Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,428
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

ORANG RAMAI mulai membanjiri luar stadium. Ada juga yang berkhemah semalaman, hanya tidak mahu terlewat menghadiri konsert Ariel.

Filia melilau mencari kelibat Farhan. “Dia suruh aku tunggu sini. Dia sendiri batang hidung pun tak nampak. Konsert dah nak mula ni. Hishh, mana dia ni?” rungutnya, mata pula tidak lepas dari melihat jam ditangan. Dilihat para peminat mula beratur untuk masuk ke dalam stadium.

“Kredit telefon time macam ni lah dia tak ada pun” bebelnya lagi. Terasa ada seseorang menepuk bahunya. Dial menoleh, “Fikri?!! Farhan mana?”

Fikri tidak menjawab. Riak mukanya agak serius. “Kau ikut sahaja nanti kau tahulah.”

Filia terpingga-pingga. Sungguh aku tak faham!! Apa semua ni? “Hah? Kenapa pula aku kena ikut kau? Aku tengah tunggu Farhan ni!!”

Filia tertoleh ke kiri dan ke kanan. “Fik, masuk sebelah sana, yang kita ikut jalan ni nak pergi mana?”

Pertanyaan Filia tidak di jawab. Fikri memanjangkan langkah, Filia dalam terpaksa mengikut sahaja.

“Fikri ini…” Mulutnya terlopong tidak percaya. Sekarang dia berada di hadapan bilik persalinan Ariel? “Pak guard, dia orang kenapa buat tak tahu saja?” Ni dah pelik dah ni.

Fikri sengih. “Aku dah rasuah.”

Filia menumbuk bahu Fikri. “Aku tanya betul ni?” marah Filia. “Farhan mana?”

Fikri menjawab selamba. “Ada dalam ni.”

Filia mula hilang sabar. Kurang asam. Kalau nak buat lawak pun, agak-agaklah!!

“Fikri Nazrul, saya tahu saya ni dapat tiket VIP tapi takkanlah sampai boleh masuk bilik dia orang in private?” Filia semakin geram.

Fikri memulas tombol. “Jawapannya ada di dalam. Artis tu sendiri yang pelawa kau.” Fikri sudah pun masuk ke dalam. Fikiran Filia bercelaru, perlahan-lahan dia turut melangkah masuk. Ariel tersengih memandangnya? Apa semua ni?

Pendingin udara tidak di rasa langsung kedinginannya. Filia memejam celikkan mata beberapa kali. Persalinan dan gaya rambut yang berbeza akan tetapi cermin mata yang melekat di mata Ariel seakan pernah di lihat. Beg sandang di atas sofa yang penuh dengan button yang pelik itu juga cukup di kenalinya.

Dia pandang Ariel dari atas ke bawah. “Farhan kau ni Ariel?” Jantung dan otaknya seakan berhenti berfungsi. Anggukan dari Farhan serta merta membuatkan Filia terus kelam tidak sedarkan diri.

Farhan lantas di buru rasa cemas. Dia pantas menerpa, memangku tubuh Filia. Beberapa kali cuba Farhan mengejutkan Filia namun gagal. Filia benar-benar pengsan. Fikri menyuruh Farhan membaringkan Filia di atas sofa. Direnjiskan sedikit air pada muka Filia, masih tidak berhasil.

“Fik, aku tak sangka dia boleh pengsan.” Keputusannya untuk memberitahu hal ini mengundang tamparan hebat pada Filia sehingga dia tidak sedarkan diri.

“Itulah kau aku dah kata. Filia sah pengsan, tengok sekarang apa dah jadi.” bentak Fikri yang dari mula lagi kurang bersetuju.

“Kau nak marah aku pun sudah tidak berguna. Hal dah terjadi. Filia dah pun tahu. Sepanjang masa aku rasa bersalah kerana rahsiakan hal ni dari dia. Dia peminat Ariel dan aku ada rasa sedikit cemburu.”

Fikri ketawa. “Wei, kau jangan nak buat lawak. Ariel itu kau juga kan?” sindir Fikri dalam tawanya.

Farhan menahan tawa, dia menggaru pelipis. “Apa benda hendak jadi lepas ni kita kena tunggu Filia sedar. Aku perlu jelaskan semuanya pada dia.”

Tatkala melangkah masuk, Abang Murad, pengurus Ariel mengerling tajam ke arah Filia.

“Dia ini pengsan ke tidur? Farhan kau tahu kan yang dekat luar sana ramai reporter? Berani pula kau bawa teman wanita.” Abang Murad yang tidak tahu hujung pangkal cerita, terus menyangka bahawa Filia teman istimewa Farhan.

Minda Farhan ligat merencana apa yang sewajarnya perlu dikatakan.

Abang Murad meninggikan suara. “Kau pekakkah? Aku tanya kau kan?”

Farhan masih mematungkan diri.

Abang Murad mengalah, setelah di lihat Farhan seperti hilang dalam diri sendiri. “Sekarang aku mahu kau kejutkan awek kau ni.”

Fikri mencelah, bersuara bagi pihak Farhan. “Abang, dia bukan tidur. Dia pengsan! Sebenarnya, dia tidak tahu bahawa Farhan ini Ariel,”

Fikri menerangkan semula bagaimana situasi ini boleh terjadi. Farhan pula sudah seperti burung belatuk, di iyakan sahaja apa yang di ceritakan Fikri.

Abang Murad tercenggang. “Maknanya sejak dari awal lagi, kau tak beritahu awek kau, yang kau ni Ariel?” Abang Murad menepuk perlahan bahu Farhan “Perang besarlah nampak gayanya. Whatsoever. Kau ni memang pandai menyamar. Abang hormat dengan kau sebab kau mahukan privasi dan dalam masa yang sama kau cintakan muzik. Tapi ingat kau juga kenalah handal mengendalikan kisah cinta kau. Biar seimbang.” nasihatnya panjang lebar. “Cantik. Pandai kau pilih awek, sepadan dengan kau.” puji Abang Murad.

Fikri terasa urat perutnya bagai di belit. Seksanya badan menahan tawa. Farhan ketandusan idea, mati kutu. Sungguh! Seperti mahu di hentam sahaja kepalanya ke dinding, tetapi kalau iya pun di buat begitu bukannya masalah diselesaikan, diri sendiri yang cedera.

Fikri memutuskan untuk menjadi orang tengah setelah di nanti Farhan masih membisu. Belum sempat dia lontarkan ayat pertama Farhan terlebih dahulu membuka kata.

“Terima kasih, Abang Murad sebab try to understand this crazy situation.”

Sepatah kata dari Farhan merungkaikan teka-teki dan membuktikan Farhan menyukai Filia. Perlahan-lahan Fikri tersenyum, dia puas dan lega kerana akhirnya Farhan jujur dengan perasaannya.

Farhan menyambung kata, “Saya ingat abang marah, saya bawa girlfriend datang sini. Hari ini hari lahir dia jadi…”

Abang Murad segera mengerti. “Kiranya, kau nak beri kejutan pada dialah ya? Baiklah, abang sokong kau tetapi sekarang sila bersedia konsert awak dah nak bemula dalam 20 minit.”

Seiring dengan kata-kata Abang Murad itu terdengar erangan kecil dari arah sofa. Filia, matanya mula bergerak-gerak. Spontan perhatian mereka bertiga terarah pada Filia.

Sebelum keluar Abang Murad menitip pesan. “Berbicara dengan baik dan lembut, tentu dia faham pendirian kamu.” Abang Murad kemudian berlalu.

Mereka berdua mendekati Filia. “Filia, kau baikkah tidak ni?”

Filia mengalihkan pandangan, tidak mahu menatap wajah Farhan.

Fikri berasakan dia patut memberi ruang pada mereka berdua. “Kau orang berdua berbuallah.” Fikri sudah pun membuka daun pintu.

“Tidak perlu. Kau tunggu disini. Bukannya hal peribadi sangat pun.” arah Filia tegas.

Kalau diikutkan amarahnya sudah lama kedua sahabatnya ini dia kerjakan. Persoalannya sekarang Farhan jujur padanya. Dia sememangnya mengambil risiko kerana memberitahu dia adalah penyanyi lelaki yang terkenal, Ariel.

“Kau nak marah, marahlah. Aku tak kisah. Aku tahu aku bersalah sebabnya aku tak beritahu kau dari awal. ” Dia rela andai Filia menghukum atau mengherdiknya sekalipun dia terima.

Fikri juga tidak lepas dari membuat pengakuan “Aku yang bersalah, sebenarnya dalam hal ini, aku yang minta Farhan rahsiakan dari kau.”

Filia merenung jauh ke dalam anak mata mereka berdua. Dia bangun lalu menongkat dagu. Dia berfikir adakah dia patut meradang dan mengamuk? Sedangkan kalau di fikir secara logik agak bahaya bagi bintang terkenal seperti Ariel a.k.a Farhan mendedahkan perkara yang sebegini. Apatah lagi ianya melibatkan kehidupan peribadi. Walau bagaimanapun, Filia tetap terasa dia di khianati dan mereka berdua seakan tidak mempercayai dirinya.

“Filia jangan diam sahaja. Seram aku.”

Filia mencerlung memandang Farhan. “Kenapa kau beritahu aku kau Ariel?”

Sayangnya pertanyaan itu tidak terlahir secara lisan. Lidahnya kelu. Farhan dia nampak lurus. Selama mereka memutuskan untuk bersahabat, sejujurnya Farhan tidak pernah merahsiakan sesuatu darinya.

Fikri juga sama. Kemungkinan perkara ini, terlalu peribadi jadi mereka merahsiakannya. Filia masih tidak menyahut panggilan dari mereka berdua. Senyumannya terpalit di bibir namun tampak pudar.

Filia akhirnya bersuara, “Kau tak takut aku bocorkan rahsia kau?” Dia hanya ingin menduga Farhan. “Kau pun bukannya kenal sangat dengan aku. Nampaknya kau dah tersilap dalam menilai orang.”

Farhan tidak gentar. Dia nampak tenang. “Aku tahu dan kenal kau. Kau akan simpan dan tolong aku menjaga rahsia ini.”

“Tidak.” Filia masih tidak mahu mengalah. “Kau silap, aku nak sebarkan hal kau. Penipu. Aku nak rosakkan privacy kau.” tuturnya serius.

Farhan dan Fikri saling berpandangan. Antara percaya dan tidak.

“Filia kau acah sahaja kan?” suara Farhan agak bergetar.

Fikri mendesis perlahan “Aku dah cakap dah. Aku dah ingatkan kau sebelum ini.”

“Filia, tolong jangan!” rayu Farhan tegas.

Filia mengeluarkan telefon bimbit lalu di ambil gambar Farhan. Kelihatan dia menaip sesuatu. “Aku hanya perlu tekan ‘hantar’, tapi pada siapa? Shasha? Dia kan anti-Farhan tapi dalam masa

yang sama setahu aku dia Presiden Ariel fan club. Aku rasa tentu dia gembira tahu siapa sebenarnya Ariel.”

Filia tergelak kecil. “Kenapa? Presiden fan club sendiri pun kau tak kenal. Kasihan.” Seronok pula dia memperkenakan Farhan. Dilihatnya Farhan mulai resah dan gelisah. Filia tersenyum penuh kelat, sengaja di buat sebenarnya.

Fikri merampas telefon bimbit Filia. Filia terkesima. Tersentap tangkai jantungnya dengan tindakan pantas Fikri itu. Mata Fikri membulat. Tiada gambar? Fikri melepaskan keluhan. Filia mengenyit mata padanya. Farhan kelam tidak memahami maksud kenyitan itu. Fikri lega. Licik benar gadis ini. Genius. Nyaris dia tertipu dengan helah Filia.

“Farhan kau handle sendiri. Inilah akibatnya. Nasihat aku dulu kau tak nak dengar.” Fikri mula mengikut rentak permainan Filia. “Aku keluar dulu.”

“Filia, kau biar benar. Aku tahu aku tipu kau tapi sumpah aku… aku,” Farhan gugup. Dia tidak menyangka Filia akan mengambil tindakan drastik seperti ini.

Filia membatu, mengeraskan diri. Walhal, dalam hati dia bersorak riang dan teruja kerana dapat mempermainkan Farhan. Bukan senang nak pekena mamat perasan macho macam Farhan ni, ambik kau sekali wa terkena beb. Filia ketawa bisu.

Farhan pelik. Dia bersungguh dan merayu pada Filia akan tetapi dalam keadaan macam ni boleh pula Filia ketawa? Apa yang lucunya? Betulkah tidak Filia ni?

Farhan mencuba lagi dimintanya Filia supaya tidak dihantar gambarnya. “Filia,my life will be so destroy.” Matanya redup penuh berharap.

Filia tetap berlagak tegas. Di geleng perlahan. Terasa dia terlalu kejamlah pula.

“Kau nak tumbuk atau belasah aku. Aku terima. Tapi tolong jangan buat macam ni.” Dia tidak mahu berita ini sampai ke pengetahuan ibu-bapanya.

“Betul? Kau bagi aku tumbuk kau?”

Farhan angguk lemah dan perlahan. “Ya, kalau ini sahaja yang boleh membuatkan kau melepaskan geram dan kemarahan kau?” Farhan menyuakan mukanya.

Filia binggung. Kasihanlah pula. Dia berfikir rasanya setakat ini sahajalah, inilah saatnya untuk Farhan mengetahui dia hanya bergurau. Di hayun tangannya akan tetapi dialihkan arahnya bukan ke muka Farhan, tumbukannya mendarat di bahu.

“Sakitlah! Tangan kau ni besikah apa?” jeritnya. “Kalau nak pukul pun agak-agaklah.” Marahnya pula.

“Aik, tadi beria bagi aku tumbuk. Sekarang nak marah pula. Apa benda ni. Cakap tak serupa bikin. Sudahlah, pergilah konsert kau pun dah nak bermula. Ambil handset ni, tengok sama ada aku hantar atau tidak.” Filia bangun lalu memberikannya pada Farhan.

Farhan terpingga-pingga. Dia tidak menyangka Filia telah berjaya mempermainkan dirinya. Gambarnya tidak dirakam. Langsung!!

Filia senyum nakal. “So, am I a good actress my dear friend?”

Farhan tersenyum senang “Kau langsung tak marah aku?”

Filia mengusap dagunya. “Let me think? Buat apa nak marah. Kawan baik jujur dengan kita. Beritahu rahsia terbesarnya. Pada mulanya, memang aku terkamjatlah juga. Kawan aku tiba-tiba jadi Ariel. Memang agak pelik tapi tidak mustahil. Hendak buat bagaimana lagi aku kan dah terber’kawan dengan makhluk asing nerdy macam kau ni.” tuturnya panjang lebar.

“Terima kasih Filia.” ucap Farhan terharu dengan penerimaan Filia. “Kau memang kawan yang sejati.”

“Sepatutnya aku yang ucap terima kasih. Agaknya kalau kau tak berterus-terang tentunya aku masih ‘gilakan’ Ariel merangkap kawan baik aku sendiri.” Diam. Pipinya memerah sedar dia sudah terlanjur dalam berkata. “Gelilah aku nak sebut. Kau faham sendiri sudahlah.”

Farhan gelak mengekek diikuti Filia.

“LAGU INI, ditujukan khas untuk kawan saya yang akan menyambut hari jadinya tidak lama lagi. Juga kepada semua peminat yang menyambut hari lahir pada hari ini. ‘Selamat Hari Jadi’,” laung Ariel.

Tatkala jari jemari Ariel mula memainkan piano, para peminat mula menjerit memanggil namanya. Ekspresi Ariel tetap tampak bersahaja mengalunkan lagu Selamat Hari Jadi.

Selepas itu, Ariel tampil pula dengan gitar di tangannya “Lagu seterusnya ‘Abadi cintaku’.” Fikri mengerling pada Filia, “Aku rasa kaulah perempuan yang paling bahagia saat ini kan?”

Dahi Filia berkerut. “Sebabnya?”

Fikri tahu Filia sengaja buat-buat tidak faham. “Aku rasa kau lebih tahu kan?”

Entahlah. Filia sendiri tidak tahu bagaimana perasaannya kini. Gembira. Teruja. Terharu. Persoalannya mengapa Farhan mengambil tindakan yang begitu drastik ini? Usia persahabatan mereka tidaklah begitu lama.

“Tidak, aku tak tahu! Kami baru kenal dan sekarang aku dikejutkan dengan kenyataan yang…”

Fikri sedar Filia masih lagi sukar menerima siapa Farhan yang sebenarnya. ,“Kau minat Ariel, bukankah mereka orang yang sama, takkan kau tak terasa something yang lebih. Aku dengar hampir setiap lagu Ariel kau hafal.”

Hati Filia cuba diduga. Fikri yakin, malah pasti perasaan Filia pada Farhan lebih dari sekadar sahabat. Mana kan tidak, Filia pengsan sebaik mendapat tahu Ariel itu Farhan.

“Aku peminat Ariel, aku sokong dia. Apatah lagi aku tahu dia itu Farhan. And it just that nothing more.”

“Eleh, iyalah sangat. Kalau aku cakap Farhan sukakan kau, kau percaya?” giat Fikri, masih tidak berganjak dari perasaan ingin tahunya.

Filia berpura-pura memperbetulkan letak duduk topinya.

“Filia aku tanya kau ni...” suaranya sedikit menjerit.

“Fikri, sudahlah. Aku tahu hati Farhan dan kenal Farhan. Kami kawan baik dan cukup setakat itu.” dalih Filia tidak mahu memanjangkan topik.

“Filia, you are not answering me.”

“Fikri, aku dan Farhan… Itu tak mungkin.” Tegasnya.

“Ya, tapi tak mustahil kan?” Fikri masih berdegil, tetap tidak mengalah. “Trust me. Both of you will be together. Until that time. We will see, Filia.”

Filia tidak berani mengimpikan semua itu. Apa yang di harapkannya hanyalah persahabatan dia dan Farhan tetap utuh. Kalau boleh dia tidak mahu ianya berkocak akibat mahu mengikut kata hati.

“Bila sampai saatnya nanti dan masin lidah aku ni, aku harap kau dapat jaga Farhan sebaiknya. Dia ni walaupun lelaki tapi terkadang datang angin lurus bendul dia haru juga.” tutur Fikri serius dalam berguraunya.

Tegak bulu roma Filia. “Fikri apa yang kau mengarut ni, gaya kau cakap tu macam nak berhijrah ke luar negaralah pula.”

“Yakah? Tak adalah. Aku cakap benda betul mengarut apa pula.”

Filia pening, semakin tidak faham apa sebenarnya yang Fikri ingin sampaikan.

“Last thing, jangan sia-siakan persahabatan korang.”

Filia terlongo. Sungguh! Aku tak faham!

Fikri garu kepala. Mungkin sekarang dia masih lagi tidak mengerti akan tetapi di suatu saat nanti Filia akan menangkap dan mencerna semula setiap kata-katanya.

“Seperkara lagi, tengoklah persembahan Ariel. Nanti kempunan pula.”

Filia tatap wajah Fikri. Rupanya Farhan dan Fikri sama genetik agaknya. Makhluk asing! Sungguh cepat benar mood dia bertukar.

“Kau tengok muka aku macam nak membunuh tu kenapa? Dahlah tengok, karang menangis pula.,” Mata Fikri sudah ke tengah pentas melihat Ariel menari tarian zapin.

Filia ketawa lucu. “Tak ada maknanya.”

Fikri menyanggah. “Dulu siapa entah merajuk dengan Farhan, gara-gara Farhan tak dapat temankan dia pergi mini konsert Ariel. Mogok seminggu tak nak bercakap dengan Farhan,” sakat Fikri.

“Fikri kau kalau tak mengata aku tak boleh duduk agaknya kan?”

“Dah nasib orang tu dapat kawan macam aku ni,” rajuknya sengaja di buat.

Filia mencebik. “Fikri, macam mana kau boleh selamba sahaja simpan rahsia Farhan? Aku takutlah, manalah tahu aku tergelincir lidah ke.”

“Ingat satu perkara sahaja, sahabat sejati akan sentiasa menyokong sahabatnya. Susah atau senang tetap bersama sebab itu aku tak kisah. Farhan dia manusia biasa yang mahu hidup seperti orang lain juga.”

“Fikri kau memang sahabat yang baik..” puji Filia.

“Well you know me…” Fikri mengukir senyum.

“FILIA..” panggil Farhan. Filia pantas menoleh. “Jom, aku hantar kau balik hotel.” pelawa Farhan.

Filia tidak segera memberi jawapan. Dia teragak-agak untuk berkata ‘ya’. Farhan sekarang seakan bukan Farhan yang dia kenali. Farhan seperti dua dalam satu. Dia Farhan dan dia juga Ariel.

“Farhan aku rasa lebih baik aku balik sendiri sajalah.” Senafas jawapan dari Filia.

Farhan senyum. Dia melirik menatap Filia. “Kau takut pihak media dapat hidu hal kita?”

Filia masih mendiamkan diri.

“Come on, Filia. Sejak bila kau jadi pengecut, disebabkan aku tahu kau ni beranilah aku bongkarkan rahsia aku.” Masih sepi. “Baiklah, aku akan tukar baju aku ni. I’ll be back and be Farhan. Kau tunggu sini tau.” tuturnya lembut. Dia berlalu ke bilik persalinan.

Ariel? Farhan? Bermimpikah dia di saat dan detik ini. Tidak di sangka mereka orang yang sama. Penyanyi yang menjadi idolanya adalah Farhan. Jadi selama ini dia bercerita segalanya tentang Ariel pada Ariel sendiri?

Dalam diam mungkin dia ketawakan aku yang agak lembap untuk mengecam siapa dia yang sebenarnya. Salah dia juga siapa suruh dia menyamar segala. Dia ingat dia Hannah Montana versi lelaki? Mungkin sebab dia tak nak aku tenggelam dalam perasaan? Pada sahabat sendiri? Ya Tuhan, malunya aku.

Sedang Filia asyik bermonolog. Farhan dan Fikri datang menghampiri, “Marilah,” ajak Farhan. Terbang terus lamunannya.

“Farhan aku balik dulu,” beritahu Fikri lalu memboloskan diri ke dalam pacuan empat rodanya.

Farhan mengawangkan tangannya menggamit perhatian Filia. “Filia… hello?” Mata Filia terkebil-kebil. Farhan geleng perlahan “Kau ni kalau tak mengelamun tak sah kan?”

Filia senyum tawar. “Fikri tak balik sekali dengan kita?”

Farhan menjawab pendek, “Tak, katanya ada hal sikit.”

Mata Filia tercari di mana letaknya kereta Farhan. “Kereta kau mana?” Filia menahan kuap.

Farhan menunjukkan ke arah kanan Filia. Filia menelan liur. Limousin? Farhan ini siapa yang sebenarnya. Putera raja? Anak Datuk? Tan Sri? Suaranya mula tergagap sedikit. “Farhan ini kereta kau?”

Farhan megiyakan. “Kenapa?”

Filia kelu. Mulutnya seperti di gam. “Kau siapa yang sebenarnya? Anak raja ke apa?” Menyesal pula dia kerana tidak mengorek identiti Farhan dengan mendalam. “Ya, aku tahulah sebagai Ariel kau mampu beli semua ni tapi aku really curious. Who are you actually?”

Farhan sengih. Dia membiar sahaja pertanyaan Filia. “Let say macam yang kau fikirkan.Maybe aku ni anak raja yang tersesat dan mencari jalan pulang tetapi akhirnya bertemu dengan seorang jelitawan, Puteri Nur Filia Haifa.”

Filia tercenggang. Dia menarik muncung panjang kemudian mencebik geram. “Tengkorak kau, jangan nak buat lawaklah.!”

Farhan ketawa terbahak-bahak apabila melihat pipi Filia memerah. “Che kak, merah blusher beli di mana?” usik Farhan.

Filia seperti mahu menangis di usik begitu. Kaki Farhan di sepak spontan. Farhan mengaduh kesakitan namun entah mengapa dia ketawa perlahan, begitu juga Filia.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa