12
Siti mengambil cuti untuk menemani Afini
menguruskan urusan bank. Siti tahu di saat ini sahabatnya itu memerlukan
sokongan daripadanya dan yang lebih penting sekali, Siti ingin memastikan
sendiri yang segala tunggakan hutang yang ditinggalkan oleh arwah ayah Afini dapat
dilangsaikan.
“Sorry, Siti. Disebabkan aku, kau terpaksa ambil cuti hari
ni,” kata Afini sambil melangkah keluar dari bank.
“Tak apalah, yang
penting kau dah selesaikan masalah tanah pusaka emak kau tu.”
“Alhamdulillah... rumah
tu dah tak ada tunggakan lagi. Sekarang ni aku cuma fikirkan bayaran ansuran
bulanan.”
Senyuman terukir di
bibir Afini.
“Dah lama aku tak
tengok kau senyum macam tu,” kata Siti sambil tersenyum.
“Hmm… mungkin sebab aku
dah lupa erti gembira waktu tu. Oleh kerana hari ni aku rasa gembira sikit, apa
kata aku belanja kau makan. Nak?”
“Eh! Mestilah nak. Aku
nak makan banyak-banyak sampai termuntah sebab hari ni ada orang bayar,” usik
Siti.
Afini hanya tersenyum.
Sesampainya di
sebuah restoran yang agak terkenal di Klang, Afini dan Siti melilau mencari
tempat duduk.
“Alamak, macam penuh
aje. Jomlah kita cari restoran lain,” kata Siti
Afini dengan berat hati
terpaksa mengikuti cadangan Siti. Tetapi belum sempat mereka melangkah keluar,
terdengar nama mereka dipanggil. Sepantas kilat Afini dan Siti mencari suara
itu.
Dada Afini
berdebar-debar. ‘Kenapalah mamat ni yang aku jumpa?’ dengus hati Afini.
Siti menjeling ke arah
Afini. Afini yakin sahabatnya itu dapat meneka apa yang sedang dia rasai tika ini. Ingin sahaja Afini
menarik tangan Siti dan berlari menjauhi dua orang lelaki yang sedang memandang
tepat ke arah kami.
Jeff masih tidak
berhenti memanggil nama Afini bersama lambaian tangan agar wanita itu dapat
melihat dirinya.
Walaupun hati dan minda
Afini meminta tubuhnya beredar dari situ, namun kakinya tekah melangkah
perlahan ke arah Yus dan Jeff.
“Afini, dari tadi lagi
I jerit nama you. You tak perasan ke?” soal Jeff setelah mempersilakan kami
duduk.
“Hmm… Maaf I tak
perasan,” tipu Afini.
“Kalau dah pekak tu,
pekak jugak!” kata Yus tiba-tiba.
Ingin sahaja rasanya
Afini menyepak muka lelaki yang bersebelahan kedudukannya dengan dirinya itu.
Kurang ajar punya jantan!
“I tak pekak, cuma tak
perasan. Nasib baik Jeff yang panggil. Kalau you yang panggil, memang I buat
bodoh aje. Biar you menjerit macam orang gila!” balas Afini geram.
Jeff dan Siti
tersenyum. Yus pula memandang Afini tajam, mungkin tidak menyangka yang Afini
berani menuturkan kata-kata itu di hadapan Jeff.
‘Padan muka kau!’
gerutu hati Afini.
“Hmm… kenapa you tak
masuk ofis hari ni?” soal Yus sambil memandang Siti.
“I ada hal sikit bos. I
dahapply cuti, bos,” jawab Siti.
Yus sekadar mengangguk.
‘Pelik! Selalunya kalau
aku atau mana-mana staff yang sewenang-wenangnya mengambil cuti, pasti telinga
akan bernanah mendengar maki hamun dan bebelan! Tapi hari ni pelik benar…
Mungkin hari nimood dia baik kot,’ bebel hati Afini.
Di saat Afini sedang
khusyuk melihat menu, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Debaran yang tadinya
sudah menghilang kini kian kuat pukulannya. Pandangannya masih terkaku melihat
lelaki yang sedang memandang gembira ke arahnya itu. Terasa sejuk seluruh
tubuhnya tatkala mata mereka bertentangan. Kenapa kini lelaki itu hadir semula
di saat dirinya sudah mampu untuk melupakan segala-galanya? Kenapa mesti dia
hadir semula?
“Afini... Ya Allah... I rindu sangat dekat you. Lama
kita tak jumpakan?” kata lelaki itu.
Afini masih terpaku
melihat insan di hadapannya.
“Afini… Afini,” panggil
lelaki itu lagi.
“Hmm…sorry. Ya kita dah lama tak jumpa. You apa khabar?” soal
Afini sedikit gugup.
“Baik dan bertambah
baik lepas I jumpa you. I rindu sangat dekat you,” kata lelaki itu lagi.
“Terima kasih… maksud I
terima kasih sebab rindukan I.” Dapat Afini lihat perubahan di wajah Yus. Yus
seperti tidak menyenangi kehadiran lelaki ini.
“You masih macam dulu.
Cantik dan wajah you tu mampu buat I tersenyum,” melebar senyuman di wajah
lelaki itu saat pujian demi pujian dihadiahkan buat wanita genit di hadapannya
ini.
Afini sekadar tersenyum
mendengar pujian itu.
“Amboi-amboi... Afini
ajelah kau rindu. Habis, aku ni kau nak campak mana?” usik Siti.
“Lah! Kau ke Siti. Ya Allah, aku tak perasan kau. Kau apa
khabar?”
“Baik. Macam mana nak
perasan aku kalau mata kau tu cuma nampak Afini aje,” perli Siti.
“Janganlah cakap macam
tu. Aku pun rindu dekat kau juga. Tak sangka ya, you dengan Afini memang tak
dapat dipisahkan. Ke mana mesti berdua, macam belangkas.”
“Tau tak apa. Untuk
pengetahuan kau, aku dan Afini satu tempat kerja tau,” terang Siti tanpa
diminta.
“Ehem!” Jeff berdehem.
Ketiga-tiga mereka
lantas memandang ke arah Jeff.
“Tak nak kenalkan I
pada kawan you ke Afini?” soal Jeff. Yus pula masih memandang Afini dengan
tajam.
“Sorry, kenalkan ni kawan I, Zack. Zack, kenalkan yang ni
Jeff dan ni… Yus,my boss,” tutur Afini, perlahan di hujung
bicaranya.
Zack menghulurkan
salam. Jeff menyambut mesra, namun tatkala dia bersalaman dengan Yus, terlihat
riak tidak puas hati di wajah lelaki itu.
“Hmm… Okey Afini, I nak
kena pergi dulu. Ni kad I. I harap you akancall I.
I tunggu panggilan you.”
Kad bertukar tangan.
Namun, tatkala Zack ingin melangkah pergi…
“Afini, you dah jemput
Zack ke majlis perkahwinan kita?” Tiba-tiba Yus bersuara.
Sepantas kilat Zack
memandang ke arah Yus dan kemudiannya bertukar kepada Afini. “You dah nak
kahwin?”
Afini masih tidak
menjawab soalan yang diutarakan oleh Zack. Mulutnya tidak dapat bersuara,
kakinya sudah terasa menggigil bagai tidak mampu menampung tubuhnya berdiri.
“Jadi, maksudnya Afini
belum beritahu you?” soal Yus sinis. Entah mengapa, hatinya merasa cemburu
melihat kemesraan Afini dengan lelaki itu.
Afini merasa geram
dengan Yus. Ingin sahaja dia menyumbat mulut Yus dengan kasutnya agar dapat
dibisukan mulut lelaki itu.
“Tahniah!” Hanya itu
perkataan yang keluar dari mulut Zack sebelum dia melangkah jauh meninggalkan
Afini.
Afini memandang tajam
ke arah Yus. Dia benci melihat lelaki yang sedang tersenyum puas itu. Untuk apa
Yus melakukan ini semua? Untuk apa?
‘Aku benci kau Yus! Aku
benci kau!!!’ Amukan menggegarkan kota hati Afini!
Siti dan Jeff pula hanya terdiam seribu bahasa
bagai mengerti perang bisu di antara aku dan Yus.
Zack! Lelaki itu pernah
mencuri hati Afini suatu tika dulu dan sehingga kini hati Afini masih miliknya.
Namun, Afini sedar sedalam mana rasa cinta itu, tidak mungkin untuknya memiliki
lelaki itu. Bukan kerana dia bakal berkahwin dengan Yus. Tetapi kerana Afini
tahu, tidak mungkin untuk Zack menaruh rasa cinta terhadapnya kerana selamanya
hati Zack hanyalah milik Has.