Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,030,295
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
-Teaser Bab 52- Sweet Holiday 2

Bab 52

“Good Morning my bond girl!” Itu ayat pertama Izzaz sejurus aku membuka mata. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali apabila aku merasakan yang aku sedang mimpi Izzaz merenungku bersama sebuah senyuman paling manis. Aku tertanya-tanya sendiri mengapa aku boleh mendapat mimpi yang sama seperti sebelum ini pula ya? Namun itu hanya beberapa saat sebelum aku tersedar bahawa Izzaz yang sedang baring di sebelahku adalah realiti!

Aku bangun dari pembaringan dan terus turun dari katil. Aku tidak tahu sudah entah berapa lama Izzaz merenung wajahku sejak tadi. Aku harap Izzaz tidak buat yang bukan-bukan terhadapku sepanjang aku tidur. Lelaki itu bukan boleh dipercayai sangat kerana ada saja ideanya untuk mengenakan aku. Mengusik aku mungkin telah menjadi salah satu dari motto hidupnya.

“Auch...” Aku memegang bahagian pinggangku.

“Kenapa? Kau tak sihat ke?” Soal Izzaz yang membuatkan aku terus mengetap bibirku.

“Awak lupa ke yang malam tadi awak tolak saya masa kita berebut katil ni?” Soalku.

“Aku minta maaf. Kau jtendpun ng aku jugak kan. Tapi tak apa, malam ni kita jangan berebut lagi ya. Malam tadi aku tidur sebelah kau elok aje, kau pun aku tengok lena aje tidur.” Ujar Izzaz yang membuatkan aku menarik muncung sedepa.

Izzaz bangun dari pembaringan dan terus mendekatiku lalu dia terus mencubit pipiku. Aku menolak tangannya. Ketika itu seperti biasalah, dia akan ketawa riang kerana dapat mengusik aku. Izzaz kemudian menarik lenganku untuk mengikutinya ke arah sofa yang terletak di tepi tingkap. Aku memandang ke arah makanan yang terletak di atas meja di tepi sofa itu.

“Surprise!” Izzaz sedikit menjerit.

“Awak pesan sarapan pagi masuk ke dalam bilik ke? Banyaknya Iz.” Soalku.

Izzaz mengangguk. “Barulah romantik. Lagipun ada kau dengan aku aje.” Izzaz tersengih-sengih.

Aku tidak jadi marah dan tanpa dapat aku kawal terbit sebuah senyuman di bibirku. Aku rasa terharu dengan kejutan demi kejutan yang dirancangnya untukku. Kini aku rasa benar juga kata Doktor Fairuz yang Izzaz ni nampak saja garang di luar tapi hati dia baik sebenarnya. Kasih dan sayangnya kepadaku dipamerkan ke dalam bentuk perbuatan, bukan hanya dengan kata-kata semata-mata. Bagiku itu membuktikan yang Izzaz memang benar-benar berusaha untuk membuatkan aku nampak yang dia benar-benar sayangkan aku, berusaha untuk membuatkan aku membuka pintu hatiku untuknya dan juga berusaha untuk mengembalikan kepercayaanku kepadanya. Aku akui nampaknya hatiku sedikit demi sedikit sudah mula menerima kehadiran Izzaz di dalam hidupku.

“Terima kasih Iz. Saya basuh muka dulu ya, lepas tu kita sarapan sama-sama.” Kataku yang masih lagi tersenyum.

“Okay sayang.” Izzaz membalas senyumanku.

Keluar saja dari bilik air, aku terus duduk di hadapannya. Aku lihat tangan Izzaz sedang sibuk menyendukkan makanan ke dalam pingganku.

“Iz tak apa saya boleh buat sendiri.” Aku menghalang.

Izzaz senyum malah dia pula yang menghalangku untuk mengambil pinggan dari tangannya. “Tak apa lah, biar aku sendukkan untuk kau. Kau duduk dan makan aje.” Tangannya masih lagi lincah menyapukan jem ke atas roti bakar lalu dihulurkan kepadaku.

“Awak makan lah jugak Iz. Saya nak nanti saya ambil ya.” Kataku lagi.

“Kau kena makan banyak sebab lepas ni kita akan buat banyak aktiviti. Kau kena pastikan perut tu kenyang.” Izzaz menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Aktiviti apa? Apa rancangan awak hari ni?” Soalku yang mula teruja untuk keluar berjalan-jalan di bandar Auckland lagi.

“Adalah, tapi pagi ni aktiviti kita adalah...running!

“Running?” Soalku sedikit terkejut. Izzaz mengangguk.

Tiga puluh minit kemudian,

“Cepatlah! Lembap betul lah kau ni.” Izzaz memanggilku yang tertinggal di belakang.

Menyesal pula aku bersetuju untuk mengikuti rancangannya berlari pagi ini kerana sementelah aku memang amat jarang sekali untuk jogging mahu pun ke gym. Sebab itu lah aku termengah-mengah kepenatan walaupun  kami berdua baru sahaja memulakan larian. Izzaz pula lari begitu laju dan meninggalkan aku di belakang. Tapi yang membuatkan aku menjadi geram ialah apabila Izzaz mula merungut dan menyuruhku untuk berlari lebih cepat dan memanggilku lembap!

“Awak larilah dulu. Saya tak larat lah nak kejar awak.” Balasku sambil termengah-mengah.

Aku berhenti dari terus berlari. Izzaz datang mendekatiku. “Kau ni sejenis siput ke apa? Lambatnya. Baru lari sikit dah pancit.” Dia mengejekku.

Aku mengetap bibirku geram sambil aku menjelingnya. “Awak ajelah yang pandai berlari, saya mengaku yang saya memang lambat sebab saya ni jarang berlari. Awak lain lah. Jadi apa kata awak pergi lari dulu ke depan tu, saya ikut dari belakang. Takkan awak nak tunggu siput macam saya kot.” Aku membalas kata-katanya sinis.

Izzaz ketawa sambil pipiku dicuitnya. “Pandai dah kau sekarang nak merajuk ya. Geram aje aku tengok.”

Aku menepis tangannya itu. “Awak jangan nak mengada-ngada ya Iz.”

“Aku ajak kau berlari ni biar badan kau tu kurus sikit. Kau tak perasan ke semenjak dua menjak ni badan kau tu dah bertambah gemuk.” Izzaz memang sengaja nak buat aku geram.

“Gemuk?” Soalku.

Izzaz mengangguk yang membuatkan aku rasa nak cubit-cubit aje pipi dia tu. Mulut dia tu laser betul, tak sayang mulut langsung.

“Saya gemuk? Mana ada.” Sangkalku kerana memang benar aku tidak gemuk. Berat aku hanya 55 kg saja kot. Potong mood betul lah Mr. Lion King ni. Baru saja pagi tadi dia menunjukkan sisi romantiknya depan aku dengan menyediakan sarapan, beberapa minit lepas tu dia kembali kepada perangainya yang suka sangat menyakatku itu.

“Betul lah. Mata aku ni mana pernah menipu. Sebab tu aku ajak kau berlari ni. Cepat jom lari.” Jurulatih Izzaz memberi arahan dan terus lari meninggalkan aku.

Aku menghembus nafas geram. “Jahatnya mulut dia. Aku rasa nak tarik-tarik aje bibir dia tu!” Omelku sendiri.

Aku yang sedang menahan geram mempercepatkan langkah berlari dan memotongnya di hadapan. Izzaz yang nampak terkejut kerana tiba-tiba aku dapat memotongnya turut mempercepatkan langkahnya. Kami berdua berlari selaju mungkin bersaing di kawasan taman itu untuk beberapa saat. Sesekali Izzaz mengerling ke arahku dan tersenyum. Mungkin dia terkejut agaknya yang aku sebenarnya boleh berlari dengan laju!

Aku mengerling ke arahnya yang sudah dibasahi peluh itu. Aku sudah rasa penat sebenarnya tetapi aku cuba bertahan kerana aku tidak mahu kalah dengan Izzaz dan aku juga tak mahu dia terus mengejekku kelak. Aku kenal benar dengan perangai lelaki di sebelahku itu. Tentang bab mengusik aku memang nombor satu dan aku rasa ianya juga telah menjadi salah satu hobi kegemarannya.

Aku tidak perasan rupa-rupanya ada sekumpulan lelaki asing sedang berlari berlawan arus denganku semakin menghampiri. Aku tidak mampu untuk mengelak dan bila-bila masa sahaja aku akan berlanggaran dengan mereka.

“Arrgghh...” Aku menjerit sambil menutup mukaku.

Tiba-tiba aku merasakan ada tangan yang menarikku ke tepi dan tubuhku terus terhempas ke atas rumput. Aku berpaling dan rupa-rupanya Izzaz yang menarikku ke tepi.

“Ada sakit kat mana-mana tak?” Izzaz nampak risau. Dia memegang tanganku dan menyapu kedua-dua belah tapak tanganku.

Aku menggeleng.

“Awak tak payah lari laju-laju macam tadi. Saya tak paksa pun awak lari ikut saya.” Ujarnya yang membuatkan aku terus memandangnya.

“Awak tak paksa? Habis tu tadi apa, awak panggil saya lembap lah, sejenis siputlah.” Aku memuncungkan bibirku tanda tidak puas hati.

“Iya lah, iya lah aku salah. Aku minta maaf. Lepas ni aku dah tak akan paksa kau lagi ya.” Pujuknya.

Kami berdua bangun dan hanya berjalan. Tidak berlari seperti tadi lagi. Aku mengibas-ngibas baju dan seluar yang aku pakai kerana banyak debu yang melekat pada pakaianku.

“Awak nak bawak saya ke mana lagi lepas ni? Saya harap bukan aktiviti macam ni lagi lah.” Kataku sambil aku mengerlingnya.

Izzaz ketawa. “Memandangkan esok kita dah balik KL, hari ni aku akan bawak kau makan puas-puas, shopping dan ke mana saja tempat yang kau nak pergi. Kau cakap aje, supir ini sedia membawa. Tapi ke bulan tu mustahil lah hahahaha.” Izzaz menunjuk ke arah dirinya.

Aku mengangguk-angguk. “Saya nak makan sedap-sedap.” Aku mula senyum.

“Makan aje? Emm...tak ada hal lah. Kau cakap aje nanti nak makan apa okay!” Izzaz nampak bersemangat.

“Okay!” Jawabku.

“Tapi sebelum tu, petang ni kau kena teman aku ke satu tempat boleh?” Pintanya.

“Awak nak ke mana? Boleh aje, saya tak kisah asalkan bukan lari. Ke mana?” Balasku.

“Kayuh basikal!” Izzaz nampak teruja.

“Naik basikal? Saya lah yang kena kayuh nanti kan.” Balasku.

Aku bukan tidak mahu untuk mengayuh basikal tetapi kerana aku membonceng Izzaz semalam lah kakiku terasa sakit dan berdenyut sepanjang malam tadi. Tapi kalau aku tolak permintaannya itu nampak tidak adil pula lah baginya sementelah Izzaz telah buat macam-macam untukku sepanjang kami di Auckland ini.

“Siapa kata kau yang kena kayuh?” Izzaz pula yang menyoalku.

“Habis siapa?” Aku memandang wajahnya.

Izzaz senyum meleret. “Aku!”

“Awak? Biar betul awak ni?” Aku tidak percaya. Aku berhenti dari terus berjalan.

“Betul. Aku rasa dah berpuluh tahun jugak aku tak sentuh basikal. Tapi sebab kau tau aku berani nak kayuh basikal balik. Kau teman aku, semua benda yang aku tak boleh buat, terus boleh buat serta merta.” Izzaz ketawa.

“Okay, saya akan tolak awak masa awak dah duduk atas basikal tu. Jatuh bangun sendiri ya.” Aku mengusiknya.

“Eh kau jatuh tadi boleh pulak aku sambut, tapi bila aku jatuh kau tak nak tolong?” Izzaz sengaja mahu panjangkan cerita.

“Awak lelaki, saya perempuan. Takkan saya nak angkat awak pulak kot!” Aku menjawab.

“Okay kau tak nak tolong aku tak apa. Nanti bila aku jatuh, ada awek cun setanding Miss World tolong aku, melopong lah kau tengok.” Izzaz membalas.

Aku ketawa mengejek. “Perasan!” Terus aku berjalan meninggalkannya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.