Bab 52
“Good Morning my bond girl!”
Itu ayat pertama Izzaz sejurus aku membuka mata. Aku mengerdipkan mataku
beberapa kali apabila aku merasakan yang aku sedang mimpi Izzaz merenungku
bersama sebuah senyuman paling manis. Aku tertanya-tanya sendiri mengapa aku
boleh mendapat mimpi yang sama seperti sebelum ini pula ya? Namun itu hanya
beberapa saat sebelum aku tersedar bahawa Izzaz yang sedang baring di sebelahku
adalah realiti!
Aku
bangun dari pembaringan dan terus turun dari katil. Aku tidak tahu sudah entah
berapa lama Izzaz merenung wajahku sejak tadi. Aku harap Izzaz tidak buat yang
bukan-bukan terhadapku sepanjang aku tidur. Lelaki itu bukan boleh dipercayai
sangat kerana ada saja ideanya untuk mengenakan aku. Mengusik aku mungkin telah
menjadi salah satu dari motto hidupnya.
“Auch...”
Aku memegang bahagian pinggangku.
“Kenapa?
Kau tak sihat ke?” Soal Izzaz yang membuatkan aku terus mengetap bibirku.
“Awak
lupa ke yang malam tadi awak tolak saya masa kita berebut katil ni?” Soalku.
“Aku
minta maaf. Kau jtendpun ng aku jugak kan. Tapi tak apa, malam ni kita jangan
berebut lagi ya. Malam tadi aku tidur sebelah kau elok aje, kau pun aku tengok
lena aje tidur.” Ujar Izzaz yang membuatkan aku menarik muncung sedepa.
Izzaz
bangun dari pembaringan dan terus mendekatiku lalu dia terus mencubit pipiku.
Aku menolak tangannya. Ketika itu seperti biasalah, dia akan ketawa riang
kerana dapat mengusik aku. Izzaz
kemudian menarik lenganku untuk mengikutinya ke arah sofa yang terletak di tepi
tingkap. Aku memandang ke arah makanan yang terletak di atas meja di tepi sofa
itu.
“Surprise!”
Izzaz sedikit menjerit.
“Awak
pesan sarapan pagi masuk ke dalam bilik ke? Banyaknya Iz.” Soalku.
Izzaz
mengangguk. “Barulah romantik. Lagipun ada kau dengan aku aje.” Izzaz
tersengih-sengih.
Aku
tidak jadi marah dan tanpa dapat aku kawal terbit sebuah senyuman di
bibirku. Aku rasa terharu dengan kejutan demi kejutan yang dirancangnya
untukku. Kini aku rasa benar juga kata Doktor Fairuz yang Izzaz ni nampak saja
garang di luar tapi hati dia baik sebenarnya. Kasih dan sayangnya kepadaku
dipamerkan ke dalam bentuk perbuatan, bukan hanya dengan kata-kata semata-mata.
Bagiku itu membuktikan yang Izzaz memang benar-benar berusaha untuk membuatkan
aku nampak yang dia benar-benar sayangkan aku, berusaha untuk membuatkan aku
membuka pintu hatiku untuknya dan juga berusaha untuk mengembalikan
kepercayaanku kepadanya. Aku akui nampaknya hatiku sedikit demi sedikit sudah
mula menerima kehadiran Izzaz di dalam hidupku.
“Terima
kasih Iz. Saya basuh muka dulu ya, lepas tu kita sarapan sama-sama.” Kataku
yang masih lagi tersenyum.
“Okay
sayang.” Izzaz membalas senyumanku.
Keluar
saja dari bilik air, aku terus duduk di hadapannya. Aku lihat tangan Izzaz
sedang sibuk menyendukkan makanan ke dalam pingganku.
“Iz
tak apa saya boleh buat sendiri.” Aku menghalang.
Izzaz
senyum malah dia pula yang menghalangku untuk mengambil pinggan dari tangannya.
“Tak apa lah, biar aku sendukkan untuk kau. Kau duduk dan makan aje.” Tangannya
masih lagi lincah menyapukan jem ke atas roti bakar lalu dihulurkan kepadaku.
“Awak
makan lah jugak Iz. Saya nak nanti saya ambil ya.” Kataku lagi.
“Kau
kena makan banyak sebab lepas ni kita akan buat banyak aktiviti. Kau kena
pastikan perut tu kenyang.” Izzaz menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
“Aktiviti
apa? Apa rancangan awak hari ni?” Soalku yang mula teruja untuk keluar
berjalan-jalan di bandar Auckland lagi.
“Adalah,
tapi pagi ni aktiviti kita adalah...running!”
“Running?”
Soalku sedikit terkejut. Izzaz mengangguk.
Tiga puluh minit kemudian,
“Cepatlah!
Lembap betul lah kau ni.” Izzaz memanggilku yang tertinggal di belakang.
Menyesal
pula aku bersetuju untuk mengikuti rancangannya berlari pagi ini kerana sementelah aku
memang amat jarang sekali untuk jogging
mahu pun ke gym. Sebab itu lah aku
termengah-mengah kepenatan walaupun kami berdua baru sahaja memulakan larian. Izzaz pula lari begitu
laju dan meninggalkan aku di belakang. Tapi yang membuatkan aku menjadi geram
ialah apabila Izzaz mula merungut dan menyuruhku untuk berlari lebih cepat dan
memanggilku lembap!
“Awak
larilah dulu. Saya tak larat lah nak kejar awak.” Balasku sambil
termengah-mengah.
Aku
berhenti dari terus berlari. Izzaz datang mendekatiku. “Kau ni sejenis siput
ke apa? Lambatnya. Baru lari sikit dah pancit.” Dia mengejekku.
Aku
mengetap bibirku geram sambil aku menjelingnya. “Awak ajelah yang pandai
berlari, saya mengaku yang saya memang lambat sebab saya ni jarang berlari.
Awak lain lah. Jadi apa kata awak pergi lari dulu ke depan tu, saya ikut dari
belakang. Takkan awak nak tunggu siput macam saya kot.” Aku membalas
kata-katanya sinis.
Izzaz
ketawa sambil pipiku dicuitnya. “Pandai dah kau sekarang nak merajuk ya. Geram
aje aku tengok.”
Aku
menepis tangannya itu. “Awak jangan nak mengada-ngada ya Iz.”
“Aku
ajak kau berlari ni biar badan kau tu kurus sikit. Kau tak perasan ke semenjak dua
menjak ni badan kau tu dah bertambah gemuk.” Izzaz memang sengaja nak buat aku geram.
“Gemuk?”
Soalku.
Izzaz
mengangguk yang membuatkan aku rasa nak cubit-cubit aje pipi dia tu. Mulut dia
tu laser betul, tak sayang mulut langsung.
“Saya
gemuk? Mana ada.” Sangkalku kerana memang benar aku tidak gemuk. Berat aku hanya 55 kg saja kot. Potong mood betul lah Mr. Lion King ni. Baru
saja pagi tadi dia menunjukkan sisi romantiknya depan aku dengan menyediakan
sarapan, beberapa minit lepas tu dia kembali kepada perangainya yang suka
sangat menyakatku itu.
“Betul
lah. Mata aku ni mana pernah menipu. Sebab tu aku ajak kau berlari ni. Cepat
jom lari.” Jurulatih Izzaz memberi arahan dan terus lari meninggalkan aku.
Aku
menghembus nafas geram. “Jahatnya mulut dia. Aku rasa nak tarik-tarik aje bibir
dia tu!” Omelku sendiri.
Aku
yang sedang menahan geram mempercepatkan langkah berlari dan memotongnya di
hadapan. Izzaz yang nampak terkejut kerana tiba-tiba aku dapat memotongnya
turut mempercepatkan langkahnya. Kami berdua berlari selaju mungkin bersaing di
kawasan taman itu untuk beberapa saat. Sesekali Izzaz mengerling ke arahku dan
tersenyum. Mungkin dia terkejut agaknya yang aku sebenarnya boleh berlari
dengan laju!
Aku
mengerling ke arahnya yang sudah dibasahi peluh itu. Aku sudah rasa penat
sebenarnya tetapi aku cuba bertahan kerana aku tidak mahu kalah dengan Izzaz
dan aku juga tak mahu dia terus mengejekku kelak. Aku kenal benar dengan
perangai lelaki di sebelahku itu. Tentang bab mengusik aku memang nombor satu
dan aku rasa ianya juga telah menjadi salah satu hobi kegemarannya.
Aku
tidak perasan rupa-rupanya ada sekumpulan lelaki asing sedang berlari berlawan
arus denganku semakin menghampiri. Aku tidak mampu untuk mengelak dan bila-bila
masa sahaja aku akan berlanggaran dengan mereka.
“Arrgghh...”
Aku menjerit sambil menutup mukaku.
Tiba-tiba
aku merasakan ada tangan yang menarikku ke tepi dan tubuhku terus terhempas ke
atas rumput. Aku berpaling dan rupa-rupanya Izzaz yang menarikku ke tepi.
“Ada
sakit kat mana-mana tak?” Izzaz nampak risau. Dia memegang tanganku dan menyapu kedua-dua belah tapak tanganku.
Aku menggeleng.
“Awak
tak payah lari laju-laju macam tadi. Saya tak paksa pun awak lari ikut saya.”
Ujarnya yang membuatkan aku terus memandangnya.
“Awak
tak paksa? Habis tu tadi apa, awak panggil saya lembap lah, sejenis siputlah.”
Aku memuncungkan bibirku tanda tidak puas hati.
“Iya
lah, iya lah aku salah. Aku minta maaf. Lepas ni aku dah tak akan paksa kau
lagi ya.” Pujuknya.
Kami
berdua bangun dan hanya berjalan. Tidak berlari seperti tadi lagi. Aku mengibas-ngibas
baju dan seluar yang aku pakai kerana banyak debu yang melekat pada pakaianku.
“Awak
nak bawak saya ke mana lagi lepas ni? Saya harap bukan aktiviti macam ni lagi
lah.” Kataku sambil aku mengerlingnya.
Izzaz
ketawa. “Memandangkan esok kita dah balik KL, hari ni aku akan bawak kau makan
puas-puas, shopping dan ke mana saja
tempat yang kau nak pergi. Kau cakap aje, supir ini sedia membawa. Tapi ke
bulan tu mustahil lah hahahaha.” Izzaz menunjuk ke arah dirinya.
Aku mengangguk-angguk.
“Saya nak makan sedap-sedap.” Aku mula senyum.
“Makan
aje? Emm...tak ada hal lah. Kau cakap aje nanti nak makan apa okay!” Izzaz
nampak bersemangat.
“Okay!”
Jawabku.
“Tapi
sebelum tu, petang ni kau kena teman aku ke satu tempat boleh?” Pintanya.
“Awak
nak ke mana? Boleh aje, saya tak kisah asalkan bukan lari. Ke mana?” Balasku.
“Kayuh
basikal!” Izzaz nampak teruja.
“Naik
basikal? Saya lah yang kena kayuh nanti kan.” Balasku.
Aku bukan
tidak mahu untuk mengayuh basikal tetapi kerana aku membonceng Izzaz semalam
lah kakiku terasa sakit dan berdenyut sepanjang malam tadi. Tapi kalau aku
tolak permintaannya itu nampak tidak adil pula lah baginya sementelah Izzaz
telah buat macam-macam untukku sepanjang kami di Auckland ini.
“Siapa
kata kau yang kena kayuh?” Izzaz pula yang menyoalku.
“Habis
siapa?” Aku memandang wajahnya.
Izzaz
senyum meleret. “Aku!”
“Awak?
Biar betul awak ni?” Aku tidak percaya. Aku berhenti dari terus berjalan.
“Betul.
Aku rasa dah berpuluh tahun jugak aku tak sentuh basikal. Tapi sebab kau tau
aku berani nak kayuh basikal balik. Kau teman aku, semua benda yang aku tak
boleh buat, terus boleh buat serta merta.” Izzaz ketawa.
“Okay,
saya akan tolak awak masa awak dah duduk atas basikal tu. Jatuh bangun sendiri
ya.” Aku mengusiknya.
“Eh
kau jatuh tadi boleh pulak aku sambut, tapi bila aku jatuh kau tak nak tolong?”
Izzaz sengaja mahu panjangkan cerita.
“Awak
lelaki, saya perempuan. Takkan saya nak angkat awak pulak kot!” Aku menjawab.
“Okay
kau tak nak tolong aku tak apa. Nanti bila aku jatuh, ada awek cun setanding Miss World tolong aku, melopong lah kau tengok.”
Izzaz membalas.
Aku ketawa
mengejek. “Perasan!” Terus aku berjalan meninggalkannya.