Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,423
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

TAMAN rekreasi mula dipenuhi orang ramai. Filia sesekali tersenyum apabila melihat gelagat kanak-kanak yang merebut mahu bermain buaian dan ada juga yang menangis apabila ibu atau ayah tidak mahu membelikan aiskrim.

“Farhan, bukan tadi kau cakap nak singgah kejap saja. Lepas itu terus ke kampung kau kan? Ini apa cerita kita masih di pantai timur ni?” suara Filia tiba-tiba menerjah bertanya Farhan.

Farhan menentang mata Filia. Filia menanti penuh sabar bicara dari Farhan. Tanpa di duga oleh Filia, Farhan telah tahu duduk perkara yang sebenarnya. Dia mahu memujuk Filia. Berbincang dari hati ke hati sebagai seorang sahabat.

“Farhan, kau ada masalah? Aku tengok kau macam rungsingkan sesuatu saja. Kalau ada, boleh aku tahu? Manalah tahu aku boleh tolong kau selesaikan.”

“Filia, aku dah tahu.” Matanya masih melekat pada seraut wajah si gadis yang kini bertukar keruh.

Filia terdiam. Kemudian dia membuka mulut bertanya, “Tahu? Kau tahu apa?”

“Tentang kau!” tuturnya perlahan.

“Tentang aku? Tentang apa?” Filia masih cuba bermain tarik tali meskipun dia dapat merasakan Farhan telah tahu mengenai penyakitnya.

“Filia terima saja cadangan ibu dan ayah kau. Mereka kan doktor pasti mereka tahu ini yang terbaik untuk kau.”

Filia terus menoleh menatap wajah sahabatnya. “Farhan apa yang bebelkan ni?” suaranya bergetar.

“Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni? Aku langsung tak faham. Aku rasa kau dah tak betul. Jantung kau yang ada masalah dan sekarang jangan cakap otak kau pula yang dah tak betul.”

Farhan terus meledakkan kemarahannya, “Kau yang ada masalah. Kenapa kau keras hati dan degil sangat! Susah sangatkah untuk dengar cakap orang yang begitu menyayangi dan mengambil berat tentang diri kau? Jangan pentingkan diri sendiri. Cuba letak diri kau dalam diri mereka. Memang kau yang menanggung kesakitannya tapi tempias penderitaaan kau tu tetap dirasai oleh mak bapak juga.”

Farhan rasa semua ni macam mimpi, mimpi ngeri yang dia mahu bangun darinya. Selama ini Filia merahsiakan sesuatu yang begitu penting dari pengetahuannya, kalaulah dia tidak terdengar perbualan antara Filia dan ibu bapanya dan menyuruh Fikri mengintip mereka pasti dia masih kelam tidak tahu apa-apa.

“Farhan aku rasa kau dah terlebih beremosi. Aku sakit? Derita? Kau dah gila agaknya.” Filia cuba menegakkan benang yang telah basah. Dia bangun menjauhi Farhan. “Aku rasa kau takkan bawa aku ke kampung kau hari ini. Aku balik dulu.”

Farhan berlari anak mendapatkan Filia. “Filia, jalani pembedahan itu, walau apa pun yang terjadi kami akan sentiasa menemani kau. Letakkan kepercayaan kau sepenuhnya kepada Tuhan. Tawakkal itu jalan kepada ketaqwaan kepadaNya. Jangan berputus asa. Dia sentiasa bersama kita.”

Mata Filia bergenang, tersentuh hatinya mendengar kata-kata Farhan. Begitu mendalam maksudnya itu. Farhan tidak memarahinya meskipun dia merahsiakan penyakit yang dideritainya ini malah Farhan berkeras dan memujuk serta menasihatinya menjalani pembedahan.

Dalam sedu-sedan dia berkata, “Tentu kau dah maklum akan kesan sampingannya kan? Disebabkan itu aku jadi takut, takut lupakan kau, keluarga aku dan segalanya tentang hidup aku.”

Farhan tersenyum pudar, “Jangan bimbang, kau masih di peringkat pertama. Ketumbuhan itu masih boleh dibuang. Mengenai peti memori, itu hanyalah kebarangkalian sahaja. Kuatkan semangat, mana Filia yang kasar dan berjiwa kental yang aku kenal.”

Filia bagaikan tersedar, dia terlalu hanyut dalam kepiluan dan tanpa sedar telah menyiksa diri sendiri. Seperti seorang yang tidak bertuhan. Dia beristighfar. Hidup perlu diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tuhan tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hambanya. Ya Tuhan, ampunkan aku.

“Aku minta maaf aku tak berniat nak berkasar dengan kau.” ucap Farhan lembut. “Aku cuma tak mahu kau simpan kesedihan seorang diri.”

“Kau tak salah apa-apa. Aku yang silap. Aku yang tak jujur dalam persahabatan kita. Aku pinta kau jujur, dan kau tepati janji, kau beritahu siapa kau yang sebenarnya dan aku?”

Farhan memotong kata-kata Filia, “Aku pun bukanlah jujur sangat dengan kau, contohnya aku tak pernah pun beritahu kau aku sakit jantung dan pernah dibedah jadi kita seri.” Farhan senyum.

Filia turut melakar senyuman manis. “Terima kasih, sahabat.”

Farhan angguk. “Kasihmu di terima,my beloved friend.” Mereka berdua tertawa perlahan.

“Filia buat kesekian kali, tolong jalani pembedahan.” pinta Farhan penuh mengharap. “Demi ibu dan ayah dan kami serta diri kau sendiri. Can you? ”

Filia diam. Farhan setia menunggu kata putus Filia. Filia tarik muncung panjang. “Awak buat saya ni macam budak kecik. Baiklah saya dengar cakap awak. Saya operate! Puas hati?” Filia buat-buat merajuk.

Farhan tertawa perlahan, “Hish, sejak bila pakai saya awak ni? Awak, ini semua demi kebaikan awak juga. Kalau tidak awak takkan dapat dengar lagu terbaru yang saya cipta sendiri.”

Filia pandang Farhan. “Kau reka lagu sendiri? Nyanyilah aku nak dengar.”

Farhan geleng. “Nope. Selepas bedah baru boleh.” tegas Farhan.

“Ala, sikit saja.” rengek Filia manja. “Bolehlah awak, bolehlah…” Dikelip-kelipkan matanya.

Farhan telan liur. Alamak hai comelnya dia bila buat macam tu.. Farhan mengalah. “Baik, tapi sikit saja.”

“Thanks, my dear Ariel!”

“Ariel? Aku Farhanlah sekarang!”

Filia ketawa. “Dengan diri sendiri pun nak cemburu.”

“Aku tak nak nyanyilah kalau macam ini.” rajuknya.

Filia kembungkan pipi. Geramnya aku.“Farhan sayang, tolonglah nyanyi untuk saya, please...”

Farhan senyum senang. “Baiklah, here we go.”

Secebis senyumanmu mengetar jiwa

Hatiku terpaut rindu padamu

KasihNya yang menemukanku dengan dirimu

Salam kasih ku hulur

Lalalala…

Farhan berhenti. Filia tepuk tangan. “Melodinya sedap.” pujinya.

Dia tersenyum mendengar pujian dari Filia.

“Sebenarnya masih belum siap sepenuhnya. Aku nak kau jadi orang pertama yang dengar lagu ni bila ianya dah di ‘arrange’ nanti.”

Filia senyum. “Mestilah, sebab aku peminat nombor satu Ariel!” Farhan ketawa. Filia tunduk tersenyum malu-malu. Alamak, terlepas lagi.

Farhan sengih. “Heh, jadi Ariel masih awak punya idola?”

Pertanyaan maut tu. Gulp. Filia telan liur. Dia meliar memandang tasik di hadapan.

Farhan ketawa kecil. “Tak boleh di bawa bergurau sikit, terbisu terus.” gumam Farhan.

Filia menoleh. “Apa dia?”

“Tak ada apalah, jom kita balik.”

SAPAAN dari seseorang mengejutkannya yang sedang termenung. “Macam mana feeling better? Kenal aku lagi tak?” tanya si teman ingin tahu. Dia terdiam agak lama kemudian digelengkan kepala. Ternyata berubah terus riak muka si temannya itu. “Mak cik bukankah pak cik Helmi cakap dia okey dan operation berjaya?”

Si ibu tersenyum. “Tira, Filia mainkan kamu. Dia kenal dan ingat kamu.”

Tira terus memeluk Filia. Matanya mula berair. “Sampai hati kau mainkan aku. Kita punyalah susah hati doakan dia selamat segala.”

Filia senyum, tangannya pantas menyapu air mata yang mula mengalir di pipi sahabatnya itu. “Farhan tahu kau dah sedar?” tanya Tira.

Filia geleng. “Belum sempat nak beritahu dia.” Tira terus menarik keluar telefonnya akan tetapi secepat kilat dihalang oleh Filia. Perlahan dia berbisik di telinga Tira kerana ibunya masih tidak tahu siapa sebenarnya Farhan.

“Jangan, aku tahu dia sekarang tengah sibuk dengan show dan persiapan album baru dia. Nanti-nanti sajalah. Aku sendiri yang akan telefon dan beritahu dia.”

“Bila? Bila kau dah keluar dari hospital? Kau tahu tak sepanjang kau tak sedar selama satu minggu ini, dia yang selalu temankan kau, bersembang dengan kau. Ibu kau ni sampai berkeras suruh dia balik rehatkan badan baru dia nak balik, kalau tidak aku rasa dia akan tunggu kau 24 jam!”

Tergamam Filia mendengar amarah dan bebelan dari Tira.

Puan Eliza kemudian ketawa kecil. “Anak mak ni memang beruntung tau. Ada kawan macam Tira yang caring dan juga si Farhan teman tapi mesra yang adorable. Ibu berkenan sangat kalau dia jadi menantu ibu.” Tira juga turut mengangguk.

Muka Filia memerah apabila nama Farhan di sebut. “Ibu apa ni? Ibu pun nak bersekongkol dengan Tira juga?”

Puan Eliza senyum. “Kenapa kamu cemburu? Tira dengan ibu dah jadi geng jadi segala gerak geri kamu dalam perhatian ibu. Kan Tira?” Bahu Tira diraihnya. Tira mengukir senyum lucu. Puan Eliza memangsporting habis.

“Betul, mak cik! Jangan risau saya akan bertindak mengikut arahan.” Dia mengangkat tangan membuat tabik hormat.

Filia memasamkan muka. “Sampai hati buli orang sakit macam saya.” Rajuknya.

Puan Eliza dan Tira saling berbalas senyuman. “Alahai merajuk pula dia.” Puan Eliza mencuit hidung anaknya.

Syukur pada Tuhan. Segalanya telah dipermudahkan, pembedahan Filia berjalan dengan lancar berkat doa yang tidak putus dari sahabat dan kedua ibu bapanya. Ibu dan bapa Filia sendiri yang membedahnya. Ketumbuhan berjaya di keluarkan tanpa ada kesan sampingan. Benarlah seperti yang diperkatakan pengetahuan manusia itu terbatas, kita hanya mampu merancang Dia yang menentukan.

DUDUKNYA serba tidak kena. Sekejap dia berdiri kemudian berjalan kiri ke kanan. Fikri langsung menegur, “Bro, kau kenapa? Bukannya first time kau masuk studio record lagu, gelisah semacam sahaja aku tengok.”

Jam di dinding di kerling sekilas, “Agaknya dia dah sedar ke belum? Hampir semingggu dia koma, risau aku.”

“Oho, pasal Filia rupanya. Farhan habis saja recording ni kita pergilah lawat dia. Sekarang ni yang penting kau tumpukan perhatian pada rakaman. Filia pun tentu tak nak penyanyi kesayangan dia ni abaikan kerjaya disebabkan bimbang akan kesihatan dia kan?” ujar Fikri sedikit bergurau dalam menasihati temannya itu.

“Itu aku tahulah, tapi sekarang ni aku nak fokus pun macam tak boleh, aku risau kalau terjadi apa-apa pada dia.” luah Farhan jujur.

“Sahabatku, ibu dia kan ada perhatikan dia, Tira pun ada tolong temankan Filia. Dah, jangan risau sangat. Jom masuk dalam, jangan sampai abang Murad mengamuk kalau tidak nahaslah kau.” Fikri mengingatkan.

Farhan akur, ada benar juga kata-kata Fikri. Ibu dan ayah Filia seorang doktor tentulah mereka akan mengawasi keadaan dia dengan baik. Filia juga tidak akan sunyi sebab Tira ada menemaninya. Pembedahan Filia berjalan dengan lancar, cuma apa yang menganggu mindanya tika ini, adalah apakah Filia akan mengingatinya apabila terbangun dari lenanya yang panjang itu?

“Seperkara lagi, kesihatan sendiri jangan sampai lupa pula, jantung kau tu masih dalam pemerhatian doktor, ingat tu!” tambah Fikri lagi. Farhan tersenyum tawar.

GELAK ketawa mereka bersatu. Ibu Filia senang melihat anaknya sudah mula tersenyum dan gembira dalam erti kata yang sebenarnya. Dia tumpang gembira kerana anaknya ini mempunyai sahabat dan teman yang baik.

“Filia berbuallah dengan kengkawan ibu keluar sekejap iya.” beritahunya lembut dan perlahan. Filia angguk lalu membalas dengan kucupan di pipi kanan ibunya.

“Beruntungnya kau ada ibu yang penyayang, aku lepas ibu dan ayah berpisah. Keluarga kami dah tak macam a family.” lirih suara si teman meluahkan.

“Nor, itu semua ujian darinya. Aku mungkin tak layak nak bagi nasihat ke apa tapi yang aku tahu Tuhan tak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak tertanggung oleh hambanya.”

Shasha senyum. “Filia kau sedar tak semakin kau berkawan rapat dengan Farhan semakin pandai kau berfalsafah.” Nor dan Tira ketawa kecil.

Filia menyanggah kata-kata Shasha, “Mana ada, aku bercakap jujur dari pengalaman aku sendiri melalui penyakit yang aku alami. Korang datang melawat ke nak menyakat ni? Kalau setakat nak mengusik aku tak tentu hala, pergi balik sekarang!” tempelaknya.

Serentak mereka bertiga memeluk Filia. “Wei, lemaslah aku.”

“Filia, syukur semuanya dah selamat dan you are back to normal again.” Terpancar riak wajah yang ceria di muka Shasha dan juga Nor.

“Pertama kali aku dengar dari mulut Redza kau masuk hospital kemudian perlu dibedah. Terkejut gila aku. Selama ni aku nampak kau sihat walafiat, then suddenly kau sakit. Aku minta maaf, mulut aku ni jahat selalu termengata kau itu, ini terutama hal kau dengan Farhan. Sumpah kalau jodoh kau ada dengan dia aku restukan saja.” gurau Shasha dalam seriusnya.

Meletus tawa Filia, Tira, dan juga Nor. Tangan Filia juga sepantas lipas kudung menggetu paha Shasha. Shasha terjerit, “Mak ai, mak ketam ni garangnya. Whatsoever, really feel lega sebab kau selamat.” Tutur Shasha ikhlas.

Air mata mula bergenang spontan dipeluknya Shasha. “Mana aci, a group huglah” Tira dan Nor juga tidak mahu ketinggalan. Seketika Filia terasa ingin menghentikan detik ini buat selamanya. Teman boleh dicari akan tetapi sahabat sejati sukar ditemui.

“ARIEL MANA?” tanya abang Murad. Semua yang berada di situ menggeleng tidak tahu. Abang Murad melilau pula mencari Fikri. Bayang Fikri juga tidak ada. Telefon di kocek terus diseluk, nombor Fikri terus di dailnya. Sebaik talian sebelah sana berbalas, dia terus menyerang, “Korang pergi mana? Tahu kan lepas ni ada interview dengan reporter? Sesuka hati blah macam tu saja.”

Fikri menjarakkan sedikit telefon di tangan, naik berdesing telinganya mendengar tempikan abang Murad. Kening Farhan terangkat bertanya siapa. Fikri berkata perlahan, “Abang Murad.”

Farhan cepat-cepat menghidupkan enjin kereta. “Kau tibailah apa-apa pun, nak senang kau cakap sajalah aku lawat Filia di hospital. Lagipun abang Murad ingat Filia tu awek aku kan?”

Fikri ternganga. Dia ni biar betul?

Serentak dengan itu kereta terus di pandu laju menuju ke destinasi: hospital.

Sebaik menapak masuk ke dalam hospital, telefon Farhan berdering tanda mesej masuk.

Filia dah sedar pagi tadi.

Mesej dari Tira memaksa Farhan mempercepatkan langkahnya. Setibanya di hadapan wad. Farhan teragak-agak mahu memulas tombol pintu. Reaksi yang bagaimana harus dia tonjolkan? Orang kata orang yang koma boleh mendengar apabila kita bercakap dengan mereka.

Ketika Filia koma, banyak yang dia perbualkan atau sebenarnya meluahkan apa yang selama ini terbuku di hati. Dia ragu-ragu adakah Filia mendengarnya atau hanya akan menganggap ianya sekadar mimpi?

Fikri menahan nafas, penat mengejar Farhan dari belakang. “Kau lari macam nak masuk marathon ni apahal? Filia tak lari ke mana pun.”

Farhan sengih. “Maaf, aku dapat mesej Tira, dia kata Filia dah sedar pagi tadi.”

Fikri gelak. “Alahai, dah tu yang tercegat depan ni buat apa jomlah masuk.” Tombol pintu terus dipulas.

Adegan di depan matanya, terasa sakit untuk dipandang. Fikri menjeling dengan ekor mata, jelas terpancar aura cemburu dari temannya itu. Mahu tapi ego. Degil. Padan muka kau.

Redza menyuap suapan bubur yang terakhir. Filia tarik muncung, “Buat malu saja, Filia boleh makan sendirilah, Along.”

Kemesraan yang terpamer benar-benar mengoncang hatinya.

“Filia jangan degil, kalau tak di paksa bubur ni takkan dijamahnya.” Filia masih berkeras. “Dah kenyanglah, pagi tadi makan bubur, petang pun bubur, naik muak dah.” Spontan telinga Filia dipiat Redza.

Fikri berdehem. Redza dan Filia sekilas berpaling. Farhan masih tidak berganjak, berdiri di tepi pintu. “Hai,” Sepatah itu saja yang terkeluar dari mulutnya.

Filia mengukir senyum nipis. Dia datang pakai macam ni? Biar betul? Harap Redza tak perasan. Atas ke bawah di pandangnya Farhan. Fuh nasib baik ada cap Levi’s.

Redza bangun, “Aku gerak dulu, ada janji dengan kawan nak main futsal,” beritahunya. Tangan dihulur bersalaman dengan Fikri dan juga Farhan. Redza pandang Farhan pelik. Seperti pernah ku lihat wajah ini tapi di mana ya? Dia mahu bertanya tapi mungkin lain kali kot.

Farhan sendiri pun sama pelik, kenapa Redza tengok dia lain macam saja.

“Filia, jaga diri, rehat secukupnya.” pesannya sebelum menutup daun pintu. Filia ketawa. “Yes, I will.”

Redza mengulum senyum. “Sayonara!”

“Kau dengan Redza tu dah declare ke?” tebak Fikri. Sebenarnya lebih kepada bertanya bagi pihak Farhan yang buta kayu itu. Filia senyum. “Tak adalah, mengarutlah kau ni.”

Fikri angguk, “Baguslah macam tu, kalau tak ada yang makan hati, kecewa.” gumamnya di bawah sedar. Pandangan Farhan dan Filia bertemu. Fikri tersengih, sedar lidahnya telah tersasul.

“Syukur pada Tuhan, segalanya telah dipermudahkan.” ucap Farhan setelah agak lama membatukan diri. “Siang malam aku berdoa agar kau selamat dan cepat sembuh. Finally you’re back!”

Filia memeluk tubuh. Terharu mendengar bait kata itu dari mulut Farhan. Mahu di balas kata-kata Farhan akan tetapi suaranya bagaikan tersekat di anak tekak tidak terjangkau untuk dilontarkan keluar. Sementelah sejak dari tadi ada sesuatu yang menganggu pendengaran dan penglihatannya tika ini. Suasana bising dan riuh itu seperti tidak terkawal lagi.

Pelik bin hairan juga telinga Fikri dan Farhan ni tersumbat ke apa? Atau dia orang buat-buat tak dengar sebab sudah terbiasa?

“Filia kenapa senyap saja ni? Kau tak suka aku datang jenguk?” suara Farhan lembut menyapa telinganya. Filia geleng. Farhan kerut dahi tak faham.

Filia pandang Fikri. Fikri juga sama naik dengan Farhan. Filia jatuh bahu. Haiya wa juga ka kena bagitau ni? Aiyak apa pasai aku cilakap cina sama dili sendili ni. Otak aku ni sudah ting tong ka?

“Encik Ariel, awak tak rasa yang awak silap masuk bilik?” tutur Filia sopan.

Farhan ternganga. Apakah tandanya ni? Dia tak ingat aku? Huh? Dalam pada Farhan ralit sendiri, Filia mengisyaratkan agar dia bangun dan pergi ke pintu yang berlutsinar itu.

“Filia are you feeling better? Kau okey ke tak ni?” tanya Farhan prihatin.

Filia senyum sinis. “Aku okey dan baik-baik sahaja tapi kau tahu tak kau dah bawa masalah?”

Farhan masih tak dapat tangkap maksud Filia.

Filia garu kepala. “Look at your outfit, even now you were wearing this cap doesn’t mean you can cover up, Ariel!” Terkeluar sudah bahasa omputeh Filia dengan marah dan kerasnya.

Seperti bayi yang baru hendak belajar berjalan, Farhan dan Fikri melangkah setapak ke arah pintu, maka terlihatlah dengan jelas di sebalik pintu yang lutsinar itu, sekumpulan paparazzi dan peminat-peminat yang fanatik. Farhan pandang dirinya sendiri atas ke bawah. Halamak. Terlupa sudah.

Mereka berdua tersengih sedar akan kesilapan teknikal yang tidak di rancang itu.

Filia akhirnya ketawa perlahan. “Aku tak tahulah nak marahkan siapa? Fikri atau kau Ariel?!”

Fikri dan Farhan turut ketawa sakan akan kepandaian diri sendiri. Filia kemudian pandang Farhan dan Fikri dengan riak wajah yang serius. Terdiam terus budak berdua itu.

“Sekarang macam mana ni? Apa yang kau akan cakap kat dia orang jangan nak reka cerita sembarangan pula iya?” Filia memberi amaran terlebih dahulu. Dia tak mahu di babitkan dengan skandal-mendal ini.

“Filia, aku nak cakap apa lagi, just say aku lawat seorang teman yang sakit di hospital. Sure nothing will blow up, they will just believe it because it is true pun kan?” Selamba Farhan menjawab.

Filia angguk, “Fine, I trust in you!”

“Korang berbuallah, aku settlekan hal di luar tu wokey.” Fikri sudah pun menghilang.

Kebelakangan ini entah apa yang tidak kena dengan diri Farhan. Semuanya serba tidak kena gara-gara Filia sehinggakan sudah dua kali dia terlupa untuk menyembunyikan identiti dirinya. Sebelum ini ketika Filia pengsan, dan sekarang selepas Filia menjalani pembedahan. Haru biru sungguhlah mamat sorang ni kan?

Benarkah apa yang di katakan Fikri yang dia sudah parah? Takkanlah aku ni bangau yang sudah angau gilakan si bangau betina? Perumpaaan apakah ini, hishh langsung tidak munasabah. Filia tentu akan kecewa gila kalau aku cakap siapa diri aku sekarang. Hai saya putera raja sudi tak awak berkahwin dengan saya? Kalau tak pengsan tentu dia gelakkan aku orang yang tak betul, yang dah mereng! Farhan tergeleng-geleng kepala.

Filia pandang Farhan semacam. “Woit, kau betul ke tidak ni? Kau sihat? Jantung kau okey?”

“Hah? Baik-baik saja, aku dalam keadaan yang memuaskan, jangan risau.”

Filia masih tidak berpuas hati. “Betul?”

Farhan angguk. “Kau tu yang patut aku risaukan tahu tak? Tanya aku, diri sendiri tu jangan lupa pula, kau tu baru sedar pagi tadi, jangan nak berleter tak tentu pasal. Kalau bukan di sebabkan ada orang ni pujuk orang tu bedah tentunya sampai sudah dengan ketegaq [degil] dia.”

“Ceh angkat diri sendiri pula, yalah terima kasih wahai sahabat sebab berjaya pujuk diri ini.” Walaupun agak tidak serius bunyinya akan tetapi Filia benar-benar memaksudkannya.

“Sama-sama juga wahai temanku!” Farhan menundukkan kepala gaya pelakon watak bangsawan di pentas teater ditambah pula dengan gaya tangannya yang sengaja di awangkan.

Terhambur tawa Filia, “Sudah-sudahlah tu, sakitlah perut aku dok ketawa.”

Farhan tersengih. “Titah tuan hamba saya turutkan.”

Senangnya dalam hati melihat Filia ketawa begitu semula. Semoga jangan ada duka lagi di hati Filia dan yang paling dia takuti jika dirinya sendiri yang akan membuatkan Filia terluka. Semoga di jauhkan semua itu, bukan sekarang waktunya.

“By the way, aku dah pun selamat di bedah jadi aku nak kau tunaikan janji kau. Aku nak dengar lagu baru kau sepenuhnya, tak nak sikit-sikit. Full version. Complete!”

Farhan pejam mata. Dia senyum serba salah. “Aiyak, aku lupa bawa gitar.” Filia tarik muncung. “Hei, nanti kita ke kampung atuk aku, aku akan nyanyikan untuk kau. Aku janji. Di sini mana ada feel, okey?” pujuknya lembut.

Filia menarik senyum segaris. “Ermm… baik, aku setuju.”

“Tapi kali ini aku rasa kau sendiri yang kena minta keizinan dari ibu dan ayah sebab kalau boleh dia orang nak aku terus balik Sungai Petani ,so are you brave enough?” Filia angkat kening mencabar Farhan.

Farhan angkat kening juga. “Eleh, ingat aku takut ka? Aku dengan Pak Cik Helmi dah slow talk, dia dah bagi green light.”

Kening Filia terangkat satu inci. “Apa? Masa bila? Masa aku koma?”

Farhan tepuk dahi Filia perlahan. “Dia tanya dia sendiri jawab? Yalah, masa awak koma, saya dah pun cakap dengan bakal bapa mentua saya tu.” Tergelincir pula lidah si Farhan.

Filia memberi jelingan maut pada Farhan. “Apa dia? Sejak bila pula aku ni awek kau?”

Farhan tersengih-sengih. “Gurau pun tak boleh? Maaf mulut tersasul!” Terherot terus mulut Filia. Entah kenapa terdiam terus Farhan dan Filia selepas itu. Agak lama juga suasana senyap itu menghiasi ruangan di dalam bilik wad itu. Agaknya seperti orang tua-tua selalu sebut, malaikat lalu agaknya.

Banyak perkara yang terjadi dalam beberapa minggu ini. Dia bergaduh dengan Farhan. Tak bertegur sapa makan masa berhari-harilah juga semuanya akibat salah faham akan hubungannya dengan Redza.

Macam tak percaya pun ada, merajuk dengan Farhan pergi daki gunung, benda yang tak pernah pun dibuatnya seumur hidup, maka dengan mudahnya dia pengsan tambahan pula dengan keadaan dirinya yang memang sedia tidak sihat.

Antara percaya dengan tidak, Redza jadi Along dia ‘in instant’. Farhan pula pengsan sebab dengar dia pengsan. Alih-alih duduk di hospital yang sama.

Dapat tahu pula Farhan ada penyakit lemah jantung. Mulanya di sangka kritikal, mujurlah segalanya baik. Farhan sudah pernah di bedah, jadi tidak ada masalah katanya.

Mulanya dia ingin rahsiakan penyakit dari Farhan tetapi hancur Farhan dapat tahu juga. Farhan pujuk dia jalani pembedahan dan dia selamat di bedah. Di fikirkan balik kalau tak berlaku semua ni tentunya dia dan Farhan masih tidak bertegur sapa. Semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.

“Filia,truly to say again, I am really glad you came back in a save way. So glad too that we still be a good friend!”

“So do I, thanks for being a really good friend of mine. Speaking of that, kau memang dah kembalikan kepercayaaan aku kepada erti persahabatan. I owe it to you. Kalau bukan kerana kau, tentunya aku masih the old me, lone ranger!”

Farhan tatap lama wajah Filia. Hampir seminggu dia menemani Filia dalam komanya namun rindunya pada Filia masih tetap subur. Gadis ini telah lama membawa hatinya pergi, tidak mudah untuk dia berpatah balik.

Hanya satu mampukah dia membahagiakan Filia seadanya jika sekiranya Filia juga mempunyai rasa yang sama? Sebelum itu mampukah Filia menerima dirinya yang sebenar, yang ternyata lebih merumitkan.

Filia tidak senang diperhatikan Farhan sebegitu. “Ada yang tak kena kat muka aku ka? Balutan kat kepala aku berdarah ke?”

Farhan geleng. “Tak.”

“Dah tu? Apanya? Macam pelik aja kau pandang aku apahal?” tanya Filia lagi.

Farhan tarik senyum di pinggir bibir. “Sebabnya baru aku perasan kau ni cantiklah. Sebab tu Redza pun boleh jatuh hati kat kau.”

Nak sakat aku ke apa ni?“Hahaha…Farhan awak jangan nak mula iya? Karang aku baling dengan gelas ni baru ada akai?”

“La, apa pula? Aku cakap benda betul ni.You’re beautiful!” puji Farhan lagi.

“Yeah, right, whatsoever.” bidas Filia kasar.

Farhan gelak dengan cara penerimaan Filia apabila di puji begitu.“Alahai kau ni memang tak mudah tergodalah.”

“Tahu tak pa.” jawab Filia selamba.

Farhan ketawa. “Sebab itulah jantan susah nak dekat dengan kau. Contoh terdekat, tengok aku sudahlah, punyalah jual mahal dengan kita. Bukannya nak di buat jadi bini dengan segera pun.”

Filia merengus. “Kau dah mula balik nampak gayanya ni, nak gaduh jom, jumpa kat food court!”

Farhan tertawa. Adakah Filia tersengaja salah sebut atau memang dia nak suruh Farhan belanja makan. Tekaanya terjawab apabila Filia turut sama ketawa. Pandangan mereka berdua bertaut agak lama.

Fikri terpa masuk tiba-tiba. Agak menggelabah Farhan dan Filia, terus pandangan di tala ke arah lain. Fikri termanggu-manggu tidak mengerti. “Aku dah settlekan semua. So don’t worry. Abang Murad pun ada kat luar. Jom Farhan. Time to work.”

“Bye Filia, jumpa lagi. Nanti keluar jangan lupa call aku.” Suara di kawal sebaik mungkin agar tidak ketara sangat getaran yang dirasakannya tadi.

Filia angguk perlahan. Sebaik Farhan keluar. Dia mengurut dadanya. Hilang akalkah aku? Even dia Farhan dia masih juga Ariel. Berpijaklah dibumi yang nyata Filia. Kau dan dia tak mungkin bersatu. Filia mula berperang dengan perasaan sendiri.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa