Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,418
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

DIIKUTKAN petang ini, Filia dan Tira dah mahu bertolak balik tapi Tok Wan dan Mak Usu menahan mereka berdua agar bermalam sehari lagi. Oleh kerana ingin menjaga hati orang tua, mereka akur.

Pagi tadi pula kecoh juga jadinya manakan tidak Farhan tersangatlah bangga kerana dia dapat memancing ikan lebih banyak daripada Filia. Filia pula apalagi dek kerana geram dia lemparkan semula ikan yang Farhan dapat ke dalam sungai. Bertikam lidah jugalah jawabnya.

Ceritanya begini, mereka berdua kononnya bertanding, sesiapa yang dapat pancing ikan yang paling sedikit akan di denda dan dendanya adalah perlu memasak ikan yang di tangkap oleh si pemenang. Hendak di jadikan cerita Filia tak pandai memasak apatah lagi menyiang ikan.

Saat dan waktu ini, ikan yang di pegangnya pun dah ternampak macam rupa Farhan. Pisau di tangan di ambil dan mahu di potong ikan itu akan tetapi suara Mak Usu mematikan terus niatnya. Tira yang memerhati reaksi Filia ketawa bisu.

“Dah lama kenal Imzi?” tanya Mak Usu. Lupa pula nak di beritahu, ahli keluarga Farhan memanggilnya dengan nama pertama.

“Hampir setahun.” Jawab Filia ringkas. Tira hanya diam mendengar.

“Tira, tolong ambilkan sayur tu.” pinta Mak Usu lalu di masukkan ke dalam periuk dan di kacau perlahan, api diperlahankan sedikit.

“Filia satu kursus dengan Imzi?” Filia angguk. “Saya junior dia.” Mata di tala ke arah ikan di tangan Filia. Mak Usu senyum tipis. “Mari sini Mak Usu ajar kamu siang ikan itu.” Filia lantas tersengih malu. Tira terus ketawa.

Mak Usu berkata lagi, “Selama ini Imzi tidak pernah bawa sesiapa datang sini melainkan si Fikri teman baiknya itu. Alih-alih nah dia bawa Filia dan Tira, perempuan pula tu terkejut juga kami. Tapi dalam masa yang sama legalah juga.” ujarnya.

Filia bertanya,“Kenapa pula, Mak Usu?”

Balasnya,“Im tu susah sikit nak bergaul dengan orang lain, Mak Usu kadang tu takut juga dia jadi kera sumbang.”

“Oh..” balas Filia ringkas. Meskipun sebenarnya dia tidak berapa nak faham.

Kedengaran riuh rendah di luar. “Assalamualaikum, oh tuan rumah..” Mak Usu bergegas ke depan.

Dia dan Tira tidak terus mengekori hanya melihat di sebalik jendela. Kelihatan tiga biji kereta. Limousin? Dengan bendera di hadapan? Dah macam kerabat diraja. Muka pak cik dan mak cik ni macam familiar je? Pernah masuk t.v. ke? Rasanya tak kot? Tapi betullah macam pernah nampak. Tapi kat mana iya?

Filia binggung, blurr…

Mak Usu tunduk menyalami mak cik berbaju kurung biru berbunga kuning kecil. Si pak cik pakaian kasual, t-shirt dan berseluar slack, ringkas tapi tampak macam tokoh korporat. Mereka sudah berjalan naik ke atas rumah.

“Filia, Tira ini ayah dan bonda Farhan.” beritahu Mak Su meski pun dia agak gementar, dia tidak menyangka mereka akan singgah ke mari. Dia tahu Filia mahupun Tira tidak tahu siapa Farhan yang sebenarnya. Farhan telah memaklumkan padanya sebelum ini.

Filia dan Tira bersalaman dengan bonda Farhan. Pada ayah Farhan hanya senyuman di berikan. Bonda seperti juga Mak Usu berlaga pipi dengannya. Mereka begitu mesra dan penuh dengan tatasusila, macam ada aura yang tersendiri.

Minda separa sedar bagai mengetuk kotak ingatannya. Majalah yang di belinya ketika singgah di kedai majalah. Terpapar gambar mereka berdua. Kalau dia tidak silap mereka berdua ini ialah Sultan dan Permaisuri negara Sutrasia? Filia meminta diri dengan sopan untuk masuk ke bilik sebentar. Tira terus membuntuti Filia.

Dalam pada itu sepupu Farhan, Zaki segera memanggil Farhan, Fikri, dan Tok Wan yang berada di dusun. Farhan tergamam. Terbisu. Dia dan Fikri saling berpandangan.

AIR MATA mengalir dengan derasnya. Majalah itu terlerai jatuh dari tangannya. Tira mengambil dan membacanya.

“Putera kami, Tengku Imzi Farhan, sekarang sedang menimba ilmu di Malaysia. Di mana dia belajar masih lagi kami rahsiakan. Itu kemahuan dari dirinya. Saya harap semua sedia maklum, dia tidak di besarkan oleh kami, dia di jaga oleh atuknya ketika kecil, jadi dia agak sukar untuk menyesuaikan diri.”

Terpapar dengan jelas wajah mak cik dan pak cik tadi di muka depan majalah. Tira tanpa menunggu lagi terus menerpa Filia dan menenangkannya.

Sampai macam ni sekali dia tipu aku? Kosong. Aku rasa macam dah tak kenal siapa Farhan.Mindanya ligat memikirkan sebab musabab mengapa Farhan berbuat sedemikian. Apakah dia sengaja mahu mempermainkan dirinya? Sengaja mahu menyakitkan hati seorang gadis yang naif sepertinya?

Di kala ini apa yang jelas hanyalah sebuah pengkhianatan yang terpampang di depan matanya. Amarah yang semakin bermukim di hati semakin memuncak, terasa dirinya benar-benar diperbodohkan. Di bohongi oleh sahabat sendiri amat memeritkan. Bertambah melukakan hati kerana dalam diam, dia menyukai sahabatnya ini malah perasaaan itu terlalu mendalam.

Kenyataan yang di ketahuinya tika ini memaksa dirinya untuk melupakan terus apa yang di rasai. Mana mungkin gadis biasa sepertinya bergandingan bersama seorang putera raja. Setiap kenangan yang mereka ada terasa bukan miliknya lagi. Semuanya seakan debu yang berterbangan pergi jauh meninggalkan dirinya.

Jurang di antara dia dan Farhan terasa begitu jauh. Walaupun di hati dia terasa begitu dekat dengan Farhan. Hakikatnya dia langsung tidak mengenali siapa Farhan yang sebenarnya. Farhan yang dia kenali seakan telah tiada yang tinggal hanyalah sisa kenangan yang tidak mungkin tercantum kembali.

Dia mendongak, matanya redup seakan meminta Tira meninggalkannya seorang diri. Tira geleng perlahan. “Aku tak nak. Kalau aku keluar lagi aku terasa kekok.”

Filia senyum tawar, “Ayah dan bonda Farhan tak tahu apa-apa. Nanti mereka ingat kita ni tak sopan pula. Aku baik-baik saja, don’t worry about me!” Suaranya kedengaran agak lemah. Wajahnya pula pucat lesi. Tira tetap bertegas. Mana mungkin dia meninggalkan Filia seorang diri begini.

Dalam pada mereka saling berbalah terdengar pintu di kuak perlahan.

Keluhan kecil dilepaskan. Matanya singgah pada Filia yang tertunduk mengelak memandang wajahnya. Tira pula tidak terkata apa hanya matanya yang merenung tajam. Fikri mengajak Tira membiarkan mereka berdua berbicara dan memberi ruang kepada Farhan untuk menjelaskan.

Tira mendengus keras, dia tidak mahu. “Seinci pun aku tak akan berganjak. Cukup sudah kau orang permainkan dia. Aku ingat kau jujur berkawan dengan Filia tapi kau perbodohkan dia.”

Fikri membidas semula kata-kata Tira bagi membela Farhan. “Tira, kalau betul Farhan nak perbodohkan Filia, buat apa dia beritahu dirinya Ariel? Sebab tahu, dia kawanlah Farhan beritahu perkara yang sebenarnya. Tetapi hanya di sebabkan satu saja dia buat silap kau terus nak adili dia tanpa bertanya langsung pada dia?”

Farhan pegang bahu Fikri. “Fik, sudah. Memang aku pun yang bersalah dalam hal ini. Aku sangka benda ini dapat di simpan lebih lama lagi sebelum aku sendiri yang beritahu Filia tapi tak sangka pula ayah dan bonda datang melawat atuk hari ini.”

Fikri akur. Farhan senyum tipis. Dia melangkah setapak ke arah Filia. Gemuruh yang di rasai semakin tidak terkawal. Bimbang Filia akan mengamuk. Dia menghela nafas perlahan.

“Aku tahu kalau aku jelaskan sekarang semuanya tak berguna sebab kau tentunya tak akan sudi mendengar. Hanya satu yang aku nak minta, ayah dan bonda nak jumpa kau. Aku harap kau ketepikan sebentar perasaan marah kau.”

Berkerut terus dahi Filia. Bagaimana dia boleh setenang itu? Sedangkan sekarang ini dia yang bersalah? Filia meraup muka. Dia senyum sinis. “Baiklah, hamba pacal yang hina menurut perintah tetapi petang ini hamba mahu berangkat pulang.”

Sejurus selepas itu, Filia terus menghilangkan diri di sebalik pintu. Farhan terduduk di birai katil. Fikri hilang punca untuk berbicara.

Tira pula seakan menuntut penjelasan di sebalik renungan tajamnya itu.

“Kenapa kau buat dia macam tu? Aku tak tahulah manusia jenis apa kau ni! Kenapa kau pilih untuk mencederakan hati orang yang kau sukai? Kau kawan aku. Filia juga kawan aku. Kalau boleh aku tak nak semua ni jadi begini tapi sekarang aku sendiri dah tak tahu nak kata apa.”

Farhan bangun lalu mendekati Tira. “Kau cakap apa? Orang yang aku suka?”

Tira mengangguk. “Mungkin Filia agak bodoh tapi dengan aku, kau jangan nak kelentong. Kau suka dia tapi cara kau tu dah silap. Maaf dalam hal ini aku memang tak dapat nak tolong kau. Bahkan aku sendiri pun tak menyangka yang rupa-rupanya kaulah putera mahkota Sutrasia yangblow profilebtu.”

Farhan kemudiannya hanya berkata seringkas mungkin.“Aku harap kau tolong tengokkan Filia, sebab aku tahu kali ini tak mudah untuk dia memaafkan aku. Malah aku tak rasa aku layak mendapat kemaafan dari dia.”

Tira senyum tawar. “Aku harap sangat semuanya kembali seperti biasa tapi rasanya itu agak mustahil. Mungkin kalau pulih pun, tak mungkin sama seperti dahulu.”

Fikri mencelah. “Tira, walau apa pun aku dan Farhan tetap kawan kau dan Filia. Percayalah kami langsung tak berniat nak merahsiakan semua ini. Farhan dia langsung tak bersalah, kau salahkan aku sajalah sebabnya aku yang suruh dia buat macam tu.”

“Maaf, bukan aku yang patut kau jelaskan semua ini. Bila marah Filia dah reda aku janji akan membantu kau orang. Jangan ingat aku tolong kau orang sebab kau tu putera raja iya? Aku hanya mahu melihat Filia bahagia dan aku tahu orang yang boleh mengembirakan dia kau Farhan.”

Farhan tertunduk lemah. “Terima kasih, Tira.”

Tira senyum. Fikri tersengih tiba-tiba. “Cayalah Tira, aku rasa kau harus tukar kursus ke kursus psikologi, sebabnya kau boleh baca fikiran Farhan dengan begitu tepat.”

“Seperkara lagi, Fik. Aku tak kata pun yang aku maafkan kau orang. Jadi jangan nak rasa lega sangat iya? Kalau bukan Filia yang mengamuk, aku yang akan meradang nanti!” Dia terus keluar, lagi lama dia berada di dalam bilik ini terasa hendak di cekik mereka berdua itu.

Farhan dan Fikri saling berpandangan. “Tuan Putera mengapa patik rasa yang Tira sekarang macam berpihak pada kita? Tapi melihatkan reaksi dia tadi, patik rasa gerunlah pula.”

Farhan meluku kepala Fikri. “Tiba-tiba kau berprotokol sangat ni apa hal?”

Fikri tersengih serba salah, “Sebabnya tuanku sultan dan tuanku permaisuri ada di sini kot? Itu yang aku pun tersasul. Kau bukan tak tahu ayah dan bonda kau kan cukup jaga bab-bab macam ni.”

“Memanglah aku tahu semua tu, tapi depan mereka kau cakaplah segala bahasa istana pun aku tak kisah. Bila dengan aku hentam sajalah apa pun. Ada faham!”

Fikri telan liur. Alamak, anak raja ni dah murkalah pula.

Farhan terus berlalu ke ruang tamu di mana ayah dan bondanya sedang beramah mesra dengan Filia dan juga Tira. Kelihatan Filia sebaik mungkin cuba mengawal kemarahan daripada terpamer. Farhan tersenyum tawar. Kali ini dia tahu akan mengambil masa yang agak lama untuk memujuk Filia.

AYAH DAN IBUNYA diserbu kehairanan. Sejak balik petang tadi , Filia asyik berkurung di dalam bilik. Sepatah di tanya sepatah di jawab. Mereka mula pening apa yang sebenarnya berlaku.

“Tira sini kejap,” panggil Puan Eliza apabila terpandang Tira yang baru hendak menapak turun ke bawah. “Betul dia okey? Mak cik tengok macam dia ada masalah saja. Dia orang bergaduh ke?”

Tira tersenyum tawar. Ibu Filia memang cukup prihatin terhadap anaknya. “Ada sedikit salah faham saja. Buat masa sekarang saya sendiri tak dapat jelaskan. Biarlah Filia sendiri yang cerita pada mak cik.” jelasnya.

Puan Eliza angguk. Dia tahu jika tiba masanya mungkin anaknya akan berbincang dengannya. Sejak dari kecil lagi Filia akan merujuk kepadanya jika dia ada masalah. Jarang sekali anaknya itu merahsiakan sesuatu daripadanya.

MASA berlalu, sedar-sedar telah pun menginjak ke seminggu. Akhirnya memakan ke sebulan. Selama itu jugalah Farhan dan Filia tidak bertegur sapa. Jenuh juga Fikri dan Tira mencari jalan mendamaikan mereka berdua tetapi tetap menemui jalan buntu.

Apatah lagi Farhan memilih untuk mendiamkan diri dan mengakui sahaja itu memang salahnya. Dia redha itu yang terjadi. Dia merasakan dia tidak layak untuk mendapat kemaafan daripada Filia.

Meskipun kini Farhan sudah pun berada di tahun akhir, dia tetap menyibukkan diri dengan aktiviti seninya. Semuanya demi mengelakkan dirinya daripada memikirkan perkara tentang Filia. Dia bekerja siang dan malam. Tiba hujung minggu, dia akan terbang ke ibu kota bagi memenuhi undangan stesen televisyen dan juga konsert mini.

Filia pula marahnya masih belum reda sepenuhnya. Selebihnya pula dia geram dengan sikap Farhan yang penakut untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Pada mulanya memang dia marah. Berdepan dengan kenyataan yang sukar di terima akal.

Namun hakikatnya, itulah yang berlaku dan benar-benar telah terjadi. Sahabat yang dia kenali selama ini seorang putera raja.

MALAM yang hening itu, usai solat sunat taubat. Farhan menyelak helaian tafsir Al-Quran, ayat 284 surah Al-Baqarah itu di bacanya perlahan.

Milik Allah-lah apa yang ada di langit dan di bumi. Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah Memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu. Dia mengampuni siapa yang Dia Kehendaki dan Mengazab siapa yang Dia Kehendaki. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Bergenang tubir matanya. Tika hati tidak tenang barulah teringat akan Dia yang Satu. Tika susah barulah tergerak hati untuk menilik diri yang selama ini alpa dalam mengingati dan menjalankan perintah-Nya.

Sungguhlah ketika senang kita tidak sedar nikmat yang di anugerahi-Nya. Ketika datangnya ujian dari Dia mulalah kita berkeluh kesah. Lemah sungguh kita sebagai hamba-Nya. Hanya dengan mengingati-Nya hati menjadi tenang.

Dia menadah tangan berdoa pada yang Esa moga di beri petunjuk dan jalan penyelesaian kepada masalahnya ini. Akhirnya dia bersujud mengharapkan keredhaaan-Nya. Setelah itu dia bangun mengerjakan solat sunat tahajud di ikuti pula solat isthikarah.

Fikri yang dari tadi melihat di sebalik pintu menadah tangan memanjatkan kesyukuran. Mungkin inilah hikmah di sebaliknya. Tuhan telah menggerakan hati Farhan untuk kembali mengingati-Nya.

ESOKNYA... Fikri pergi berjumpa Filia. Kalau Farhan tidak mahu membuka mulut menerangkan, biarlah dia yang jadi orang tengah dan menjadi pendamai. Sebaik menapak ke dalam kafe Jabatan Teknologi Makanan bibirnya menguntum senyum. Tira melambai dari jauh. Sebenarnya dia telah berpakat dengan Tira. Mujurlah Tira sudi membantu.

Filia kelihatan mahu melarikan diri, Tira cepat-cepat memaut lengan temannya itu.

“Kalau iya pun marahkan Farhan. Takkan dengan Fikri pun terkena tempiasnya sekali. Kita dengar dulu apa yang dia nak cakap boleh?” pujuk Tira. Filia masih senyap.

Fikri sudah pun mengambil tempat di hadapan mereka. Kerusi di tarik perlahan, dia tersenyum tawar. Kelihatan Fikri teragak-agak menyusun kata. Dia tengok Tira. Tira jungkit bahu. Fikri akhirnya menghela nafas perlahan.

“Aku sedar mungkin kau akan kata aku akan sebelahkan Farhan. Aku tak masuk mana-mana pihak. Kau kawan aku. Farhan pun kawan aku. Cuma aku rasa aku harus selesaikan semua ini. Memang dia yang bersalah. Aku akui, itu memang silap kami merahsiakan hal ini daripada kau. Tapi percayalah kami tak berniat langsung nak membohongi. apatah lagi nak mempermainkan kau.”

Filia senyum sinis. Suaranya keras. “Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?” Sungguh terang lagi bersuluh Filia masih lagi tidak menyenangi dirinya. Cakapnya pun endah tidak endah sahaja di pendengarannya.

Mungkin sebab inilah Farhan memilih untuk mempersalahkan dirinya. Dia tahu tiada guna meneguk di air yang keruh. Farhan memahami Filia, itulah masalahnya.

Atas sebab tu jugalah dia mengelak untuk berjumpa Filia. Tetapi tidak bagi Fikri kerana baginya, semua ini harus di-jernihkan kembali.

“Aku nak sampaikan satu kisah. Aku harap kau tolong dengar dengan jelas.” pinta Fikri.

Filia angguk nak tak nak. Tira hanya mampu mendiamkan diri. Bimbang jika dia membuka mulut sekali dengan dia terkena tempiasnya nanti.

Fikri memulakan ceritanya, “Dulu ada seorang budak lelaki ni yang membesar dan tinggal bersama atuk dengan neneknya. Sekali sekala, ibu dan ayahnya akan datang menjenguknya. Dia tertanya kenapa ibu dan ayah membiarkan atuk dan nenek yang menjaganya? Mungkin ibu dan ayahnya terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk dirinya? Kalau betul apa pekerjaaan dorang sehingga dia terpaksa tinggal bersama atuk dan nenek? Tiada jawapan yang diberikan. Dia ada tanya pada atuk dan nenek, mereka juga mendiamkan diri. Akhirnya dia pendamkan terus persoalan itu.”

Fikri berhati-hati menutur kata. Bimbang juga dia kalau ada para pelajar yang memasang telinga. Mujurlah kafe mulai lenggang.

Dia terdiam seketika sebelum menyambung, “Hinggalah genapnya umur dia 12 tahun. Kebenaran tu akhirnya terbongkar dan sehingga kini pun dia masih tak mampu nak terima. Sudahlah perkara ini di rahsiakan dari pengetahuannya. Dapat tahu pula bahawa dia rupanya pewaris takhta. Itu satu kenyataaan dan hakikat yang wajib dia terima.”

Filia mula mengangkat muka memandang Fikri. Dia mula menumpukan sepenuh perhatian.

Fikri menguntum senyum nipis. “Impiannya hilang. Zaman kanak-kanaknya di ragut terus dari hidupnya. Dia mengalami konflik identiti seawal usia yang terlalu muda. Dia sukar menyesuaikan diri sekembalinya ke istana. Dia jarang bergaul dengan teman sebaya.

Sebaliknya dia amat merindui kawan-kawannya di Malaysia. Terpaksa berpisah dengan kawan baiknya, Ayif amat memeritkan hatinya. Paling malang sekali, bila dia dibenarkan balik ke kampung, kawannya itu dah pun berpindah. Sampai sekarang dia masih cari kawannya itu.”

Filia gigit bibir. Farhan pernah menceritakan tentang teman baiknya itu. Raut wajah Farhan yang mendung dan suram ketika itu kembali menyapa memori. “Aku harap kau tak mereka cerita…” ujarnya perlahan.

Fikri bengang. Ingatkan Filia sudah percayakannya tapi ternyata hati gadis ini sangat keras. “Buat apa aku nak mereka-reka cerita. Semuanya memang benar. Aku rasa kau sendiri pun boleh nampak. Farhan tu sikit pun tak ada gaya macam putera. Sebabnya dia dah terbiasa bergaul dengan rakyat biasa. Kalau boleh dia pun tak nak semua ni. Dia siap minta ayahandanya rahsiakan identitinya. Dia langsung tak bersedia untuk di dedahkan sebagai putera mahkota.

Sebab itulah, sehingga ke hari ini, dunia masih tertanya-tanya siapa pewaris Sutrasia yang misteri itu. Dia pernah cakap kat aku, kalau boleh, dia lagi suka hidup macam dulu. Hidup bebas tanpa kokongan. Akhirnya, dia kumpul keberanian dan minta pada ayahandanya supaya diberi peluang mengejar impiannya sebelum menaiki takhta. Ayahandanya pernah berjanji akan menunaikan permintaan Farhan kalau dia setuju kembali ke Sutrasia. Habis pelajaran sekolah menengah, Farhan balik semula ke sini. Aku ditugaskan untuk menjaganya.”

Filia dan Tira saling berpandangan. “Rupanya kau ni pengawal peribadi dia?” tanya Tira.

Fikri angguk.

“Dia datang sini semata-mata nak mengejar cita-cita dan mencari kawannya Ayif tu?” tanya Tira lagi.

Fikri tersenyum sebelum mengangguk. Nampaknya Tira yang terlebih nampak berminat mahu mengetahui, berbanding teman di sebelahnya itu yang hanya sesekali bersuara.

“Ya, dengan mengguna pakai identiti sebagai Ariel. Farhan akhirnya memulakan karier seninya. Akibat tidak mahu di ganggu selepas aktiviti seni, dia memutuskan untuk menjadi Farhan yang korang kenali sekarang ini. Seorang yang kononnya nerdy dan skema.

Belajar di sini amat menyelesakannya. Tak seperti masa di kolej diraja dahulu. Semua kelakuannya diperhatikan. Harus jaga itu dan ini. Oleh sebab itu datang sini. Dia mahu jadi dirinya sendiri. Tapi itulah ketentuan Ilahi tiada siapa yang tahu. Dia bertemu dengan Filia dan segalanya berjalan lancar hinggalah tercetusnya perkara yang tak terduga ini.” akhiri Fikri setelah bercerita dengan panjang lebarnya. Dia tersandar ke belakang menunggu bait bicara dari mulut Filia.

“Satu sahaja aku nak tanya, kenapa jelaskan semua ni pada aku? Aku hanya seorang teman biasa.”

“Teman biasa? Sehingga sebulan lamanya kau merajuk dengan Farhan itu kau kata teman biasa? Atau sebenarnya kau ada agenda yang tersembunyi. Kau nak anak raja tu melutut minta maaf pada kau?” tempelak Fikri kasar.

“Fik, kau dah lebih. Kau sendiri tahu Filia bukan orang yang macam tu. Dalam hal ni Farhan yang bersalah. Memang wajarlah Filia buat dia macam tu.” bidas Tira.

“Aku tahu tapi korang tak patut hukum dia tanpa mengetahui kenapa dia buat macam tu. Kalau aku tak fikirkan penyakit dia dah lama aku…” Fikri terdiam. Hening. Tersasul sudah.

Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata malang menanti? Maaf Farhan aku terlepas cakap. Sudahlah banyak yang dia ceritakan pada Filia dan Tira. Tambah lagi satu bala pula.

“Apa dia? Farhan sakit?” Filia mula di landa gusar. Peristiwa Farhan pengsan di sebabkan dirinya kembali berputar di ingatan. “Ada kaitan dengan jantung dia ke?”

Fikri hela nafas. Alang-alang dah terlepas biarlah Filia tahu. “Keadaannya masih stabil. Mungkin jantung si penderma tu masih belum dapat menyesuaikan diri dengan diri Farhan. Doktor pun ada pesan jangan biar dia tertekan sebab itu akan memberi kesan pada kesihatan jantungnya.”

“Jadi di sebabkan ini kau…” Filia tidak menghabiskan ayatnya. Dia sendiri mulai memahami.

“So, that’s it. Aku dah tak berhutang dengan korang. Segala apa yang aku ceritakan ni. Aku harap korang tolong rahsiakannya. Jangan beritahu Farhan. Dia tak tahu pun aku datang jumpa korang.” pesannya.

“Maaf, aku tak patut mencurigai kejujuran kau dan Farhan. Aku sedar aku juga silap. Aku silap untuk tidak berfikir secara waras. Kawan boleh di cari tetapi aku terlupa sahabat sejati sukar di cari. Aku harap kau berikan aku masa. Masa untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka dan tenang. Terima kasih juga sebab kau jelaskan semua ini.” ucap Filia.

“Thanks to Him. Dia yang berikan aku kekuatan untuk meleraikan simpulan kekusutan ini.” Senyuman nipis di berikan sebelum berlalu pergi.

Tira bersuara, “Sekarang semuanya terserah pada kau. Will you continue to be in this friendship with him?”

“Isthikarah, berdoa dan bertawakal, itu sebaik-baik jalan penyelesaian.”

“Jangan lupa, kau juga harus berikhtiar dan berusaha barulah akan ada jalan keluarnya,”

Benar itulah yang sebaik-baiknya. Urusan manusia bukan berada pada tangan mereka, ianya di bawah ketentuan Ilahi. Oleh itu, janganlah kita meletakkan seratus peratus urusan kita pada diri kita sendiri. Ambil sedikit, yang selebihnya serahkanlah pada Dia yang Satu yang Maha Mengetahui segalanya.

Previous: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa