Murad. “Stylist tolong touch up Ariel.” arah Abang Murad.

Fikri berbisik perlahan. “Farhan kau tahu tak? Kau hampir buat kerja gila. Kenapa kau nak bawa Filia? Bukankah kau nak rahsiakan hal ni dari dia?” tanya Fikri.

“Sebabnya dia kagum terhadap Ariel.”

“What? Do you mean that she’s like Ariel?”

Farhan angguk.

“Bro, this is serious.”

“Yeah. I know and you know what I’m going to tell her.”

“Apa dia? Kau ni biar betul. Aku rasa benda ni patut di tangguhkan dulu.”

Abang Murad mencelah,“Fik, Ariel. It’s the time. Nanti korang sambung lain. Come on Ariel, are you ready?”

Farhan angguk. “I’m always am!!”

DI HOSTEL, Filia membelek semua majalah yang di simpannya. Artikel itu di baca lagi, ‘Ariel akan melebar sayap ke Jepun? Dia senyum. Wajah Ariel di tatapnya. Filia suka senyuman Ariel. Senyuman Farhan, kalau diperhatikan seiras senyuman Ariel. Kebetulan sahaja kot. Mana mungkin kan? Filia menepis andaian yang di rasakan tidak logik itu. Dek kerana terlalu leka, Filia tidak sedar akan keberadaan teman sebiliknya.

Tira tersenyum melihat telatahnya. “Hoi, kawan. Aku masuk pun kau tak sedar. Punyalah kusyuk membaca.” terpa Tira.

Filia tersentak, spontan dia senyum termalu sendiri. “Tira, bila kau balik? Kuliah tak ada petang ni?”

Tira terus ketawa. “La… dah kenapa kau ni? Hari ni kan kita cuti? Bak sini majalah tu.” Tira mengambilnya dari tangan Filia. “Oho, kau peminat Ariel rupanya.”

Filia angguk. “Kau?” tanya Filia.

“Aku? Pada aku dia ni kira okeylah. Handsome, tapi banyak sangat gosip liar tentang dia. Playboy. Gila kuasa. Gila glamour.” Tira sedar dia sudah tergelincir lidah. “Aku terlepas cakap, sorry. Aku tak bermaksud nak…”

“Tak ada apalah. Lagipun aku bukannya peminat yang fanatik. Biasa saja. Lagipun aku percaya. Ariel tak macam yang di beritakan oleh wartawan dan pihak media. Semua itu, hanyalah perkara biasa bagi menjatuhkan maruah seseorang. Pada aku, dia tetap Ariel yang sama seperti mana dia mula debut dulu.”

Tira terpegun mendengar kata-kata Filia. “Filia, kau bukan peminat yang biasa tapi luar biasa. You really trust him. Kau kenal Ariel dengan rapat? Entah-entah kau awek dia?” Pecah ketawa di antara mereka berdua.

“Tak adalah. Aku jumpa Ariel pun tak pernah. Awek kau kata. Kelakarlah.” Tawanya masih bersisa.

Tira dapat merasakan perubahan sikap Filia, jika dahulu Filia tidak semesra ini. Dingin. Muram. Pemarah. Sejak berkenalan dengan Farhan, semuanya berubah sama sekali.

Filia mula ingin bergaul rapat sesama rakan sekuliah. Dia mula ramah, tidak pendiam seperti dahulu. Tira senang hati dengan perubahan Filia.

“Filia kau sedar tak? Sejak kau berkawan dengan si nerdy Farhan ni. Perangai kau dah tak macam dulu. Kau dah mula bergaul dengan teman sehostel dan sekuliah.” beritahunya.

Tawa Filia mati. “Tak baik kau panggil dia nerd.”

Tira sengih. “Sorry, aku terikut cakap Shasha. Kau tahulah Shasha ikut sedap mulut dia saja.”

“Farhan? Dia tu nampak sahaja nerd,geek tapi sebenarnya tidak. Nanti, aku kenalkan kau pada dia. Then, you judge him by yourself, whether he is a real nerdy or not.” jelas Filia.

“Dia orang yang sama yang kau gaduh di kantin jabatan tu kan?” tanya Tira, kerana seingatnya Filia ada bercerita padanya.

Filia angguk. “Itu cerita lama. Tapi sekarang, di sebabkan dia aku mula percaya semula pada persahabatan” Sepi. “Farhan. Dia agak gila-gila. Langsung tidak sepadan dengan status nerdy yang dipegangnya. Pada aku langsung tak sesuai.”

“Filia, are you in love with him?” pertanyaan itu tidak dijawab. Tira mendesak. “Jawablah aku tanya ni...”

Filia angkat kening. “Jawapannya? Entah? Kami hanya kawan?”

Tira menarik muncung mendengar jawapan itu. Filia ketawa.

FARHAN menghempaskan tubuh ke katil. Empuknya tilam. Belum sempat matanya dipejam. Fikri menerjahnya dengan pertanyaan. “Kau serius ke nak bagitau Filia siapa kau yang sebenarnya?”

Farhan mengambil masa untuk menjawab. Dia menarik nafas sedalam mungkin.

“Ya. Keputusan aku muktamad.” Dia tahu mungkin ini akan memberi kejutan buat Filia tapi itu yang terbaik. Kalau bukan sekarang bila lagi?

“Kau tak rasa Filia akan pengsan. Dia tentunya terkejut besar. Kenapa kau nak beritahu dia? Kalau setakat beritahu dia kau Ariel, aku tak kisah tapi the other one. Aku bantah 100%!!” Fikri tidak bersetuju dengan keputusan nekad Farhan. Kali ini dia tidak akan berkompromi.

“Fik, kau tak percayakan dia? Filia budak baik. Kau pun tahu kan?”

“Aku tahu dan aku mahu kau pilih antara dua dan jangan bongkarkan semuanya.” sarannya pada Farhan.

“Aku dah nekad. Sudah tiba masa untuk aku beritahu dia. Aku tak nak merahsiakan benda ni dari dia lagi. Dia kawan baik aku. Kau juga. Jadi aku harap kau sokong aku.” rayu Farhan.

Fikri masih membatukan diri. “Aku sokong kau tapi seperti yang aku katakan tadi. Pilih satu sahaja. Aku cadangkan kau beritahu dia, kau Ariel dan bukannya Putera Mahkota Tengku Imzi Farhan!”

Farhan membisu agak lama. Ketegasan Fikri memang tidak boleh di buat main. Patutlah ayandanya berkeras mahu Fikri mengikutnya.

Fikri menyambung,“Boleh tidak, sekiranya Tuan Putera menerima cadangan patik. Patik hanya berharap Tuan Putera memikirkan sama akibat dan kesan dari tindakan ini.” lancar sahaja mulut Fikri menuturkan bahasa protokol diraja.

Farhan pantas menekup mulut Fikri. “Fik, kau memang sengaja kan?Housemate terdengar nanti di katanya nanti kita buat pementasan teater.”

Fikri menahan ketawa. Tahu pun takut anak raja ni. Salah satu kelemahan Farhan adalah apabila Fikri mula berbicara bahasa istana dengannya. Dia cukup pantang, jadi Fikri menggunakan setiap peluang yang ada.

“Jadi, apakah keputusan Tuan Putera?” Farhan menjeling tajam. Akhirnya dia mengangguk perlahan.

“Hai, nampak murka sahaja. Itulah, kalau suka cakap suka, tak nak mengaku pula.”giat Fikri. “Now, I understand why, you really like her right?”

“Gila! Mana ada. Kau jangan nak mengarut.” nafi Farhan.

Fikri ketawa. “Aku ingatkan perempuan saja ada blusher lelaki pun ada juga.” Ledakan tawanya makin kuat sehingga air matanya terkeluar.

Farhan menahan sabar, dia tahu Fikri hanya berseloroh. “Kau kena ingat kemungkinan bapak kau tak merestui hubungan kau.”

Giliran Farhan pula ketawa. “Fikri, kau ingat kisah aku ni macam drama swasta di t.v. Anak orang kaya di jodohkan dengan gadis bukan pilihannya lalu hidup dalam keterpaksaan. Ini realitilah. Mak bapak aku dia orang terima sahaja siapa gadis pilihan aku.” Tanpa sedar Farhan sudah terlebih sudah.

Fikri angkat kening lalu tersenyum. Akhirnya dia mendapat jawapan yang di tunggu.

Farhan garu kepala. Dia sedar dia sudah terjatuh ke dalam perangkap Fikri. “Fik, kau memang nak makan penumbuk aku agaknya”

Fikri sedikit pun tidak gentar. Dia menahan rasa lucu yang bertamu.

Farhan membuka kuda-kuda, lalu berlakulah adegan pertarungan separa ganas antara mereka berdua. Hmm… sebijik macam budak-budak kan?

USAI kuliah Tira dan Filia terus menapak ke kafe. Kelihatan Farhan dari jauh melambai pada Filia. Fikri seperti biasa ada bersama Farhan.

Tira tersenyum-senyum memandang Filia. Dia berbisik perlahan, “Kenapa kau tak cakap yang kawan Farhan tu kacak.”

Filia mencebik. “Sempat lagi tu, jaga pandangan kau tu.”

Tira menarik muka mendengar ceramah pendek Filia. “Kau tu yang tak ada taste,dengan budak pelik macam Farhan pun boleh di buat teman tapi mesra, kenapa tak berkawan baik aje dengan kawan dia.”

Filia buat tidak endah sahaja dengan komen Tira.

Setibanya mereka berdua di situ, mereka berempat terus saja melangkah ke meja. Perut sudah bergendang meminta di isi. Mereka lalu menjamah makanan yang di ambil di meja buffet.

“Filia jom aku belanja kau makan. Hari ni hari jadi aku. Jadi jangan segan. Order sahaja o.k?”

Filia pandang Tira tak percaya “Nampaknya kau dah makin tualah?”

Tira mencubit pipi Filia. “Bukannya dia nak ucap selamat ke hapa di katanya kita tua. Awak tu muda sangatlah.” rajuk Tira.

Farhan dan Fikri sekadar jadi pemerhati.

“Yalah, apa kata lepas Asar kita pergi warung Kak Timah celebrate kat sana. Aku belanja.” pujuk Filia.

Mata Tira bersinar. Di peluknya Filia. Filia lemas. “Tira, kau ni kalau iya pun janganlah over sangat.”

Tira sengih. Lupa pula dia yang Farhan dan Fikri turut berada bersama dengan mereka. “Sorry, guys. Terlebih excited pula aku. Actually bukan senang tau Filia nak belanja. Apa kata korang pun join sekali jom?” ajak Tira.

“Boleh sahaja, bukan selalu kita nak pokaikan Filia betul tak?” Farhan angkat kening dua kali.

Mereka bertiga ketawa sakan apabila melihat wajah mencuka Filia.

“ALLAH selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Nurul Atira. Allah selamatkan kamu.”

Sebaik lagu di habiskan, Filia berlaga pipi dengan Tira. “Semoga panjang umur.”

Farhan dan Fikri menyatakan perkara yang sama.

“Terima kasih, terharu aku…”

Filia mengambil makanan lalu menyuap ke dalam mulut Tira. “Sudah tak payah nak berdrama sangat. Jom makan.”

Sepi. Mereka mula menjamu selera.

Hinggar di warung Kak Timah mulai rancak apabila ada yang mula berkaraoke.

“Farhan apa kata kau menyanyi sebagai hadiah hari jadi Tira?” cadang Filia tiba-tiba.

Farhan terbatuk, dikerlingnya Fikri. Fikri buat endah tidak endah dia leka melihat seorang pak cik yang bersemangat menyanyi irama 60-an.

Tira menyokong. “Come on, tak sedap pun tak apa…” Belum pun sempat Farhan memberikan jawapan, Filia sudah pun pergi ke arah set karaoke. “Baiklah, ada seorang kawan saya yang mahu menyanyi sebuah lagu untuk kawan kami yang menyambut hari jadinya hari ini. Dipersilakan, Farhan.”

Fikri berbisik perlahan padanya, “Terpulang pada kau..”

Farhan bangun, langkah di atur perlahan. Tepukan kedengaran…

Beribu bintang di langit kini menghilang

Meraba aku dalam kelam

Rembulan mengambang kini makin suram

Pudar ilham ku tanpa alam

Sedetik wajahmu muncul dalam diam,

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu

Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

Kau Ilham ku

Nyanyian dari Farhan yang persis suara Ariel membuatkan semua orang terdiam. Filia dan Tira berpandangan. Filia tidak menyangka suara Farhan sesedap dan semerdu ini.

Habis sahaja lagu, Farhan melangkah tenang. Dia duduk di sebelah Filia. Filia pandangnya tak berkelip. Dia tahu Filia mahu mengenakannya dan sekarang dia sendiri yang tergamam. Ambik kau! Nak kacau aku sangat kan? Farhan tersenyum dalam diam.

“Farhan, aku tak tahu pula kau pandai menyanyi.Sorry, aku ingat nak kacau kau saja.”

Farhan garu kepala. “Jangan kata kau aku pun terkejut, sedap juga suara aku.” gurau Farhan.

Filia mencemuh. “Mulalah nak angkat bakul.”

Farhan sengih. Tira dan Fikri sekadar tersenyum memerhati pertengkaran kecil antara mereka.

FILIA kelihatan kelam kabut. Tira pandang Filia pelik. “Kau dari tadi aku tengok macam cari sesuatu saja, apa dia yang hilang? Laporan? Tak pun diari kau lagi ke?”

Filia tak menjawab. “Dah jumpa pun.” Dia menarik keluar botol kecil itu dari dalam laci.

“Filia ubat apa tu? Kau sakitkah?” Tira yang melihatnya agak pelik. “Muka kau pucat? Betul kau tak apa-apa ni?”

Filia senyum. “Ya, wahai kawan. Aku baik. Sihat walafiat. Ini hanya vitamin. Aku kan kekurangan zat. Jadi aku ambil supplement ni. Kau jangan nak pandai-pandai curi makan. Aku dah kira jumlah dia. Kalau tak cukup satu, aku tahulah nak cari siapa ”

Vitamin? Betul ke tidak Filia ni? Tira masih ragu-ragu. Namun dia tidak mahu terlalu memikirkannya. Dia akan bertindak sendiri dan berjumpa dengan doktor bagi memastikan adakah benar ianya vitamin.

“Aku keluar sekejap, Farhan telefon tadi. Dia ajak aku pergi joging.”

Tira pasti Filia ada merahsiakan sesuatu. Sebaik sahaja Filia keluar, Tira bergerak pantas ke arah almari baju Filia. Ditarik isi di dalam laci. “Sorry Filia, aku terpaksa buat macam ni.”

PELUH yang meleleh sehingga ke pipi di lap dengan tuala kecil yang di bawa. Di teguknya air mineral bagi menghilangkan dahaga. Pengunjung di taman rekreasi mulai surut.

“Ramai juga yang joging hari ni kan?” suara Filia kedengaran agak mengah. Sekeping tiket Farhan hulurkan kepadanya. “Konsert Ariel? Mana kau dapat ni?” Keningnya terjungkit sedikit.

“Kawan. Diaplannak ajak awek dia, tapi minggu lepas dah putus, jadi…” beritahu Farhan.

Filia terdiam. “La… kasihannya. Tapi terima kasih sajalah Farhan. Aku rasa serba salahlah nak terima lagipun ini tiket VIP. Mesti mahal kan?”

Farhan mati kutu. Kalau Filia tidak hadir ke konsert maka punahlah kejutan yang ingin di berikan. “Filia, kawan aku ni anak orang kaya. Jadinya, kau tak payahlah kisah sangat. Dia yang bagifree, aku desak juga nak bayar tapi dia tak nak.” Farhan mula mereka cerita.

Filia masih kurang percaya. “Kenapa kau bagi aku tiket ni? Aku memang suka dan teringin nak ke konsert Ariel tapi…” Apa motif Farhan ajak aku ni? Takkanlah dia suka aku? Itu dah mengarut sangat dah tu.

Farhan menayangkan satu lagi tiket. “Hari jadi kau kan tak lama lagi, anggap sahaja birthday gift in advance from me. Don’t worry I’ll be accompany you to the concert.”

“Oh, hadiah aku rupanya. Okeylah, kalau macam tu aku on je!”

Filia akhirnya bersetuju. Farhan menarik senyum di pinggir bibir. Leganya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa