Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,030,791
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
- Teaser Bab 38 - Bukan mimpi indah

                                         "Mimpi yang begitu indah." MAYA


Aku bermimpi aku sedang baring di atas sebuah katil berwarna putih yang sangat empuk. Terasa nyaman apabila tubuhku diselimuti dengan selimut gebu berwarna putih yang diperbuat daripada kapas tulen. Patung beruang pemberian Abang Bukhary pada hari lahir yang ke lima belas aku peluk rapat ke dada. Aku terasa begitu berat untuk bangun oleh kerana terlalu selesa dihembus dengan angin dari penyaman udara yang begitu menyegarkan.


Aku membuat keputusan untuk terus menyambung tidur namun aku dapat rasakan ada sesuatu yang berbahang berada begitu dekat denganku. Perlahan-lahan aku membuka kedua-dua belah mataku dan berkerdip beberapa kali sambil memandang wajah seseorang yang aku rasakan berada begitu dekat dengan wajahku. Aku pandang wajah itu lama sambil berfikir kenapa Izzaz boleh masuk ke dalam mimpiku dan mengapa pula dia sedang tersenyum ke arahku dengan senyuman yang paling manis yang aku tidak pernah aku lihat sebelum ni?  Namun begitu, aku tetap membalas senyumannya itu.

“Manisnya senyuman awak Iz.” Aku memujinya walau pun aku sedang berada di dalam mimpi.

Dia mengangguk. “Senyuman kau pun cantik. Paling cantik pernah aku lihat.” Balas Izzaz yang aku rasakan suaranya itu kedengaran terlalu realiti di telingaku. Aku segera bangun dan entah bagaimana dalam tergesa-gesa aku bangun, aku terjatuh ke atas lantai. Aku menggosok-gosok lututku yang terasa sakit kerana terhentak ke atas lantai.

“Sakitnya.” Aku mengaduh. Aku memandang selimut yang menutupi badanku. Aku pusing ke belakang, tiada Izzaz di sebelahku. “Aku mimpi rupa-rupanya.” Omelku. Aku yang terasa begitu mengantuk terus kembali memanjat naik ke atas sofa dan manarik semula selimut sehingga ke paras dada. Aku memusingkan badanku ke arah kanan dan kali ini wajah Izzaz muncul lagi di hadapan mataku. Dia sedang duduk bersila di lantai sambil menongkat dagu dengan tangannya.

“Kenapa Izzaz ada dalam mimpi aku lagi ni?” Aku berkata kepada diriku sendiri. Aku memberanikan diri untuk menyentuh pipinya bagi memastikan yang aku sebenarnya sedang bermimpi lagi. Izzaz pula ketika itu hanya diam kaku di situ sambil bibirnya terus mengukir senyuman. Aku mengangkat jari telunjukku mendekati pipinya dan bila saja jariku yang sudah menyentuh pipinya itu terasa begitu realiti, mataku terus membulat segar.

“Good evening Maya.” Ujar Izzaz.

“Arrrrrrggghhh...” Aku menjerit dan terus bangkit dari terus baring. Kali ini aku betul-betul tersungkur ke atas lantai. Aku memegang pinggangku yang terasa sakit kerana terlalu meluru bangun tadi.


                                  "Kau tak mimpi Maya, ini kenyataan!" IZZAZ

“Izzaz kenapa saya mimpi yang awak kata yang saya ni bakal isteri awak? Tapi mimpi saya tu pelik lah, macam terasa betul-betul jadi tau. Saya boleh mimpi jumpa Umi awak lagi.” Ujarku kepada lelaki itu yang sedang mengelap matanya yang berair kerana terlalu gembia ketawakan aku!

Izzaz menghulurkan sebotol air mineral kepadaku. Aku ambil dan terus aku buka lalu aku suakan ke bibirku.

“Siapa kata mimpi? Betul lah aku kenalkan kau pada Umi aku sebagai bakal isteri!” Jawapan yang keluar dari mulut Izzaz itu membuatkan air di dalam mulutku tersembur keluar.

Aku mengerlipkan mataku beberapa kali. Ya! aku sedar sekarang ni. Maknanya aku tidak bermimpi, apa yang sedang berlaku ini sebenarnya realiti.

“Saya tak mimpi kan?” Ulangku lagi mahukan kepastian dari lelaki itu.

Izzaz menggeleng. “Tak.”

Aku ketawa. “Izzaz awak ni sengaja nak balas dendam dengan saya kan sebab saya lari tadi? Janganlah bergurau macam ni. Saya minta maaf ya. Saya balik dulu.” Ujarku sambil aku bangun dari sofa yang aku duduki dan segera mencapai beg tanganku yang terletak di atas meja kerjanya.

Izzaz berdiri sambil belakang badannya menyandar di meja kerjanya. Senyuman mahu pun ketawa sudah hilang dari wajahnya. Tangannya mula memeluk tubuhnya. Aku sudah dapat mengecam tingkah laku lelaki itu sedikit demi sedikit. Izzaz akan memeluk tubuhnya apabila dia sedang marah atau pun apabila sedang bercakap tentang sesuatu yang serius.

“Aku tak bergurau dengan kau. Aku serius nak memperisterikan kau Maya.” Izzaz memandang tepat wajahku.

Terlepas beg yang aku sandang. Agak lama aku merenung lelaki itu sambil di dalam kepala aku cuba menghadam kata-katanya sebentar tadi.

“Jadi tadi tu betul lah Umi awak? Ta...tapi tadi bukan ke awak kata nak jual saya kat sempadan? Iz...Izzaz apa semua ni?” Tergagap-gagap aku menuturkannya.

“Gila ke aku nak jual kau kat sana. Maya aku nak kau dengar dulu cakap aku ni baik-baik.” Izzaz cuba mendekatiku.

“Jangan rapat dengan saya!” Aku menahannya dari terus melangkah menghampiriku. Tapi seperti biasa lelaki itu degil dan suka buat sesuka hatinya.


                                                "Saya tak akan setuju." MAYA

“Umi dah tahu Kaisara dah lama meninggal.” Izzaz berterus-terang kepadaku.

“Baguslah kalau dah macam tu. Maknanya sekarang ni saya dah tak perlu menyamar jadi adik awak lagi. Lagi pun abang saya akan bayar balik duit awak tu. Kita dah tak berhutang lagi. Jadi selamat tinggal Izzaz untuk selama-lamanya.” Aku tersenyum sinis.

“Kau nak pergi tinggalkan aku ke?” Izzaz nampak risau.

“Habis tu takkan saya nak melekat dalam hidup awak lagi. Saya tak nak dan tak ingin pun.” Kasar aku membalasnya. Aku geram dengan sikapnya yang suka buat keputusan melulu. Menyakitkan hati betul.

“Aku buat ni demi Umi. Umi aku masuk hospital dua hari lepas kerana tekanan darah tingginya naik disebabkan Umi dapat satu berita buruk tentang aku.” Izzaz cuba menjelaskan sebab dia mahu aku menjadi isterinya.

“Tapi tak ada kena-mengena dengan saya kan. Lagi pun saya bukan doktor.” Balasku.

Izzaz mengusap wajahnya beberapa kali. “Ada orang cakap pada Umi yang aku ni tak suka perempuan! Orang tu kata aku minat pada lelaki disebabkan aku tak pernah keluar dengan mana-mana prempuan.”

Aku terus ketawa mendengar kata-katanya itu. “Awak minat pada lelaki? Jadi betul lah semua tu.” Aku mengejeknya.

Izzaz mendekatiku. Wajah seriusnya membuatkan aku menelan liur. “Jangan mengejek aku dengan benda-benda berdosa macam ni Maya. Aku masih waras dan masih ingat yang mana baik dan yang mana buruk.”

“Habis tu awak nak apa dari saya?” Soalku.

“Aku nak buat pindaan pada kontrak tu daripada menjadi adik kepada menjadi isteri dan aku nak kau bersetuju dengan pindaan tu.” Tegas Izzaz menyatakannya.

Aku mengetap bibirku. “Saya tak akan setuju!”

“Tapi kau dah sign kontrak tu!” Balasnya.

“Syarat-syarat dalam tu berbeza.” Jawabku tidak mahu mengalah.

“Tak susah bagi aku untuk buat pindaan tu. Kau tak perasan ke dalam syarat-syarat tu tak ada langsung tertulis pasal ‘menyamar menjadi adik’. Jadi aku boleh ubah untuk kau jadi apa saja untuk aku sebagai ganti duit yang aku bagi pada kawan kau tu.” Izzaz mementingkan dirinya sendiri dengan berkata-kata seperti itu.


                "Umi tak sabar nak dapat menantu perempuan." Umi Haleeda.

Aku keluar dari pejabat Izzaz dan mencari di mana terletaknya bilik rehat VIP yang dimaksudkan setiausaha Izzaz tadi. Aku berhenti di hadapan sebuah bilik yang pintunya sedikit terkuak dan mengintai di sebalik celahan pintu itu. Aku nampak Izzaz sedang duduk di birai katil sambil dia memegang tangan Uminya.

“Umi kita pergi klinik ya. Iz temankan Umi.” Lembut Izzaz memujuk ibunya.

Aku lihat Uminya senyum memandang Izzaz. “Umi elok-elok ajelah. Tak payah pergi klinik.”

“Betul ni? Iz risau Umi pengsan macam hari tu.” Balas Izzaz. Umi nya mengusap pipi Izzaz. Terpancar sinar kasih sayang seorang ibu di wajah Umi terhadap anaknya yang tidak pernah aku dapat dari Mama.

Umi memandang ke arah pintu. “Eh Maya masuklah. Kenapa berdiri kat pintu tu aje. Mari dekat dengan Umi.” Umi senyum kepadaku.

Izzaz turut berpaling memandangku. Izzaz bangun dan memberiku ruang untuk duduk di sisi Uminya. Umi menghulur tangannya kepadaku. Dalam kekok dan malu menyambut tangan Umi Izzaz.

“Maya dah sihat? Ada rasa sakit lagi ke? Terkejut Umi tadi bila Maya tiba-tiba saja pengsan.” Umi memegang dahiku. Aku pula yang tiba-tiba berasa janggal apabila diperlakukan seperti itu.

“Saya tak ada apa-apa Puan. Cuma terkejut sikit aje tadi.” Balasku sambil aku memandang sekilas Izzaz yang berdiri di sebelahku.

“Apa pulak panggil Puan ni, panggil Umi aje ya. Ini mesti Izzaz yang buat Maya terkejut kan. Izzaz ni memang dari dulu suka buat kejutan. Buat sesuatu tu dengan keputusan sendiri aje. Maaflah Maya kalau Iz buat Maya terkejut tadi.” Aku setuju seratus peratus dengan apa yang dikatakan Uminya itu.

“Umi macam mana pula, tadi Maya dengar Umi sakit kepala. Umi nak Maya teman pergi klinik ke?”

Umi menggeleng sebelum ketawa. “Umi tengok Maya dan sihat macam ni, Umi pun rasa sihat tiba-tiba.”

“Betul ni? Baiklah kalau macam tu.” Aku turut tersenyum.

“Jadi Maya setuju lah kan untuk Umi adakan majlis kamu berdua bulan depan?” Kata-kata Umi itu buat aku rasa bingung sebentar.

“Majlis apa?” Soalku pula.

“Majlis pernikahan dan persandingan Iz dengan Maya lah.” Aku melopong mendengarnya.



                       "Apa salah saya pada awak Iz sampai awak sanggup 

                                         anaiya saya macam ni." MAYA

Izzaz menggelupur tunduk ke lantai sambil dia memegang bahagian perutnya.

“Maya Ariana stop there right now or else you will regret on what I am going to say forever!”Izzaz cuba mengugutku lagi.

Namun aku hanya buat tidak tahu saja dengan ugutannya itu. Aku sudah tidak takut dengan ugutan demi ugutan yang keluar dari mulut lelaki itu. “Pada muka, baru kau rasa!” Ujarku. Aku rasa puas hati kerana akhirnya aku dapat mengumpul keberanian untuk membalas perbuatan lelaki itu setelah sekian lama aku menahan geram terhadapnya.

“Kau tak boleh lari lagi Maya. Aku dah beritahu pada Bukhary yang aku suka pada kau dan akan menikahi kau tak lama lagi dan Bukhary setuju. Sebab tu aku tahu kau nak lari ke Melbourne!” Kata-kata Izzaz itu terus membuatkan langkahku terhenti.

Aku menoleh memandangnnya kembali. “Awak libatkan Abang Bukhary? Izzaz Rayqal awak ni kenapa? Saya salah apa pada awak sampai awak sampai hati anaiya saya seperti ini?” Aku mula menangis apabila mendengar nama Abang Bukhary disebut. Ini bermakna tidak lama lagi ahli keluargaku yang lain turut akan tahu berita ini iaitu aku bakal bernikah dengan Izzaz.

“Aku tak berniat nak mainkan kau. Kalau aku main-main Maya aku tak akan minta izin dari Bukhary dan Abah kau untuk jadikan kau isteri aku.”

Aku terus terduduk mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulutnya itu. Aku terasa lemah tiba-tiba. Terus hilang semangatku. Izzaz mendekatiku dan turut melutut di hadapanku.

“Kenapa awak sampai hati buat saya macam ni Iz? Saya salah apa pada awak? Salah saya hanyalah berhutang pada awak tapi harga yang perlu saya bayar balik ini terlalu besar.” Aku terus teresak-esak menangis. Dadanya aku pukul berulang kali. Kali ini Izzaz tidak melawan dan dia hanya membiarkan aku memukulnya.

“Awak cakap Izzaz apa salah saya pada awak? Kenapa awak diam? Saya tak nak kahwin dengan awak Iz. Saya tak rela untuk hidup dengan awak kerana saya benci awak! Terlalu benci dengan diri awak yang sentiasa menyusahkan hidup saya!” Aku terus memakinya dengan penuh rasa kebencian di dalam hati.

“Aku minta maaf Maya kerana guna cara macam ni untuk dapatkan kau.” Balas Izzaz yang semakin membuatkan aku marah.

“Dapatkan saya? Iz saya ni bukan barang yang boleh awak dapatkan dengan beli menggunakan duit yang awak ada. Mustahil awak boleh beli hati saya. Tak mungkin! Sekarang ni saya nak awak beritahu semula pada Abang Bukhary dan Abah saya yang awak tak jadi untuk berkahwin dengan saya, atau saya akan benci awak buat selama-lamanya Iz.” Aku mengesat airmata di pipi bersama pandangan yang penuh rasa benci terhadap lelaki itu.

Agak lama Izzaz diam sebelum dia menuturkan sesuatu yang membuatkan aku terkedu. “Kalau aku kata yang sebenarnya aku ikhlas untuk memperisterikan kau dan batalkan kontrak perjanjian di antara kita, kau akan setuju?”

Izzaz benar-benar sudah hilang akal.


p/s : Cik Dea sangat mengalu-alukan pembaca untuk add Cik Dea di FB Idya Norhidayah Mohd Nor dan Instagram yang merupakan medium info update dari Cik Dea. Sbnrnya Cik Dea bercadang nak buat satu group di fb dan instagram, jadi kepada pembaca yg naik join boleh post di wall Cik Dea #musuhkuencikpilot . Tq kepada yg sudi add dua tiga hari ni ya!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.