Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,111
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 11 Saya suka awak!

Aku terdiam seketika sebelum terhambur keluar ketawaku. Rasa kelakar dengan apa yang aku baru dengar sebentar tadi. 

“Kenapa awak ketawa?” Hilang senyuman Encik Pilot.

“Kelakarlah. Sebab awak ni berlagak macam awak dah kenal saya lama. Awak boleh rasa saya bukan macam tu? Wah hebat awak ni.” Aku bagaikan mempermainkan kata-katanya.

“Salah ke apa yang saya cakapkan tu? Saya rasa awak bukan seperti yang lelaki tadi katakan. Habis betul ke semua tu?” Dia menyoalku pula.

Aku memandang ke arah lain sebelum mula berjalan menjauhinya. Mengelak dari menjawab soalannya itu. Dia masih lagi mengekoriku hingga ke perhentian teksi lalu dengan selambanya dia duduk di sebelahku.

“Boleh saya tanya sesuatu...err kenapa awak macam marah pada saya...tak suka saya....benci saya. Saya salah apa ya?” Tanyanya yang membuatkan aku memandang wajahnya seketika sebelum mataku beralih mencari kelibat teksi.

“Boleh awak beritahu saya sebabnya Cik Maya?” Dia masih setia menunggu.

Namun aku masih diam. Memilih untuk mendiamkan diri. Berharap Encik Pilot tu akan bosan dan beredar dari sini.

Dia berdehem-dehem beberapa kali sebelum mendongak melihat langit. “Sunyi malam ni. Macam nak hujan kan? Awak nak tahu tak pengalaman saya masa bawak flight dalam cuaca hujan?” Lelaki itu tiba-tiba mengajukan soalan pelik yang dia sendiri menawarkan diri memberi jawapannya.

Aku mencapai telefon bimbit dan mula berpura-pura meneroka melihat itu dan ini. Tidak mengendahkan kehadirannya.

“Sepatutnya bukan saya ke yang patut benci awak sebab awak curi gelang saya.”Tambahnya.

No. Saya bukan pencuri.” Jawabku spontan.

Dia senyum. “Ada pun suara. Ingatkan bisu dah tadi.” Dia mengusikku.

“Okay...pasal gelang tu saya akan pulangkan. Saya janji. Tapi awak kena pulangkan kunci saya dulu.” Aku menadahkan tanganku di hadapannya.

Agak lama dia memandang tapak tanganku sebelum matanya beralih ke wajahku. “What happened to your hand? Nampak macam pernah luka serius?” Tanyanya yang nampak mengambil berat pula.

Aku malas nak bersoal jawab dengan lelaki itu lagi. Aku memandang ke arah kiri kanan jalan. Kenapa ketika itu tiada satu teksi pun yang kelihatan? Pelik betullah.

“Awak cedera masa kerja ke? Seronok ke kerja jadi tukang kayu tapi dapat luka macam tu?” Soalnya.

“Awak ni memang kaki penyibuk kan? Suka hati saya lah nak kerja apa pun. Tukang kayu ke, tukang sapu ke...saya tak kecoh pun. Saya tak sibuk-sibuk pun tanya kenapa awak jadi drebar?” Balasku seakan memerlinya.

Dia ketawa. “Auch...pedasnya. Betul saya kerja jadi drebar tapi kelas tinggi sikit lah, drebar Airbus atas langit. Awak nak tahu ke kenapa saya pilih kerja tu? Saya boleh cerita dari A sampai Z kalau awak nak dengar. We have a very long night to talk about it.”

“No thanks. Not interested at all.” Balasku ringkas sambil mataku terus memerhati ke arah jalan raya.

“Okay...kalau tak berminat dengar cerita tu tak apa. Kita tukar topik lain. Soalan yang tadi boleh awak jawab tak? Saya rasa sangat curious sekarang ni. Apa salah saya sampai awak benci kat saya. Saya rasa saya dah minta maaf pada awak atas apa yang jadi kat Auckland bulan lepas. Jadi boleh awak nyatakan apa salah saya lagi kalau-kalau saya terlupa?” Dia masih lagi tidak berputus asa menyoalku.

Aku melepaskan satu keluhan berat sebelum aku menoleh memandangnya yang seakan –akan sudah bersedia menjadi pendengar setia. 

“Awak kenal siapa Taufiq? Apa yang jadi kat restoran tadi awak yang rancang kan? Awak panggil dia datang sana dan suruh dia malukan saya sebab saya dah kenakan awak dulu. Jadi awak nak balas dendam...”

“Wow..wow...nanti dulu.” Dia mengisyaratkan aku supaya berhenti dari terus berkata-kata.

“Itu satu percakapan ke atau satu pertuduhan? Maya come on. Saya tak kenal pun siapa lelaki siang tadi tu. Awak yang kenal dia kan? He is your friend right? Saya tak rancang apa-apa pun. Malahan saya pun terkejut dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba lelaki tu datang, pegang tangan awak dan mula cakap bukan-bukan.”

Aku masih lagi mempamerkan muka tidak percaya. Lelaki itu menyambung lagi kata-kata untuk menyakinkanku yang dia tiada langsung dengan apa yang berlaku siang tadi.

So right now I want to tell you and make it clear, I did not involved in whatever his evil plan and I don’t even know that weird guy. Yeah I realize that he is a little bit weird with those weird sharp eyes, sharp eyebrows...something likes we saw in Samurai cartoon.”

Aku spontan tergelak mendengar ayat terakhirnya. Benar juga apa yang dikatakan Firqin tentang Taufiq. Sempat lagi Encik Pilot ini membayangkan dan memberi pendapat tentang bagaimana definisi wajah Taufiq.

“Hah..tu dah gelak tu. Apa nak simpan-simpan ketawa tu. Lepaskan aje lah.” Ujarnya yang turut ketawa bersamaku.

“But still I hate you.” Kataku.

“But why?”

“Sebab apa yang sedang awak buat sekarang ini lah. Berpura-pura.” Aku memandang matanya.

Encik Pilot nampak keliru. “Berpura-pura? Maksud awak apa ni?” Tanyanya lagi.

“Maksud saya apa yang sedang awak buat ni lah. Layanan awak, cara awak cakap. Lepas tu boleh pula selamba bergurau dengan saya. Saya tengah berfikir sekarang ni, saya rasa pelik. Sebab saya rasa awak yang sekarang ni yang duduk sebelah saya ni adalah orang yang berbeza dengan Firqin yang saya jumpa kat Auckland dulu. Kenapa ya? Ada agenda apa lagi yang cuba awak buat supaya dapat mempermainkan saya balik?” Aku meminta penjelasan darinya.

Lelak itu meraup wajahnya beberapa kali. Baru saja dia membuka mulut untuk memberi penjelasan, aku terlihat sebuah teksi semakin menghampiri. Aku segera bangun dan menahan teksi tersebut.

“Saya belum beri penjelasan lagi.” Kata lelaki itu.

Aku buat tidak endah dengan lelaki itu. Aku mendekati teksi yang berhenti di hadapan perhentian teksi tersebut. Namun lelaki itu lebih pantas membuka pintu teksi di bahagian penumpang.

“Pak cik minta maaf. Cik ni tak jadi naik teksi. Saya ada hantar dia. Terima kasih banyak-banyak. Minta maaf sekali lagi.” Selamba saja lelaki itu berbuat sesuka hatinya.

Aku tergaman melihat teksi itu berlalu pergi. “Apa awak buat ni?” Marahku.

Dia sekadar mengangkat bahu dan tersenyum. Aku menarik nafas dua tiga kali. Cuba menenangkan diri. Lelaki ini memang benar-benar mencabar kesabaranku.

“Awak sengaja nak uji kesabaran saya ya?” Ujarku.

“Uji apa dia? Betullah cakap saya. Saya kan ada boleh hantar awak. Tak payah susah-suah naik teksi.” Firqin masih lagi tidak mahu mengalah.

Aku tahu lelaki ni sengaja mengujiku. Aku cuba sabarkan diri melayan kerenahnya. Sambil-sambil tu aku boleh menyusun rancangan untuk kenakannya. ‘Sabar Maya.’ Bisikku.

Agak lama aku diam sebelum aku memandangnya. “Baiklah. Apa yang awak nak sebenarnya dari saya? Apa yang awak nak katakan? Keluarkan semuanya. Saya dah sedia nak dengar. Lepas tu boleh awak bagi saya balik ke wahai Encik Pilot?” Aku memaniskan muka.

Dia turut tersenyum memandangku. “That smile. I like it. Its make you become more beautiful.” Pujinya. Lama aku memandangnya. Senyumannya kali itu nampak ikhlas. Nampak sangat manis di mataku. Sempat aku memuji di dalam hati.

Aku segera tersedar dari terus merenungnya. Segera membuang perasaan yang tiba-tiba masuk ke dalam hati. ‘Sedar Maya...jangan kalah dengan dia.’

“Explanation please.” Kataku pendek.

Lelaki itu nampak bersedia untuk memberi penjelasan. “Errr....I rasa haus lah. Jom kita minum dulu kat kafe depan tu. Lagi selesa untuk bercakap.” Dia mengalih topik.

Aku tidak berganjak sedikit pun. Dia sudah pun berdiri.

“Saya bagi kunci awak balik kalau awak sudi minum dulu.” Katanya yang membuatkan aku terus bangun dan berjalan ke arah kafe yang ditujukkannya tadi. ‘Geramnya aku. Dia main tarik tali pulak!’ kataku di dalam hati. Aku dengar dia ketawa. Bahagia sangat aku dengar.

Melodi lagu Relakan Jiwa nyanyian Hazama versi Piano Intrumental Cover melatari segenap ruang kafe tersebut. Aku mencapai White Coffee Iced yang aku pesan tadi. Apa yang aku perasan wajah Encik Pilot ketika itu nampak sangat bahagia. Berseri-seri. Peliklah aku dengan dia ni. Tak berhenti hatiku berkata-kata tentangnya.

“Apa yang buat awak suka sangat ni?” Akhirnya aku tanyakan juga soalan ni.

Makin lebar senyumannya. “Mestilah saya suka sebab dapat duduk minum semeja dengan gadis secantik awak. Saya rasa bertuah.”

Aku memandangnya penuh curiga. Apakah yang di maksudkannya itu? “Saya tak faham lah.”

“Cuba awak tengok sekeliling awak.” Pintanya.

Aku yang sedang keliru ketika itu hanya mengikuti saja permintaannya itu. Barulah aku perasan rupanya ketika itu aku sedang menjadi perhatian pelanggan lain di dalam kafe itu. Banyak mata yang memandang ke arahku yang kebanyakkannya sudah tentulah lelaki. Aku kini faham maksudnya.

“Jangan buang masa saya lagi boleh tak? Cepatlah cakap apa awak nak katakan.” Aku sudah tidak sabar.

“Maya pertama sekali saya minta maaf atas kelakuan saya terhadap awak masa kita di Auckland dulu. Saya masih rasa bersalah sampai sekarang bila saya terbayang saya tolak awak masa kita di pantai. Selagi awak tak maafkan saya, saya tak dengar dari mulut awak sendiri yang awak dah maafkan saya, selagi tu jiwa saya tak tenang." Suaranya kedengaran ikhlas.

Hati aku tiba-tiba terasa terusik mendengar pengakuannya itu. Aku masih lagi diam. Memberi peluang kepadanya meluahkan segala-galanya yang dia ingin luahkan.

This is the real me.Ini lah diri saya yang sebenarnya Maya. Yang di hadapan awak ni. Firqin yang di Auckland tu hanya watak yang saya reka. Saya ubah diri saya, sifat saya jadi orang lain sebab saya tak nak diri saya nampak lemah dan orang lain mudah mengambil kesempatan pada saya. Awak jadi mangsa rancangan bodoh saya. Saya teruk sebab ugut awak, gunakan awak supaya matlamat saya tercapai. Saya sedar saya pentingkan diri ketika itu. Saya kesal kerana Amera saya sanggup ubah diri saya yang akhirnya saya sendiri tak dapat apa-apa.”

Aku mengangkat wajahku memandang matanya. Mencari sinar kejujuran di situ.

“Dari saat awak jerit dari dalam teksi ‘selamat tinggal dan saya harap tak jumpa awak lagi’ saya dah rasa kehilangan. Jujur saya kesal atas apa yang berlaku pada malam sebelum tu. Malam tu jugak saya dah buat keputusan untuk minta maaf pada awak sekali lagi pagi esok dan mulakan perkenalan baru. Saya nak berkawan dengan awak. Tapi bila awak lari macam tu aje, saya kecewa jugak.”

“Macam mana awak dapat cari saya?” Tanyaku.

Dia senyum. “Err...yang tu rahsia. Saya tak boleh bagitahu.”

“Awak masih benci lagi pada saya?’ Soalnya pula.

“Saya tak pernah kata pun saya benci awak. Cuma saya marah. Marah sebab awak tolak saya malam tu. Lepas tu awak minta maaf, saya maafkan. Yalah saya ni kan baik, tak suka simpan dendam-dendam ni. Tapi bila awak salahkan saya dan suruh saya minta maaf pada Amera, itu yang buat saya benci kat awak. Bagi saya awak tak ikhlas minta maaf.” Suaraku sudah tidak setegas tadi.

“Saya tahu saya salah. Saya tak patut cakap macam tu pada awak malam tu, Maya. Jadi sekarang ni awak tak perlulah salah faham, salah sangka pada saya. Mempersoalkan tujuan saya cari awak kerana saya nak balas dendam ataupun mempermainkan awak. Tak Maya. Saya tak ada niat macam tu pun. Jujur saya katakan pada awak, ada hikmah untuk saya bila kita jumpa di sana. Jadi boleh maafkan saya?” Suaranya yang romantik itu membuatkan hatiku menjadi lembut.

Aku mengaris sebuah senyuman untuknya. Perlahan aku mengangguk. “Saya dah lama maafkan awak.”

Aku nampak wajahnya semakin berseri-seri ketika itu. “Jadi sudikah awak berkahwin dengan saya?” Ujarnya selamba.

“What?” Aku terkejut.

Dia ketawa. “Err....saya tersilap cakap. Jadi sudikah awak berkawan dengan saya Maya?”

Aku tahu dia memang sengaja mengusikku begitu. Wajahku ketika itu sudah tentulah merona merah menahan malu. Tiba-tiba saja dia berkata begitu kan. Hatiku mula merasa selesa dengannya. Aku cuba membuka hati untuk menerimanya sebagai kawan.

Tiba-tiba aku terfikir akan sesuatu. Layakkah aku berkawan dengannya? Kalau lah Firqin tahu apa yang dikatakan Taufiq tadi semuanya benar belaka, adakah dia masih akan berkawan denganku? Lelaki di hadapanku ini baru sahaja mengaku yang dia suka padaku, namun adakah dia masih akan suka padaku bila kisah silamku terungkap nanti? Aku rasa tidak. Aku tak mahu memberi dirinya harapan dengan menerimanya sebagai seorang kawan. Aku hargai kejujurannya. Keikhlasannya yang berusaha mencariku semata-mata untuk memohon kemaafan dan berniat untuk berkawan.

Dia nampak sempurna di mataku. Orangnya kacak bergaya. Suka tersenyum. Manis senyumannya. Nampak ikhlas dengan kata-kata dan perbuatannya. Aku kembali mengingati pertemuan pertama kami. Ketika dia menghalang Burhan dari memukulku. Ketika dia menjelingku dan juga ketika aku mengunakannya pada malam aku katakan pada pemandu teksi yang dia adalah suamiku. Namun dia masih lagi boleh tersenyum.

Aku bukan seseorang yang memilih untuk berkawan. Namun dia bukan orang yang padan untuk menjadi kawanku. Bukan, akulah sebenarnya yang tidak padan untuknya.

“Lamanya awak berfikir. Tak sudi ke nak berkawan dengan saya yang biasa-biasa ni? Tahulah saya tak sekacak lelaki lain, yang saya ada kulit putih dan tinggi.” Lepas ketawanya.

Aku tersenyum mendengar usikannya itu. Aku kembali tunduk, mencari kekuatan dan kata-kata yang sesuai untuk diluahkan sebelum aku kembali memandang wajahnya.

“Encik Firqin...saya hargai niat baik awak nak berkawan dengan saya. Saya ikhlas maafkan awak. Awak tak perlu risau lagi. Tapi saya minta maaf saya tak boleh terima niat awak tu. Sekali lagi maaf dari saya.” Kataku perlahan.

Hilang senyuman di wajahnya. Dia nampak kecewa. Mata berkelip-kelip seperti berfikir sesuatu sebelum matanya kembali beralih padaku. “Boleh saya tahu kenapa? Saya tak layak ke jadi kawan awak?”

Aku segera menggeleng. “Awak tak salah apa-apa. Tak kurang apa-apa pun di mata saya. Cuma saya rasa kita tak patut berjumpa lagi. Apatah lagi berkawan. Saya ada kehidupan saya sendiri yang saya rasakan saya tak nak awak tahu. Lebih baik macam ni. Saya harap keputusan saya ni tak mengecewakan awak.”

Dia masih lagi kaku. Diam. Aku rasa bersalah. Lantas aku meminta diri, tidak mahu memanjangkan perbualan lagi. “Saya balik dulu.” Pintaku dan aku terus bangun meninggalkannya.

“Adakah sebab awak malu? Malu selepas saya tahu tentang rahsia awak. Maya saya tahu awak bukan seperti yang lelaki itu katakan. Awak tak perlu rasa macam tu.” Kata-katanya membuatkan aku berhenti dari melangkah.

Aku melepaskan keluhan. Aku berat hati sebenarnya. Dia sudah berdiri di sisiku. Masih menanti jawapan dariku. “Bukan sebab itu Encik Firqin.” Suaraku sedikit tegas.

“Oh! kalau awak marah awak akan panggil saya Encik Firqin atau Encik Pilot ya? Sekarang saya tahu, kalau awak panggil nama ‘Firqin’ saya masih lagi dalam zon selamat. Tapi kalau awak panggil saya ‘Kin’ saya lagi suka dan saya jamin saya akan berada di dalam zon di awang-awangan.” Sempat dia bergurau.

Aku suka sifatnya yang ini. Dia boleh membuatkan aku tersenyum secara spontan dalam beberapa saat dengan kata-katanya yang ringkas.

“Saya yang tak layak untuk awak. Tak layak untuk jadi kawan awak. Itu saja sebabnya.” Kataku.

“Itu saja alasannya?” Dia seperti sedang berfikir.

“Saya balik dulu.” Pintaku.

Dia menghalangku. “Kejap-kejap.” Dia sudah berdiri di hadapanku. Baru aku perasan dia nampak segak dengan jaket hitam yang tersarung di tubuhnya. Sesuai dengan ketinggiannya. Pujiku di dalam hati. Namun segera aku usir jauh perasaan itu.

“Awak janji nak pulangkan gelang saya kan?” Tanyanya tiba-tiba.

Aku mengangguk. “Iyalah. Awak dah janji jugak tadi kan akan pulangkan kunci motor saya.”

Dia ketawa. “Bagus-bagus. Kalau macam tu saya ada alasan untuk jumpa awak lagi lepas ni.”

“Itu bukan alasan.” Balasku yang bagaikan tidak berminat untuk bertemunya lagi. Padahal dalam hati aku tidak mampu menipu yang aku juga sebenarnya ingin juga bertemu dengannya lagi. Tapi aku cuba lenyapkan rasa itu. Perlu bagiku untuk melakukannya.

“Yalah. Alasan lah tu. Satu alasan yang baik supaya saya dapat pandang wajah awak lagi.” Nada romantis itu kedengaran lagi.

Aku cuba menyembunyikan senyuman. “Bila awak nak gelang tu?” Tanyaku pula.

“Tiga hari lagi kita jumpa. Saya akan pulangkan kunci motor awak hari tu juga.” Lelaki itu kelihatan teruja.

Berkerut dahiku memandangnya. “Lamanya tiga hari tu. Habis saya nak pergi kerja naik apa?”

“Naik kereta lah. Saya tahu awak ada kereta. Tiga hari lah bagus. Lama masa tu untuk awak rindu pada saya.” Dia masih lagi berseloroh.

“Please Firqin. Stop it. Saya serius ni.”

Dia masih lagi ketawa. “Saya perlu fly pagi esok. Tiga hari saya tak ada. Boleh ke tiga hari lagi kita jumpa Cik Maya?”

Aku mengangguk. “Macam mana kita nak jumpa? Kat sini boleh?” Tanyaku bila aku terfikir bagaimana cara untuk kami berkomunikasi nanti.

Dia menunjukkan smartphone nya kepadaku. “Don’t worry. Saya ada nombor awak.”

Melopong aku dibuatnya. Rupanya nombor asing yang mendailkan banyak kali siang tadi adalah panggilan darinya. Farhin!

“Okay...boleh saya balik ke sekarang?” Aku mengalah.

“Silakan. Kejap I bayar bil.” Dia terus ke bahagian kaunter. Aku segera keluar untuk mendapatkan teksi.

Beberapa saat kemudian, dia sudah berlari mendapatkanku. “Awak ni memang tak sabar kan. Saya hantar jom.” Pelawanya.

“Oh tak perlu. Saya boleh naik teksi. Tapi kalau nak senang dan kalau awak baik hati awak dah boleh pulangkan kunci motor saya tu.” Balasku.

Dia menggeleng. “Oh! Baik hati saya cuti rehat malam ni.”

Aku ketawa. Dia juga begitu. “Awak ni memang suka mengarut kan.”

“Tapi mengarut-mengarut pun saya boleh buat awak ketawa kan.” Dia memandangku.

Sebuah teksi berhenti di hadapan kami. Firqin membantu membuka pintu tempat duduk belakang untukku. Dia sempat berpesan kepada pemandu teksi itu supaya membawaku ke rumah dengan selamat.

Uncle tolong bawak miss kat belakang ni elok-elok ya. Uncle pastikan dia masuk ke dalam rumah, baru uncle bergerak pergi tau. Jaga dia elok-elok ya.” Ramah lelaki itu berpesan kepada pemandu teksi. Dia kemudiannya menghulurkan sekeping wang RM 50 ringgit kepada pemandu teksi itu dan menyuruhnya menyimpan baki wang tersebut.

Firqin kemudian beralih ke tempat duduk di belakang. Dia senyum memandangku.

“Saya harap setiap kali awak naik teksi, awak akan ingat pada saya. Saya harap awak masih tak lupa kaitan antara kita dan teksi. Sebagai ‘suami’ saya perlu bayarkan tambang teksi untuk awak.” Dia mengingatkan aku kembali pada kejadian di hadapan hotel pada malam aku meminta tambang teksi darinya di Auckland.

Aku mengangguk-angguk turut tersenyum. “Awak tak perlu susah-susah bayar untuk saya. Saya ganti balik nanti ya.”

“No. It’s okay. Goodnight. Jumpa lagi Maya.”Katanya.

“Goodnight too.” Balasku.

Namun entah mengapa aku rasakan dari pandangan matanya itu seakan-akan dia enggan melepaskan aku pergi. Teksi mula bergerak pergi. Aku menoleh ke belakang. Jelas aku lihat dia melambai-lambaikan tangannya.

“Dia sayang sangat pada adik nampaknya. Pak cik nampak dari cara dia pandang adik, nampak ikhlas. Untung adik dapat orang macam tu.” Pemandu teksi itu memberi pendapatnya.

Aku sekadar tersenyum. Aku kembali menoleh ke belakang. Aku lihat dia masih lagi di situ. Tidak berganjak sedikit pun.

‘Haruskah aku beri peluang padanya?’ Hatiku berkata-kata.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.