21
AFINI tergopoh-gopoh
menyarungkan pakaian ke tubuhnya. Hari ini dia sudah terlewat. Jam sudah
menunjukkan pukul 7.30 pagi. Walaupun dia memegang status ‘puan besar’ di
syarikat setelah mengahwini Yus, tetapi itu tidak memberikan ‘lampu hijau’
kepadanya untuk sewenang-wenangnya lewat hadir ke tempat kerja.
Yus? Kebiasaannya
seawal 7.00 pagi lelaki itu sudah melangkah keluar. Selama dia mengenali Yus,
lelaki itu teramat mementingkan masa. Tidak ada dalam kamus hidup Yus akan
perkataan ‘lewat’.
Setelah bersiap ala
kadar, dia mengatur langkah laju untuk keluar. Namun, sebelum sempat dia mecapai
tombol pintu satu suara menyapanya.
“Afini!”
Afini lantas menoleh ke
arah suara itu. Yus sedang duduk di meja makan sambil memandang tepat ke
arahnya.
Bagaikan ‘tersihir’,
Afni lantas melencongkan kakinya dan menghampiri diri Yus.
“Selalu lambat macam
ni?” tanya Yus setelah Afini mengambil tempat berhadapan dengan Yus.
“Taklah. Hari ni
terlambat sikit,” jawab Afini, jujur.
Sejujurnya ini adalah kali pertama dua terlewat sepanjang tempoh dia
duduk sebumbung dengan Yus. ‘Cuti am’ yang diperolehi menyebabkan dirinya tidak
perlu bangun seperti biasa untuk menunaikan solat Subuh itulah yang menjadi
punca utama kelewatannya hari ini.
“Hari ni you pun
lewat?” soal Afini tidak senang diri diperhatikan. ‘Kenapalah mamat ni pandang
aku macam ni?’
“Awal lagi I dah tunggu
you dekat sini. Lama betul you bersiap. Ingatkan bersolek sakan, ini gincu pun
tak pakai.” Yus sengaja menuturkan kata-kata itu bagi menutupi getaran di
hatinya. Walaupun Afini tidak mengenakan sebarang solekan, namun kecantikan
semula jadinya kian terserlah pagi ini. Naluri lelakinya bergelora tatkala
melihat juraian rambut Afini.
“Kenapa tak keringkan
betul-betul rambut tu?” soal Yus sambil tangannya menghulurkan secawan kopi dan
sepiring roti bakar kepada Afini. Afini lantas menyambutnya.
“Hmm… tak sempat.
Bangun lewat tadi.”
“Tak boleh tidur malam
tadi? Fikirkan lelaki-lelaki tak guna tu?” Bersahaja Yus menuturkan kata-kata
itu.
Afini diam. Dia
menjamah roti bakar yang Yus sediakan. Air kopi diteguk perlahan. “Yus, I pergi
dulu. Nanti lambat pulak.”
Afini bangun.
Sementelah dia sudah benar-benar kelewatan. Sesaat kemudian…
“Hari ini dan
seterusnya I tak nak lagi you bawa kereta buruk you tu.”
Afini pantas memandang
Yus. “Kenapa? You malu? Malu yang isteri you ni pakai kereta buruk! Macam tu?!”
Angin yang tadinya
sepoi-sepoi bahasa mendamaikan jiwa Afini kini bertukar puting beliung setelah
ditiup oleh lelaki yang masih bersahaja memandang ke arahnya itu. Tiadakah
sedikit pun rasa bersalah tertempek di hati Yus dengan kata-kata ‘pujiannya’
sebentar tadi?
“I tak malu. I cuma…
cuma nak semua orang tahu yang kita ni nampak bahagia. Pergi kerja sama-sama,
balik sama-sama dan I juga nak you lebihkan sikit lakonan you tu. Terutamanya
depan Zakaria dan Ainal!” Yus sudah begitu hampir dengan tubuh Afini saat dia
memberikan cadangan gilanya itu.
“I tak rasa yang
cadangan you tu perlu. Buat apa nak tunjuk semua tu pada orang?” bantah Afini.
“Nak buat apa you
tanya?” Yus mengeluh. “I nak kata you ni bodoh… tak juga. Nak kata pandai,
lagilah tak.”
Hati Afini sudah mula
terbakar mendengar kata-kata itu. “Kalau I ni bodoh, you lagilah bodoh bagi
cadangan yang entah apa-apa! Cadangan you tu bukan sahaja menyusahkan diri you
sendiri tapi I pun ikut susah! Nak balik terpaksa tunggu you! Malam-malam buta
baru nak balik!” luah Afini.
Afini lantas ingin
mengatur langkah. Namun belum sempat langkah sulung diatur, Yus dengan pantas
merentap lengannya sehingga menyebabkan tubuhnya dan tubuh milik suaminya itu
bertemu.
“I tak kata pun ini
cadangan! Ini arahan I! Sama ada you suka atau tak, you kena ikut! Faham!”
Afini menelan liur
mendengarkan tengkingan Yus itu. “Baiklah… kalau itu yang you nak.” Akhirnya
dia mengalah.Tak ingin dia memandang lelaki yang sentiasa mengamalkan sistem
autokrasi ini. Semua kata-katanya hendak dituruti! Tak boleh kata tidak!
“Tapi… bukan hari ni.
Besok Istart naik dengan you. Hari ni I ada hal,” kata
Afini.
“Hal apa?” curiga Yus.
“Adalah… I tak rasa you
perlu tahu.”
“I suami you! I ada hak
nak tahu semuanya! Atau… You nak jumpa Zack?” tuduh Yus.
Tersentap Afini
mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh Yus. Mengapa mudah sangat Yus
mencurigai dirinya dan Zack? Sedangkan sudah hampir sebulan dia tidak mendengar
khabar berita dan bersua muka dengan sahabatnya itu.
“Kenapa you tak
habis-habis fikir yang I ada hubungan dengan Zack? Tolonglah, I dengan Zack tak
ada apa-apa hubungan! Dan lagi satu, you tu cuma suami I dalam kontrak sahaja!So, tolong jangan nak masuk campur dalam hal peribadi
I!” Afini cuba mengigatkan Yus akan status dirinya.
“Kontrak! Kontrak apa?
Kalau pergi pejabat agama, you rasa boleh pakai ke kontrak tu? You jangan nak
cabar I Afini! Kalau I tahu yang you ada hubungan sulit tak kira dengan Zack
atau Zakaria, I kerat you 14!” marah Yus.
Kecut perut Afini
mendengar ugutan lelaki yang memandangnya bengis saat ini. Masuk ini sudah dua
kali Yus mengugutnya.
Tanpa rela, Afini
terpaksa akur dengan kehendak Yus. Sepanjang perjalanan, hanya suasana bisu
yang menyelubungi. Namun, di saat kereta milik Yus sudah menghampiri kawasan pejabat,
Afini bersuara.
“Hari ni you balik
lewat ke?” Afini terpaksa bertanyakan soalan itu.
“Kenapa?” soal Yus
sepatah.
“Hmm… kalau you hantar
I balik dulu petang nanti boleh?” Begitu lembut, Afini menuturkan soalan itu
dengan harapan Yus akan memenuhi kehendaknya. Dia benar-benar ingin pulang awal
hari ini. Hari ini merupakan hari yang teramat penting untuknya.
“You nak pergi mana
sebenarnya?”
“I… I nak balik rumah
mak. Sebab hari ni… hari lahir mak.” Akhirnya Afini terpaksa berterus-terang
untuk tidak mengeruhkan keadaan.
Di saat Yus
mendengarkan bicara Afini, sekali lagi hadir sesalan di dalam dirinya kerana
mengungut Afini sewaktu di kondominiumnya tadi. “Kenapa you tak beritahu I dari
tadi?” Nada suaranya lembut. Kali ini dia sudah tidak mampu mengawal dirinya.
Tanpa sedar dia menggenggam erat jari jemari Afini sebagai tanda penyesalan.
Bagai adanya kejutan
elektrik yang mengalir dalam tubuh Afini saat ini. Yus menggenggam jari
jemarinya? Kenapa? Bukankah Yus hanya akan berkelakuan seperti ini di hadapan
umum?
Ketukan di muka
pintu mengganggu konsentrasi Afini. Kerjanya terhenti. May tidak kelihatan di
hadapannya.Mungkin pembantunya itu sudah pergi ke bilik Zakaria untuk
menghantar dokumen. Andai tidak, pembantunya itulah yang sering membukakan
pintu. Malas hendak bergerak, dia hanya melaungkan suara menyuruh si pengetuk
masuk.
Siti melangkah masuk
sambil tersenyum.
“Kau ni apa hal? Senyum
kau tu semacam aje. Pelik aku tengok?”
“Aku yang pelik ke? Atau kau yang pelik?” soal
Siti kembali.
Afini mengerutkan
keningnya tanda tidak mengerti.
“Eleh… buat tak faham
pulak. Macamlah mata aku dengan budak-budak ofis ni buta.”
“Apa yang kau merepek
ni?” Afini kian tidak mengerti dengan apa yang dibacarakan oleh Siti yang masih
tersenyum.
“Afini… aku nak tanya sikit
boleh?”
“Kau ni kenapa? Lain
macam aje. Kau nak tanya apa?”
“Kau dengan Yus… dah
‘ehem-ehem’ ke?”
Afini pantas memandang
tepat ke arah Siti. Bukan senyuman pelik sahabatnya itu yang menarik
perhatiannya kali ini. Tetapi, maksud yang ingin disampaikan oleh Siti itulah
yang menjadi puncanya.
“Janganlah pandang aku
macam tu. Kau ni, aku tanya aje. Yalah... manalah tahu. Yus tu dah bertukar
jadi lelaki sejati ke lepas kahwin dengan kau. Tu yang aku tanya tu.”
Afini mulai tertawa
kecil mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. “Bertukar jadi lelaki sejati?
Kau mimpi ke apa ni? Takkanlah si Jeff nak biarkan ‘suami’ aku tu bertukar jadi
lelaki sejati. Dah tentukan perkahwinan ni untuk menutup rahsia dia orang.”
“Jadi maksudnya… kau
belum ‘ehem-ehemlah’ dengan Yus.”
Afini segera
menggeleng. Tawanya masih bersisa.
“Habis… kenapa pagi
tadi heboh satu ofis cerita pasal kau dan Yus. Dua-dua orang masuk ofis lambat.
Siap ada yang nampak si Yus tu bukakan pintu kereta untuk kau lagi. Dah tu
jalan pun berpegangan tangan. Apa semua tu?”
Tawa Afini terhenti dan
riaknya jua berubah. Sudah terbang tinggi senyumannya dan kini kesayuan pula
yang hadir. Bersama keluhan, dia menceritakan segala apa yang berlaku kepada
Siti.
“Habis kau diamkan aje
dia ugut kau macam tu?!”
Afini terdiam.
“Afini… kau kena buat
sesuatu. Sampai bila kau nak duduk serumah dengan lelaki gila macam dia tu!”
marah Siti.
“Entahlah… yang paling
aku tak faham, kenapalah dia nak babitkan Zack setiap kali kami bergaduh?
Padahal dia tak pernah tahu pun sejauh mana hubungan aku dengan Zack.”
“Orang kalau dah
cemburu…” Ayat Siti tergantung di situ.
“Kenapa pulak Yus nak
cemburu? Bukan ke sepatutnya perasaan cemburu tu dia simpan untuk Jeff? Bukan
aku. Siti, Yus tu gay! Dia takkan cemburu.” Afini menekan suara saat menuturkan
perkataan ‘gay’ agar Siti sedar akan status Yus.
“Macam mana kalau Yus
tu sebenarnya bukan gay?”
Afini bagaikan tidak
percaya Siti boleh memikirkan perkara yang kebarangkalian untuk menjadi nyata
amat tipis. “Mustahil! Aku duduk serumah dengan dia, aku tahulah.”
“Kau betul-betul yakin
yang dia tak pernah cuba untuk sentuh kau? Pandang kau macam nak buatsomething? Atau mungkin cara dia berbicara… cuba
untuk menggoda kau? Cuba kau ingat ada tak sepanjang kau berdua-duaan dengan
dia, dia ada buat salah satu perkara tu?”
Tiba-tiba Afini rasa
jantungnya berdegup kencang dan tubuhnya terasa sejuk. Satu per satu segala apa
yang berlaku di antara dirinya dan Yus berlegar di ruang matanya. Bukan sekadar
cara lelaki itu memandang, berbicara malahan lelaki itu juga pernah cuba untuk
mendapatkan haknya sebagai seorang suami! Tidak mungkin dia dapat melupakan apa
yang telah berlaku pada malam pertama dia dan Yus tidur sebilik!
“Afini… kau okey tak?
Kenapa muka kau lain macam aje ni?”
“Tak… tak ada apa-apa.
Aku okey. Hmm… pasal soalan kau tadi. Seingat aku, Yus tak pernah berkelakuan
macam tu,” bohong Afini. Biarlah kali ini apa yang telah berlaku di antara
dirinya dan Yus terus menjadi rahsia.
“Nasib baik.” Siti
menarik nafas kelegaan.
“Aku nak tanya. Kalaulah
Yus ada buat salah satu apa yang kau sebut, maknanya dia tu lelaki sejati ke?”
“Bukan lelaki sejati.
Maknanya dia tubisexual?”
Membulat mata Afini
mendengar kata-kata Siti. Tak! Tak mungkin Yusbisexual!
Tak mungkin! Dia tidak rela andai itulah kenyataannya.
Yus masih merenung
sekeping gambar yang dipegangnya. Dirinya di samping insan yang sudah lama
mencuri hatinya menghiasi ruang gambar itu. Wanita itu mengenakan busana
berwarna putih yang amat cantik. Gaun yang tersarung di tubuhnya begitu padan
dengan susuk tubuh seksi milik wanita itu.
Terus terang dia berasa
cemburu tatkala melihat mata-mata lelaki berhidung belang yang berada di majlis
perkahwinannya memandang insan kesayangannya itu dengan pandangan bernafsu.
Andai diteliti gaun yang direka oleh Dick dan Erick itu, tidaklah seseksi mana.
Namun, apabila dikenakan ke tubuh kecil milik Afini ia mampu menggoyahkan
imannya.
Semakin lama dia
mengenali wanita itu, semakin hatinya terpaut. Semakin tingginya cinta yang
ingin dicurahkan. Tetapi itu hanyalah satu harapan yang tidak diketahui bila
akan menjadi nyata.
Yus memusingkan semula
tubuhnya menghadap komputer. Dia memandang kosong skrin komputer di hadapannya
sementelah otaknya masih ligat mengingati sikap jahatnya terhadap Afini pagi
tadi. Terdengar keluhan keluar dari bibirnya di saat teringatkan bagaimana
takutnya Afini sewaktu mendengar ugutan daripadanya. Bukan ketakutan yang ingin
diberikan kepada wanita kesayangannya itu! Kasih sayang dan cinta itulah yang
ingin disemai.
‘Aku mesti betulkan keadaan!’
Yus pantas mengemas
mejanya yang sedikit bersepah sebelum bangun dan mengatur langkah keluar.