Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,120
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
-Teaser Bab 42- Siapa muncul?

                                     

                                               "Fuh! Nasib baik mimpi." MAYA

“Izzaz saya tak nak kahwin!” Aku berteriak.

“Aduh!” Aku memegang dahiku yang terasa perit kerana terhantuk di atas lantai. Aku menggosok dahiku berulang kali berharap rasa sakit yang sedang aku tanggung akan segera beransur hilang. Aku teringat pada Izzaz dan dengan segera aku menoleh ke arah kiri dan kananku. Aku lega Izzaz tiada di sekelilingku.

Perlahan-lahan aku cuba mengingati yang telah berlaku sebentar tadi ketika Izzaz menghantarku pulang. “Mr. Lion King tu tarik telinga aku, lepas tu aku balas dengan gigit tangan dia dan terus lari keluar dari kereta.” Aku bercakap sendiri sambil kepalaku cuba mengimbas kembali kejadian yang berlaku sebentar tadi.

“Jadi majlis nikah tu cuma dalam mimpi aku aje lah? Yes!Nasib baik mimpi aje, selamat aku.” Aku mengusap dadaku, merasa lega kerana apa yang aku sangka benar-benar sedang berlaku ternyata hanyalah sebuah mimpi yang bagiku hanyalah sebuah mainan tidur sahaja. ‘Tapi sebentar sajalah jadi mainan tidur kerana ianya mungkin bakal menjadi kenyataan di dalam masa terdekat ini.’ Keluhku.

Aku memandang ke arah jam yang tergantung di dinding yang menunjukkan pukul 2.45 minit pagi. Aku kembali memanjat naik ke atas katil dan meraup wajahku beberapa kali. “Tapi kenapa mimpi tu terasa real pulak ya? Girlfriends? Izzaz game aku saja? Tapi Maya betul ke keputusan kau nak kahwin dengan mamat tu, karang tak pasal-pasal menyesal kemudian hari siapa yang nak tolong, masa tu kau sendiri yang kena tanggung akibatnya. Dah lah lelaki tu bukan kau kenal sangat pun.” Aku membebel memarahi diri sendiri.

“Dah tu nak lari lagi? Silap-silap karang betul kena jual kat sempadan Siam tu aku jugak yang susah. Sekarang ni senang aje penyelesaiannya Maya, tidur!” Aku terus menarik selimutku dan kembali memejamkan mata dengan harapan lelaki itu tidak muncul di dalam mimpi aku semula. Aku pelik juga kerana sudah beberapa kali aku bermimpi tentang lelaki yang sama dan entah kenapa hatiku merasa tidak sedap dengan mimpi malam ini. Apabila aku fikir-fikirkan semula, aku sebenarnya perlu menyelidiki latar belakangnya dan siapa Izzaz yang sebenarnya sebelum aku membuat keputusan untuk hidup dengannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

By Aaron Furniture Design, Isnin 10.00 pagi

Seperti biasa aku memulakan rutin kerjaku di studio. Aku sedikit lega kerana projek reka bentuk untuk Golden Summit Group telah berjalan dengan lancar. Jadi minggu ini aku tidaklah terlalu sibuk lagi sampai terpaksa bermalam di sini walaupun tujuan aku bermalam itu lebih kepada patah hati sebenarnya. Aku mencapai sehelai kertas dan mula melakar idea-idea reka bentuk yang terlintas di dalam mindaku sambil sesekali aku menghirup secawan kopi panas yang baru aku bancuh tadi.

Aku terkejut ketika aku mahu mencapai semula cawan itu, seseorang lebih pantas mencapainya dariku. Aku mendongak untuk melihat siapa gerangan orangnya kerana biasanya pagi-pagi begini Aaron yang selalu akan berjumpa denganku untuk membuat perbincangan ataupun untuk melihat rekaan-rekaanku. Tetapi hari ini orang lain pula yang berdiri di hadapanku dan siapa lagi orangnya kalau bukan Izzaz Rayqal!

Dengan selamba lelaki itu menghirup kopi yang aku bancuh tanpa meminta izin. “Awak ni pagi-pagi dah buat kacau. Awak nak apa datang jumpa saya ni?” Aku rasa malas mahu melayannya.

“Macam ni kau layan tetamu ya? Air pun tak buat, jauh sekali nak ajak duduk.” Omelnya yang membuatkan aku mengeluh.

“Dah awak masuk tadi pun tak bagi salam pun kan. Tiba-tiba terus rampas air orang dan terus minum tanpa minta kebenaran.” Bulat-bulat perkataan itu aku ajukan kepadanya biar di sedar siapa yang salah sebenarnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                      "He loves flying!"


Izzaz memandangku sambil satu keluhan dilepaskan dari mulutnya. “Aku suka terbang. I love my career tapi nampaknya aku kena lepaskan salah satu benda yang berharga yang aku ada lah.”

“Habis tu teruskan sajalah lakukan apa yang awak suka buat tu. Iz boleh tak awak cerita pada saya apa yang buat awak suka sangat terbang dan kenapa awak pilih kerjaya di awan biru tu?” Tanyaku sekadar suka-suka. Mahu mendengar dia bercerita agar hilang sedikit tekanan kerja yang sedang dihadapinya itu

Izzaz terus tersenyum dan wajahnya nampak bersemangat. “Emm...aku nak jadi pilot dari zaman sekolah lagi sebab planes amazes me. Lagi satu aku sebenarnya tak suka pun kerja 9-5 ni dan aku selalu masuk ofis sesuka hati aku aje bila pekerja aku perlukan sign aku atau masa jumpa tauke-tauke besar. Kerja pilot ni senang because once you’re done with your work, you don’t bring your work to home.”

“Mesti best kan kerja kat atas tu? Apa awak rasa ya masa ada dalam kokpit tu? Mesti rasa seronok kan sebab selalu dapat tengok awan, bulan, bintang dan perempuan.” Usikku.

Izzaz tergelak. “Not all of us macam tu okay. Biasalah we are close with the crews likes best friends tak kira lelaki ke perempuan. Emm...actually tak adalah rasa apa-apa, just I feel in control and get to see nice views that normal people don’t get to see everyday like sunrise and sunsets.” Ujarnya yang membuatkan aku pula yang tiba-tiba rasa teruja.

Aku tergelak. “Pilots memang macam ni ya bila cakap tentang hal kerja dan tugas akan automatik speaking in English ya? Saya ada seorang kawan macam you jugak.” Aku tiba-tiba teringatkan Firqin lalu hilang senyuman di wajahku.

Izzaz turut tergelak mendengarnya. “Serius ke macam tu? Sebab kami dah biasa kot dalam kokpit kena gunakan bahasa Inggeris.”

“Ceritalah lagi experiences kerja awak, saya tak busy sekarang ni boleh dengar you bercerita.” Ujarku.

Izzaz memandangku curiga. “Tadi bukan kau kata busy ke? Sekarang free pulak.”

“Mestilah saya kena kata saya busy bila awak ajak saya ke tempat lain tanpa beritahu pada saya terlebih awal. Lain kali boleh tak call dulu ke beritahu saya supaya saya boleh buat persiapan atau kalau saya ada kerja saya boleh minta tolong kawan-kawan saya cover. Tak lah saya susah nanti, boleh Izzaz?” Pintaku.

“Yalah,yalah. Apa lagi yang kau nak tahu? Experiences?” Izzaz menyoalku.

Aku mengangguk lalu aku bangun untuk membancuh dua cawan kopi buat kami sambil aku mendengar ceritanya.

“Pengalaman paling manis aku sepanjang dalam karier ini adalah masa tengah training dulu bila kali pertama aku terbang solo tanpa instructor. Aku betul-betul rasa boleh handle the plane by my own. Dan yang paling tak manis adalah bila plane aku terbangkan kena engine fire tapi aku kept calm and maintain my emotions in check and do all the checklists and land the plane safely.” Izzaz ketika itu bercerita bagaikan dia sedang berada di dalam dimensinya yang tersendiri.

Aku tersenyum. “Wow...you really amazes me Iz. Awak boleh atasi masalah macam tu, maknanya awak betul-betul berada di tempat yang betul lah sekarang ni iaitu buat apa yang awak suka, your passion in flying and planes!” Aku memberi semangat kepadanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                  "Too bad, Izzaz." MAYA


“Kau tak busy kan? Sekarang kau gulung dan kemas kertas-kertas ni semua, kita keluar. Sesi bercerita dah tamat. Jom, jom.” Izzaz mula bangun dan mula mengemas peralatan menulisku ke tempat asal.

“Nak ke mana? Aaron marah karang, awak jawab ya.” Aku beralasan.

“Aaron tak ada, dia cuti. Aku sebelum datang sini awal-awal dah call dia minta kebenaran bawa you keluar. Dia okay je sebab aku dah bagi dia satu projek.” Izzaz tergelak-gelak.

Aku mencebik mendengarnya. “Sekarang ni saya ke awak yang kerja kat sini, sampai Aaron cuti saya tak tahu tapi awak boleh tahu pulak.” Aku memerlinya tapi muka dia nampak selamba saja, nampak tak terkesan atau terasa langsung dengan kata-kataku.

“Aku kerja kat sini.” Balasnya tanpa perasaan lalu beg tanganku diraihnya.

Belum pun kami sempat keluar dari studio, Sarah tergesa-gesa masuk ke dalam studio.

Maya too bad, something happened. Sepatutnya hari ni Aaron ada meeting dengan client di Bangi and sepatutnya I yang kena ganti dia. Tapi I ada hal kecemasan nak balik Kedah sekarang jugak Maya, ibu I jatuh sakit. Maya I minta tolong you attend meeting tu boleh?” Wajah Sarah nampak resah.

“Sarah don’t worry. I will take over the meeting and everything here. You hati-hati masa balik kampung tu ya. I doakan ibu you tak ada apa-apa dan semuanya baik saja ya.” Aku mendekati Sarah dan memeluk sahabatku itu.

Sarah mengangguk. “Thank you, dear.” Ujarnya dan terus beredar.

Aku kembali menoleh memandang Izzaz yang sedang menyandang beg tanganku. Riak keriangan untuk mencuba baju sudah hilang dari wajahnya, barangkali sudah dibawa pergi bersama Sarah tadi agaknya.

“Too bad, I have to go now. Saya betul-betul nak keluar dengan awak pergi fitting baju semua tu, tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan. Awak balik sendiri ya. Kalau awak bosan tanpa saya di sisi nanti, awak pergilah berlari atau pun pergi crossfit gym ya, awak suka kan buat aktiviti tu. Bye,bye Iz.” Aku berpura-pura mempamerkan muka sedih lalu aku mengambil beg tanganku darinya.

“Sarkastik sangat!” Izzaz mencebik dan buat muka merajuk di depanku yang membuatkan aku terus ketawa geli hati.

“Kenapa kau ketawa pulak ni?” Izzaz menjelingku.

Aku memegang perutku yang mula rasa senak menahan ketawa. “Iz kali ini awak betul-betul nampak macam budak sekolah darjah satu bila buat muka macam tu.” Usikku.

“Kau memang suka kan bila dapat usik dan mengata aku. Dah aku nak balik, tapi aku akan tuntut janji aku tu jugak.” Izzaz terus keluar meninggalkan aku.

“Iz...Iz kalau dah malu tu cakap ajelah. Muka tu dah merah padam dah aku tengok. Selalu suka sangat kan usik aku, sekarang kau rasa pulak bila aku usik kau. Malu kan...sampai terus balik tu.” Aku menyambung ketawa sambil aku mencapai kunci kereta di atas meja.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                      "Firqin kembali?" MAYA

“Awak apa khabar Maya, sihat?” Suaranya yang lama tidak aku dengar itu membuatkan aku kembali rasa berdebar.

Aku membalas senyumannya sebelum mengangguk. “Saya sihat. Awak?” Firqin hanya mengangguk.

Aku rasa kekok. Mungkin kerana sudah lama kami tidak berbual tambahan pula kejadian kali terakhir kami berjumpa tidak lama dulu bukanlah sesuatu yang manis untuk aku ingati.

“Err...awak buat apa kat sini Kin?” Soalku yang terlalu ingin tahu tentang kenapa dia boleh tiba-tiba muncul di hadapanku.

“Saya nak jumpa awak, sebab saya nak tahu perjanjian apa yang telah awak buat dengan sepupu saya, Izza Rayqal.” Kata-katanya itu terus membuatkan aku terkedu.

Aku menelan liur yang terasa pahit. “Per...perjanjian?”

Firqin mengangguk. Wajahnya nampak tenang dan senyuman masih kekal di bibirnya. “Perjanjian atau pun kontrak yang awak dah setuju sebagai balasan, bila sepupu saya tu bagi duit tiga puluh ribu pada awak untuk tolong Norzie kan?”

“Hah?” Aku mula panik.

“Saya dah tahu semuanya Maya. Dan sekarang saya nak dengar dari mulut awak sendiri tentangnya.” Tambah Firqin yang membuatkan aku rasa akan rebah bila-bila masa saja.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.