Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,429
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

WALAUPUN berat di gagahkan jugak dirinya mengangkat buku yang setinggi gunung itu. Pandangan Filia terhadang. Jalannya mula bengkang-bengkok. “Tepi sikit, beri laluan…” pintanya pada beberapa orang pelajar yang berselisih dengannya. Filia bolehlah diibaratkan sebagai seorang ulat buku. Buku dan dia umpama sahabat yang tidak dapat dipisahkan.

“Perlukan bantuan aku tak?” Belum pun sempat Filia megiyakan, pemilik suara itu terus mengambil beberapa buah buku daripada tangan Filia.

Mata Filia membulat. Dia? Lagi? Satu keluhan berat dilepaskan. “Bagi balik buku tu. Aku boleh bawa sendirilah.”

Farhan ketawa. “Kau sendiri jalan pun sudah menyenget semacam aje. Sekali tengok dah macam king-kong. Boleh bawa sendiri konon.”

Filia menggetap bibir menahan geram. “Kau ni memang spesis yang tidak faham bahasakah? Aku cakap…”

Farhan memotong percakapan Filia “Cik Filia, hendak diletakkan di meja mana iya buku-buku ini?”

Mulut Filia terus terherot sebelah. “Makan penampar jarak jauh juga budak ni karang.” gumamnya perlahan.

Farhan mengulang tanya meskipun dia mendengar omelan Filia. “Nak letak kat mana ni?”

Filia memberitahu malas, “Selang dua meja dari sini… dahlah ikut ajelah,”

Farhan meletakkan buku. Kerusi ditarik lalu dia duduk di sebelah Filia.

Filia menghadiahkan jelingan tajam. “Siapa suruh kau duduk? Kau tahukan library ni sikit punya luas. Pergilah duduk tempat lain.” marah Filia. “Hish... ada aje yang nak menganggu aku.

Hari tu mamat loyar buruk mana entah katlibrary awam dan sekarang ni kau pulak… rimasnya aku.”

Farhan ternganga. Aura kegarangan dia dah datang dah. Mamat loyar buruk?

“Sampai hati kau nak halau aku. Aku ni sikit punya baik hati, tolong kau angkat buku. Cakap terima kasih pun tak. Tak apalah aku tak kisah pun. Aku sedar siapa diri aku ni.” Farhan buat ayat sedih dan pura-pura mengesat air mata.

Filia mencebik. Menyampahnya. Dia ni memang makhluk asing.

Dari jauh kelihatan kelibat Shasha kawan sekuliah Filia. “Mana kau pergi puas aku cari kau.” Shasha sudah pun duduk di hadapan Filia. Mata dilirikkan tajam menikam wajah Farhan.

“Ini budak nerd mana pula kau terber ‘kawan’ ni Filia?” Dari atas ke bawah di pandangnya Farhan. Butang baju kemeja di butangkan sampai ke atas. Spek mata tebalnya mungkin 10 inci kot. Rambut belah tengah? So outdated!! Skema plus nerd plus geek!!!

“Shasha, for your information aku tak kenal pun dia ni. Dia cuma tolong aku bawa buku.” bohong Filia.

Shasha memandang Farhan dengan pandangan yang jelik. “Kalau begitu, silalah berambus wahai budak skema. Kami nak study.” Pandangan matanya tika itu, seakan mahu dibelahnya badan Farhan.

Farhan menggeleng perlahan. “Sungguh tidak berbudi bahasa awak ini tapi tak apa, saya tak suka cari gaduh dengan perempuan.”

Filia tersenyum sinis mendengar bicara Farhan. Yalah sangat yang kau bertikam lidah dengan aku kelmarin dulu apa cerita.

Shasha masih tetap dengan lagak kurang sopannya, “Tunggu apa lagi, blahlah!”

Perlahan-lahan Farhan bangun dan beralih ke meja lain.

“FARHAN kau masih waras kan? Kau sedar tak kau tu siapa? Dia tu siapa?” marah Fikri tiba-tiba.

“Aku tahulah aku ni budak skema, tak payahlah kau nak sedarkan aku, Fik. Aku tahu kalau nak diperbandingkan dengan kau, perempuan lebih pandang kau daripada aku yang tak tampan ni.” ujar Farhan merendah diri.

Fikri terus malas hendak bertegang urat. Kalau di cakap kata-katanya macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cepat sahaja dibidas semula oleh Farhan. Fikri menukar topik perbualan. “Kau sudah makan ubat ke belum ni? Nanti pengsan pula tengah jalan macam hari itu. Jenuh pula aku nak mengangkat kau.”

Farhan angguk. “Jangan risaulah. Aku dah makan. Jantung aku setakat ni dalam keadaan yang baik. Kau ni kadang-kadang dah macam ibu aku pula membebel aje kerjanya.”

“Aku membebel ni sebab nak mengingatkan kau. Ibu kau amanahkan aku jaga kesihatan kau. Aku tahu kau dah pernah operate tapi kesihatan nak kena jaga juga.”

“Fikri,don’t worry. Setakat ni semuanya okey. By the way thanks,bro. Kau memang sahabat aku yang terbaik.” Fikri diam. Farhan meneruskan, “Aku bersyukur sangat ada sahabat yang macam kau. Kau sentiasa mengambil berat hal aku tapi aku juga nak ingatkan kau, jangan lupa jaga diri kau juga.”

“Aku tak sangka sayang juga kau kat aku.” gurau Fikri.

Farhan geleng kepala “Mangkuk kau, aku serius kau main-main pula.”

Fikri ketawa. “Aku tak tahanlah bila kau mula nak masuk ayat drama.” Farhan juga terikut ketawa.

Fikri menepuk dahinya perlahan. “Lupa pula aku. Petang tadi, ayahanda tercinta kau telefon dia suruh aku tanya, bila anakanda tercintanya ni nak mencemar duli balik ke Sutrasia.”

Farhan terdiam terus. Seketika kemudian nafas di hela panjang. “Kau pun tahu bukan aku tak nak cuma…”

Fikri senyum. “Kau takut ayah kau buka cerita fasal itu benda ya? Ayah kau kan dah janji selagi umur kau belum mencecah 24 dia takkan paksa kau kan?”

Farhan mengeluh, “Memanglah, tapi aku tetap risau juga. Dibuatnya dia buka cerita nak didedahkan pewarisnya pada media, habislah aku.”

Fikri memaut bahu sahabatnya itu. “Kau ni terlalu low profile lah kawan. Orang lain berebut nak kejar glamour, kau pula suka main hide and seek.”

Farhan angkat bahu. “Entah! Mungkin ini cara aku untuk dapatkan privasi yang tersendiri.”

“Eh, ni buku apa Farhan?”

Farhan cepat-cepat merampas buku tu dari tangan Fikri.

“Aku tak rasa tu buku kau kan? Diari ni? Diari siapa kau curik ni?’

“Bukan urusan kaulah!!”
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa