Home Novel Cinta Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Suami Aku Putera Raja (Terungkap Kata Hati)
Haiza Haifa
22/2/2015 06:32:54
122,425
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

PEN di tangan di pusing perlahan. Gaya memikirkan masalah negaralah pulak. Filia senyum sendiri. Perpustakaan awam hari ini tidak ramai orang. Dia lebih selesa begini. Tenang. Sunyi. Seorang. Tidak ada gangguan. Dia ambil meja yang paling hujung di sudut kanan bahagian seni dan reka bentuk tetapi bukan sebab dia suka baca buku-buku yang berkaitan dengannya.

Cuma disitu agak terpencil jadi dia bebas, tak ada orang yang akan lepak sekaki atau tumpang di meja itu. Filia terus ambil komputer riba dari beg sandangnya. Tugasan bertimbun,di tambah pula dengan laporan yang perlu dihantar esok. Banyaklah pulakhomework aku. Pen terus dilarikan menyalin isi penting dari buku rujukan yang di ambilnya tadi.

ARIEL melilau mencari tempat yang agak strategik. Dia mahu bersendirian. Banyak tempat yang kosong tetapi agak terdedah.Cap dikepala dipusingkan ke belakang. Bibir Ariel mengukir senyum. Langkahnya di atur laju ke arah meja yang agak terpencil itu.

“Maaf, ini tempat saya.” Sapa satu suara dari belakang. Sekilas Ariel menoleh, aura dari wajah gadis ini tampak dingin Ariel statik, pegun disitu. Cap ditarik ke hadapan semula bimbang juga jika gadis ini mengenalinya, mahu gamat perpustakaan ini.

“Jadi apa masalahnya? Awak duduk hujung sana. Saya duduk di sini. Kongsi sahajalah bukankah sikit punya luas meja ini? ”Ariel sengaja berkata begitu meskipun dia tahu gadis ini mahu bersendirian seperti dirinya.

Filia merenung tajam ke arah Ariel. Hish mamat ni memang psiko. Banyak lagi tempat kosong yang dia travel sampai ke sini apahal.

“Awak boleh tak jangan nakargue dengan saya. Just go tempat lain, saya nakstudy. Nakconcentrate for exam.” Filia cuba mengawal nada suaranya agar tidak terlalu kuat.

Ariel senyum. “Okeylah tu, saya pun nak belajar juga. Habis tu awak ingat saya masuklibrary ni nak beli ikan?” balas Ariel menyindir.

Filia mendengus. “Loyar buruk pulak dia ni.” bebelnya perlahan.

“Hello, kata nakstudy, pergilah ke tempat awak… kat sana. Saya nakstudy!” Ariel mengeluarkan komputer riba dari dalam beg. Dia lalu berkata lagi pada Filia, “Tercegat lagi kenapa? Teringin nak jadi patungkah?”

Filia menjeling tidak puas hati lalu di langgarnya kerusi yang diduduki Ariel. Dia mengambil buku-bukunya lalu beredar ke meja lain.

Ariel ketawa perlahan melihatkan tingkah laku Filia yang pada pandangannya agak melucukan.

FILIA mengatur langkah perlahan ke arah dewan di mana akan berlangsungnya Festival Makan-makan anjuran jabatannya. Filia mengeluh perlahan, mengapa dia yang dipilih sebagai sukarela bagi festival ini. Sukarela apanya dah macam kena kerah sahaja. Kalau tak membantu markah merit anda akan dipotong. Mana aci main ugut-ugut kan? Kan?

Seorang senior memanggil namanya, Filia menjawab malas. Dia langsung tidak ada mood untuk menyertai festival ini. “Filia awak di aturkan bertugas di bahagian hiasan pentas perasmian. Ketua awak ialah Abang Imzi Farhan,senior department ini. Kalau ada apa-apa yang tak faham awak boleh tanya dia.” Sejurus selepas itu senior itu memanggil pula beberapa junior yang lain.

Tersentap tangkai jantung Filia apabila mendengar nama senior yang akan menjadi ketuanya. Sangkanya mungkin hanya nama yang sama rupanya meleset sama sekali.

“Nampaknya berjumpa lagi kita iya?” Filia senyum paksa langsung tidak ikhlas, nak ikhlas apanya makhluk asing yang telah menyakitkan hatinya beberapa hari yang lalu sedang tersengih jahat.

Dia pandang kiri dan kanan nasib baik ada lagi dua orang yang ditugaskan bersama dengannya dibawah makluk asing kalau tidak dah lama di ‘landing’ kan Cap Lima Jari di pipinya.

“Baiklah, awak berdua susun dan atur pasu di hadapan pentas dan awak Filia sila ikut saya ke stor dan ambil barang hiasan untuk pentas.” arah Farhan. Dia tersenyum geli hati. Riak wajah Filia ternyata amat tidak selesa sudah tentu kemarahannya kembali membara. Apatah lagi dia sendiri pun tidak menyangka akan bertemu dengan Filia lagi.

Filia mencuba sedaya upaya untuk tidak meletuskan larva kemarahannya tetapi ‘ketua’nya sudah teramat melampau.

“Kau memang sengaja nak kenakan aku kan? Kau suruh aku angkat kain rentang,carpet,kerusi. Baik aku angkat tapi sekarang kau nak suruh aku panjat tangga dan gantungbanner ni sorang-sorang? Dan tangga pula kau nak suruh aku pergi ambil sendiri di stor. Kenapa tadi kau tak cakap awal-awal kita perlukan tangga? Kau memang sengaja kan?”

Filia sudah tidak peduli lagi dengan mata-mata yang memandangnya.

Farhan lalu bersuara membalas kata-kata Filia,“Rupanya kau ada suara aku ingatkan kau ni dah jadi pak turut aku. Ikut saja apa yang aku suruh.”

Filia membidas balik, “Mangkuk kau, aku pun tak ingin nak jadi pak turut kau faham? Tapi nak buat macam mana dah aku di aturkan bawah kau. Aku jenis yang hormat senior tapi kalau senior tu yang cari pasal dengan aku, kesabaran aku memang akan terbang.”

Dua orang junior yang sama kumpulan dengan Filia cuba menenangkannya tetapi tidak berhasil mereka berdua semakin rancak bertekak.

“Budak kecik, banyak bunyi pula dia. Kalau tidak puas hati dipersilakan berambus dari sini aku pun malas nak menghadap budak biadap macam kau.” bidas Farhan.

Filia mukanya sudah memerah menahan marah. “Kalau tidak mengingatkan markah merit dah lama aku cabutlah.” Kain rentang di tangan di campak. Jatuhnya betul-betul di hadapan Farhan.

Farhan mengambil malas. Dia senyum. Filia angkat kening. “ Kau apa hal mulut kau sakit, tiba-tiba senyum?”

Farhan tidak menjawab. “Kau tak nak buat kan jadi kau susun kerusi. Biar aku dengan budak lelaki ni yang buat.” Farhan terus beredar menuju ke bilik stor.

Aik biar betul? Dan memang betul pun ada Encik Kumar, pensyarah jabatan yang agak tegas dan garang orangnya, rupa-rupanya dia berdiri tidak jauh dari mereka. Filia senyum. Penakut juga dia ni.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Haiza Haifa