Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,416
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

TERKOCOH-KOCOH si budak bilik sebelah menghulurkan beberapa keping surat padanya. Filia terpingga-pingga. Di pandang rakan sehostelnya itu. “Nor, ini surat apa?”

Nor sengih kemudian ketawa bisu. “Peminat rahsia. Dia silap hantar, nama kita berdua bemula dengan Nur kan? Jadi yang kawannya si posmen tukang hantar ni ingat Nur itu aku? Bila aku baca dan baca baru aku tahu N.U.R itu kau bukan aku N.O.R.”

Ketawa rakan-rakan yang berada di situ pecah.

Tira pegang bahu Filia. “Kecewa Farhan nanti bila dia tahu yang Filianya ada peminat rahsia.”

Mata Nor membulat “Filia kau dengan Farhan Nerdy lagi skema itu bercinta? Biar betul?”

Filia geleng. “Mana ada. Kawan sajalah.”

Nor mengeluh lega “Nasib baik bukan, kalau tidak jatuh saham kau. Farhan dengan kau tak sesuailah, kawan. Dia tu apa ada. Nak kata kacak jauh sekali dan peminat rahsia kau ni boleh tahan juga orangnya. Aku dah siasat nama dia Redza, budak akaun.”

Filia garu kepala. Di pandang Tira. Tira angkat bahu.

“FARHAN kau rasa aku patut keluar dengan Redza atau tidak?”

Farhan diam. Sudahlah dalam beberapa hari ini mereka jarang bertemu. Dia sibuk dengan persembahan di sana sini. Filia pula sibuk dengan kuliah dan projek kamsis(hostel). Dia faham itu akan tetapi takkanlah kedatangan ibu dan bapanya pun tidak di beritahu. Dia dapat tahu pun dari mulut Tira yang becok bercerita. Farhan mengeluh. Kenapa aku kisah pulak ni. Dia mendesis. Paling tidak tahan, Filia ada peminat rahsia. Damn!

“Farhan, kau dengar ke tidak?” tegur Filia.

Farhan angguk. Siapa dia untuk menghalang? Kalau Filia pun sukakan peminat rahsia dia. Siapa yang tidak suka dan terharu kalau ada seseorang yang menyukai kita dalam diam?

“Ikut kata hati kau. Lagi pun aku tengok budak Redza ni syarat dia baik juga, kacak, bergaya, mutu dan keunggulan.”

Filia senyum kelat.“ Seriuslah sikit.”

Farhan ketawa, ketawa yang di paksakan sebenarnya. “Aku seriuslah ni. Kalau kau suka dia, keluar dengan dia, kenal hati budi dia. Kalau tidak pun just keluar juga dan cakap terus terang dengan dia. Dia pasti faham. Manners. Understand!”

ANGIN PANTAI menyapa pipi. Filia memeluk diri. Kesejukan terasa di sapa angin petang yang tiba selepas hujan reda. Senyuman di lemparkan semanis mungkin kepada jejaka di sisi. Jejaka itu mengangguk perlahan. “Jadi, awak sukakan orang lain.”

Filia keras. Kaku. Kelu. “Redza saya hargai perasaan awak dan jujur saya terharu tapi itulah apa yang saya rasa. Saya harap awak faham.”

Filia sendiri tidak tahu apakah masih ada peluang untuknya mendapat seseorang yang begitu menyukainya seperti ini. Namun dia tiada pilihan. Apa pilihan yang dia ada pun? Dia sendiri kurang pasti.

Redza bersuara memecah sepi. “Dia tu senior awak kan? Saya ada dengar awak dan dia bersahabat baik kan?” Filia angguk kemudian geleng. Redza ketawa perlahan. “Awak ni kelakarlah. That’s why I like you. First time saya jumpa awak masa awak bergaduh dengan senior awak tu. At that time, saya rasa awak ni memang yang jenis ikut kepala sendiri.”

Pipi Filia memerah. Biar betul?

“Saya cuba nak dekat dengan awak tapi setiap kali tak berhasil, senior awak lagi cepat dari saya.”

Filia renung wajah Redza. “Awak buat saya rasa seram.”

Redza sengih. “Don’t be. Truly to say I am not that kind of the crazy maniac secret admire, okay?”

Filia terus ketawa. “And truly to say too, saya rasa kalau awak tak keberatan, saya suka kalau boleh berkawan dengan awak. You really like a fun person. Comfortable person.”

Redza senyum nakal. “And that’s mean you start to like me or what ?” Redza merenung terus ke dalam anak mata Filia.

Filia melarikan pandangan. “And now you sound like a jerky player!”

Redza ketawa di sambung pula dengan tawa Filia.

FIKRI menampar perlahan lengannya yang di gigit nyamuk. “Farhan, kalau iya pun nak mengintai carilah tempat yang strategik. Ini tempat penuh nyamuk da…”

Farhan menekup mulut Fikri, “Diamlah. Dia orang dengarlah nanti.”

Fikri ketawa bisu. “Kawan, nak dengar apanya kita duduk jauhlah satu meter pun tak sampai. Redza dan Filia nampak macam orang lidi aja dari sini.”

Farhan buat tidak endah. Ketawa mereka berdua bagai menikam jantungnya.

“Farhan kau ni dah parahlah. Kau nak aku telefon bonda pinangkan Filia untuk kau? Itulah, dulu kata tidak sekarang apa cerita?”

Farhan terus angkat kaki. Malas mahu melihat ‘drama’ di tepi pantai.

Fikri geleng kepala. Hai anak raja sorang ni, marah nampak.

FIKRI MENYIKU FARHAN. Di hulurkan telefon bimbit. “20 mesej? 10 missed call?”

Farhan buat tidak endah. Gitar di ambil dan di petik talinya. Suaranya mula menyanyi mengikut alunan petikan jemarinya.

Fikri tepuk perlahan bahu sahabatnya itu. “Bro, hampir dua minggu kot?”

Farhan berhenti menyanyi. “Kau nak aku buat apa? Aku tengok dia gembira jadi aku tak nak jadi penghalang itu saja. Lagipun aku ni kawan dia saja!”

Fikri mengajuk cakap Farhan. “Bla bla... itu sajalah alasan kau. Kalau iya pun betul statement kau tu, kau tak patut menghilang dan menjauhkan diri dari Filia. Binggung sekejap budak tu aku tengok.”

Farhan senyum tipis. Dicapai malas telefon bimbitnya. Di buka mesej.

Sms 1 : Farhan kau kenapa? Aku ada buat salah?

Sms 2: Farhan kau ada masalah? Ceritalah..

Sms 3: My idol Ariel, are you okay?

Sms 4: Bro, kenapa ni? Kau buat aku risau. Aku ada buat salah kat kau ke?

Farhan memicit kepala. Filia. Satu persoalan yang dia sendiri tiada jawapan. Dia selesa menjalinkan persahabatan dengan Filia dan atas dasar itulah dia tidak mahu merosakkannya. Sekarang dia sendiri keliru. Kemunculan Redza mengocak tebing hatinya. Seperti hak miliknya di ragut dari hidupnya. Cintakah dia? Benarkah perasaan yang di rasainya kini? Apatah lagi Filia sehingga kini masih tidak mengetahui siapakah dia yang sebenar-benarnya. Dia takut. Jika kebenaran ini dibongkar jurang antara mereka pasti akan menjauh.

“Fikri, sejujurnya aku lega ada orang yang boleh jaga Filia. Nanti bila aku kembali ke Sutrasia taklah dia terasa sangat.” Tutur Farhan tidak semena-mena.

Fikri lalu meluku perlahan kepala Farhan.

Farhan mengaduh. “Kau kenapa?”

Fikri separuh menjerit. “Kau tu yang kenapa? Ayat yang sadis sangat tu kenapa? Filia dia perlukan kau. Walau apa pun aku tahu dia jenis yang setiakawan. Tindakan kau ni boleh buat dia sakit jiwa tahu tak?”

Farhan cebik kemudian di ketap bibir. “Fikri, kau rasa aku… dah melampau sangat? Hati aku. Sakit.” Di raup muka.

Fikri pandang Farhan lama. “Maksudnya kau…?”

Farhan angguk.

Fikri terdiam terus. Sangkaannya langsung tidak meleset.

RUANG legar perpustakaan mula di penuhi para pelajar. Peperiksaan akhir semester semakin hampir. Maka, di saat akhir beginilah barulah kelam kabut pakat semua dok buka buku kejar ke perpustakaan.

Filia meninjau ke sekeliling. Tira turut membuang pandangan. “Cari Farhan? Jangan harap dia nak jengah ke sini. Petang ni kan dia ada show. Live kat t.v. Kau tak tengok berita?”

Filia geleng. Senyumnya tampak pudar. “Mesej aku langsung dia tak balas. Aku risaulah. Hampir dua minggu aku tak jumpa dia.”

Tira bersuara, “Filia cakap sajalah kau rindu dia. Farhan sihatlah. Kau tak payah nak risau segala. Fikri kan selalu ada dengan dia. Apa-apa jadi pun mesti Fikri akan inform kau.”

Filia kurang jelas mengapa Farhan berperangai seperti ini. Inilah kali pertama mereka berenggang. Takkanlah sebab akhir-akhir ini dia rapat dengan Redza jadi Farhan sengaja mengundur diri? Mungkinkah? Tapi Farhan tidak pernah mengatakan. Apatah lagi meletakkan hubungan mereka atas dasar lain, selain atas nama persahabatan.

“ Tira petang ni teman aku kita pergi jumpa Farhan.”

Tira ternganga. “Kau biar betul? Dahlah jauh. Tak naklah aku. Nanti Farhan terkejut tengok aku. Lagipun dia tak tahu yang aku dah tahu siapa dia. Karang dengan aku sekali kena serang.”

Filia renung Tira tajam. “Jadi kau tak nak ikut? Baik, aku pergi seorang!” Filia sudah mengatur langkah seribu. Tira mengejar dari belakang.

FIKRI menggosok matanya. Benarkah dia tidak salah melihat? Berkali-kali dipejam-celikkan matanya. Jeritan dari gadis itu mematikan keanehannya. “Filia kau buat apa di sini dan... Tira pun ada juga?”

Filia tidak terus menjawab matanya dikerlingkan ke arah beberapa orang krew dan pengawal keselamatan.“Pertama sekali, boleh tidak kau beritahu mereka ini, kau kenal aku?”

Fikri segera mengerti lalu menghampiri dan memberitahu Filia adalah kenalannya. Mereka angguk kemudian beredar. Di pandang Filia dan Tira. Filia tampak tenang. Tira pula jelas tampak gusar.

“Kau datang sini nak jumpa Farhan?”

Filia angguk menjawab pertanyaan Fikri. Dia lalu berkata, “Fik, dia dah habis show kan, jadi boleh tak kau bawa aku jumpa dia?”

Fikri berfikir agak lama sebelum berkata, “Okey, aku boleh bawa kau jumpa dia tapi hati-hati jangan sampai ketahuan dek wartawan.”

Filia senyum. “Terima kasih, Fikri.”

“Sebelum itu, boleh aku tahu bagaimana Tira tahu semua ini? Bukankah kau dah berjanji akan simpan rahsia?”

Pertanyaan Fikri mematikan langkah mereka berdua. Tira sengih.

Filia senyum. “Itu lain kali aku cerita, pokoknya Tira akan simpan rahsia ni dengan selamat. Aku tak beritahu dia, cuma secara tidak sengaja Tira boleh tahu. Accindentally!” ujar Filia.

Fikri akhirnya mengangguk perlahan. “Baik, mari kita ke bilik Farhan.”

MATANYA terpaku melihat Filia. “Fikri, kenapa kau bawa dia?”

Fikri geleng. “Bukan aku! Dia sendiri datang khas nak jumpa kau.” jelas Fikri. “Tira, jom, biar dia orang settle sendiri.” ajaknya lalu mengatur langkah, Tira mengekori Fikri dari belakang.

Farhan renung Filia. Kenapa dia datang sini? Dia rindu aku? Takkan kot?

Filia tunduk, mengelak dari memandang Farhan alias Ariel. Apa pun yang terjadi Filia tetap dan masih menganggap Ariel idolanya. Sehingga sekarang pun kalau berhadapan dengan Ariel dia masih terasa kekok. Walaupun dia sendiri jelas Ariel itu adalah sahabatnya Farhan.

Sepi. Suara hati mula berperang. Pagi tadi dia yang beriya mahu bersemuka dan kini dia terdiam seribu bahasa. Farhan di lihat sihat dan tidak sakit. Memanglah, kalau tidak bagaimana dia boleh bertenaga dan bersemangat dalam acara t.v.

Serentak suara mereka bergema. “Filia!” “Farhan!” Selama hampir dua minggu tidak berjumpa. Binggung. Terasa tidak terluahkan apa yang sebenarnya terpendam dan terendam di hati?

Akhirnya Filia terbangun. Automatik. Spontan. Filia terus mencapai tombol pintu.

“Kau okey?” Farhan bersuara, lalu memaksa Filia menoleh.

Mata Farhan ditentangnya. “Kalau okey, kau rasa aku akan datang sini?” Hilang terus kejanggalan yang dirasainya tadi.

Farhan pula lalu berkata, “Baik, just cakap apa yang kau nak cakap.”

Filia menarik nafas. “Aku ada terhiris hati kau? Kalau tidak pun, kenapa kau macam nak menjauh dari aku? Tolong terangkan boleh?”

Farhan senyum. “Kenapa? Kau rasa kehilangan?”

Filia kerut dahi. Kita tanya dia? Dia tanya kita balik? Soalan entah apa-apa pula tu? Dia nak jerat akukah?

Farhan senyum lagi dan kali ini wajahnya tampak tenang.“Kebelakangan ni, aku sibuk show sana sini. Sorry, aku tak boleh nak ada dengan kau selalu. Whatsoever, there’s Redza along to help you. Dengar kata kau dan dia sudah berpacaran. Good luck for both of you and your final exam.”

Bila mana nama Redza di sebut Filia tanpa berfikir panjang terus menyepak kaki Farhan.

Farhan terus terduduk. Sungguh tidak di sangka. Filia kau ini unpredictable sungguh? Filia sudah melenting.

“Kau sawan ke apa? Bila masa pula aku boleh ter ‘couple’ dengan dia? Kau tahu tidak bercouple tu bukan dalam list aku? Aku kenal dia baru lagi dan dia hanya setakat kawan biasa.”

Dia benar-benar naik angin. Farhan telan liur. Aku silap cakapkah?

“Filia aku tidak bermaksud nak cakap macam tu tapi itu yang aku terdengar?”

Filia cebik. “Kau dengar dari siapa?”

Farhan membisu.

Filia renung Farhan tajam. “Jadi, sebab tu kau menjarakkan diri dari aku? Mogok tak nak bercakap dengan aku? Kebudakan sungguh! Sibuk dengan show konon. Alasan!”

Farhan masih mematung.

Filia menyambung, “Siapa yang terasa kehilangan ni kau atau aku? Farhan takkan kau sukakan…?” Filia terhenti di situ. Terasa dia menjerat atau pun sebenarnya sedang terbelit dengan kata-kata sendiri?

Farhan senyum sinis. “Cakaplah lagi apa hal berhenti? Habiskanlah… Seronok pula aku dengar kau bermadah berhelah hari ini. Terubat terus rindu aku. Filia sayang, cakaplah lagi...”

Mamat ni memang sengaja je kan... Banggang betullah. Filia mendesis geram. Marah dengan diri sendiri yang sebenarnya, dah terlebih overdose marah Farhan sampai terbabas terlanggar traffic light. Last-last sekali percuma je kena usik dengan Farhan. Adus, obvious sangat ker aku nervous ni?

Farhan berkata perlahan, “Jujur aku katakan kau istimewa dan tersangatlah bohong kalau aku tidak terasa kehilangan teman baik aku.”

Filia menarik senyum segaris. Kini hanya sepi yang menghuni bilik itu.

“Tira macam mana dia boleh tahu?” Farhan tukar topik.

Filia teragak-agak untuk menjelaskan, “Itu... Tira… dia... secara tidak sengaja dia follow aku masa aku nak hantar jaket jadi begitulah ceritanya… Sorry? ” Filia seakan tersedar.

Mengapa pula dia yang tergagap dan terserba salah ni memanglah hakikatnya dia bersalah juga kerana tidak berhati-hati dalam menjaga rahsia dan mujurlah Tira yang mengetahui dan bukannya orang lain. Sekarang ini kesnya dia dan Farhan tengah bertegang pasal hal lain dan tiba-tiba… Filia terjerit kecil.

Farhan ketawa. “Kenapa otak dah tak betul?”

Filia menjeling tajam. “Yang kau tiba-tiba tukar topik apahal? ”

Farhan cebik. “Yalah, madam. Saya yang bersalah. Puas hati?”

Filia menggetap bibir. Geram. Kecik besar kecik besar je aku nampak jantan ni!

“Filia kau dan Redza betul hanya kawan? Kalau macam tu bolehlah kau jadi girlfriend Ariel nak?” Farhan senyum nakal. “Tawaran aku masih terbuka. Lagipun aku nak tutup gosip yang mengarut tu.”

“Farhan, sayang…” Dileretkan suaranya kemudian matanya dijegilkan, “Keputusan aku muktamad. Aku tak nak!”

“Sejuk hati aku, kau panggil aku macam tu. Kau tak nak jadi awek Ariel? Baik, kalau macam tu Filia jadi awek Farhan boleh?”

Filia juling mata ke siling. “Meremang bulu tengkuk aku dengar. Kau kalau bab nak mengarut, menyakat memang terror.” Filia tepuk tangan memerli.

“Bulu tengkuk pun tak ada. Dia yang mengarut kata orang.” Farhan gelak.

Sabar Filia sabar. “Mangkuk! Orang Utan! Sewel!” Mulutnya sudah tidak berlapik.

“Orang utan yang sewel dan mangkuk inilah juga yang pernah jadi idola orang tu.”

“Kau memang sengaja nak menyakitkan hati aku…”

“Tak mengaku pula. Malulah tu.” Masa berlalu. Filia tidak membalas. Kaki sudah di atur.

“Filia nak keluar tu tolong tutup pintu rapat sikit. Terima kasih.”

Filia mendengus kasar. Di hempasnya kuat daun pintu. Farhan tergeleng kepala. Mulut aku ni pun satu kenapalah asyik terbabas saja. Filia terpacul semula di muka pintu. Farhan tersentak. “Handphone tertinggal.” beritahu Filia.

Farhan menyuakannya pada Filia. “Antara Redza dan aku kau lebih sukakan siapa?”

Terangkat dua inci kening Filia mendengar pertanyaan serius daripada Farhan.

“Aku tanya kau ni, pekak ke apa?” tengking Farhan tiba-tiba.

“Kau apa hal pulak ni tadi bukan main sakat aku sekarang ni nak marah-marah pula?”

Farhan mengeraskan suara, “ Kau tak jawab soalan aku…”

“Soalan apa yang kau tanya ni? Antara kita hanya sahabat dan kau tak berhak halang aku berkawan dengan sesiapa pun. Jawapan tu sebenarnya dah ada pada diri kau sendiri, dan aku rasa tak perlu untuk aku menjawabnya.” Filia sudah mula bermain emosi.

“Filia aku minta maaf.” suara Farhan mengendur perlahan.

“Maaf? Simpanlah maaf kau tu dalam almari.”

Aku cuba untuk berbaik tapi sia-sia juga. Farhan kau kejam. Biarlah kali ini dia tidak akan mengalah. Kalau Farhan masih sayangkan persahabatan ini dia sendiri yang akan datang dan menjernihkannya kalau tidak… maka sebaliknya yang akan berlaku… .

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa