Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,411
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

“IMAGINASI itu lebih penting dari ilmu pengetahuan!” Filia membaca perlahan petikan itu dari sebuah buku yang di ambilnya. Ya, memang benar semuanya bermula dari daya imaginasi yang tinggi. Sesuatu bangunan yang unik tidak akan terhasil tanpa imaginasi seorang arkitek yang hebat.Teknologi juga tidak akan berkembang dengan pesat.

Di dalam dunia yang semakin maju dan moden ini, ianya menuntut minda kita berimaginasi jauh ke hadapan. Tidak lupa juga imaginasi itu juga, harus berlandaskan syariat yang boleh membawa kita kepada kejayaan dan bukannya kemunduran. Filia menutup buku itu. Dia melangkah menuju ke kaunter pembayaran.

“RM27,” beritahu cik juruwang itu.

Filia menelan liur. Alamak terlupa pula nak check duit. Filia senyum serba salah, “Maaf, kak saya pergi bank sekejap. Nanti saya datang balik.”

Juruwang itu mengangguk. Belum sempat Filia mengatur langkah, ada seorang lelaki menghulurkan not lima puluh dari belakang. “Kakak, kirakan sekali buku saya dengan cik ini.”

“Bertuah adik ada kawan yang pemurah. Bukan senang tau ada orang nak belanja.” tutur kakak juruwang itu ramah.

Filia hanya membalas dengan senyuman. Dia menonong keluar, di percepatkan langkahnya, pemuda itu pula mengejar dari belakang. “Ini buku kau, ambillah. Aku belanja.”

Filia langsung tidak menghiraukannya. “Aku ikhlas. Kalau kau rasa berat, tak apa nanti kau bayar balik boleh?”

Filia memandang Farhan meminta kepastian. “Betul? Lagipun aku tak nak dan tak suka berhutang dengan orang yang aku tak kenal macam kau.”

Farhan senyum mencebik. “Yalah. Lepas ni kau nak ke mana? Apa kata kita…” Belum sempat dihabiskan kata-kata, Filia sudah hilang ditelan dalam keramaian orang. Farhan mengeluh, niatnya bagi meminta maaf atas kejadian di kantin dan di festival terbantut, mungkin di kesempatan lain agaknya.

FILIA semakin rimas. Ke mana sahaja dia pergi, semestinya terserempak dengan makhluk asing. Perpustakaan di jabatan, di kedai buku dan sekarang di pantai pula? Ingatkan bolehlah dia ambil angin dan tenangkan fikiran tapi…

“Kau memang selalu keluar seorang saja? Tak bosan?”

Farhan juga tidak menyangka dia boleh bertembung lagi dengan gadis yang mula mencuri perhatiannnya. Dari apa yang dia tahu Filia tidak mempunyai kawan baik jauh sekali kekasih. Baginya tidak sukar untuk mendekati Filia kerana dia dahulu pernah tiada kawan. Hidup terkurung di dalam sangkar emas amat menyesakkan nafas dan siapa tahu Filia juga mungkin ada alasannya sendiri.

Filia tidak mempedulikan Farhan, dia berjalan menaiki jambatan kecil di tepi pantai itu. Farhan turut melangkah.

Filia mula naik angin “Kau memang tak ada kerja lainkah, yang kau ikut aku kenapa?” jeritnya kuat.

Farhan tetap tenang. “Awak, saya ni memang tak bekerja pun. Saya masih belajar macam awak juga. Lagipun saya hendak pergi ke seberang sana juga. Salahkah?”

Filia terus membisu. Malas mahu berbalah tapi kalau diikutkan hati mahu sahaja dicepuk makhluk asing ini. Tiba di penghujung pantai, Filia mula memanjat batu-batu besar di situ. Farhan setia di belakang mengekorinya.

“Boleh tak kau pergi duduk jauh sikit dari aku, sebelum aku tendang kau masuk ke dalam air pantai yang jernih ni?” tempik Filia.

“La… nanti kalau kau jatuh macam mana? Batu ni dahlah sikit punya tinggi,”

Filia meraup mukanya “Ya Allah, itu hal akulah nak jatuh ke hapa. Lantaklah.”

Farhan masih becok bercakap. “Sebenarnya aku risaulah juga kalau jadi benda yang tak diinginkan. Dibuatnya kau kena culik tak ke haru tu? Aku juga yang kena tanggung dan jawab, sebab biar kau jalan seorang diri!”

Mulut Filia terus terherot ke kiri dan ke kanan. Macamlah aku kenal kau sangat, getusnya perlahan. Matanya melirik melihat penampilan Farhan.

“Wei, apahal yang kau butang baju sampai ke atas hah? Spek mata pula tak boleh lagi tebalkah? Rambut tu kenapa belah tengah kenapa tak belah tepi aje?” Filia ketawa mengejek. “Tapi nanti, silap-silap orang akan ingat kau tu pesakit wad sakit jiwa pulak.” perli Filia yang sudah letih mendengar bebelan Farhan.

“Boleh tahan laser juga mulut kau kan?” ujar Farhan menahan marah. Penampilan aku ke yang jadinya isunya sekarang ni? Hodoh sangat ke aku ni?

Filia berhenti ketawa, dapat dilihat dengan jelas riak wajah Farhan terus berubah. “Okey,my bad. Sorry. Aku tak patut judge penampilan kau.”

Farhan senyum tak berperisa. “Tak apa. Kiranya kita seri. Aku pun dah minta maaf pasal hal di kantin dan di festival, tapi kau tu yang macam tak nak maafkan aku.”

Filia pandang Farhan lama. “Bila masa kau minta maaf? Cuba kau story sikit. Manalah tahu kan aku boleh rewind balik hari bersejarah tu?”

Farhan tersengih. “Tapi betullah, rasanya aku macam pernah minta maaf, tapi bila iya?” Filia terus bangun. “Rileklah. Kau ni memang mudah kecil hatilah. Baik, aku minta maaf. Aku janji tak akan sakat kau lagi.” Filia membisu. Farhan masih cuba menjernihkan keadaan “Angin pantai ni, sejuk juga petang-petang macam ni.”

Filia terus membalas dengan, “Banyaklah kau punya sejuk. Rimaslah aku. Aku lebih suka bersendiri. Aku lebih selesa begini.” luah Filia.

“Rugi gila.” ucap Farhan perlahan.

“Apa yang rugi? Pada aku, bila ada kawan ni buat menyemak sahaja. Bukannya boleh di pakai pun! Dan untuk apa berkawan kalau langsung tiada keikhlasan?” Suaranya separuh berbisik.

Farhan terus bertanya, “Kenapa dengan kau ni? Aku tengok kau ni macam bencikan perkataan sahabat? Kau pernah di sakiti sahabat kau?” soalnya ingin tahu.

“Kenapa kau nak tahu? Ini hal aku! Dunia aku!” suaranya mula melengking.

Farhan terkejut melihat perubahan Filia. “Filia aku minta maaf aku bukan nak masuk campur hal kau, aku rasa kau…”

“Kau rasa aku apa?’ suaranya mula mengendur.

“Walau apa pun yang pernah terjadi antara kau dan sahabat kau. Kau jangan anggap semua orang pun begitu.”

Filia membawa pandangan ke arah sekawanan burung yang terbang membelah awan. Farhan tidak tahu perkara yang sebenarnya. Kenyataannya amat menyakitkan.

“Kau tak payahlah nak ceramah. Rimaslah. One more thing you need to know. Aku tak pernah anggap semua orang macam kawan aku. Aku hanya tak nak bercampur. Faham?”

Farhan geleng. “Bukankah lebih kurang sama sahaja. Kau tak nak berkawan sebabnya kau takut orang lain pun akan buat benda yang sama macam kawan kau kan?”

Filia menjerit kuat. “Diam!!! Lebih baik kau berambus sebelum aku sepak kau jatuh bawah.” Filia sudah berdiri dan bersedia memulakan serangannya.

“Filia aku hanya nak memperbetulkan persepsi kau akan nilai persahabatan.” jelas Farhan.

Filia ketawa, ketawa yang dibuat-buat. “Kau tak payah nak buat lawak. Kau dan aku bukannya rapat. Aku rasa lebih baik kau balik.”

Farhan tidak berganjak. Filia membuat keputusan kalau Farhan tak nak pergi lebih baik dia sendiri yang angkat kaki dahulu.

“Filia kau tahu kan dunia ni hanya tempat persinggahan? Akhirat sana yang kekal abadi. Jangan biar hati kau sunyi. Kau patut keluar dari zon selesa. Mix up with people then your life will be more meaningful!”

Sepi, yang kedengaran hanyalah desiran ombak menghempas pantai.

“Apa kata sebagai permulaan biar aku yang jadi kawan pertama kau?” Farhan menghulurkan tangannnya. “Aku janji takkan tanya perkara yang berkaitan sahabat kau dahulu melainkan kau sendiri yang rela bercerita.”

Luka lama masih lagi terasa. Apakah benar yang di katakan Farhan? Dia terlalu selesa dengan hidupnya ini? Filia senyum. Anggukan darinya menunjukkan dia menerima huluran persahabatan dari Farhan, namun huluran tangan Farhan tidak dibalasnya.

Farhan mengukir senyum. “Angguk tu, maknanya kau setujulah? So deal, we are friend?”

Filia juga tersenyum “Baiklah, tapi kalau aku masih tidak dapat…” Filia tidak menyambung ayat seterusnya.

Farhan mengangguk tanda mengerti. “But for now we are friend.”

“Yes, we are.” Matanya di bawa ke tengah pantai.

Farhan turut menghantar pandangannya, menikmati panorama indah di kala senja kian menjelma. “Filia aku nak tanya sikit? Shasha tu bukan kawan kau kan?”

Filia merenung dalam ke arah anak mata Farhan. “Kau rasa aku patut sepak kau sekarang atau tidak?”

Farhan terus bangun dan melompat ke bawah. Filia ketawa geli hati. Farhan menggaru kepala. Ceh, dia kenakan aku rupanya.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa