Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,079,144
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 31- Izzaz berterus-terang

“Yang kau melopong pandang aku tu kenapa?” Soalnya. Mr. Lion King kembali mengaum.

'Baru aku bagi nasihat tak sampai dua minit, perangai sebelumnya sudah kembali? Lelaki ni memang semula jadi macam ni agaknya. Jenis yang kasar, jauh sekali romantik.’ Kutukku di dalam hati.

Aku mengalih topik perbualan. “Isteri awak tahu ke tentang perjanjian kita ni? Tahu yang saya ni bakal jadi adik awak? Saya cakap awal-awal sebab saya tak nak terlibat dalam masalah nanti. Saya tak suka gaduh sesama perempuan tau.”

“Apa kau merepek ni? Cerita pasal isteri, gaduh semua. Itu semua tak ada kena mengenalah. Aku belum beristeri lagi. Aku masih bujang. Apa aku ni nampak macam dah kahwin ke?” Lelaki itu buat muka lagi.

“Adalah sikit. Sebab awak nampak berusia sikit dah. ” Ujarku selamba. Bulat matanya memandangku. Reaksi terkejut terpamer di wajahnya.

“Kenapa awak pandang saya dengan mata bulat macam tu? Saya terus-terang apa. Memang awak nampak berusia dah.” Aku sebenarnya sengaja nak sakitkan hati Izzaz. Sebelum ini bukan main sedap mulut dia kutuk aku, kenakan aku. Sekarang aku nak tengok reaksi dia pulak bila dikenakan aku.

“Amboi-amboi sedap mulut kau aje ya mengata aku berusia. Hello! Aku ni antara top popular and most  handsome bachelor kat Malaysia ni tau. Tak pernah ke baca majalah Business? Tak nampak aku dah banyak kali tau jadi cover men untuk majalah tu. Menjadi peneraju berjaya dalam dunia perniagaan. Lagi satu aku ni muda lagi. Baru berusia 29 tahun okay.” Dah mula lah Encik Izzaz kita ni puji diri dia sendiri.

Aku hanya mencebik mendengarnya. “Okay Izzaz, saya dengar apa yang awak cakap tu. Jadi sekarang boleh kita kembali fokus kepada topik perbincangan tadi?”

“Apa lagi? Sign lah kontrak dengan syarat-syarat tu. Lagi satu mana syarat-syarat kau pulak?” Soalnya.

“Saya belum sempat buat lagi. Awak jangan risau, saya akan bagi nanti. Sekarang saya tandatangan dulu dan saya setuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam kertas ni walaupun 50% daripadanya mengarut. Tapi saya harap syarat-syarat ni tertakluk kepada terma, syarat dan keadaan. Boleh diguna pakai bila diperlukan saja. Boleh?”

“Tengok lah macam mana nanti tahap consideration aku.” Lelaki itu selamba menghirup kopinya lagi.

Tidak lama aku berfikir untuk menandatangani syarat-syarat tersebut. Lagi pun aku nak mengelak macam mana lagi, sedangkan wang yang diberikan Izzaz telah aku gunakan untuk bantu Norzie. Jadi aku tidak boleh pentingkan diri kerana lelaki itu telah membantuku dan kali ini giliran aku pula untuk membalasnya. Selesai saja membuat persetujuan, kertas itu aku kembalikan kepadanya.

Tiba-tiba satu soalan terbit di kepalaku. Penting untuk aku ajukan kepadanya. “Iz...macam mana nanti kalau Abang Bukhary tahu pasal ni?”

“Kau kena bayar ganti rugi dan keluar dari rumah lah. Apa lagi?” Jawapan selambanya menyakitkan hatiku.

Aku merengus geram. “Awak jangan main-main boleh tak. Saya serius ni. Tadi awak jugak yang kata awak dengan abang saya tu kawan baik. Takkan lah saya yang nak bocorkan rahsia, kalau abang saya tahu tak lain tak bukan dari mulut awak lah.” Balasku geram.

“Aku tahulah. Kau tak payah risau pasal tu. Apa yang penting sekarang ni kau dah bersedia ke nak jadi adik aku?”

“Bersedia ke tak bersedia ke tetap sama kan. Kena buat jugak. Kenapa?”

“Ish....nada suara tu macam nak melawan je?” Izzaz menjelingku.

“Eh mana ada, wahai abangku sayang intan payung. Saya tak melawan lah. Abang salah dengar lah tu. Saya bersedia. Sedia sangat.” Aku berpura-pura baik. Tapi sinis.

Lelaki itu mencebik. “Tak apa, tak apa. Aku ada banyak masa lagi nak buli kau nanti. Kau tunggu ajelah.”

‘Macam budak-budaklah dia ni. Sabar Maya. Layankan aje dulu.’ Aku berkata-kata di dalam hati.

Aku kembali menyuapkan popiah goreng ke dalam mulutku. Aku tidak endahkan pandangan lelaki itu terhadapku. Entah apa lah yang tengah difikirkannya agaknya. Mungkin tengah mengutukku atau pun sedang merancang cara-cara untuk membuliku bila aku tinggal di rumahnya nanti. 

Aku sempat bayangkan Izzaz membuli aku dengan menyuruh aku mengelap lantai rumah banglonya menggunakan kain, lap setiap inci perabot rumahnya jangan tinggal habuk sedikit pun atau pun menggosok bajunya satu almari! Tidak...habislah tangan aku nanti. Aku sempat membayangkan wajah lelaki itu sedang ketawa suka, tengah makan buah anggur sambil dia baring di sofa apabila dapat membuliku. Aku tak nak!

Izzaz memetik jarinya di hadapan wajahku. “Wei kau ni dah kenapa? Suka sangat berangan kan? Aku rasa kau ni ada bau-bau bacang dengan mat jenin lah. Sebab tu kerja kau berangan aje memanjang. Huh! tak faham aku.” Aku sekadar tersengih, nak tutup malu sebab ‘terberangan’ tadi. Tapi dalam hati geram jugak. Kalau ‘terberangan putera raja tak apa, ni aku berangan tentang betapa suka dan kejamnya Mr. Lion King membuliku. Seram pula bila aku fikirkan balik.

“Kau dah bersedia nak dengar kenapa aku nak kau menyamar jadi adik aku?” Serius Izzaz bertanya.

Aku mengangguk. Persoalan ini lah yang aku nak tahu sangat semenjak lelaki ini beriya-iya memaksa dan menyuruh aku untuk menjadi adiknya. Sedangkan dia tidak beritahu langsung sebab dia berbuat demikian. Sekarang inilah baru lelaki itu mahu membuka mulut bercerita.

“Aku hanya akan cerita sekali saja. Aku nak kau pasang telinga dengar apa yang bakal aku cakapkan ni. Kalau ada apa-apa persoalan ke tunggu lepas aku habis bercerita. Faham?”

Aku mengangguk faham. Aku pandang wajah lelaki di hadapanku yang sedang tunduk memandang meja. Wajahnya tidak segarang atau pun seceria ketika dia ketawa tadi. Ekspresi wajahnya ketika itu nampak sedih dan sayu di mataku. Tapi aku tak berani nak buka mulut bertanya, karang tak pasal-pasal kena sembur percuma aje aku dapat.

“Kisah ni jadi lebih kurang tujuh belas tahun yang lepas. Masa tu aku berumur 13 tahun aku masih ingat lagi. Kami sekeluarga iaitu aku, Baba, Umi, Kaisara dan Adam tengah bersiap nak hantar aku ke sekolah asrama. Tapi masa tu aku memberontak, aku tak nak pergi sebab aku tak nak berpisah dengan adik aku Kaisara yang masa tu berumur 9 tahun dan Adam yang masih kecil. Tapi Baba tetap paksa aku untuk pergi. Aku protes lalu aku lari dari rumah. Aku tak lari rumah pun sebenarnya, aku menyorok kat rumah kawan aku. Dalam tengah hari tu, Kaisara keluar untuk panggil aku balik ke rumah sebab Baba dah berjanji tak nak paksa aku pergi ke sekolah berasrama. Pada masa itulah adik aku diculik oleh lelaki berkumpulan yang menarik Kaisara masuk ke dalam van. Aku yang kebetulan sedang berjalan balik ke rumah nampak kejadian tu berlaku di depan mata aku.”

Aku terkejut mendengar ceritanya. Terasa meremang bulu romaku ketika itu. Ketika itu juga aku nampak mata Izzaz berair menahan airmatanya dari jatuh. Lelaki itu menarik nafas dalam sebelum dia kembali bercerita.

“Aku kejar van tu. Aku jerit panggil nama Kaisara. Tapi van tu terus meluncur pergi. Umi tak boleh terima kenyataan yang Kaisara kena culik. Aku ceritakan apa yang aku nampak kepada Baba tapi yang kesalnya aku tak nampak wajah penculik-penculik tersebut. Dua bulan kami menanti berita kehilangan Kaisara tapi hampa. Dua bulan itu jugalah Umi sakit. Umi aku tak dapat terima yang Kaisara dah tak ada dalam hidup kami. Umi mengalami gangguan mental. Kadang-kadang dia menangis, marah dan meluru keluar dari rumah sebab nak cari Kaisara. Aku kasihan melihat keadaan Umi. Aku rasa bersalah atas apa yang berlaku. Kalau bukan disebabkan aku yang tunjuk perasaan, Kaisara masih selamat dan tidak menjadi mangsa penculikan tu. Masa Umi sedang menjalani rawatan di hospital, pihak polis menghubungi arwah Baba yang mereka temui mayat Kaisara.”

Aku menerkup mulutku. Airmataku mengalir. Aku amat kerkejut mendengar kisah ini. Sedih dan tragis aku rasakan. Kasihan pada Izzaz dan keluarganya. Aku tumpang simpati sama atas nasib yang menimpa Kaisara.

“Arwah Baba berpesan pada aku supaya jangan beritahu pada Umi yang Kaisara telah meninggal dunia. Baba tak mahu emosi Umi semakin bertambah teruk jika tahu tentang perkara tu. Jadi Baba yakinkan Umi yang Kaisara masih lagi hidup dan Baba berjanji akan bawa Kaisara balik ke rumah. Baba buat macam tu sebab sayangkan Umi. Lama-kelamaan keadaan Umi bertambah baik dan kembali normal macam biasa. Sebab itu lah, sampai sekarang ni apa saja permintaan Umi aku akan tunaikan. Apa saja yang buatkan Umi bahagia. Cuma kebelakangan ni aku nampak Umi selalu termenung. Doktor juga ada bagi amaran pada aku supaya selalu tengok-tengokkan Umi, takut-takut penyakit kemurungannya kembali balik.Masa arwah Baba meninggal pun Umi tak macam tu.” Panjang Izzaz bercerita tentang masa silamnya.

“Err...kenapa awak pilih saya untuk jadi adik awak? Kan banyak lagi orang lain yang mungkin boleh tolong awak lebih baik lagi.” Teragak-agak aku bertanya. Khuatir pertanyaanku itu akan semakin mengguris luka lamanya pula.

Izzaz kembali memandang wajahku. “Sebab wajah kau. Wajah kau seiras dengan Umi. Arwah Kaisara dulu pun seiras wajah Umi. Jadi aku rasa kau adalah calon yang tepat yang dapat bantu aku.” Kali ini aku dapat rasakan kata-kata Izzaz itu datang tulus dari hatinya.

“Awak janganlah nangis Izzaz.” Pujukku sambil aku mengesat airmataku.

“Eh kau cantik sikit ya! Bila masa pulak aku nangis. Kau tu yang nangis. Teruk betul aku tengok. Tu lap air hingus meleleh kat hidung tu.” Lelaki itu tidak mengakui. Aku nampak lah dia lap mata dia tadi. Ego lah tu.

“Mana ada. Ish orang tengah sedih, boleh pulak dia nak buat lawak.” Kataku.

Lelaki itu menghulurkan sehelai tisu kepadaku. “Sapu airmata tu. Aku tak suka tengok orang menangis depan aku. Aku jadi teringat pada Kairasa.”

“Awak salah kan diri awak atas apa yang jadi pada Kaisara?” Soalku.

“Entah. Aku pun tak ada jawapan untuk soalan kau tu.” Balasnya.

“Kesiannya awak. Saya tumpang simpati. Tapi awak janganlah salahkan diri atas apa yang dah berlaku. Kita tak boleh menolak takdir atau pun untuk memutar waktu kembali kan, macam awak kata kat saya tempoh hari tu banyak bersabar dan terima takdir yang dah ditentukan Allah.” Aku tidak tahu entah kenapa tiba-tiba aku mahu memujuknya. Aku mahu Izzaz tidak terus rasa bersalah.

Aku perasan Izzaz sedang merenungku ketika itu. Adakah aku tersilap kata? Gulp! Air liur aku telan. Itulah Maya pandai-pandai aje bagi nasihat pada singa, kan dah kena tenung tak pasal-pasal.

Thanks. Kerana ambil berat.” Suara lelaki itu membuatkan aku tersenyum. Sebuah senyuman paling manis aku berikan kepadanya. Kali ini wajah Izzaz bagaikan terkedu. Lama kami berpandangan. Aku tidak dapat mengenal pasti perasaan apa yang aku rasakan ketika itu. Terpegun? Gerun? Entah aku sendiri tidak pasti.

“Sebab yang kedua aku pilih kau ialah sebab kau tak cantik. Bukan taste aku. Jadi sebab itulah aku pilih kau. Jadi dengan itu aku yakin aku tak akan ‘terjatuh’ cinta dengan kau nanti.” Amboi sedapnya dia kutuk aku.

‘Mulut dia ni memang tak ada insuran kan? Sedap mengutuk aku tak cantik. Dia tak tahu betapa popularnya aku masa sekolah dan di universiti dulu. Memang lah sekarang aku tak nampak cantik sebab aku pakai t-shirt biasa dan seluar jeans. Kau tunggu bila aku pakai dress yang cantik-cantik nanti, kalah makwe kau yang mungkin model atau pelakon tu. Kau cabar aku ya, kau tunggulah Izzaz.”

“Awak pun bukan taste saya. Tak hensem mana pun, bersepah muka macam awak kat luar sana tu. Baguslah saya pun tak nak awak ‘terjatuh cinta’ pada saya. Cuma saya ingatkan yang awak jangan termakan dengan kata-kata sendiri pulak.” Balasku pedas sama seperti yang dilakukannya tadi.

Izzaz membuka mulut untuk membalas, namun aku lebih cepat memintas “Eh kejap... saya bukan melawan tapi mengingatkan. Jangan marah ya.” Aku senyum lagi.

Izzaz turut ketawa. “Muka macam aku ni bersepah kat luar sana? Kau tahu tak dengan muka aku ni kalau aku nak cari mana-mana perempuan jadi awek aku dalam masa 5 minit pun laku lah. Muka kita yang hensem menawan ni di katanya bersepah. Aku potong gaji kau nanti! Kau tunggulah. Kau nak tambah syarat kat dalam kontrak tu ‘tak boleh kutuk muka Izzaz’ baru kau tahu” Bebelnya.

“Iyalah...awak menang. Saya kalah.” Balasku akhirnya.

“Tapi satu lagi soalan saya, awak memang dah cam saya ni adik Abang Bukhary sejak kemalangan tu lagi ke? Sebab tu lagi mudah awak tawarkan saya untuk menyamar jadi adik awak dan bersungguh-sungguh untuk tolong kawan saya. Sebenarnya dalam kepala awak dah ada perancangan awal kan?”

Izzaz mengganguk. “Betul aku dah cam kau sejak kemalangan tu. Sebab tu aku tolong kau. Kalau aku tak kenal dah lama aku tolak kau dalam gaung tu. Nasib baik tau kita berdua tak ada apa-apa. Itulah sebelum naik kereta baca Bismillah dulu. Doa dulu, fokus jangan asyik ingat masalah dengan pakwe lah, masalah kerja ke apa. Bila kita pegang aje stereng kereta tu, nyawa orang lain turut berada dalam tangan kita. Sebab itu lah kena berhati-hati selalu.” Panjang lebar dia ceramah aku.

“Baik Ustaz. Terima kasih atas tazkirah tu. Tapi Ustaz Izzaz tak menjawab soalan saya.”

“Kau perli aku ya!”

“Mana ada saya perli. Saya tak berani pun nak perli awak walau sedikit pun. Awak kan bos.” Jawabku.

“Tahu pun kau. Kau nak tahu sangat kan bak sini telinga aku piat luas-luas biar dengar.” Izzaz cuba mendekatiku. Aku tepis tangannya. “Janganlah!.”

“Tahu takut. Kau perli aku tadi tak takut.” Dia kembali duduk.

“Aku sebenarnya tak berminat pun nak suruh kau menyamar jadi adik aku. Ini semua idea cetusan Doktor Fairuz. Kau ingat tak masa kat kafetaria hospital, Fairuz dengan aku ada bincang sesuatu. Pasa hal ni lah. Fairuz yang perasan wajah kau seiras Umi. Kebetulan dia memang tahu tentang keadaan Umi, jadi dia yang cadangkan aku untuk pujuk kau bantu aku. Tapi memang aku tak nafikan apa yang dikatakan Fairuz tu sebab aku juga rasa benda yang sama iaitu wajah kau, cara kau bercakap dan juga bila kau naik angin tu lebih kurang sama dengan Umi aku.”

Aku mengangguk faham pada situasi sebenar. “Dan pucuk dicita, ulam mendatang bila saya ceritakan pada awak masalah saya. Saya memerlukan duit dalam jangka masa yang pendek, awak terus ambil kesempatan masa tu dengan buat tawaran tu kan. Dalam erti kata lain awak ambil kesempatan dalam kesempitan saya lah kan?” Aku sengaja mahu menguji lelaki di hadapanku itu.

“Aku cepuk kau karang. Bila masanya aku ambil kesempatan? Aku minta persetujuan dari kau hari tu kan? Ish...dia ni saja nak buat aku marah lah. Eh, kalau aku nak ambil kesempatan kat kau, kat diri kau dah lama lah aku buat. Malam yang kau tak sedar diri tu kalau aku nak apa-apa kan kau pun boleh lah. Semua benda aku boleh pegang kalau aku nak lah. Cuma aku ni masih waras, lagipun kau tak cantik...bukan jenis yang aku suka.”

Aku terus memeluk diriku. Seram dengan apa yang dikatakan lelaki itu. “Miang!” Teriakku.

“Woi! Orang dengar lah.” Izzaz menerkup mulutku. Beberapa orang pengunjung lain memerhati kami.

“Lepaslah.” Aku melawan.

“Tak nak. Kau dah buat aku malu. Orang ramai pandang aku ni.”

Aku yang tengah geram terus menggigit tangan kanannya itu. Biar kau rasa!

“Aduh! Sakit!l Lepas, lepas. Aku minta maaf, minta maaf!.” Meronta-ronta lelaki itu minta dilepaskan.

“Lain kali awak buat lagi macam tu, saya gigit tangan awak lagi, biar sampai berlubang. Awak buat apa aje kat saya malam tu?” Aku baling popiah di dalam pingganku ke arahnya. Geram!

Izzaz sambut popia goreng dan terus menyumbatkannya ke dalam mulutnya. Geramnya aku tengok perangai beruk sekor ni! Bulat mataku memandangnya.

“Apa? Sedap kuih ni.” Soalnya macam tidak bersalah. Muka Izzaz masa tu tengah tahan gelak. Sukalah tu dapat menyakat aku.

“Penjelasan tentang soalan saya. Awak cepat jawab ya, karang saya malukan awak lagi awak yang susah. Hah...nanti muka awak jadi cover majalah Business sekali lagi bertajuk ‘Ahli perniagaan yang miang’. Awak nak macam tu?”Ugutku.

Tersedak Izzaz dibuatnya. Dia mencapai kopinya lalu dihirupnya hingga habis. “Kau jangan berani buat macam tu ya. Mana aku nak letak muka aku ni nanti. Ish...sakit tangan aku ni kau gigit, dah macam tikus dah suka gigit-gigit ni. Biasa kau bukak tin susu guna gigi ya? Kuat gigi kau tu.” Sempat lagi lelaki itu nak berjenaka.

Aku tidak dapat tahan gelak mendengar jenaka spontannya itu. “Awak jangan mengarut boleh. Jawablah. Ini soal maruah saya tau.”

“Iyalah, iyalah aku jawab. Aku mana ada buat apa-apa kat kau. Lepas kau pengsan malam tu aku terus bawak kau pergi hospital. Pagi tu kau sedar kau tengok kau berpakaian lengkap kan? Aku siap tak tidur tau malam tu risau kalau-kalau jadi apa-apa kat kau. Macam ni rupanya tanggapan kau kat aku?” Alahai...sentap la pulak Mr. Lion King ni.

Aku jadi serba salah pula sebab tersalah sangka padanya. Betul juga kalau aku fikirkan logik, pada pagi aku sedarkan diri tu, tak yang Mr. Lion King goncang katil tu, aku masih lagi lengkap berpakaian. Tambahan pula kasihan padanya yang tunggu aku sepanjang malam.

“Sorry.” Ucapku.

“Tak dengar pun. Kuat lagi.” Lelaki itu bagaikan memberi arahan.

“Saya minta maaf.” Kataku lagi.

“Pendeknya. Itu aje.” Cerewetnya mamat ni. Aku nak minta maaf jadi tak ikhlas pulak jadinya melihatkan perangainya yang macam budak-budak tu.

“Saya minta maaf Abang Izzaz. Saya janji tak akan buat lagi macam tu pada orang yang baik dan tak bersalah macam abang.” Ulangku.

Lelaki itu tersengih-sengih apabila aku puji. “Macam tu lah baru bagus. Baik lah aku maafkan.”

Aku sedar lelaki yang bernama Izzaz ini sebenarnya seorang yang boleh dibawa berlawak, kelakar juga walau pun di dalam ketegasannya. Baru hari ni aku nampak Izzaz senyum, ketawa dan bergurau seperti ini. Dua hari yang lalu muka dia serius aje memanjang. Agaknya baru kenal dengan orang baru, dia tak nak lah terlebih ramah pula kan. Mungkin betul jugak apa yang dikatakan Doktor Fairuz kepadaku tempoh hari yang Izzaz ni sebenarnya memiliki sekeping hati yang baik. Okay, aku tunggu dan lihatlah macam mana hari-hari kami yang seterusnya selepas ni sebagai ‘abang’ dan ‘adik’

“Dah jom hantar aku balik. Aku tak bawak kereta.” Ujar lelaki itu selamba dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.