Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,141
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3 - Aku jadi pelakon

Mataku terkebil-kebil memandang wajah lelaki tu sambil otakku ligat memproses apa yang baru aku dengar sebentar tadi. Permintaan apakah yang lelaki ini maksudkan? Aku kena jadi bakal isteri dia? Memang tak akan mungkinlah. Kenal pun tidak. Nama dia pun aku tak tahu.

“Encik ni gila!” Aku menjelingnya tajam dan terus melangkah pergi meninggalkannya.

“Awak yang mulakan permainan ni dulu jadi awak kena selesaikannya sampai habis.” Kata lelaki itu agak tegas seperti mahu menghalang aku dari terus melangkah.

Aku berpaling memandangnya. Mempamerkan wajah tidak puas hati. “Apa yang Encik mahukan lagi? Saya dah minta maaf kan.” Ujarku.

“Saya maafkan kesalahan awak yang lain. Kecuali yang itu.” Dia memeluk tubuhnya.

Aku mengetap bibirku geram sebelum aku memandangnya tajam. “Saya dah minta maaf. Jadi saya rasa kita dah tak hutang apa-apa lagi. Tentang permintaan Encik tadi tu, lupakan aje lah. Saya tak akan setuju.” Kataku muktamad.

Dia tersenyum sinis. “Tak apa kalau Cik tak nak. Tapi jangan lupa yang saya boleh dakwa Cik atas kesalahan menggangu ketenteraman saya.” Pandai pula lelaki ini mengugutku.

Aku ‘terketawa’ mendengar kata-katanya. Jadi sekarang ni lelaki ini mahu mengugutku pula. Aku lagi licik darinya. Aku tak akan termakan dengan ugutan seperti itu.

“Kelakar pulak saya dengar. Encik ada bukti ke nak dakwa saya?” Soalku bagaikan mengejekknya. Rasa kelakar mendengar ugutannya tadi. Tak mencabar okay!

Dia juga ketawa selepas mendengar kata-kataku. “Kelakar ya apa yang saya cakapkan tadi. Emm...yang itu bukan bukti ke.” Lelaki itu menjuihkan bibirnya ke arah CCTV yang terletak di atas pintu masuk utama.

Bulat mataku. Mulutku ternganga. Aku memandang ke arah CCTV di lobi itu sebelum mataku kembali memandangnya. Lelaki itu sekadar mengangkat bahu dan ketawa mengejek.

“Hahahahaha.....kelakar sangat.” Dia ketawa mempersendakan aku.

“Deal on no deal?” If your answer is yes, please follow me for further discussion.” Dia berjalan ke arah sofa dan duduk di sana dengan rasa selamba.

Aku rasa nak menjerit! Geramnya. Huh.... ‘Sabar Maya. Lelaki ini cuba mempermainkan kau balik. Kau tengok dulu permainan dia, lepas tu tahulah macam mana kau nak kenakan dia balik’ Suara dalam diriku berkata-kata.

Aku tarik nafas sedalamnya sebelum aku melangkah ke arah sofa. Aku duduk betul-betul bertentangan dengan lelaki itu. Aku cuba mempamerkan wajah biasa. Tenang. Aku memandang bunga di atas meja. Namun hujung mataku dapat melihat yang lelaki di depanku ini sedang leka merenungku. Pantas aku memandangnya tajam.

“Kenapa Encik pandang saya macam tu?”

Dia berdehem beberapa kali sebelum mengusap kedua-dua belah tangannya. Namun tidak menjawab soalanku.

“Macam ni lah senang cerita, saya tak akan dakwa awak gunakan rakaman CCTV tu. Tapi awak kena setuju tolong saya.” Pinta lelaki yang aku tak kenali itu.

“Tolong macam mana maksud Encik? Tolong jadi bakal isteri tu memang tak masuk akal langsung.” Balasku sambil aku bersandar ke belakang.

Aku lihat lelaki itu melepaskan satu keluhan. Nampak berat. Agak lama dia diam sebelum menyambung perbualan.

“Saya tahu permintaan tu memang tak masuk akal. Tapi saya mintak awak berlakon, menyamar saja bukan betul-betul pun.”

Aku melelapkan mata. Rasa nak pitam dengar permintaan gila itu. “Sekarang ni apa motif Encik nak saya buat semua tu? Mesti ada sebab kan?” Aku memandang tepat matanya mencari jawapan di sana.

Aku nampak dia seakan teragak-agak untuk bercerita tentang sebab dia perlu bantuan dariku. Bukan bantuan sebenarnya, tapi balasan atas apa yang aku lakukan terhadapnya malam tadi.

“Saya nampak awak pandai berlakon masa di cafe dan juga di hadapan hotel ni malam tadi. Awak boleh buat orang percaya dengan kata-kata awak. Macam malam tadi, awak boleh yakinkan pemandu teksi tu yang saya ni suami awak. Jadi saya perlukan awak..” Terhenti di situ kata-katanya.

Aku ketawa sinis. “Jadi maksud Encik saya ni pandai menipu? Macam tu.”

“Okay...dengar. Saya perlu kan awak untuk jadi bakal isteri saya untuk malam ni saja. Awak berlakon, lepas tu dah selesai masalah antara kita. Saya tak akan ungkit lagi pasal nak dakwa awak.” Terangnya lagi. Nampak bersungguh benar dia memerlukan bantuan aku.

Aku berfikir sejenak. Kalau aku setuju aku takut pula dia akan apa-apakan aku. Dah lah aku tak kenal siapa dia sebenarnya.

“Apa jaminan Encik?” Soalku curiga.

“Awak tahu saya kerja sebagai apa dan di syarikat mana. Jadi kalau jadi apa-apa awak boleh cari saya. Itu jaminan saya. Saya tak akan apa-apa kan awak lah.” Dia cuba meyakinkan aku.

“Kalau saya setuju Encik kena janji yang Encik tak akan ungkit lagi tentang hal yang berlaku semalam termasuk ugutan nak dakwa saya.” Kali ini aku pula yang membuat tawaran.

“Okay! Deal.” Dia mengangguk.

“Okay...saya terima itu sebagai janji. Deal!” Balasku.

Aku segera menyeluk poket seluarku. Mengeluarkan sesuatu. Wang kertas satu ringgit. Aku letakkan di atas meja. Aku mengeluarkan sebatang pen lalu aku turunkan tandatanganku di atas bahagian hadapan wang itu. Aku menghulurkan pen kepada lelaki yang kelihatan keliru ketika itu.

“Agreement between us. Sign here.” Aku mendekatkan wang kertas itu kepadanya.

Lelaki itu ketawa. Ketawa yang ikhlas dan tidak dibuat-buat seperti tadi. “Ini pertama kali saya sign agreement cara unik begini.” Dia masih lagi tersenyum ketika menurunkan tandatangannya di atas wang kertas itu.

Aku mencapai kembali wang itu. “Saya simpan ni sebagai bukti urusan perjanjian kita.”

“Jadi apa yang perlu saya lakukan sebagai bakal isteri Encik?” Soalku. Perasaanku sudah semakin tenang. Aku ikutkan dulu permainan lelaki di hadapanku ini.

“Tugas awak adalah buat sedaya upaya untuk cemburukan seseorang...”

Aku mengangkat kening mata sebelah kiri. Menarik ni!

“Cemburukan seseorang tu siapa?”

“My ex-girfriend.” Katanya ringkas.

Oh baru aku faham. Ini semua sebab cinta! Hal cinta yang buat lelaki ini membuat satu permintaan gila. Agaknya memang betul agaknya dalam lagu-lagu melayu selalu kata ‘cinta itu buta walau tak bermata’.

“Okay. Cemburukan bekas teman wanita Encik. Jadi Encik buat macam ni sebab nak dapatkan dia kembali lah rupanya.” Selama aku membuat andaian sendiri.

Wajah lelaki itu nampak merah. Tidak lama selepas itu dia mengangguk. Malu barangkali. Hai untunglah bekas teman wanitanya itu. Seorang lelaki sanggup lakukan kerja gila begini kerana benar-benar sayangkan seorang wanita itu. Kalau perempuan tu tak nampak jugak aku tak tahu lah. Tapi cara begini bakal berkesan ke?

Tiba-tiba aku rasa kasihan ketika melihat wajah sugulnya. Tapi aku buat-buat tidak nampak. “So...what should I do tonight?”

“Dinner dengan saya malam ni. Saya dah set place. Kat sana nanti kita akan jumpa Amera. Saya nak buat kita tiba-tiba terserempak dengan Amera dan tunangnya. Saya nak awak berlakon...” Panjang lebar dia memberi penjelasan.

Aku memotong cakapnya. Banyak sangat ‘nak’ dia ni lah. “Apa yang saya perlu lakukan Encik tak perlu risau. Yang tu saya tahulah macam mana nak buat nanti. Fokus utama nak buat siapa..Amera tu cemburu kan. Perkara kecil. Serahkan pada saya. Tapi Encik janji yan Encik tak boleh merungut dengan cara yang saya lakukan nanti.”

Dia mengangkat bahu. “Terpulang. Saya okay je tapi jangan sampai nampak sangat yang kita berlakon. Itu saja. Biar nampak natural.”

“Natural? Okay.” Balasku.

“Saya tunggu di sini pukul 6.00 petang nanti. Please don’t be late.” Pesannya.

Final deal?”  Aku terus memfokuskan lensa handphone aku. Klik. Gambarnya sudah ada di dalam telefon bimbitku.

"Bukti." Kataku.

Dia memandangku pelik sebelum tersenyum lebar. “You are the weirdest beautiful lady I’ve been meet.” Lalu dia juga mengeluarkan handphone melakukan perkara yang sama sepertiku.

‘Did he say I am beautiful?’ Aku tiba-tiba rasa malu dipuji begitu namun aku buat selamba dengan mempamerkan senyuman.

“Firqin.” Dia memperkenalkan dirinya.

“Saya Ariana.” 

“Ariana….” Dia menyebut nama itu sambil terangguk-angguk.

Aku senyum penuh makna. ‘Ini hanya permulaan permainan yang dicipta oleh awak, wahai Encik Firqin.’ Bisikku di dalam hati.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.